Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Isnin, 11 Mei 2009

NIZAR MB YANG SAH


"Hakim: Nizar MB Perak yang sah
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar, lapor Bernama.

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?"

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang.
" laporan seterusnya di sini. SUMBER: Malaysiakini

Krisis dan kemelut politik ini belum berakhir. Berdasarkan laporan portal berita internet dan televisyen malam tadi, BN tampak begitu yakin untuk memfailkan rayuan terhadap kes ini di mahkamah yang lebih tinggi. Keyakinan ini berdasarkan respons PM yang yakin bahawa BN mempunyai kes yang kukuh untuk dibawa ke mahkamah. Peguam pemerhati BN juga mengatakan bahawa keputusan yang perlu disandarkan ialah keputusan Mahkamah Persekutuan, bukannya di Mahkamah Tinggi. Oleh itu, keputusan mahkamah tadi bukanlah penghujung/penamat kepada usaha BN untuk terus berkuasa di negeri Perak. Mungkin kekalahan BN di mahkamah tadi dapat diumpamakan seperti nasib hero dalam filem hindustan. Kalah dahulu pada awal babak cerita, namun akhirnya menang bergaya pada akhir babak cerita.

Agak mengejutkan juga apabila Datuk Zambry tidak kelihatan di mahkamah. Mungkin ditenggelami orang yang ingin menemuramah MB yang disahkan oleh mahkamah. Mungkin juga beliau sudah menjangkakan keputusan yang bakal diumumkan oleh hakim. Sidang DUN kontroversi yang diadakan sebelum keputusan pengumuman keputusan kes ini juga kelihatan meragukan. Tambahan pula perjalanan sidang DUN tempoh hari yang agak jelas diadakan untuk menyingkirkan Speaker Pakatan, iaitu V. Sivakumar dan menggantikannya dengan Speaker BN, iaitu Datuk R. Ganesan (bukan ADUN). Seolah-olah BN sudah menerima hakikat bahawa satu-satunya jalan untuk menyingkirkan Menteri Besar pada ketika ini hanyalah melalui undi tidak percaya. Oleh itu, tindakan menggantikan Speaker DUN kepada pihak yang pro-BN dapat memastikan BN dapat mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Perak mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Justeru, tidak hairanlah kekecohan yang tercetus pada sesi persidangan itu tidak menghalang mereka mengusung keluar Speaker Pakatan Rakyat bagi memudahkan mereka melantik Speaker sendiri. Sah atau tidak, bukanlah persoalan pada ketika itu.

Berdasarkan situasi semasa, harapan Pakatan Rakyat untuk berbakti kepada rakyat Perak bergantung pada budi bicara baginda Sultan untuk memperkenankan pembubaran DUN seperti yang telah dipohon oleh Datuk Seri Nizar. langkah membubarkan DUN ini sangat-sangat digeruni oleh BN berdasarkan gelombang sokongan rakyat yang majoritinya ke arah Pakatan Rakyat. Selain budi bicara Sultan, harapan kerajaan Pakatan juga bergantung pada kesahan pelantikan R Ganesan sebagai Speaker DUN Perak dan kesahan beberapa tindakan Speaker Pakatan terhadap ADUN BN. Walaupun kebanyakan pihak mempertikaikan kesahan pelantikan Speaker DUN BN tersebut, namun perkara tersebut bukanlah jaminan bagi menghalang kerajaan BN untuk mencapai matlamat seperti yang telah dirancang oleh mereka.

Jika pelantikan kontroversi ini diterima, maka mimpi ngeri Pakatan Rakyat akan berakhir di situ. Sidang tergempar DUN akan dibuat. Dalam sidang itu, undi tidak percaya kepada Datuk Seri Nizar akan dibentangkan, dan dengan kelebihan ADUN maka BN tidak mempunyai masalah untuk menyingkirkan Datuk Seri Nizar daripada jawatan Menteri Besar. Ura-ura untuk memanggil sidang tergempar ini pun sudah mula diberitakan di sini. Penyingkiran Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar akan melupuskan harapan Pakatan Rakyat untuk berkuasa di Perak sekurang-kurang untuk tempoh sehingga pilihan raya umum akan datang.

Justeru, keputusan mahkamah tadi bukanlah suatu keputusan yang amat menggembirakan kepada penyokong Pakatan Rakyat. Dengan proses rayuan di Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan dan tindakan membentangkan undi tidak percaya oleh ADUN BN terhadap Datuk Seri Nizar, maka jelaslah keputusan tadi hanyalah kegembiraan yang bersifat sementara. Oleh itu, pelbagai perkara boleh berlaku dalam tempoh beberapa jam atau beberapa hari akan datang.

Bagi penulis, jika sesuatu itu disahkan haram, maka benda/perkara itu tetap haram. Oleh itu, langkah terbaik untuk meleraikan dan meredakan kemelut krisis perlembagaan di Perak ini ialah melalui pembubaran DUN agar rakyat diberi hak untuk memilih semula pemimpin mereka. Pemimpin yang dipilih secara sah ini kemudiannya dapat membentuk sebuah kerajaan yang halal, yang bebas daripada keraguan mana-mana pihak, mahupun mana-mana undang-undang di negara ini.

  1. saudara,

    mahkamah rayuan hanya menangguhkan keputusan mahkamah tinggi bukan membatalkan atau membuat keputusan lain..jadi Nizar tetap menteri besar yang sah...

    silverian

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Sabtu, Mei 16, 2009 4:54:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH