Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Selasa, 2 Jun 2009

HANYA 45% PUAS HATI DENGAN NAJIB


Daripada 1 067 responden 45% berpuas hati dengan prestasi PM Datuk Seri Najib, manakala 16% lagi tidak berpuas hati, dan 39% lagi tidak memberikan respons. Rata-rata responden ini mempunyai latar pendidikan yang tinggi dan sudah tentu mampu memberikan pertimbangan yang baik dalam menghakimi sesuatu hal. Bagi PM yang baru dilantik, nilai 45% itu bukanlah peratusan yang membanggakan. Bak kata orang, barang baru sudah tentulah nilainya lebih tinggi. Lebih-lebih lagi, PM Najib ialah orang yang diharap-harapkan oleh mantan PM Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengembalikan zaman kegemilangan yang diharap-harapkan. Oleh itu, tidak wajarlah jika 39% responden memilih untuk tidak memberikan respons. Tindakan itu jelas menunjukkan bahawa mereka tidak yakin akan kemampuan PM. Dari segi populariti, mungkin tiada beza antara bekas PM Tun Abdullah dengan PM Najib. Mungkin kepopularan PM ini akan terus merundum jika kisah-kisah yang memalitkan imejnya terus diselubungi misteri. Berdasarkan peratusan tadi, saya tertanya-tanya juga apakah jumlah peratusan yang berpuas hati dengan PM jika respoden tersebut melibatkan 24 juta rakyat Malaysia? Atau haruskah tempoh masa DUA BULAN itu akan digunakan sebagai alasan untuk mewajarkan nilai peratusan tersebut dalam menilai prestasi PM? Atau perlukah PM meminggirkan 39% responden yang berdiam diri itu dan hanya berbangga dengan jumlah 16% yang tidak berpuas hati dengan beliau?


"PETALING JAYA: Empat puluh lima peratus rakyat menyatakan rasa puas hati dengan prestasi Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang mengambil alih tampuk kepimpinanan sebagai Perdana Menteri dua bulan lalu.

Sokongan untuk Najib yang juga Presiden Umno, sebahagian besarnya datang daripada kaum Melayu iaitu 53 peratus.

Ia disusuli sokongan masyarakat India dalam sekitar 64 peratus.

Arah sokongan itu meningkat daripada 41 peratus akhir tahun lalu ketika beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Perkembangan itu diperoleh hasil tinjauan umum kendalian Merdeka Center membabitkan 1,067 responden. Mereka ditemui antara 6 dan 15 Mei lalu.

Najib dilantik Perdana Menteri 3 April lalu menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam respons kepada soalan tentang isu penting yang perlu ditangani Perdana Menteri, soal ekonomi mendapat tempat utama.

Soal ekonomi menjadi pilihan 35 peratus responden dan disusuli tujuh peratus meminta agar menyediakan layanan adil kepada semua kaum.

Isu krisis Perak menduduki tempat ketujuh dengan sokongan tiga peratus responden.

Isu-isu politik tidak mendapat perhatian kalangan responden, sebaliknya mahu Najib tangani segera isu ekonomi.
" - Mstar

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH