TABIK "SPRING" UNTUK NIZAR!
Tindakan Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin melilitkan songkoknya dengan kain yang bertulis "Bubarkan DUN" dan melaungkan frasa "Bubarkan DUN" selepas selesai upacara mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang menjadi modal cemuhan oleh blogger pro-BN. Ada yang mencemuhnya dengan mengatakannya sebagai "beruk", ada yang mengiaskan tindakannya itu sebagai "Sarkas Parlimen" dan bermacam-macam lagi kata-kata untuk merendah-rendahkan martabatnya. Biarpun disorak dan dikutuk, namun beliau tegas dengan pendiriannya. Suatu ciri yang agak sukar ditemukan dalam jiwa pemimpin sekarang.
Menurut laporan akhbar, tindakan itu telah menyebabkan beliau dan enam lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, iaitu Datuk Ngeh Kor Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (PAS-Kuala Krai) diarah keluar Dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Persoalannya, biarpun tindakan tersebut tidak dirancang, mengapakah hanya Mahfuz, Dzulkefly, dan Hatta saja yang bersama-sama dengan Nizar dalam memperjuangkan hal ini. Bagaimana pula reaksi/pendirian Geng Pro-Kerajaan Perpaduan dalam hal ini?
Biarpun tidak dilantik untuk menerajui PAS Perak, namun tokoh yang dikagumi ramai ini tetap bersemangat menentang kerakusan BN yang merampas kerajaan negeri pimpinannya Februari lalu. Inilah yang ciri-ciri yang membezakan beliau dengan "boneka UMNO" dalam PAS. Mungkin atas sebab ini jugalah yang menyebabkan beliau tidak dilantik untuk menerajui PAS Perak biarpun beliau merupakan "bekas" MB Perak, pemimpin yang lebih dikenali dalam kalangan rakyat serta lebih mesra dengan masyarakat bukan Melayu di Perak.
Dari sudut kepandaian berpolitik, maka sudah tentulah tokoh ini merupakan aset penting bagi PAS untuk meraih/meningkatkan sokongan rakyat pelbagai kaum di Perak. Namun, dalam melantik pimpinan parti, PAS tidak memandang waima menggunakan kelebihan tersebut untuk kepentingan parti. Yang lebih diutamakan, adakah seseorang itu ulama atau profesional seperti yang diseru oleh segelintir ahli PAS dalam muktamar yang lalu. Isu ulama & profesional ini turut mencetuskan polemik dalam kalangan ahli PAS.
Namun, sebagai anak jati Perak, saya kagum akan kesungguhan dan kecekalan beliau dalam menuntut haknya sebagai MB Perak dan hasrat majoriti rakyat yang mahukan DUN dibubarkan agar rakyat diberi peluang untuk memilih kerajaan pilihan mereka. Bukan kerana Nizar ahli PAS, namun kerana sikapnya yang tidak mengenal erti putus asa dalam menuntut agar DUN Perak dibubarkan. Krisis politik ini masih belum berakhir seperti juga tindakan berterusan pihak Nizar dalam menuntut keadilan dalam kes tersebut. Biarlah dikatakan "beruk" atau "ahli sarkas", namun "beruk" dan "ahli sarkas" inilah yang menjadi pilihan majoriti rakyat di Perak. Jika tidak masakan DUN terlalu sukar dibubarkan dek kerana ketakutan/fobia segelintir manusia yang bimbang "kuasa" mereka akan kembali kepada "beruk" dan "ahli sarkas" ini.
"Ia merupakan satu situasi spontan yang membawa kesan luar biasa."
"Sebagai seorang yang mengangkat sumpah untuk mempertahankan perlembagaan, tidak boleh kalau dalam hati rasa lain."
"Apa sahaja yang saya kata dan percaya dalam hati, ia perlu seiring."
"Ia adalah peluang keemasan. Ketua yang merampas Perak tidak ada hari ini, jadi bila lagi masa yang terbaik."
"Saya percaya apa yang saya buat adalah apa yang saya patut buat."- MSTAR
"Sebagai seorang yang mengangkat sumpah untuk mempertahankan perlembagaan, tidak boleh kalau dalam hati rasa lain."
"Apa sahaja yang saya kata dan percaya dalam hati, ia perlu seiring."
"Ia adalah peluang keemasan. Ketua yang merampas Perak tidak ada hari ini, jadi bila lagi masa yang terbaik."
"Saya percaya apa yang saya buat adalah apa yang saya patut buat."- MSTAR
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.