Antara Usaha untuk "Mengkhianati" Melayu Kampung Baru!
Talam bermuka-muka orang yang mengaku lebih Melayu daripada Melayu yang lain!
[TMI] KUALA LUMPUR, 9 Julai — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata usaha pembangunan semula Kampung Baru — penempatan orang Melayu di ibu Negara — akan menjadi lebih menarik jika turut melibatkan orang bukan Melayu.
Dengan adanya penyertaan orang bukan Melayu, kata beliau, ia secara tidak langsung akan menjadikan Kampung Baru lebih menarik bukan hanya kepada pelancong asing tetapi juga kepada rakyat tempatan.
“Kita boleh membangunkan Kampung Baru sebagai kawasan komuniti Melayu berniaga tetapi saya rasa ia juga perlu melibatkan sekali orang bukan Melayu untuk ambil bahagian dalam pembangunan tersebut sebab ia akan menjadi lebih menarik.
“Ketika menjadi perdana menteri saya cuba untuk membangunkan Kampung Baru tetapi penduduk membantah,” kata Dr Mahathir pada Forum Rancangan Malaysia Ke-10 bersama RTM yang disiarkan dari Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.
Beliau berkata pembaharuan perlu dibuat kerana kedudukan Kampung Baru di tengah pusat bandar raya akan mencacatkan pemandangan.
“Kalau simpan macam sekarang nampak cukup hodoh, jadi sampai bila mereka (penduduk) mahu duduk macam itu?
“Mereka memang sudah tolak cadangan untuk orang bukan Melayu terlibat dalam pembangunan Kampun Baru tapi sampai bila mereka nak duduk di rumah buruk itu?” katanya.
Sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pernah menyebut projek pembangunan di Kampung Baru dimajukan dengan pemilikan hartanah 60 peratus orang Melayu dan 40 peratus kaum lain, tetapi bila penduduk membantah cakap pula 100 peratus milik orang Melayu.
Raja Nong Chik sebelum ini dilaporkan bercadang supaya pembangunan hartanah berdasarkan nisbah 60:40 antara Bumiputera dan bukan Bumiputera di kawasan itu.
Beliau berkata kerajaan tidak memaksa pemilik tanah Kampung Baru untuk menerima cadangan membangunkan hartanah berdasarkan kuota 60:40 bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Namun cadangan tersebut ditolak pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru yang bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kampung itu yang akan mengekalkan 100 peratus hak milik Bumiputera.
Selain itu, Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru juga membantah cadangan tersebut.
Kampung Baru mempunyai keluasan 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian yang dilakukan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta pada Mac 2007 membabitkan 54.4 hektar, kadar yang ditetapkan bagi satu kaki persegi untuk tanah kediaman ialah antara RM270 hingga RM300 dan RM500 hingga RM600 untuk satu kaki persegi bagi tanah perdagangan.
Selain kerajaan BN, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim juga berhasrat mengemukakan cadangan pembangunan semula Kampung Baru memandangkan beliau telah merangka beberapa alternatif kepada Kerajaan Pusat berhubung pembangunan semula kampung berkenaan 15 tahun lalu.
Cadangan tersebut dikatakan mengambil kira semua isu yang terlibat terutama hak milik kekal orang Melayu, masalah pembahagian tanah serta mewujudkan pembangunan yang setaraf dengan kawasan berdekatan.
Sementara itu Presiden Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali bersetuju dengan cadangan Dr Mahathir itu kerana keadaan semasa hari ini memerlukan Kampung Baru dibangunkan dengan turut melibatkan orang bukan Melayu.
“Beliau bercakap dengan realiti tapi ada pihak cakap dengan ideologi. Beliau bercakap dalam konteks realiti hari ini dan kita perlu menerimanya malah ia juga merupakan strategi untuk pembangunan Kampung Baru berjalan lancar.
“Jadi orang Melayu perlu sedar bahawa penglibatan orang bukan Melayu penting dalam membawa modal pelaburan.
“Saya tidak merasakan bahawa cadangan tersebut salah kerana kita memerlukan pelabur, jika tidak bagaimana pembangunan Kampung Baru akan menjadi realiti kerana kalau kita bina bangunan nanti siapa yang akan beli?” katanya. - Syed Mu’az Syed Putra
(Kredit: Rakyat Marhaen)


Bila bercakap tentang Kg Baru ramai yang nak jadi hero.
Plan pembangunan Kg Baru yang pertama dulu juga disabotaj dengan menghasut orang Melayu.
Sekarang ini pun ada pihak nak tunjuk pandai supaya orang Kg. Bharu menjual tanah kepada mereka dengan harga terdesak sekiranya Plan Pembangunan Kg Bharu dibatalkan oleh Kerajaan Pusat.
Aku Yang Bingai
Artis: Benci Tapi Tak Boleh Lupa di Tendang Terajang