Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah▼
▼
Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets
Rakan DUNIACACAMARBA
Rakan DUNIACACAMARBA
Jadi Rakan TM
BAGASI KIRIMAN POPULAR
-
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhati-hati susulan keputusannya mahu menyaman The Wall Street Journal (WSJ) yang menda...
-
KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sah menggantikan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk berdebat dengan P...
-
JAKARTA: Polis pada Sabtu mengesahkan seorang daripada lima suspek pengganas yang maut dalam serangan bom dan senjata api di Jalan MH T...
-
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memberi tempoh 48 jam bermula semalam bagi akhbar New Straits Times (NST) dan Berita Harian untuk...
-
Saya petik: [MK] Ketika pihak pembelaan dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes mereka hari ini dengan keputusan...
-
Sekadar hiasan. Berita AFP memetik seorang wanita menggunting kemaluan suaminya sebelum mencampakkan organ itu ke dalam sungai. Wanit...
-
Iqbal memegang gambar isterinya Farzana. [HM] Lahore: Suami wanita hamil yang dipukul hingga mati oleh anggota keluarganya kerana ber...
-
Selepas sebulan berlalu muktamar tahunan PAS yang penuh pecah belah, harapan untuk penyatuan semula atau rekonsilisasi antara puak pr...
-
[TMI] Di sebalik segala retorik untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan, PAS mengakui tidak dapat melaksanakan undang-undang Islam...
-
P/s: Kalau sudah mabuk, hilang kewarasan, hilang pertimbangan, bolehkah gadis yang kelihatan diapit beberapa orang jantan ini mengelakkan...
Iklan & Tawaran
Advertlet Hutang DCM RM1710
Sponsored Ads
Cerita UG- Kerajaan Perpaduang
Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....
Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015
Memaparkan catatan dengan label Ibrahim Ali. Papar semua catatan
hina mahkamah, Ibrahim Ali
Ibrahim Ali, PRU
Ada Berita GEMBIRA untuk Ibrahim Ali?
![]() |
| Yes!!!!! |
Sumber dalam memberi tahu saya Umno pusat membuat persefahaman dengan bekas ahli Parlimen bebas Pasir Mas Inchek Ibrahim Ali akan mewakili UBN untuk berdepan satu lawan satu dengan calon PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
"Umno akhirnya akur untuk memberi laluan keada Ibrahim Ali sebagai menghormati Tun Dr Mahathir yang telah memohon agar Ibrahim diberi laluan bertanding atas lambang dacing," kata sumber berkenaan.
Mahathir tambah sumber itu telah menghubung Najib akan mempertimbangkan desakan Ibrahim.
Ibrahim Ali, pencacai BN, PRU
Ibrahim Ali Kecewa, Tanding Bebas, Guna Lambang Apa?

akhbar/media, Ibrahim Ali
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Anggap Ibrahim Ali Sudah Tidak Relevan...
| Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub |
Menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara, Hussamuddin berkata, beliau yakin rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kenyataan retorik beliau.
"Pembaca juga tahu konsep Sinar Harian yang telus dan tulus tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kelompok tertentu," katanya, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim dalam akhbar perdana semalam bahawa beliau 'jelik' dengan laporan Sinar Harian dan sebuah portal web kerana didakwa menyiarkan hanya sebahagian kenyataannya sehingga dilihat seolah-olah menghina kaum lain.
Ibrahim dilapor berkata demikian semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga, kelmarin.
Untuk rekod, pada 2009, Sinar Harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan apabila menerima Anugerah Kalung Perpaduan 2009.
Ibrahim Ali, MP Katak, Nik Aziz Nik Mat, Pas
Isu Desak TG Nik Aziz Berundur, Ibrahim Ali Lupa Cermin Diri, Lupa Dia Menang Kerusi Parlimen Atas Tiket PAS
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menegaskan, banyak sebab menteri besar itu perlu berundur, bukan sahaja disebabkan faktor umur, tetapi juga kelemahan sepanjang lebih 20 tahun memerintah negeri itu.
Nik Abdul Aziz mengetuai Kerajaan Kelantan sejak Pas menguasai negeri itu pada 1990.
Ibrahim yang bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas pada 2008 menggunakan tiket Pas berkata, antara sebab lain kegagalan membawa perubahan ke arah kemajuan masa depan rakyat dan sumber pendapatan kerajaan negeri yang semakin menurun.
"Kalaulah dia terus memegang jawatan itu sudah tentu rakyat akan berdepan dengan banyak masalah.
“Oleh itu saya minta Nik Abdul Aziz berundur sebelum PRU13," katanya di sini.
Ahli Parlimen Pasir Mas ini berkata, penyandang jawatan Menteri Besar perlu dilantik daripada kalangan pemimpin muda yang berpelajaran tinggi dan mempunyai perancangan berwawasan untuk kemajuan rakyat.
Katanya, Nik Abdul Aziz boleh dikatakan memegang jawatan Menteri Besar itu hanya sebagai pemerhati kerana tidak mampu melakukan apa sahaja pembaharuan menyebabkan Kelantan masih mundur dan kurang peluang pekerjaan.
“Kalau nak dikatakan dia layak sebagai mufti tidak juga kerana banyak fatwa yang dikeluarkan bercanggah dengan mufti lain berikutan ada kepentingan politik peribadinya.
“Tambah pula sekarang terikut-ikut telunjuk parti pakatan termasik DAP dan PKR.
"Adalah lebih baik dia berehat sahaja di rumah dan memberi laluan kepada orang yang lebih muda untuk menerajui kerajaan negeri supaya ada perancangan yang berguna," katanya.
Beliau mengakui kelemahan kepimpinan Nik Abdul Aziz itu menyebabkan Kerajaan Pusat menghulurkan pelbagai bantuan khususnya kewangan bagi membangunkan negeri berkenaan sejak dahulu sampai sekarang.
Katanya, rakyat negeri itu juga sudah kurang yakin dengan kemampuan Nik Abdul Aziz terus menerajui Kerajaan Kelantan dan kemungkinan besar menolak Pas pada PRU13.
"Pada hemat saya sudah nampak dengan jelas rakyat semakin muak dengan karenah kepimpinan kerajaan negeri yang lebih mengutamakan kepentingan diri daripada membawa perubahan untuk mereka," katanya.
Ibrahim Ali, PRU, Rosmah Mansor
Macam Nak Rukuk Ibrahim Ali SALAM Rosmah
Ibrahim Ali, Laporan Audit Negara, NFC, PERKASA, Sharizat
Isu NFC Keluarga Sharizat: Ketua Audit Negara Kesal Pihak Pertikai Intergriti Juruaudit
[SH] SHAH ALAM - Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kesal ada pihak yang mempersoalkan integriti dan kredibiliti juruaudit-juruaudit jabatannya di sebalik kontroversi projek ternakan daging lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
"Jabatan Audit Negara menjelaskan bahawa pengauditan terhadap projek NFC ini telah dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. Sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali," kata Ambrin dalam satu kenyataan.
Ambrin berkata, jabatannya mahu menekankan bahawa kerja-kerja mengaudit ke atas projek NFC dijalankan secara profesional dan bebas tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak.
Ahad lalu, Perkasa mencabar National Feedlot Corporation (NFCorp) mendedahkan kelemahan yang dilakukan pegawai-pegawai yang mengendalikan urusan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sehingga merosakkan reputasi syarikat berkenaan dan menjejaskan imej kerajaan.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, laporan itu sesuai diguna pakai dalam kementerian dan agensi kerajaan tetapi tidak untuk syarikat swasta.
Beliau berkata, pegawai yang membuat audit mungkin keliru dengan beberapa perkara, antaranya, National Feedlot Corporation atau NFCorp adalah milik Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail manakala NFC adalah dimiliki syarikat kerajaan dan pada masa yang sama mengusahakan ladang satelit.
“Mohamad Salleh menerangkan kepada kami yang NFCorp mempunyai Laporan Audit Dalaman dan membuat audit dalaman syarikatnya. NFCorp pernah diberi lima bintang oleh Jabatan Audit Negara.
“Untuk itu, saya mendesak supaya Ketua Audit Negara, (Tan Sri Ambrin Buang) memberi penjelasan mengenai kekeliruan ini dan menjawabnya secara terbuka,” katanya pada satu sidang media.
Berkaitan:
Ekoran laporan media mengenai beberapa isu yang menghubungkaitkan Jabatan Audit Negara (JAN) dengan projek fidlot di Gemas, Jabatan Audit Negara ingin memberi penjelasan seperti berikut:
Perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN ialah pencapaian projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) sebagai sebuah syarikat.
NFCorp adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1, manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd.
Projek ini diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara yang mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar berupa:
i) Peruntukan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (KPIAT) berjumlah RM73.64 juta di bawah RMKe-9 bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian. Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh KPIAT untuk menyediakan tapak seluas 5,000 ekar bagi projek ini. Kawasan ini kemudiannya dikurangkan kepada 2,000 ekar sahaja.
ii) Geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada bulan September 2007 dan setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp untuk syarikat ini menyediakan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.
iii) Pinjaman mudah (soft loan) juga telah diluluskan kepada NFCorp. yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007. Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan.
Tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan. Pengauditan ini melibatkan semakan terhadap maklumat yang diperolehi daripada beberapa agensi Kerajaan seperti KPIAT, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga daripada pegawai-pegawai NFCorp semasa lawatan tapak dilakukan pada bulan Mac 2011.
Berdasarkan analisis audit yang bersandarkan kepada maklumat tersebut, pemerhatian-pemerhatian audit telah dibuat secara bertulis untuk mendapatkan pengesahan dan maklum balas daripada pihak-pihak ini.
Analisis audit mendapati objektif projek PFN masih belum dicapai sepenuhnya. Ini disebabkan berbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010. Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada bulan Mac 2010, sasaran pengeluaran PFN iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Entreprenuer Development Program (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi.
Jika dibaca keseluruhan LKAN 2010 itu, tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, 'in a mess' atau pun penyelewengan. Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.
Pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini. Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan PFN sehingga satu kajian viability and business model (model perniagaan) dijalankan bagi projek ini?
Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ianya membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah pun mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek ini.
JAN ingin menjelaskan bahawa pengauditan terhadap projek PFN ini telah dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. Sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali.
Ibrahim Ali, MP Katak, undi pos
Selain Tebal Muka, Permintaan Kem Tentera oleh Ibrahim Ali "Serlahkan" Penyalahgunaan Undi Pos
Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat.
Ibrahim berhujah bahawa Kem Briged Kelapan di Desa Pahlawan, dekat Pasir Mas di Kelantan, tidak terletak di tempat yang betul.
"Ancaman sebenarnya di sempadan dengan Thailand. Di mana Pasir Mas bertemu Rantau Panjang. Di situlah berlakunya penyeludupan, dengan dadahnya," katanya.
Beliau bertanya sama ada kementerian berkenaan mempunyai rancangan untuk memindahkan kem tersebut atau membina satu lagi di kawasan pilihan rayanya, dengan peringatan tersirat kepada kerajaan persekutuan bahawa satu batalion tentera akan bermakna sejumlah besar pengundi dari kalangan anggota tentera untuk BN .
Pakatan Rakyat telah menyuarakan kebimbangan mengenai penyalahgunaan undi pos oleh pengundi di kalangan anggota tentera dan pasangan mereka untuk meningkatkan sokongan kepada BN.
Ini merupakan salah satu kebimbangan yang dibangkitkan kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pilihan raya.
Ibrahim Ali, MP Katak, rencam
[Gambar] Apa MIMPI Ibrahim Ali?
fatwa, Ibrahim Ali, PERKASA
Orang Jahil dan Pentingkan Diri Ulas Isu Larangan Guna Mikrofon
Ibrahim Ali, MP Katak
Anugerah Ibrahim Ali: VC UiTM Berdolak Dalik
| Sahol Hamid |
[MK] Naib canselor UiTM Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar mengeluarkan pekeliling rasmi berhubung Anugerah Ibrahim Ali yang kontroversial pada 9 Jun lalu, meskipun ia belum diluluskan oleh senat universiti berkenaan.
Sesalinan surat dengan tajuk 'Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali Bersempena Konvokesyen UiTM' yang diperolehi oleh Malaysiakini menunjukkan ia diedarkan kepada semua kampus universiti itu, jabatan dan fakultinya di seluruh negara.
"Adalah dimaklumkan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali telah menawarkan diri untuk menaja sejumlah RM5,000 setahun kepada pelajar untuk dianugerahkan atas komitmen dan sumbangan mereka dalam memertabatkan bangsa.
"Beliau mencadangkan supaya anugerah ini diberikan setiap kali konvokesyen kecuali jika tiada calon yang layak.
Turut dilampirkan bersama dengan pekeliling itu adalah garis panduan Anugerah Ibrahim Ali dan borang pencalonnya.
Sahol Hamid juga meminta maklumat berhubung perkara itu disebarkan kepada para pelajar dan borang pencalonan yang telah diisi dengan lengkap dihantar kepada Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) sebelum 1 Julai.
Mengulas perkembangan itu, Sahol Hamid ketika dihubungi Malaysiakini berkata surat pekeliling itu hanya bertujuan mendapatkan reaksi para pensyarah.
Katanya, ia juga bertujuan melihat sama ada terdapat pencalonan untuk anugerah berkenaan.
Kenyataan naib canselor UiTM itu bercanggah dengan apa yang ditulisnya pada laman sosial Facebook semalam yang berkata pihak universiti belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan Anugerah Ibrahim Ali itu.
Katanya, anugerah itu perlu dibawa kepada Senat dan Lembaga UiTM sebelum ia boleh diluluskan.
Menurutnya lagi, senat UiTM adalah badan yang kuat dan berkecuali dan mereka yang bakal menentukan sebelum sesuatu anugerah boleh diberikan.
Ibrahim Ali, MP Katak
Memalukan...Cadang Anugerah Guna Nama Sendiri, Ibrahim Ali Angkat Bakul Sendiri
[HD] KUALA LUMPUR, 20 Julai: Selepas ditertawakan pelbagai lapisan rakyat, Naib Canselor UiTM, Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar hari ini memperjelaskan status kedudukan Anugerah Ibrahim Ali yang tertera di laman web Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM semalam.
Menurut beliau, anugerah tersebut dicadangkan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sendiri tetapi menegaskan bahawa sebelum anugerah boleh diberi, ia perlu dibawa ke Senat dan Lembaga Pengarah UiTM untuk kelulusan.
“UiTM tidak pilih nama atau buat sebarang cadangan anugerah tersebut. Cadangkan itu datang dari Datuk Ibrahim Ali sendiri. Saya hanya minta dibawa ke Senat untuk keputusan. Kalau setuju, baru bawa untuk endorsement lembaga.
"Proses bukan muda dan mengambil masa di senate - ada 60 org professor ,dekan-dekan dan rektor-rektor kampus. Masing-masing bertindak secara individu. Tidak boleh lobby. Satu badan yang kuat dan independent di UiTM,” terang beliau di laman Facebook beliau.
Semalam, IMPAK menyiarkan info mengenai bahawa pecalonan untuk Anugerah Ibrahim Ali, yang menawarkan RM5,000 sebagai ganjaran yang ditaja Ibrahim sendiri telah dibuka kepada pelajar UiTM.
Anugerah Ibrahim Ali dikatakan untuk dianugerahkan kepada mereka yang menunjukkan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.
Berita yang awal diledakkan di laman web Malaysiakini telah menerima pelbagai reaksi yang berbentuk sindiran dan kritikan kepada anugerah tersebut.
Antara yang memberikan pandangan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga bekas pensyarah di UiTM, yang memberikan prediksi bahawa anugerah berkenaan akan terkubur kerana Ibrahim bukan orang yang dipandang tinggi oleh masyarakat.
“Nama pemimpin lain lebih berhak. Arsyad Ayub, Ani Arope, Ishak Mohamad, Dr Awang Had Salleh, dan (bekas naib canselor UiTM) Ibrahim Abu Shah akan tersenyum bila mengetahui ada anugerah dinamakan atas nama Ibrahim Ali!
“Penerima anugerah mesti berbangga dengan anugerah mereka. Jika sesuatu anugerah itu hanya mendatangkan cemuhan dan menjadi stigma kepada penerimanya, saya pasti anugerah itu akan gagal,” katanya.
Namun begitu, dalam penjelasan Sahol hari ini, beliau seolah-olah mempersalahkan IMPAK yang terlebih dahulu mengumumkan perkara ini, walaupun ia masih di peringkat cadangan.
“Namun, terlepas pandang kerana ada jabatan yang buat hebahan web. UiTM prihatin tentang keadaan semasa dan tidak akan terima anugerah tersebut tanpa kelulusan Senat dan Lembaga Pengarah.
“Dengan penjelasan ini, saya berharap isu ini tidak akan dibesarkan lagi,” katanya.
Semakan Harakahdaily sebentar tadi turut mendapat laman web IMPAK telah mengeluarkan butiran mengenai Anugerah Ibrahim Ali.
Ibrahim Ali, Majlis Peguam, MP Katak, PERKASA
Ibrahim Ali MAKI Majlis Peguam "Bastard"
Katanya kebanyakkan kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis tersebut "menyokong (pihak) yang menentang kerajaan".
"Majlis Peguam ini tak boleh ikut. Majlis Peguam, pada pandangan saya, adalah bastard (anak haram) punya council (majlis).
"Sebab mereka hipokrit dan double standard. Semua yang Majlis Peguam sokong, (mereka) yang lawan kerajaan, kebanyakkannya.
"Tengok, dia marah, ada ahli PERKASA bakar gambar (pengerusi BERSIH) S Ambiga. Waktu ada penyokong India, atas isu Interlok, gambar Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussin dibakar, mana kenyataan daripada Majlis Peguam?
"Jadi dia double standard. Saya tak hormat langsung dekat Majlis Peguam," katanya.
Ibrahim turut dengan mempersoalkan pendirian Majlis Peguam berhubung penyiaran gambar menghina Islam menggambarkan seekor babi berada di atas kaabah atau seekor anjing membaca surah Yassin.
"Apa yang Majlis Peguam buat?" soalnya lagi yang juga anggota parlimen Pasir Mas.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan berhubung kenyataan Majlis Peguam yang menyatakan bahawa tindakan bekas presiden Umno pernah berdemonstrasi sewaktu menentang Malayan Union sebelum merdeka.
BERSIH, blogger UMNO, Ibrahim Ali, perkauman
Selepas Ibrahim Ali, Jurublog UMCO Pula Takut-takutkan Orang Cina
Yang berlaku di Indonesia pada tahun 1998 ialah rusuhan kaum. Mengapa perlu samakan BERSIH dengan rusuhan kaum di Indonesia? Penyiaran video dan tajuk artikel itu berniat jahat dan cuba menggambarkan BERSIH sebagai perhimpunan yang berunsur perkauman dan ganas.
Untuk menggagalkan BERSIH 2.0, pihak UMCO dan geng cuba menggambarkan perhimpunan itu sebagai satu perhimpunan yang akan mencetuskan huru-hara dan keganasan. Walhal, BERSIH 2.0 hanyalah perhimpunan RAKYAT PELBAGAI KAUM dan AGAMA yang ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap SPR dan amalan demokrasi di negara ini. BERSIH bukanlah perhimpunan perkauman yang mahu menggulingkan kerajaan, bukan juga perhimpunan yang mahu "menghalau" Cina atau mana-mana kaum di Malaysia.
hasutan, Ibrahim Ali, perkauman
Ibrahim Ali Minta Cina Sediakan Stok Makanan
“Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.
“Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan, saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak.”
Ibrahim Ali, Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara
[Video] Seruan Jihad Ibrahim Katak, Gelar Anwar "Anak Haram", Nik Aziz "Bengong", Bayangkan Anwar Gay
Ibrahim Ali, istana, MP Katak
[Kemas Kini] TERHANGAT: Ibrahim Ali Masih Bergelar "Datuk" Biarpun Istana Kelantan Melucut Anugerah "Datuk"nya
Sabar Encik Ibrahim, ada negeri lain yang akan menganugerahkan gelaran yang lebih hebat.
Minta maaflah Encik Ibrahim, saya mahu tergelak...kah kah kah! Takziah!
[TMI] KUALA LUMPUR, 13 Okt — Istana Kelantan menarik balik pingat “Datuk” yang dikurniakan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkuat kuasa hari ini.
Ia diumumkan hari ini.
Turut dilucutkan gelaran Datuk ialah bekas setiausaha kerajaan negeri Wan Hashim Wan Daud.
Kemas Kini:
Opps! Bukan Encik Ibrahim, tetapi Datuk Ibrahim. Butirannya di bawah ini:
[MK] Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.
Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.
Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.
Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.
“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.
Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.
Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi.
“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya.
Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.
Dr. Mahathir, Ibrahim Ali, Kampung Baru, MP Katak, PERKASA
Antara Usaha untuk "Mengkhianati" Melayu Kampung Baru!
Talam bermuka-muka orang yang mengaku lebih Melayu daripada Melayu yang lain!
[TMI] KUALA LUMPUR, 9 Julai — Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata usaha pembangunan semula Kampung Baru — penempatan orang Melayu di ibu Negara — akan menjadi lebih menarik jika turut melibatkan orang bukan Melayu.
Dengan adanya penyertaan orang bukan Melayu, kata beliau, ia secara tidak langsung akan menjadikan Kampung Baru lebih menarik bukan hanya kepada pelancong asing tetapi juga kepada rakyat tempatan.
“Kita boleh membangunkan Kampung Baru sebagai kawasan komuniti Melayu berniaga tetapi saya rasa ia juga perlu melibatkan sekali orang bukan Melayu untuk ambil bahagian dalam pembangunan tersebut sebab ia akan menjadi lebih menarik.
“Ketika menjadi perdana menteri saya cuba untuk membangunkan Kampung Baru tetapi penduduk membantah,” kata Dr Mahathir pada Forum Rancangan Malaysia Ke-10 bersama RTM yang disiarkan dari Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.
Beliau berkata pembaharuan perlu dibuat kerana kedudukan Kampung Baru di tengah pusat bandar raya akan mencacatkan pemandangan.
“Kalau simpan macam sekarang nampak cukup hodoh, jadi sampai bila mereka (penduduk) mahu duduk macam itu?
“Mereka memang sudah tolak cadangan untuk orang bukan Melayu terlibat dalam pembangunan Kampun Baru tapi sampai bila mereka nak duduk di rumah buruk itu?” katanya.
Sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pernah menyebut projek pembangunan di Kampung Baru dimajukan dengan pemilikan hartanah 60 peratus orang Melayu dan 40 peratus kaum lain, tetapi bila penduduk membantah cakap pula 100 peratus milik orang Melayu.
Raja Nong Chik sebelum ini dilaporkan bercadang supaya pembangunan hartanah berdasarkan nisbah 60:40 antara Bumiputera dan bukan Bumiputera di kawasan itu.
Beliau berkata kerajaan tidak memaksa pemilik tanah Kampung Baru untuk menerima cadangan membangunkan hartanah berdasarkan kuota 60:40 bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Namun cadangan tersebut ditolak pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru yang bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kampung itu yang akan mengekalkan 100 peratus hak milik Bumiputera.
Selain itu, Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru juga membantah cadangan tersebut.
Kampung Baru mempunyai keluasan 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian yang dilakukan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta pada Mac 2007 membabitkan 54.4 hektar, kadar yang ditetapkan bagi satu kaki persegi untuk tanah kediaman ialah antara RM270 hingga RM300 dan RM500 hingga RM600 untuk satu kaki persegi bagi tanah perdagangan.
Selain kerajaan BN, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim juga berhasrat mengemukakan cadangan pembangunan semula Kampung Baru memandangkan beliau telah merangka beberapa alternatif kepada Kerajaan Pusat berhubung pembangunan semula kampung berkenaan 15 tahun lalu.
Cadangan tersebut dikatakan mengambil kira semua isu yang terlibat terutama hak milik kekal orang Melayu, masalah pembahagian tanah serta mewujudkan pembangunan yang setaraf dengan kawasan berdekatan.
Sementara itu Presiden Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali bersetuju dengan cadangan Dr Mahathir itu kerana keadaan semasa hari ini memerlukan Kampung Baru dibangunkan dengan turut melibatkan orang bukan Melayu.
“Beliau bercakap dengan realiti tapi ada pihak cakap dengan ideologi. Beliau bercakap dalam konteks realiti hari ini dan kita perlu menerimanya malah ia juga merupakan strategi untuk pembangunan Kampung Baru berjalan lancar.
“Jadi orang Melayu perlu sedar bahawa penglibatan orang bukan Melayu penting dalam membawa modal pelaburan.
“Saya tidak merasakan bahawa cadangan tersebut salah kerana kita memerlukan pelabur, jika tidak bagaimana pembangunan Kampung Baru akan menjadi realiti kerana kalau kita bina bangunan nanti siapa yang akan beli?” katanya. - Syed Mu’az Syed Putra
(Kredit: Rakyat Marhaen)
Ibrahim Ali, John Mallot, MP Katak
John Mallot Memberikan Kuliah Bahasa Inggeris kepada Ibrahim Ali
[MK] KOMENTAR Apabila saya bangkit pada pagi Isnin lalu, saya melayari laman sesawang Malaysiakini dan mendapati saya menjadi sasaran demonstrasi di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.
Saya tidak pasti sama ada saya terkejut ataupun ia satu penghormatan. Ketika saya menjadi duta, seringkali terjadi demonstrasi terhadap Amerika Syarikat - semuanya membabitkan isu serius.
Tetapi demonstrasi yang dilakukan adalah terhadap diri saya? Ini hanya semata-mata saya berkata benar dan menamakan PERKASA sebagai kumpulan militan? Semuanya berlaku kerana ketua PERKASA, Datuk Ibrahim Ali tidak boleh membezakan antara adjektif (kata sifat) dengan 'kata benda'.
Isu ini bermula kerana bahasa Inggeris bukan bahasa ibubunda Ibrahim. Saya tidak menyalahkannya kerana dia tidak faham perbezaan itu dalam bahasa Inggeris. Ia bukan bahasa ibundanya. Saya berharap saya mengetahui lebih banyak bahasa Melayu.
Bagaimanapun sebelum seseorang berhujah dengan berkobar-kobar selama dua minggu dengan menuduh saya sebagai "tolol" dan "bodoh" (stupid) serta mengetuai bantahan ke atas kedutaan Amerika, sekurang-kurangnya perbetulkan dahulu fakta anda.
Namun nampaknya, Ibrahim tidak ambil peduli. Beliau gembira dengan publisiti yang diterimanya di media massa.
Saya labelkan PERKASA sebagai kumpulan militan Melayu, yang mana ia memang bersifat demikian. Apabila saya menggunakan perkataan 'militan' ia digunakan sebagai adjektif. Ia membawa maksud 'perwatakan yang agresif' atau 'semangat baja dalam perjuangan', sebagai contoh 'aktivis hak asasi manusia yang militan'.
Ibrahim sepatutnya menerimanya sebagai satu pujian.
Apabila perkataan 'militan' digunakan sebagai adjektif, perkataan itu tidak membawa maksud seseorang itu menggunakan keganasan.
Jadi apabila saya menyentuh mengenai PERKASA - hanya enam perkataan dalam rencana pengarang saya yang berjumlah lebih kurang 800 perkataan berhubung “kumpulan baru militan yang bernama PERKASA - saya tidak menggunakannya sebagai 'kata benda'. Saya gunakannya sebagai 'kata sifat' - menunjukkan agesif atau bersungguh-sungguh.
Itu adalah perkataan yang tepat bagi menghuraikan Ibrahim. Saksikan sahaja videonya dan anda akan faham apa yang saya maksudkan. Beliau seseorang yang sedia bergaduh memperjuangkan apa yang dipegangnya. Beliau seorang yang agresif.
Tetapi saya tidak pernah melabelkan PERKASA sebagai kumpulan yang terbabit dengan keganasan atau terorisme.
Bagi rakan-rakan saya di Washington, isu berkenaan boleh diselesaikan dengan mudah jika Ibrahim hanya merujuk kamus Oxford English.
Petikan artikel yang membuatkan Ibrahim Ali berang:
...Worried about losing political support, the ruling party has responded by appealing to the baser instincts of the country’s Malay Muslim majority. For example, it told Malaysia’s Christians that they may no longer use the word “Allah” for God, even though the word existed in Arabic long before Islam arose. A new militant group called Perkasa, which claims that Malay rights are under threat from the Chinese and Indian minorities, has won backing from former Prime Minister Mahathir Mohamad and other members of the ruling party....
Petikan makna dan penggunaan perkataan itu berdasarkan kamus:
mil·i·tant (ml
-t
nt)
adj.
1. Fighting or warring.2. Having a combative character; aggressive, especially in the service of a cause: a militant political activist.n.
A fighting, warring, or aggressive person or party.[Middle English, from Old French, from Latin mlit
ns, m
litant-, present participle of m
lit
re, to serve as a soldier; see militate.]
mili·tance, mil
i·tan·cy n.
mili·tant·ly adv.
militant [ˈmɪlɪtənt]
adj
1. aggressive or vigorous, esp in the support of a cause a militant protest2. warring; engaged in warfaren
a militant person
[from Latin mīlitāre to be a soldier, from mīles soldier]militancy less commonly, militantness nmilitantly adv
Militant [ˈmɪlɪtənt]
n
1. (Government, Politics & Diplomacy) short for Militant Tendency2. (Government, Politics & Diplomacy) a member of Militant Tendency
Ibrahim Ali, judi
Hidup MELAYU, Hidup MELAYU...errr Hidup JUDI?
Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Vincent Tan. Dalam pada itu, beliau turut mendakwa MP Pasir Mas mempunyai "saham" dalam syarikat tersebut. Katanya:
"Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," dakwanya lagi.
Tambahnya, syarikat yang dinamakan Ascot Sports itu diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.
Jelasnya, perniagaan itu membabitkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain.
"Syarikat ini membayar yuran operasi sebanyak 20 juta kepada kerajaan dalam urusniaga sebesar RM1bilion.
"Sudah tentulah lesen ini diberikan oleh menteri kewangan, saya difahamkan menteri kewangan dan perdana menteri sebelum Abdullah Badawi mengambil alih kuasa.
"Menteri kewangan ini adalah presiden Umno, Umno ialah parti agama bangsa dan negara," katanya lagi.
Kemas Kini:
* Saham judi: Ibrahim Ali akan saman
* Oh rupa-rupanya:
Dalam pertikaman lidah di antara kedua-dua ahli parlimen itu hari ini, Saifuddin berkata, kenyataan beliau semalam mendakwa Ibrahim memiliki saham dalam syarikat Ascot Sports yang dimiliki oleh tauke judi dan bukan memiliki saham dalam syarikat judi.
"Dia ada beza, memiliki saham dalam syarikat judi dengan memiliki saham dalam syarikat yang dimiliki tauke judi, dia ada beza.
"Baca handsard parlimen sebab saya punya teks ucapan very guided," jelasnya yang juga Setiausaha Agung PKR.
Beliau yang bangun, mendakwa telah difitnah oleh Saifuddin kerana menuduhnya mempunyai saham dalam syarikat judi.
Beliau turut bersumpah dengan nama Allah menafikan perkara tersebut.
"Wallahi, wabillahi, watallahi, saya sanggup junjung Quran, saya tidak pernah terlibat sama ada langsung atau tidak langsung dalam mana-mana syarikat judi, ini fitnah besar," katanya.
Keadaan itu, kemudiannya menimbulkan suasana tegang antara kedua-duanya sehingga Zulkifli meminta mereka menyelesaikan perkara tersebut di luar dewan...
BAGASI KIRIMAN TERKINI
BAGASI KIRIMAN
PERHATIAN
Sebahagiannya pula disalin & ditampal (semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.
Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.
Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.



















