[Kemas Kini] Alasan Ronnie Liu Tarik Balik Larangan MPSJ Larang Orang Islam Bekerja di Premis Jual Arak
[TMI] KUALA LUMPUR, 17 Jan — Ronnie Liu menegaskan pendiriannya membantah keputusan melarang umat Islam bekerja di premis-premis menjual alkohol bukan bermakna beliau seorang yang “anti-Islam”.
Liu menjadi sasaran media pro-Umno dan juga pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) ekoran arahannya agar Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) agar menarik balik larangan tersebut yang dikuatkuasakan baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom kelmarin mendakwa Liu menghina Islam dengan mengeluarkan arahan sedemikian.
Dalam responsnya hari ini, Liu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor berkata, dakwaan seumpama itu sangat tidak adil.
“Sangat tidak adil bagi (Datuk Seri) Jamil melabelkan saya sebagai anti-Islam... saya prihatin dengan golongan muda yang bekerja untuk menyara kehidupan mereka.
“Jika mereka kehilangan kerja, bank dan syarikat kewangan akan mencari mereka... maka, bolehkah Jamil membantu bayar bil mereka dan mendapatkan pekerjaaan bagi mereka yang dihentikan kerja?” kata Liu kepada The Malaysian Insider.
“Siapa beliau (Jamil) untuk mengutuk saya? Beliau bukan ketua agama. Yang di-Pertuan Agong dan Sultan adalah ketua agama Islam, bukannya beliau,” tambah Liu.
The Malaysian Insider difahamkan ramai Exco Kerajaan Negeri tidak gembira dengan keputusan terbaru itu.
Liu mempertahankan bahawa keseluruhan Exco Kerajaan Negeri bersetuju untuk menarik balik keputusan itu sementara satu kajian yang mendalam dijalankan meskipun Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang bertanggungjawab kepada soal agama berkata beliau menyokong penuh keputusan MPSJ.
Awal minggu lalu, MPSJ memutuskan untuk membatalkan lesen perniagaan permis yang melanggar Enakmen Jenayah Syariah Selangor, yang melarang umat Islam bekerja di premis-premis yang menjual alkohol.
Liu berkata, pendirian kerajaan negeri tidak bersetuju dalam perkara itu menghantar mesej tegas bahawa pihak berkuasa tempatan “perlu berfikir sebelum bertindak.”
“Saya merasakan Yang Dipertua MPSJ (Datuk Adnan Md Ikshan) wajar dipersalahkan dalam hal ini. Beliau harus bertanggungjawab sebab beliau tidak berbincang dengan kerajaan negeri sebelum memutuskan untuk menguatkuasakan keputusan ini,” kata Liu lagi.
Pada 14 Januari lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor bercadang menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan menjual minuman keras.
Jelas Khalid, empat ahli exco negeri iaitu Hasan, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Rodziah Ismail — diminta menubuhkan sebuah sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan penubuhan tabung berkenaan.
Beliau berkata kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan atas sebab ekonomi.
Katanya, kerajaan negeri menghormati pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang melarang umat Islam bekerja di premis berkenaan.
“Pada masa sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat,” katanya.
Khalid dijangka akan mengadakan pertemuan dengan semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan hari ini bagi mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen itu dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
P/s: Ronnie Liu mempunyai asas berbuat demikian.
Dalam hal ini, MPSJ sewajarnya mengumumkan hal ini terlebih awal serta membincangkan hal itu dengan kerajaan negeri. Hal ini penting bagi memberikan ruang kepada kerajaan negeri untuk membantu pekerja yang akan diberhentikan. Pengusaha dan pekerja pula dapat membuat persediaan dan mencari alternatif lain. Tindakan menguatkuasakan sesuatu undang-undang secara serta-merta sudah tentu mewujudkan konflik.
Namun, tempoh untuk menangguhkan undang-undang ini tidak wajarlah terlalu lama kerana sesuatu yang haram itu tetap haram. Orang Islam yang mempunyai kuasa untuk menghalang sesuatu perkara mungkar wajib berbuat demikian. Kita perlu memastikan orang Islam di negara ini bebas daripada unsur yang dilarang agama. Justeru, usaha MPSJ itu wajar disokong walaupun pelaksanaannya dilihat seperti ada udang di balik batu. Tambah-tambah pula, hal itu dilaksanakan secara tiba-tiba dan seakan-akan untuk mewujudkan semula konflik antara Ronnie dengan Hassan Ali. Biarpun begitu, langkah susulan kerajaan negeri untuk menyediakan tabung khas bagi membantu pekerja yang insaf dan mahu mencari pekerjaan lain wajar mendapat perhatian pekerja yang terlibat dalam premis menjual arak.
UMCO yang berkokok dalam isu ini wajar mencerminkan diri kerana setakat ini pekerja Islam bebas bekerja dalam sektor yang membabitkan arak sejak negara merdeka. Malah, ada anak pemimpin UMCO (tidak payah sebut, bukan lagi rahsia) dilantik menjadi ahli lembaga pengarah syarikat arak. Lebih teruk, banyak pemimpin parti itu menjadi kaki teguk (cuba tanya Saifuddin PKR). Kita juga wajar bertanya bila Jamil Khir mahu mencadangkan kepada PM dan MB di setiap negeri jajahan BN agar mencontohi langkah MPSJ? Kita wajar bertanya pada Jamil Khir tentang pendiriannya berkaitan dengan hasrat Najib membuka lebih banyak kelab malam untuk menjanakan ekonomi negara? Apa komen puak-puak hipokrit ini?/www.duniacacamarba.blogspot.com
Kemas Kini (19/1):
* Elak kerja di tempat arak: S'gor peruntuk RM10 juta


Kita perlu berwaspada dengan orang bukan Islam. Allah melalui kalamNYA,iaitu Al-Qur'an mengingatkan bahawa golongan yahudi dan Nasrani tidak akan redho selagi orang Islam tidak mengikut cara hidup mereka.
Lafas seperti "saya bukan anti Islam'kena diwaspadai oleh umat Islam. Sejarah telah membuktikan perbuatan 'anti Islam' sentiasa ada melalui tindakan seperti tulisan memburukkan Islam oleh musuh Islam.
Islam juga mengajarkan bahawa orang munafik adalah bahaya kepada umat Islam keseluruhannya. Kita lihat permainan puak UMNO yang munafik, dengan mulut yang basi menuduh orang lain 'anti Islam' tapi diri sendiri dan sekutunya menjual Islam dengan harga yang murah. Bukankah puak ini yang membenarkan pembukaan Kilang arak , kasino untuk berjudi dan pelbagai kemasiatan yang lain yang menjadikan sosio-politik negara ini menjadi kacau bilau?.
Mengapa golongan yang ada ciri-ciri Abdullah bin Ubai, tidak menghapuskan Kilang judi dan yang seumpama dengannya dan kemudian mengatakan sekian orang 'anti Islam'.Bukankah mereka ada 'political will' untuk menghapuskannya. Adakah kerana gerombolan mereka terlibat dengan arak dan judi mereka jadi kuda kepang. Jalas sikap munafik puak itu!
Langkah Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim adalah boleh dipuji untuk mengatasi masalah orang Islam bekerja di premis yang menjual arak.
Golongan yang ada ciri-ciri munafik tak kira menteri atau ketua agama, tidak boleh diharap untuk memperjuangkan Islam. Pastikan golongan ini dibersarakan selepas Pilihanraya umum yang ke 13 nanti.