"Kirim wang kepada kami atau kami rogol anak anda lagi"
Demikianlah perbualan telefon antara salah seorang perogol dengan ibu kepada gadis Inggeris yang mendakwa dirogol beramai-ramai selama dua jam di sebuah hotel di sekitar Pantai Patong, Phuket, Thailand seperti yang dilaporkan Daily Mail.
![]() |
| Suasana di Pantai Patong |
Menurut gadis berusia 23 tahun itu, dia telah diserang secara seksual oleh sekumpulan lelaki warganegara Sweden dan Thailand di sebuah bilik di hotel tersebut selepas bersetuju mengikut seorang lelaki selepas menghadiri satu pesta. Tiba di bilik hotel tersebut, ada lima orang lagi lelaki sedang menunggu termasuk tiga lelaki Thai.
Dia diperkosa secara bergilir-gilir dan kemudian salah seorang daripada mereka meminta nombor telefon ibunya. Dengan diiringi gelak ketawa, lelaki tersebut meminta ibu gadis itu mengirimkan sejumlah wang, jika gagal berbuat demikian, anak gadisnya itu akan diperkosa berulang kali.
Berdasarkan laporan akhbar, gadis tersebut telah menetap di sana dengan menggunakan visa yang telah tamat tempoh, dan bekerja di sana secara haram. Kedua-dua kesalahan itu boleh menyebabkannya dikenakan hukuman penjara. Dia ke sana selepas menerima tawaran kerja sebagai jurujual "Time-Share" di pulau itu. Dia walau bagaimanapun gagal memperoleh pendapatan seperti yang diharapkan.
Selepas kejadian itu, gadis itu dikhabarkan telah pulang ke Britain dengan bantuan pihak kedutaan. Mereka memutuskan untuk tidak membuat sebarang pendakwaan kerana tindakan itu dianggap hanya sia-sia. Gadis itu dikatakan mabuk sewaktu kejadian dan mungkin gagal mengecam lelaki yang merogolnya.
Oleh itu, anda yang gemar ke pantai-pantai peranginan di luar negara, ambillah ikhtibar, berhati-hatilah, dan jangan mudah terpengaruh oleh pelawaan orang yang tidak dikenali. Thailand merupakan pusat pelancongan yang menarik dan dalam masa yang sama terkenal dengan pelbagai macam cerita yang kurang sedap didengar. Bukan sahaja di lokasi peranginan, malah sebaik sahaja menjejakkan kaki ke negara itu, anda mungkin menjadi mangsa sindiket penipuan Zig Zag (Zig Zag? Baca di sini) di lapangan terbang. Itu baru di lapangan terbang....Itu baru kisah "ngeri" di Thailand...Ada banyak lagi kisah seumpama itu di negara lain. /www.duniacacamarba.blogspot.com
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.



Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.