[Wajib Baca-Kemas Kini] FLOM Division: Siapa "First Lady", Layakkah Rosmah Mempunyai Staf?
Blog Edyesdotcom sebelum ini mendedahkan FLOM Division yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Persoalannya, FLOM ialah akronim kepada apa? Adakah FLOM itu ringkasan kepada "First Lady of Malaysia"? Jika itulah maksudnya maka banyak pihak yang mempertikaikan hal ini. Bukan sahaja kelayakan Rosmah sebagai "First Lady", malah kelayakan Rosmah untuk mempunyai bahagian/division dan juga kakitangan yang mengurusnya.
Sebenarnya isu "First Lady" sudah disentuh sebelum ini. Banyak pihak yang telah memberikan pendapat. Blog DUNIACACAMARBA pun ada mengulas isu ini beberapa kali. Saya ulas sekali lagi. Siapakah yang layak digelar "First Lady". Pak Kadir dalam kirimannya dahulu ada mengulas isu ini. Kata beliau:
Dalam sistem kepresidenan (presidency) Perancis seperti juga dalam sistem Amerika, Presiden adalah Ketua Negara dan Ketua Kerajaan. Jadi isteri Presiden Perancis dan Presiden Amerika memainkan peranan sebagai Wanita Pertama atau First Lady.
Kita tidak ada sistem itu. Kita ada dua ketua. Ketua Negara adalah Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Kerajaan adalah Perdana Menteri. Macam Ratu Inggeris Ketua Negara dan Perdana Menteri Inggeris Ketua Kerajaan.
Jadi janganlah silap atau sengaja bagi gelaran atau jolokan Wanita Pertama (First Lady) kepada sesiapa. Kita tidak mahu berlaku salah protokol kerana negara kita adalah negara Raja Berperlembagaan dan kita ada adat resam sendiri.
Pakar Perlembagaan negara, Prof Dr Aziz Bari pula menyatakan bahawa Rosmah hanyalah bergelar isteri PM bukannya bergelar "Wanita Pertama" yang sepatutnya diberi kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong seperti yang dinyatakan di bawah ini:
"Menurut Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya" jelas dinyatakan, " Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong"."Oleh kerana Yang DiPertuan Agong mestilah seorang lelaki maka isteri baginda menjadi Permaisuri Agong dan bagindalah yang menurut Perlembagaan memegang gelaran Wanita Pertama Malaysia bukannya mana-mana pihak lain."
Zuraidah Kamaruddin, PKR, sebelum ini pernah menggesa Rosmah Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana merujuk dirinya sebagai “Wanita Pertama” atau "First Lady" yang baginya merupakan suatu tindakan yang dianggap menderhaka. Katanya:
“Kenyataan ini dilihat tidak wajar dikeluarkan oleh beliau kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara.
“Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara.”
Biarpun banyak pihak yang berpendapat bahawa Permaisuri Agong yang sebenarnya layak digelar "First Lady", namun Najib dalam suatu kenyataan bertulis kepada Tian Chua berpendapat sebaliknya. Kata Najib:
“Berdasarkan adat, budaya dan amalan protokol di Malaysia gelaran 'wanita pertama' tidaklah menjadi amalan.”
“Ramai yang berpendapat dalam konteks negara Malaysia, 'wanita pertama' adalah merujuk kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Secara lateralnya pendapat tersebut adalah tidak tepat.“Ini adalah kerana kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong adalah lebih tinggi daripada 'wanita pertama',” kata Najib.
Berdasarkan penjelasan Najib di atas, beliau beranggapan bahawa Permaisuri Agong yang mengikut pendapat ramai layak diberi gelaran "Wanita Pertama" adalah lebih tinggi daripada "Wanita Pertama". Justeru, jawapan yang dikemukakan kepada Tian Chua itu secara langsung menunjukkan Najib mengesahkan bahawa isterinya, Rosmah Mansor sebagai "First Lady" atau "Wanita Pertama" Malaysia.
![]() |
| Siapa PM? |
Siapa yang betul, Najib atau pendapat ramai?
Persoalan tentang siapa "First Lady" sudah terjawab. Terpulang kepada anda, sama ada mahu menerima pendapat ramai atau pendapat Najib 1Malaysia. Persoalan seterusnya, layakkah Rosmah Mansor mempunyai bahagian dan kakitangan? Hari ini Pak Kadir sekali lagi menyentuh tentang Rosmah Mansor. Saya petik tulisan beliau:
Hak Guna Duit NegaraMengenai bolehkah duit negara digunakan membiayai lawatan dan kegiatan isteri Perdana Menteri, saya ingin merujuk Sdr Bawal dan para pembaca sekalian kepada laporan New Straits Times pada 12.11.2010 yang berbunyi:
“NO permanent or contractual staff are provided for Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
In a written reply to Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib said officers from his office sometimes helped his wife in carrying out her official duties.
However, the Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 states that the prime minister's wife is entitled to claim food, lodging and winter apparel allowances when she accompanies her husband on his official duties overseas.”
(Tidak ada pegawai tetap atau kontrak diperuntukkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib berkata pegawai dari pejabatnya kadang kala membantu isterinya menjalankan tugas rasminya.
Bagaimanapun, Akta Ahli Parlimen (Gajian) 1980 mengatakan isteri Perdana Menteri berhak membuat tuntutan elaun makan, penginapan dan pakaian musim sejuk apabila mengiringi suaminya dalam tugas rasmi di luar negara.”)
Berdasarkan penjelasan/pengakuan Najib di atas, beliau menyatakan bahawa pegawai dari pejabatnya kadangkala ditugaskan untuk membantu isterinya Rosmah melaksanakan tugas-tugas rasmi. Hal ini bermaksud Rosmah tidak mempunyai staf tetap untuk membantunya apatah lagi bahagian/division. Adakah Najib juga memberitahu bahawa isterinya itu tidak layak mempunyai staf sendiri? Jika begitu, apa fungsi FLOM Division sedangkan jawapan Najib di atas jelas bertentangan dengan FLOM Division yang jelas diperuntukkan staf yang mengikut hirarki jawatan.
Berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Gajian) 1980 menyatakan isteri PM layak menerima elaun makan, penginapan, dan pakaian sejuk KETIKA mengiringi suaminya. Layakkah isteri PM menerima elaun dan sebagainya apabila pergi ke luar negara TANPA suami di sisinya. Apatah ada laporan yang mendakwa Rosmah ke Dubai menginap di hotel paling mahal yang kosnya mencecah RM100 ribu semalam. Wang siapa yang telah digunakan untuk membayar kos setinggi itu? Bukankah hal ini jelas membuktikan penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat oleh Najib?
![]() |
| Sebagai isteri PM, layakkah Rosmah tinggal di bilik yang kosnya RM100 semalam? |
Saya mahu menulis setakat ini sahaja. Selebihnya terpulanglah kepada anda untuk menilainya. Komen lebih-lebih pun Najib tetap juga mempertahankan isterinya. Contoh jelas tentang isu "First Lady", biarpun orang ramai termasuk pakar Perlembagaan menegaskan bahawa gelaran itu hanya untuk Permaisuri Agong, namun demi "cinta" kepada Rosmah, Najib mencari kewajaran untuk melayakkan isterinya digelar "First Lady".
Kini, sudah timbul cakap-cakap yang menyindir Rosmah yang kerap keluar negara seperti layaknnya digelar Menteri atau PM. Malah, tindak tanduknya juga dipersoal apabila kadangkala melebihi fungsi suaminya sebagai PM. Sindiran ini bukan sahaja datang dari mulut penyokong PR, tetapi menjadi buah mulut orang UMCO sendiri. /www.duniacacamarba.blogspot.com
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.