[PANAS] Selepas "Famous" dengan Klip Youtube Kempen BN, Pengarah Pelajaran Johor Kini Didakwa Cuba Tukarkan Suami Calon DUN Tenang
Saya petik:
[HD] LABIS, 17 Jan: Selepas berkempen habis-habisan untuk BN sehingga disiarkan dalam laman video popular Youtube, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran buat hal lagi apabila cuba menukar suami bakal calon PAS di Tenang, Makrof Abd Mutalib.
Namun selepas dibantah dengan alasan Normala Sudirman sudah berhenti kerja, arahan pertukaran untuk Makrof itu telah ditarik balik.
Bagaimanapun, dalam satu kenyataannya kepada laman web The Malaysian Insider hari ini, Markom yang lebih dikenali sebagai Wak Markom di kalangan petugas PAS di sini menafikan laporan tersebut.
Beliau berkata, Makrof hanya diberikan amaran kerana berkempen untuk isterinya.Makrof, seorang guru di Tenang didakwa gagal mengawal isterinya yang giat dalam politik dan bakal menjadi calon PAS di Tenang lalu diarah bertukar ke Johor Bharu dalam masa 24 jam.
Sebelum ini, PAS Johor membuat laporan polis dan SPRM terhadap Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Markom Giran kerana mendakwanya berkempen untuk Barisan Nasional (BN) sempena pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Antaranya Markom berkata, mahu tidak mahu semua guru-guru khasnya guru kaunselor diminta (diarahkan) untuk mempastikan (parti) kerajaan menang di dalam pilihan raya kecil ini.
Antaranya mereka diminta kenal pasti pengundi di Tenang samada hijau (PAS), biru (BN) atau kelabu (belum menyokong mana-mana pihak).
"Jika kelabu, pastikan mereka sokong (parti) kerajaan," kata Markom. Sehingga kini video klip dalam Youtube ini sudah dilihat oleh lebih 25,000 pengunjung.
Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Mazlan Aliman dalam laporannya menyebut, Markom, telah menyalahgunakan kuasa dengan memberi tekanan kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam DUN Tenang agar mengundi Barisan Nasional,
“Berdasarkan bukti-bukti yang diserahkan bersama, Markom jelas telah memberi tekanan kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam DUN Tenang agar mengundi Barisan Nasional. Beliau juga memberi tekanan kepada guru-guru kaunseling daerah Segamat agar berkempen dan mengundi Barisan Nasional dalam PRK N.05 DUN Tenang.
“Markom juga berkempen kepada guru-guru di SMK Munshi Ibrahim Labis, SK Kg Tenang, SK Pekan Air Panas, SK Felda Chemplak dan SMK Tenang Station agar mengundi Barisan Nasional. Secara jelasnya, beliau berkempen untuk Barisan Nasional di PRK N.05 DUN Tenang.
“Markom adalah penjawat Awam, DG 54 yang kini memangku Jusa C. Sedangkan mengikut Peraturan 21, melarang Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kumpulan Pengurusan dan Profesional mengambil bahagian dalam parti politik secara khusus,” jelasnya.
Notis bertukar
Ketika ditemui laman web Malaysiakini dalam majlis pengumuman calon malam tadi, Makrof memberitahu beliau menerima notis pertukaran beberapa hari lalu apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.
Menurut Makrof, notis pertukaran itu tidak menyatakan sebarang sebab.
"Kami bantah keputusan itu. Normala sudah letak jawatan (sebagai guru).
"(Kami beritahunya) mereka tidak patut buat macam ini, jika mereka tidak menarik balik, kami akan panjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau adakan sidang media.
"Mereka kemudian tarik balik," jelas Makrof.
Normala, bekas guru di Tenang, meletakkan jawatan baru-baru ini untuk berkhidmat sepenuh masa dengan PAS iaitu sebagai Penyelia Pusat Khidmat Dun Tenang.
Menurut Makrof, notis pertukaran itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap guru yang anggota keluarganya menyokong pembangkang.
![]() |
| Cikgu Mala, suami, dan keluarga |
P/s: Kalau dilihat pada gambar Markom di atas tertera ucapan tahniah sempena pelantikannya sebagai Pengarah Pelajaran Johor pada 1 November 2010. Maknanya, dia baru lagi memegang jawatan ini. Lazimnya, orang yang baru dilantik untuk menjawat sesuatu jawatan ini bersemangat membuat kerja. Buktinya, anda tontonlah video pada pautan dalam artikel di atas.
Dalam suatu kenyataan lain, Jabatan Pelajaran Johor seperti yang dilaporkan oleh TMI menafikan notis pertukaran tersebut. Kata Markom selaku pengarah, “Tidak ada sebarang arahan pertukaran 24 jam. Ini hanya propaganda dibuat parti politik." Katanya lagi, “Beliau (Makrof) masih mengajar di sekolah sama, tapi jika beliau didapati berkempen kita akan mengambil tindakan disiplin. Kakitangan awam tidak dibenarkan berkempen." Wah, sedapnya mulut dia berbicara!
Cuba tanya Markom, apa tindakan jika pengarah pelajaran negeri didapati berkempen untuk parti politik tertentu? Mengapa sehingga kini tiada tindakan dikenakan kepada orang itu?
Kantoi!/www.duniacacamarba.blogspot.com



Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.