Peguam "MCA" Minta Azan Dikawal/Diperlahan BERPINDAH!
![]() |
| Sebahagian penunjuk perasaan yang dipercayai ahli Perkida di perkarangan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi semalam. Dilaporkan 100 orang terlibat dalam perhimpunan itu - foto: Choo Choy May |
The Malaysia Insider melaporkan bahawa peguam yang mengakui dirinya ahli seumur hidup MCA akan berpindah dari rumahnya di Pantai Hill Park. Hal ini disahkan oleh Gabungan NGO Malaysia. Menurut Setiausaha Agung pertubuhan ini, Mohd Jurit Ramli, beliau dimaklumkan bahawa peguam yang menulis surat kepada beberapa menteri termasuk PM itu akan berpindah atas alasan keselamatan. Berdasakan keputusan yang dibuat peguam tersebut, pertubuhan itu beranggapan perkara sensitif dan kini semakin diperkatakan itu sudah selesai. Pertubuhan ini juga berharap perkara ini tidak diperbesarkan dan dipanjangkan demi menjaga keharmonian dan perpaduan masyarakat.
Surat peguam itu boleh anda baca di sini./www.duniacacamarba.blogspot.com
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.