Berkawan Bagai Ular dengan Katak. Ah, "Comelnya"!
![]() |
| Seekor katak "menumpang" seekor ular |
Juruteknik komputer Armin Gerlach melawat kawannya di Dalby, kawasan yang teruk dilanda banjir di Queensland, Australia. Di situlah dia berjaya merakam fenomena luar biasa, seekor katak hijau "menumpang" di belakang seekor ular.
"Saya benar-benar teruja dan kagum. Malah, saya langsung tidak percaya dengan apa yang saya lihat," kata Gerlach kepada ninemsn.com.au.
Pemandangan ini merupakan sesuatu yang luar biasa kerana ular dan katak bukanlah "sahabat baik" pada realitinya. Menurut Gerlach, rakannya yang membantu mangsa banjir memberitahunya bahawa kebanyakan haiwan di kawasan yang dilanda banjir itu kelihatan "saling membantu" dan seolah-olah melupakan "naluri" untuk membunuh haiwan yang sepatutnya menjadi makanan./www.duniacacamarba.blogspot.com
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.