Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Sabtu, 19 November 2011

[Kemas Kini] Persoalan kepada Penjelasan NFC berkaitan dengan Skandal Lembu Keluarga Shahrizat


Tauke LEMBU!

Saya nak ulas pendek sahaja kerana pemberian projek lembu kepada keluarga Shahrizat TETAP tidak beretika, berunsur kronisme, dan mengundang pelbagai persoalan, walaupun cuba dipusing dan diputar oleh pelbagai pihak. Tatkala ini, jurublog UMCO sedang bermati-matian mempertahankan Shahrizat di blog masing-masing. Situasi ini mengesahkan tulisan sebuah blog yang mengatakan bahawa blog-blog pencacai diarah untuk mempertahankan Shahrizat. Ada yang mengepos gambar lembu dan ada yang mengulas jawapan NFC semalam. Namun, seorang pun tidak menyentuh soal etika dan kronisme, serta kemungkinan penglibatan Shahrizat yang mempunyai jawatan dalam Kabinet dan parti mempengaruhi keputusan ini.

Hakikat yang harus ditelan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai kepentingan atau jawatan dalam sesebuah kerajaan ialah mereka tidak boleh memperoleh apa-apa projek kerajaan atau dana awam. Mana-mana kerajaan yang beretika akan berpendapat begitu. Oleh sebab itu, kerajaan yang telus akan memastikan hal-hal yang boleh mengundang rasa tidak puas hati dan fitnah ini tidak berlaku. Namun, realitinya kes-kes seumpama ini kerap dibangkitkan di negara kita sejak zaman Che Det lagi.

Apabila suami Shahrizat mengatakan bahawa mereka sekeluarga tidak membincangkan isu NFC dengan Shahrizat, sampai nak termuntah saya tergelak. Katanya, apabila mereka bersuara tentang projek NFC, Shahrizat dengan segera meminta mereka menghentikannya. Anda percaya retorik ini? Siapa yang percaya? Sampai sekarang saya masih tergelak apabila mengenang akan kata-kata suami Shahrizat yang cuba mempertahankan diri di samping peguam terkenal. Jika kenyataan itu langsung tidak masuk akal untuk diterima, bagaimana pula isu kemungkinan Shahrizat menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan tender projek itu. Senarailah 10 buah syarikat penyaing sekalipun, namun bolehkah hal itu menghilangkan keraguan orang ramai? Lagi menimbulkan curiga apabila projek ini diberikan kalau tidak silap secara tender terhad.

Selepas mendiamkan diri daripada menjawab persoalan yang ditimbulkan, akhirnya NFC melalui suami Shahrizat mengeluarkan kenyataan. Anda boleh baca kenyataannya melalui 9 jawapan NFC yang menjadi bahan olahan blog UMCO di sini. Antara perkara yang menarik perhatian saya dalam artikel itu termasuklah kenyataan suami Shahrizat bahawa "NFC mempunyai tanggungjawab sosial mewujudkan ladang kontrak untuk industri penternakan di negara ini yang tidak semestinya menguntungkan". Jika tidak semestinya menguntungkan, siapa yang akan membayar  duit rakyat yang anda dan keluarga anda belasah itu? Selain itu, suami Sharizat mendakwa kondo yang dibeli itu boleh disewa dengan harga RM30 000 ribu sebulan. Saya mahu bertanya, siapa yang mampu menyewa kondo itu semahal itu? Jika mampu pun berapa lama mereka akan menyewa kondo itu? Adakah selama 12 bulan yang boleh memberikan pulangan sebanyak RM360 000? Seperkara lagi, NFC mengakui tidak mempunyai pengalaman dalam bidang penternakan. Bagaimana syarikat keluarga Sharizat ini boleh mendapat tender sedangkan menurut Noh Omar ada 6 buah syarikat lain turut merebut tender itu? Sudah tentu, 6 buah syarikat itu mempunyai kepakaran untuk melaksanakan projek itu. Apa keistimewaan syarikat keluarga Sharizat sehingga terpilih untuk melaksanakan projek lembu ini walaupun syarat asas, iaitu pengalaman dan kepakaran tidak dimiliki oleh syarikat Shahrizat?

Persoalan selebihnya berkaitan dengan penjelasan itu ada diulas oleh Rafizi Ramli seperti disiarkan oleh Keadilan Daily. Beliau mendesak Datuk Seri Najib Razak mendedahkan minit mesyuarat Kabinet sewaktu penganugerahan projek ternakan lembu kepada National Feed Corporation (NFC). Rafizi, berkata pendedahan itu perlu supaya rakyat dapat menilai sejauh mana Shahrizat terlibat dalam memperoleh kontrak berkenaan. Seterusnya, sila baca pautan ini:

Selain itu, Rafizi mendakwa kenyataan suami Shahrizat Jalil, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail di media arus perdana, sebenarnya mengesahkan pendedahan berkaitan penyelewengan wang rakyat RM250 juta dalam skandal NFC.

“Saya ingin tegaskan, semua kenyataan beliau langsung tidak menafikan pendedahan yang dibuat KEADILAN.

“Malah, tiga pengakuannya mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada syarikat milik keluarga menteri kanan ada unsur penyelewengan.

“Beliau mengakui NFC tiada kepakaran dan pengalaman mengendali projek hingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti petang ini.

Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Mohamad Salleh di New Straits Times bertajuk “I am not angry but the bull claim better stops” semalam.

Rafizi turut mendedahkan, NFC hanya membawa masuk lembu dari Australia pada tahun pertama operasi iaitu 4,141 ekor dan tidak membawa masuk lagi pada tahun kedua operasi.

Katanya, Mohamad Salleh dalam pengakuannya juga mengesahkan hujah KEADILAN apabila mengakui pinjaman RM250 juta kepada NFC tidak disertakan jadual pembayaran balik.

“Ini mengesahkan pendedahan KEADILAN bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berbentuk geran kerana NFC tiada jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa,” katanya.

Kata Rafizi, pengakuan Mohamad Salleh turut mengesahkan pendedahan KEADILAN apabila suami Shahrizat itu mengaku membayar jumlah lebih tinggi untuk membeli dua unit kondominium mewah di Tingkat 1, Blok B One Menerung Bangsar.

“Saya terkejut beliau bukan sahaja membuat penafian tetapi dengan bangganya mengesahkan membayar RM13.8 juta,” kata Rafizi.

Sebuah artikel di Malaysia Chronicles juga mengulas penjelasan suami Shahrizat dengan menarik sekali.

Salleh Ismail, suami kepada Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil, menerima RM250 juta untuk membangunkan industri lembu di Malaysia tetapi menggunakan dana tersebut untuk pembelian dua pangsapuri mewah di Bangsar.

Terperangkap dengan perbuatannya itu, beliau mendiamkan diri selama beberapa hari sebelum akhirnya muncul hari ini bagaikan cacing keluar dari bawah batu yang lembap, cuba untuk mempertahankan diri terhadap penyalahgunaan ini untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai berikutan skandal NFC. Beliau dengan diiringi oleh peguam kegemaran Umno, Shafee Abdullah, yang mana kehadirannya itu menjadi 'tanda' beliau seorang yang bersalah.


Berdasarkan alasan dan logik Salleh ia mendapatkan pinjaman beratus juta ringgit dari dana awam, yang didakwa untuk menjalankan beberapa projek demi kebaikan awam. Kemudiannya ia berbelanja besar dengan sesuka hatinya.


Mengapa kerajaan Malaysia akan memberi kekuasaan penuh kepada NFC untuk mengeluarkan dana awam yang kemudiannya akan disalurkan kepada tujuan selain daripada tujuan asal ia dikeluarkan. Bukankah ianya merupakan jenayah pecah amanah?.


Terdapat fakta bahawa RM800,000 telah dibelanjakan untuk perjalanan 'pengarah' NFC, yang juga adalah anak kepada Shahrizat. Salleh Ismail mengumumkan bahawa mereka tidak menaiki penerbangan Kelas Pertama. Adakah ini bermakna mereka telah menaiki penerbangan Kelas Perniagaan dengan dana awam?. Ini menimbulkan kemarahan ramai. Eksekutif MNC yang berpendapatan berbilion-bilion ringgit pada hari ini juga menaiki penerbangan ekonomi. Sudah tentu, lebih banyak penyelewengan 'derma' kepada ahli-ahli politik Umno ini dengan wang yang dibayar oleh Shahrizat Jalil di antara mereka.


Salleh Ismail juga mempertikaikan laporan Ketua Audit Negara yang mengatakan projek NFC sebagai satu kegagalan. Walaubagaimanapun Salleh sendiri mengaku ia membeli lembu dari Australia dan kemudian menjualnya semula. Ini adalah apa yang NFC lakukan. NFC memberi lembu makan sebelum ia dijual. Inilah 'rahsia' kaedah untuk membangunkan industri lembu Malaysia.


Sepanjang Salleh memberikan alasan, dia turut membandingkan projek lembunya dengan pokok-pokok sawit. Beliau juga mendakwa akan berjaya menghasilkan 60,000 ekor lembu pada tahun 2015. Sudah tentu boleh, dengan membeli lembu dari Australia, tidak syak lagi.


Lembu yang ditunjukkan dalam TV juga kelihatan bersesakan, berlumpur, kelihatan tidak selesa dan sengsara. Jelas jabatan perkhidmatan veterinar perlu menyiasat NFC terhadap penganiayaan haiwan, serta masalah kebersihan. Seperti mana SPRM sepatutnya perlu juga menyiasat NFC berkaitan isu rasuah.


Malah, ia seolah-olah hanya akan dapat diselesaikan dengan diwujudkan satu Suruhanjaya Siasata Diraja untuk menjawa semua persoalan yang dilemparkan oleh skandal NFC ini.


Sekali lagi, kita kembali kepada persoalan pengawasan. Bagaimana Kementerian Pertanian tidak berbuat apa-apa tentang semua skandal terhadap NFC ini?. Bagaimana Kementerian Kewangan tidur di tempat kerja dan tidak menyedari apa yang sedang berlaku?


Menteri Kewangan adalah Najib Razak, yang juga Perdana Menteri. Beliau adalah dua kali ganda bertanggungjawab. Akhirnya Najib juga yang bertanggungjawab ke atas kemarahan yang dilakukan ke atas pembayar cukai Malaysia.


Bagi Shahrizat Jalil, jika dia mempunyai sedikit pemahaman tentang konsep akauntabiliti atau jika masih mempunyai sebarang rasa hormat, beliau akan meletak jawatan sekarang. Tapi nampaknya ia tidak akan berbuat demikian. Pernahkah anda dengar mana-mana Menteri BN yang mengambil tanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan dan meletak jawatan?-
Terjemahan Pulak Dah!, versi Inggeris boleh dibaca di sini. - DCM


P/s: Pusing macam mana pun salah tetap salah!


Kemas Kini:

Saya bersetuju dengan  pendapat rakan di FB, Zulkifli Salleh, pemilik blog Sistem Dunia. Kata beliau: 
- Nak berniaga boleh, jangan pinjam duit kerajaan. Bank banyak, pinjam Bank Pertanian, dll. Pinjaman untuk ternak lembu, kemudian beli kondo, ini pun tak betul. Bukan soal pelaburan kondo hasilkan pulangn yang lumayan.

- Amaun yang kerajaan beri pinjaman pun besar, meskipun pinjaman itu diberikan secara berperingkat-peringkat. Ini projek individu dan bukan projek kerajaan. Baca penjelasan pihak yang terbabit yang cuba "kawal kerosakan" dedah macam "berniaga atas angin." Kita nak tahu berapa modal sendiri yang dikeluarkan selain "pinjaman lembut" kerajaan.

- Tanggapan saya yang daif, yang tak tahu tentang politik dan perniagaanialah kalau macam ini, "beruk pun boleh berniaga." 

- Saya baca penjelasan dalam Utusan Malaysia hari ini, malam tadi ikuti Buletin Utama TV3 - gagal sama sekali untuk "kawal kerosakan." NFC tiada kepakaran dan pengalaman. Seolah-olah tidak menjangkakan persaingan yang dihadapi daripada pembeli Indonesia, khususnya. Kemudian timbul masalah di peringkat operasi, seperti nak dapat pakar fidlot, sijil, dll. Namun, timbul persoalan kebijakan pihak kementerian meluluskan projek ini seperti tidak memperincikan cadangan. Satu lagi, keuntungan sewa kondo sepatutnya bukan faktor utama kerana orang mahu lihat keuntungan operasi, iaitu daripada penjualan daging lembu. Memang wujud kekeliruan tentang ukuran outuput, tetapi dijelaskan oleh Datuk Sallleh, bukan ternak lembu, sebalik jual daging lembu. Justeru, berapa ekor lembu dipelihara tidak penting, yang penting ialah daging yang dihasilkan setiap tahun (dalam kilo atau pikul) - yang jadi ukuran prestasi syarikat.



Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH