Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Khamis, 10 November 2011

Selepas KANTOI, Chef Muda Pinda Profil


Profil sebelum dipinda.

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 10 Nov — Personaliti TV Cef Mohd Nadzri Redzuawan meminda lagi butiran pada profil juri MasterChef Malaysia di laman web Astro Ria — buat kali kedua dalam tempoh kurang 24 jam semalam.

Dikenali dengan panggilan popular Cef Riz, juri paling muda dalam program realiti yang semakin popular itu, semalam mengakui kesilapannya memberi butiran "secara berlebihan" mengenai kelayakan beliau dan meminta maaf kepada para penonton dan pengikutnya.

Butiran mutakhir tidak lagi membawa maklumat bahawa beliau pernah bekerja di dua restoran ternama di New York.

Profil terbaru yang diperoleh dari laman web hanya membawa dua perenggan.

Ia menyebut, "Cef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, berumur 29 tahun merupakan juri MasterChef Malaysia paling muda. Anak sulung kepada cef selebriti terkemuka negara iaitu Cef Wan atau Redzuawan Ismail tidak pernah merasakan dirinya dibayangi oleh populariti ayahnya. Malah, beliau sendiri mempunyai rancangan masakannya tersendiri seperti Makan Tapi Diet, Jernal Chef dan Sajian Kontemporari."

"Beliau pernah menjadi Cef Kumpulan Eksekutif di MXM International, Marcos Italian Restaurant, Titanium International Bistro, Thai King Crab Seafood Restaurant dan juga Pengarah Culinari di Real Food Corporation Meatworks Steakhouse. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Cef Riz sentiasa menjadikan bapanya sebagai sumber inspirasinya."

Cef Riz merupakan salah seorang daripada lima juri program yang disiarkan sejak 22 Oktober lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, Astro berkata, cef berusia 29 tahun itu dipilih sebagai juri program sajian itu berdasarkan pengalamannya sebagai pengendali restoran, hos TV dan personalitinya.

“Cef Riz dengan ikhlas telah memohon maaf kepada penontonnya kerana memberi gambaran secara berlebihan mengenai kelayakan dirinya dan Astro Ria menerima penjelasan beliau,” kata jurucakap saluran itu.

Stesen penyiaran itu juga telah mengubah maklumat pada profil beliau awal pagi semalam sejurus selepas The Malaysian Insider melaporkan perkara tersebut.

Butiran profil terdahulu menyebut Cef Riz pernah bekerja di dua restoran terkenal di Amerika Syarikat, tetapi penelitian menunjukkan sebaliknya.

Beliau mendakwa pernah bekerja sebagai “chef de cuisine” — yang turut dikenali sebagai ketua cef — di restoran milik Mario Batali, Babbo di New York ketika berusia 22 tahun.

Batali merupakan seorang cef Amerika yang terkenal dan memiliki restoran di New York, Los Angeles, Las Vegas dan Singapura serta pernah muncul dalam siri televisyen “Iron Chef America”.

“Dakwaan ini tidak betul. Encik Nadzri tidak pernah bekerja dengan Babbo,” kata pengarah komunikasi Batali, Pamela Lewy.

Sebelum ini Cef Riz menegaskan dia pernah bekerja di Babbo.

“Saya pernah berada di sana selama setahun, dari Januari 2005 hingga Disember 2006,” katanya sambil menambah, pernah bekerja sebagai “sous-chef” di Le Bernardin di bawah pimpinan Cef Eric Ripert.

“Sous-chef” merupakan orang kedua dalam penyeliaan dapur dan secara langsung membantu ketua cef.

"Saya berehat sementara sebelum menyertai Le Bernardin selama dua tahun. Saya berada di sana dari Mac 2006 hingga Julai 2008,” katanya.

Apabila dimaklumkan bahawa jurucakap Batali menafikan dakwaannya, Cef Riz memberitahu: “Aiyoh! Sungguh aneh. Saya akan teliti dengan mereka.”

MasterChef Malaysia, mirip rancangan realiti masakan MasterChef yang mencetuskan fenomena di kalangan penonton di seluruh dunia, memulakan musim pertamanya menerusi Astro Ria sejak 22 Oktober lalu.


P/s: Malu beb!


Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH