[Video] Isu Angkat Sumpah Jawatan PM: Apa Nama Sebenar PM? Najib atau Muhamad Najid?
Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR 10 Nov: Bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mempersoal tindakan Datuk Seri Najib Razak tidak menggunakan namanya yang sebenar ketika mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.
Menurut Mat Zain, Najib meletakkan Muhammad atau Mohd di pangkal namanya ketika berbuat demikian dan semasa mengumumkan barisan kabinetnya pada 9 April 2009.
Namun kata Mat Zain, pada 21 dan 23 September 2011, ketika mengenepikan sepina dalam perbicaraan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Najib hanya mengikrarkan namanya sebagai “Najib bin Tun Abdul Razak” sahaja.
Nama itu katanya, ditulis sebanyak lapan kali dalam kedua-dua afidavitnya.
“Mustahil berlaku kesilapan kerana Afidavit itu pasti sudah disemak seramai empat peguamcara berpengalaman yang mewakilinya dalam permohonan mengenepi sepina itu,” jelas beliau.
Malah kata Mat Zain, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam afidavit berasingan bagi kes sama, juga merujuk nama suaminya sebagai ‘Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak’.
“Menerusi afidavit-afidavit yang diikrar Najib dan isterinya, tidak syak lagi nama sebenarnya seperti dalam kad pengenalannya ialah “Najib bin Tun Abdul Razak” dan bukan “Muhammad Najib bin Tun Abdul Razak” sepertimana yang beliau bersumpah ‘demi Allah’ di hadapan YDPA di-Istana Negara pada 3 April 2009,” kata Mat Zain.
Oleh itu, katanya, Najib perlu menjelaskan bagaimana nama beliau boleh berbeza di antara dua sumpah yang dibuat.
“Samada rakyat akan mencabar kesahihan upacara angkat sumpah jawatan PM yang dilafaz pada 3 April 2009 itu, adalah terletak kepada hak dan kebebasan pilihan masing-masing.
“Namun, jika sumpah jawatan PM Najib itu diistihar tidak sah, akibat mengguna nama yang bukan nama sebenarnya, maka beliau bukan Perdana Menteri Malaysia yang sah mengikut undang-undang,” katanya.
Oleh itu, katanya, Najib tiada kuasa untuk membubar Palimen kerana mengikrar sesuatu fakta yang penting atau mengelirukan dalam sesuatu afidavit adalah secara sendirinya merupakan kesalahan jenayah.
Sebelum ini, Presiden Amerika, Barrack Obama terpaksa mengangkat sumpah buat kali kedua pada 21 Januari 2009 akibat kesilapan sebutan satu perkataan sahaja dalam upacara mengangkat sumpah kali pertama sehari sebelumnya.

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.