"Saya yang tanggung semua dosa saya"
"Semua itu mengarut dan saya boleh terima. Bila baca isu mengenai saya, saya gelak saja. Saya dah tak rasa apa-apa lagi. Pada saya, banyak lagi benda yang teruk.
"Buat atau tidak buat fotografi berkenaan, tak ada beza pun. Selama saya tidak berlakon saya tetap kena kutuk juga. Orang sudah cap saya sebagai artis yang teruk, sekali sudah buat silap, orang nampak saya jahat sampai mati.
"Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya pelik kenapa mereka perlu hentam saya seorang saja sedangkan ramai lagi artis di luar sana yang pakai seksi, dedah sana, terkangkang sini.
"Saya letak gambar saya pergi umrah pun kena kutuk juga. Bagi saya, biarlah apapun orang nak cakap, saya buat bodoh saja."
"Tidaklah sampai berbogel. Sebenarnya sudah dua kali saya tolak pelawaan daripada pihak FHM Indonesia. Kalau semua nak tahu, ketika sesi fotografi itu, mereka menyediakan bikini, tapi saya minta agar mereka tukar baju lain. Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan itu adalah pilihan saya. Lagipun, saya yang tanggung semua dosa saya. Biarlah apa orang nak kata kerana saya tak boleh nak paksa orang untuk suka kepada saya," selamba Zarina membuka cerita.
"Saya tidak perlu menangis lagipun saya dibayar sebanyak RM1,100 (AS$350) untuk fotografi yang dilakukan di Indonesia itu. Saya cuma kesal bila ada orang kata saya ambil suntikan untuk besarkan payu dara, padahal, semasa fotografi itu dilakukan memang saya sedikit berisi. Ketika itu berat badan saya mencecah 62 kilogram, tentulah bila badan sedikit gemuk, semua akan nampak kembang, terutama bahagian perut.
"Saya tak marah media yang tulis cerita saya, itu adat bila jadi artis dan saya cukup faham tugas media. Apa yang saya marah, bila orang komen dan jatuhkan hukuman sendiri, maki dan hentam ibu bapa dengan kata-kata kesat, kenapa semua nak kecoh pasal saya," herdiknya sedikit lantang.
Baca lanjut di Kosmo.
Masalahnya bukan kau seorang yang akan tanggung dosa. Kau tanggung dosa kau sebab bergambar dengan pakaian tak menutup aurat. Yang lelaki-lelaki yang melihat gambar kau nak menutup aurat terpaksa pula menanggung dosa kerana perbuatan melihat gambar tu - masalah takkan timbul kalau kau tak bergambar macam tu.
Comment by Tanpa Nama @ Ahad, November 20, 2011 7:37:00 PTGKemudian ada pula perempuan-perempuan mengikut cara kau berpakaian yang tidak menutup aurat - dah berlaku dosa pulak pada mereka sebab terpengaruh dengan kau, dan masalah tak timbul kalau kamu tak bergambar macam tu.
Mulut sekarang memanglah sedap mengata bahawa kita mampu menanggung dosa itu, masalahnya lain jadinya bila Izrail datang memanggil, dan "Di hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna, kecuali mereka yang menghadap Allah dengan hati yang aman sejahtera", kamu akan merayu di hadapan Allah memohon dikembalikan ke dunia walaupun sebentar untuk mengerjakan kebaikan... namun semuanya akan sia-sia.