Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

,

Jumaat, 16 Januari 2015

Penerbit Buku "Keluarga Harmoni" Mohon Maaf



[Sinar Harian] SHAH ALAM - Pihak penerbit buku Dokumen, Standard, Kurikulum dan Pentafsiran (DSKP) Sejarah tahun empat memohon maaf kepada semua murid dan ibu bapa atas kesilapan pencetakan yang berlaku di dalam buku tersebut.

Wakil Produksi syarikat Penerbitan Bagus Sdn Bhd yang hanya mahu dikenali sebagai Mei berkata, pihaknya amat kesal dengan apa yang berlaku dan berjanji akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

“Kami minta maaf kepada semua, saya mohon beri kami tempoh untuk kami lakukan pembetulan dan mencetak semula buku itu,” katanya.

Sebelum ini, heboh di media sosial apabila kandungan buku latihan murid tahun empat yang bertajuk ‘Keluarga Harmoni’ itu memaparkan gambar hubungan antara lelaki dan lelaki dalam salasilah keluarga.

Sehubungan itu, pihak syarikat penerbitan itu memberitahu akan menarik semula stok yang diedarkan dan akan digantikan dengan yang baharu.

Ditanya bagaimana kesilapan itu boleh terjadi, Mei berkata kesilapan berlaku pada format komputer pencetakan.

“Kami bukan sengaja kesilapan pada ‘setting computer’, sehingga keluar gambar lelaki dan lelaki,” katanya.

Menurut Mei, pihaknya memerlukan masa satu hingga dua minggu untuk berbuat demikian dan meminta untuk orang ramai bersabar.

“Kami harap ibu bapa dan guru boleh bersabar kita akan cetak dan ganti semula semua buku yang dibeli. Ibu bapa atau pihak sekolah tidak perlu mengemukakan resit pembelian hanya kembalikan yang lama dan kita akan ganti yang baharu,” katanya.

Ditanya berapa banyak buku terjual, beliau enggan mengulas lanjut dan hanya memberitahu hampir semua sekolah rendah menggunakan buku latihan itu.

Bagaimanapun, pihaknya memaklumkan isu kandungan seks di dalam buku murid tahun lima yang tersebar di media sosial bukan datang daripada syarikatnya. -16/1/15


, ,

Khamis, 15 Januari 2015

[Gambar] Wajah Azilah, Sirul Didedahkan


[Malaysia Kini] Selepas hampir sedekad lamanya, wajah dua orang bekas pegawai polis yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, didedahkan kepada umum.

Malaysiakini hari ini memperolehi salinan gambar mereka ihsan daripada ibu pejabat polis Bukit Aman.

Sejak awal perbicaraan itu sehingga ke rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan, wajah bekas Cif Insp Azilah Hadri (kiri) dan Kpl Sirul Azhar Umar menjadi misteri.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) menutup muka dengan rapi setiap kali masuk dan keluar dari bilik mahkamah.

Mahkamah Persekutuan pada hari Selasa lalu mengekalkan rayuan pihak pendakwaan dan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan membebaskan mereka selepas membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.


Pagi Selasa lalu, Azilah, 38,(kanan) muncul di mahkamah dengan wajah yang bertutup seperti biasa, namun kelibat Sirul tidak kelihatan.

Difahamkan, Sirul, 48, di Australia dan pihak polis kini menjejakinya selepas mahkamah tinggi mengeluarkan waran tangkap.

Menurut laporan, Sirul berada di luar negara sejah dua bulan lalu dan tidak mampu membayar kos untuk pulang ke tanah air.

Sirul semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam mencetus kontroversi apabila mendakwa dipersalahkan demi “melindungi rancangan mereka”. -15/1/14


, ,

Papagomo Diperintah Bayar Ganti Rugi kepada Peguam Bersabit Artikel Berbaur Fitnah



[Bernama] Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan seorang blogger membayar ganti rugi kepada seorang peguam bersabit dengan penyiaran artikel-artikel yang berbaur fitnah.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim mendapati ketiga-tiga artikel yang dimuatkan dalam laman web www.papagomo.blogspot.com merupakan fitnah terhadap Datuk Sukri Mohamed.

Mahkamah membenarkan rayuan Sukri untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, 31.

Hakim Abdul Aziz, yang mempengerusikan panel itu memerintahkan kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi di Kota Baharu di Kelantan untuk taksiran ganti rugi.

Dalam keputusannya, Hakim Abdul Aziz berkata Mahkamah Tinggi gagal mempertimbangkan keterangan saksi-saksi yang mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger papagomo.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi hanya mempertimbangkan seorang saksi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang memberi keterangan pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi SKMM tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai pemilik papagomo.blogspot.com.

Hakim Abdul Aziz berkata mahkamah (Mahkamah Rayuan) mendapati keterangan tiga orang saksi sudah cukup untuk mengenal pasti Wan Muhammad Azri sebagai blogger papagomo.

Beliau juga memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar kos RM20,000 kepada Sukri bagi prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Sukri, 51, yang juga anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan dan bekas anggota Majlis Perajaan Negeri Kelantan menyaman Wan Muhammad Azri kerana menerbitkan ketiga-tiga artikel dalam laman web papagomo.blogsport.com pada 2011 yang didakwa memfitnahnya.

Wan Muhammad Azri, dalam pernyataan bela diri yang dipinda, menafikan yang dia adalah blogger Papagomo dan pemilik blog itu. Dia juga mendakwa penerbitan artikel itu bersifat mempertahankan justifikasi, ulasan yang adil dan berupa perlindungan bersyarat.

Sukri diwakili oleh peguam Hisham Fauzi sementara Wan Muhammad Azri mewakili dirinya sendiri. –  15 Januari, 2015.


, ,

Australia TOLAK Permintaan Malaysia untuk Ekstradisi Sirul



[The Malaysian Insider] Australia menolak permintaan kerajaan Malaysia untuk mengekstradisi Koperal Sirul Azhar Umar bagi menghadapi hukuman gantung selepas didapati bersalah membunuh warga Mongolia Altantunya Shaariibuu, kata laporan yang memetik pegawai kerajaan negara tersebut.

The Sydney Morning Herald melaporkan, pegawai Pejabat Peguam Negara Australia menyifatkan hukuman tersebut bertentangan dengan undang-undang negara mereka.

Sirul antara salah seorang polis komando yang dihukum mati selepas terlibat dalam pembunuhan kejam penterjemah Mongolia itu pada 2006.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan tertuduh pertama, Ketua Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

Bagaimanapun, Sirul tidak hadir pada hari keputusan tersebut diumumkan dan berada di Australia.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu selepas membenarkan rayuan mereka.

Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Turut bersidang ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Dalam penghakiman yang dibacakan Suriyadi, mahkamah berpuas hati kedua-dua responden gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Berikutan ketidakhadiran Sirul Azhar, mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya dan Azilah dibawa ke penjara.

Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua responden selepas mendapati mereka bersalah melakukan pembunuhan itu.

Sirul Azhar dan Azilah didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam pada 19 Oktober dan pukul 1 pagi pada 20 Oktober 2006. – 15 Januari, 2015.

,

Nurul Izzah Diceraikan dengan Talak Satu


[The Malaysian Insider] Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini sah diceraikan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi.

Suami ahli Parlimen Lembah Pantai itu Raja Ahmad Shahrir melafazkan cerai pada jam 4.17 petang di hadapan hakim Mohd Amran Mat Zain.

Peguam Nurul Izzah, Nor Mawaddah Ramli berkata, kedua-dua pihak hadir di mahkamah hari ini dan meninggalkan mahkamah dalam keadaan tenang.

"Mereka mendapat hak penjagaan anak secara bersama. Sebelum ini pun mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini secara baik.

"Kedua-dua pihak berada dalam keadaan tenang dan kes dapat diselesaikan dalam masa satu jam," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mawaddah berkata Nurul Izzah menerima seadanya keputusan penceraiannya pada hari ini kerana kes itu sudah berlarutan sejak setahun lalu.

Ketika diminta mengulas keputusan penceraiannya pada hari ini, Nurul Izzah berkata: "Terima kasih kerana menghormati privasi saya."

Nurul Izzah, 35, mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Mahkamah Rendah Syariah pada Oktober menetapkan 8 Disember bagi keputusan kes penceraian itu selepas Raja Ahmad mendakwa masih menyayangi keluarganya. – Hasbullah Awang Chik/15 Januari, 2015.


, ,

Selasa, 13 Januari 2015

[PANAS] Kes Altantuya: Mahkamah Persekutuan Putuskan Hukuman Mati terhadap Azilah dan Sirul



[Berita Harian] PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) selepas didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu sembilan tahun lalu.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas membenarkan rayuan mereka.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Dalam penghakiman yang dibacakan Suriyadi, mahkamah berpuas hati bahawa kedua- dua responden gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Suriyadi berkata, notis alibi yang dikemukakan kepada pendakwaan tidak disokong oleh bukti kukuh oleh kedua responden.

Katanya, mahkamah mendapati kedua responden ada niat bersama untuk melakukan pembunuhan itu yang disokong dengan bukti barangan peribadi milik si mati yang dijumpai bersama responden kedua (Sirul Azhar).

Sementara itu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Sirul Azhar selepas beliau gagal hadir untuk menerima penghakiman.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, peguam bela, Kuldeep Kumar dan Datuk Hazman Ahmad mewakili Azilah selaku responden pertama manakala Kamarul Hisham Kamaruddin bertindak bagi pihak respoden kedua iaitu Sirul Azhar.

Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua responden selepas mendapati mereka bersalah melakukan pembunuhan itu.

Kedua-dua responden didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara jam 10 malam pada 19 Oktober dan jam 1 pagi pada 20 Oktober 2006. -13/1/15


P/s: Hukuman ini tidak "mematikan" misteri kes pembunuhan ini.

, ,

Isnin, 12 Januari 2015

Mejar Zaidi Seorang Wira Tanpa Perlu Angkat Senjata


[The Malaysian Insider] Mejar Zaidi Ahmad hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera kerana mendedahkan masalah dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, namun sebenarnya beliau seorang wira tanpa perlu mengangkat senjata.

Walaupun bakal kehilangan jawatan dan punca pendapatannya, pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu berani menyuarakan sesuatu yang dirasakan tidak betul berlaku dalam negara.

PRU13 lalu yang paling sengit dalam sejarah Malaysia menyaksikan dakwat kekal yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak kekal dan mudah ditanggalkan, dan Zaidi merupakan orang terawal yang membuat laporan polis tentangnya.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menegaskan kegagalan sistematik dakwat kekal semasa pengundian awal dan hari pengundian menjejaskan hasil PRU13.

SPR akhirnya mengaku pada November 2013 dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 mempunyai kelemahan; antara lain, ia boleh dibasuh dan mengambil masa yang lama untuk kering dan kerana itu ia meninggalkan kotoran pada kertas undi. Bagaimanapun SPR menegaskan dakwat kekal tetap akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun sehingga kini, tiada tindakan terhadap SPR dan syarikat pembekal dakwat kekal kerana kegagalan dakwat itu berfungsi dengan baik semasa PRU13 lalu, namun hanya Zaidi yang menjadi mangsa.

Sudah lama Malaysia tidak mempunyai penjawat awam berprinsip seperti Zaidi yang mendahulukan kebenaran berbanding pangkat, gelaran dan kemewahan jika memilih untuk berdiam diri.

Ketika diberikan peluang oleh Mahkamah Tentera untuk merayu bagi meringankan hukumannya hari ini, Zaidi berkata: "Saya tiada apa lagi untuk dikatakan. Jumpa nanti di mahkamah Allah."

Jelas keyakinan Zaidi sedikit pun tidak goyah walaupun hukuman yang bakal diterimanya mungkin akan menyebabkan beliau bakal kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.

Ketika diwawancara The Malaysian Insider tahun lalu, Zaidi berkata, beliau sudah mengetahui kesan yang bakal diterimanya akan tetapi terkejut tiada tindakan kepada SPR dan syarikat pembekal dakwat kekal itu.

"Sebagai seorang kakitangan kerajaan yang gaji datang daripada wang pembayar cukai, saya mempunyai tugas memberitahu rakyat perkara benar yang dakwat itu sebenarnya tidak kekal," katanya kepada The Malaysian Insider tahun lepas.‎ - Amin Iskandar

“Saya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya bertindak demi kebenaran."

Jika semua penjawat awam mempunyai sikap seperti Zaidi, mungkin Malaysia sudah lama menjadi negara maju dan kita tidak perlu menunggu sehingga tahun 2020.

Mungkin Zaidi merupakan pencetus kepada lebih ramai lagi penjawat awam yang akan bersuara sekiranya sesuatu yang tidak benar berlaku.

Mungkin juga tidak, akan tetapi sebahagian besar rakyat Malaysia akan melihat Zaidi sebagai pegawai TUDM yang berani mempertahankan demokrasi di Malaysia.

Bagi sesetengah orang, Zaidi merupakan seorang wira, tanpa perlu mengangkat senjata. – 12 Januari, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mejar-zaidi-seorang-wira-tanpa-perlu-angkat-senjata#sthash.T6nXdELR.dpuf

, ,

Mejar Zaidi Dipecat, Enggan Rayu Keputusan


[Malaysia Kini] Mejar Zaidi Ahmad dibuang kerja selepas didapati bersalah melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera dengan memberi kenyataan media tanpa kebenaran.

"Mahkamah secara sebulat suara menjatuhkan hukuman dibuang kerja dari perkhidmatan Seri Paduka Baginda," kata Yang Dipertua Mahkamah, Kolknel Saadon Hasnan.

Menurut Saadon, hukuman itu dibuat dengan mengambil kira rekod cemerlang Zaidi selama 26 tahun satu hari yang tiada masalah disiplin.

Mahkamah diberitahu Zaidi pernah dianugerahi pingat Kesatria Angkatan Tentera - pingat tertinggi yang dikurniakan kepada pegawai berpangkat Leftenan Kolonel ke bawah.

"Pesalah telah banyak berbakti kepada TUDM selama 26 tahun dan sewaktu berkhidmat di Bosnia.

"Rekod pesalah adalah cemerlang dan bersih dan faktor kesalahan pertama diambil kira dalam mitigasi hukuman ini," kata Saadon.

"Isunya bukan dakwat kekal tetapi membuat kenyataan media tanpa kebenaran," kata Saadon lagi.

Hukuman yang lebih berat bagi kesalahan ini adalah penjara selama dua tahun atau dibuang kerja dengan keji.

Zaidi yang bercakap kepada media selepas mahkamah ditangguhkan petang ini bagaimanapun berkata enggan merayu terhadap hukuman itu.

Beliau menjawab ringkas "tak" sewaktu ditanya jika akan merayu kes ini.

"(Saya) terima takdir Allah," kata juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu.

Ditanya wartawan jika beliau menyesal dengan keputusan hari ini, Zaidi menjawab ringkas , "Nak menyesal buat apa, kita buat benda betul".

Melangkah sugul

Bagaimanapun, wajah Zaidi kelihatan seperti cuba menyembunyikan riak-riak kesedihannya.

Matanya kemerah-merahan dan senyumannya petang ini ringkas dan tidak seceria sebelum ini apabila melemparkan pandangan kepada lensa kamera.

Beliau juga hanya bercakap ringkas kepada wartawan sewaktu menjawab soalan.

Sebelum itu, dalam galeri mahkamah Zaidi juga kelihatan sugul selepas keluar dari kandang tertuduh apabila hukuman dijatuhkan.

Sementara itu, BERSIH dalam reaksi segera menyifatkan hukuman hari ini sebagai pengorbanan seorang perajurit kerana bercakap benar dalam hal ehwal tanah airnya.

"BERSIH kecewa dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas beliau.

"Ini terutamanya apabila kita semua maklum bahawa beliau memperjuangkan isu ini (dakwat kekal) kerana komitmennya kepada tanah air.

"Beliau membayar harga kerana bersuara terhadap pilihan raya yang sumbang," kata Bendahari BERSIH, Masjaliza Hamzah. -12/1/14


, ,

Peguam Utama Mejar Zaidi Tidak Hadir Tanda Protes



[Malaysia Kini] Peguam Major Zaidi Ahmad, Mohd Hanipa Maidin, berkata pihak pembelaan memutuskan tidak mengambil bahagian dalam keputusan mahkamah tentera hari ini, sebagai tanda protes ekoran keputusan panel hakim yang didakwa berat sebelah.

Hanipa yang juga MP Sepang dan ahli jawatankuasa pusat PAS, menyifatkan kes Zaidi sebagai "satu persendaan terhadap keadilan" berikutan keputusan mahkamah itu mendapati anak guamnya bersalah dan menjatuhkan hukuman maksimum dibuang kerja walaupun kerjayanya yang cemerlang.

Alasannya untuk tidak mengambil bahagian hari ini termasuk:

Tiada alasan bertulis diberikan dalam mengekalkan baki dua tuduhan, walaupun mahkamah telah memutuskan untuk menggugurkan lima daripada tujuh tuduhan.

Pengerusi panel hakim, Kolonel Saadon Hasnan telah membuat posting dipertikaikan pada laman Facebook Zaidi sebelum memanggil Zaidi membela diri. Berikutan itu, peguam beliau mendakwa berlaku berat sebelah.

Zaidi telah membuat afidavit berhubung posting di Facebook itu, dan ini tidak dipatahkan oleh Saadon atau hakim yang lain. Hanipa berkata jika Saadon mahu menafikannya, beliau sepatutnya membuat laporan polis atau mengemukakan afidavit jawapan. "Mengikut pemahaman saya, tidak ada laporan polis yang dibuat".

Perbicaraan untuk membatalkan panel hakim itu tidak dilayan berikutan posting tersebut.

Pihak pembelaan mahu memanggil Saadon sebagai saksi pembelaan, tetapi ini juga telah ditolak oleh mahkamah.

Pihak pembelaan mahu mahkamah mengisytiharkan ini sebagai salah bicara, dan ini juga telah ditolak oleh mahkamah tentera.

Berdasarkan keadaan itu, kata Hanipa, adalah mustahil untuk beliau turut mengambil bahagian di mahkamah tentera itu. -Hafiz Yatim/ 12/1/14

Khamis, 8 Januari 2015

Skandal RM2.6 Juta: Audit Bebas Dapati Memang Wujud Penyelewengan - Azmin


[FreeMalaysiaToday] Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menegaskan tidak akan berkompromi dengan penyelewengan yang ada dalam pampasan wang sebanyak RM2.6 juta kepada lapan kakitangan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Beliau berkata laporan audit yang dikemukakan memang tidak ada masalah dan menambah apa yang berlaku dalam pembayaran tersebut memang bercanggah dengan tatacara dan prosedur kewangan. 

Azmin mendakwa perkara itu telah diteliti oleh pengurusan MBI. Tambahnya satu jabatan bebas telah ditubuhkan untuk melakukan siasatan dan terbukti daripada dokumen yang dibentangkan itu memang berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan. 

Kata Azmin, MBI telah melakukan cara yang cukup diplomatik bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik. 

“Sekiranya ada penyelewengan kita minta mereka pulang balik dan sekiranya ada hak mereka kita akan bayar. Namun pembayaran itu mesti mengikut garis panduan yang betul,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran misi bantuan pembersihan bencana banjir di negeri Kelantan oleh pihak berkuasa tempatan negeri Selangor. 

Beliau juga berkata tidak akan mencampuri urusan jabatan audit dalam menjalankan siasatan dan yakin pasukan audit itu telah ambil semua langkah bagi memastikan ketelusan. 

Sebelum ini, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Hussin mengakui telah menerima surat tuntutan pemulangan keseluruhan wang yang diberikan oleh pengurusan MBI kepadanya sebelum pentadbiran baharu mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan negeri Selangor. 

Faekah menyatakan kekesalannya serta menyifatkan pentadbiran MBI sekarang sebagai bertindak melampaui batas yang luar biasa berkaitan isu MSS (Mutual Severance Scheme). 

Azmin dimaklumkan oleh pengurusan MBI bahawa mereka yang terlibat ini telah diberikan masa dua minggu untuk menjawab surat tuntutan berkenaan. 

Sekiranya mereka gagal memberi respon, akan ada tindakan-tindakan yang telah diputuskan oleh pengurusan MBI. 

“Tindakan itu akan diumumkan oleh pihak MBI selepas tempoh itu tamat,” jelasnya. Kerajaan Negeri Selangor pada 3 Disember, mendedahkan laporan pampasan wang sebanyak RM2.6 juta teleh diberi kepada lapan kakitangan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Laporan itu turut mendedahkan bayaran pampasan sebanyak 30 peratus daripada gaji didarabkan dengan jumlah bulan yang telah berkhidmat. 

Sebelum ini, Faekah dikatakan penerima jumlah terbesar pampasan tersebut. Faekah didakwa menerima bayaran sebanyak RM700,000. Manakala, Setiausaha Akhbar Khalid Ibrahim, Arfa’eza Abdul Aziz menerima pampasan RM358,000 dan RM55,000 ganti kepada notis tiga bulan dan Setiausaha Politik Mustapa Mohd Talib menerima RM265,000. 

Pembantunya yang lain didakwa dibayar antara RM97,000 dan RM230,000 masing-masing sebagai pampasan dan di antara RM18,000 dan RM69,000 sebagai ganti kepada notis tiga bulan mereka.  

Berkaitan:

MBI: Pampasan RM2.6 juta langgar prinsip asas

[Selangorku] Kontroversi pampasan RM2.6 juta kepada bekas kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar Incorporated (MBI) yang menjadi pembantu pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kian memuncak dalam media. Ikuti temu bual Selangor Kini, Afeeqa Afeera bersama Ketua Pegawai Eksekutif baharu MBI, Yang Mulia Raja Shahreen Raja Othman bagi memperinci isu berkenaan. 

Pandangan mengenai kontroversi pampasan yang mengaitkan lapan bekas kakitangan MBI? 

Kontroversi itu semua orang sudah tahu kerana apabila pengurusan baharu masuk, ia sudah terjadi dan bayaran sudah dibuat. Berdasarkan dokumen dan laporan yang ada, perkara itu bermula semasa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan dan pegawai serta pembantunya turut sama berhenti. 

Isunya berkaitan mengenai prinsip prinsip asas takbir urus korporat. 

Berdasarkan laporan audit yang bebas (independent), prinsip prinsip asas yang dilakukan tidak menepati piawai dan ia perlu dilihat semula oleh MBI. Secara dasar, yang dapat saya terangkan, masalah timbul kerana asasnya tidak dipatuhi. 

Siapakah yang bertanggungjawab membuat keputusan dan meluluskan bayaran? 

Dari segi prosedur yang betul, pampasan kepada sesiapa pun sepatutnya sama ada melalui Skim Pemberhentian Sukarela (VSS-Voluntary Separation Scheme), Skim Pemberhentian Kerja (MSS-Mutual Separation Scheme) atau apa-apa skim pencen perlu mendapat kelulusan ahli Lembaga Pengarah. Jadi, situasi di MBI tidak terkecuali. 

Apabila ia dibawa masuk ke mesyuarat ahli Lembaga Pengarah, perkara itu perlu mendapat persetujuan menyeluruh, bukan hanya bersetuju atas dasar prinsip tetapi perlu dibuat secara terperinci dan muktamad (keseluruhan). 

Semua kertas kerja, penyelidikan dan perkara berkaitan yang dibuat perlu dirujuk untuk keputusan kepada ahli Lembaga Pengarah supaya mereka mengetahui bagaimana implikasi kewangan, impak kepada syarikat, setiap seorang dapat berapa (pampasan), bagaimana kira-kira dan sebagainya. Itu semua perlu diambil kira. 

Ketika keputusan dilakukan, adakah ia dimaklumkan terlebih dahulu kepada semua ahli Lembaga Pengarah MBI ketika itu? 

Pemaklumkan secara keseluruhan itu tidak berlaku kerana berdasarkan laporan audit yang diteliti, ia hanya bersetuju atas dasar prinsip. Bagi saya, ia hanya berdasarkan kepada itu sahaja, bukannya secara menyeluruh dan terperinci. 

Adakah keputusan itu diputuskan oleh MBI sahaja atau membabitkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)? 

Tidak. Ia hanya membabitkan MBI sahaja. 

Bekas CEO MBI, Faekah Husin mendakwa laporan audit berhubung isu pampasan itu cacat, tidak profesional dan berniat jahat. Pandangan? 

Audit yang dilakukan adalah independent dan objektif dan ia Itu berdasarkan program audit yang dilakukan oleh pasukan audit yang berpengalaman luas. Jadi saya tidak boleh komen tentang cara pengauditan itu. 

MBI sudah mengedar surat tuntutan pulangan pampasan. Jika tiada maklum balas dalam tempoh ditetapkan, adakah bentuk tindakan akan diambil? 

Kita perlu tunggu sehingga tempoh 14 hari sebelum tindakan susulan dibuat. 

Adakah isu pampasan menjejaskan pengurusan MBI kerana ia menimbulkan pelbagai kontroversi terutama dalam media? 

Tidak. Kami kini sedang berusaha untuk kehadapan dengan lebih fokus. 

Siapa yang membuat keputusan supaya tuntutan pulangan wang pampasan dilakukan? 

Ia diputuskan MBI sendiri setelah meneliti semua laporan laporan yang ada. 

Berdasarkan senarai 14 kakitangan yang berhenti, adakah lapan sahaja yang menerima pampasan melebihi jumlah sepatutnya? 

Ya. 


, ,

[Video] Pejabat Media Charlie Hebdo Diserang




[Harian Metro] Paris: Dua belas orang terbunuh apabila lelaki bersenjata melancarkan serangan terhadap pejabat akhbar yang terkenal kerana anti-Islamnya di ibu negara Perancis ini, semalam.

Tiga lelaki bertopeng dengan bersenjatakan raifal Kalashnikov menyerbu ibu pejabat Charlie Hebdo, melepaskan tembakan ke arah kakitangan selepas mencari wartawan dengan memanggil nama mereka.

Antara yang terbunuh ialah empat pelukis kartun terkenal Perancis yang selalu menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW), termasuk ketua pengarangnya Stephane Charbonnier.

Saksi berkata, suspek didengar menjerit ‘Balas dendam untuk Rasulullah’ dan ‘Allahu Akbar’ sambil mereka menyerbu bangunan itu.

Rakaman menunjukkan seorang anggota polis cedera tersembam di kaki lima di luar pejabat berkenaan ketika dua daripada lelaki bersenjata itu mendekatinya.

Walaupun berbalas tembakan dengan pegawai bersenjata, lelaki berkenaan yang dilihat amat berdisiplin dan bercakap bahasa Perancis, berjaya melarikan diri dengan kereta yang dirampas.

Sehingga ini, belum ada tangkapan dibuat.

Presiden Francois Hollande menyifatkan kejadian itu sebagai serangan tidak bertamadun terhadap Perancis dan ke atas wartawan.

Beliau turut berikrar untuk menjejaki mereka yang bertanggungjawab.

Selain menggunakan raifal AK47, terdapat juga laporan mendakwa penyerang berkenaan menggunakan pelancar roket.

Serangan itu dilakukan ketika mesyuarat mingguan penerbitan majalah Charlie Hebdo itu berlangsung, bermakna semua wartawan berada di pejabat berkenaan.

Menurut sumber polis, penyerang mencari wartawan dengan memanggil nama mereka.

Charbonnier atau lebih dikenali sebagai Charb, kartunis yang bertanggungjawab terhadap muka depan anti-Islam, adalah antara yang mati.

Seorang kakitangan, Corrine Rey dan anak perempuannya yang bersembunyi di bawah meja berkata, penyerang itu bercakap bahasa Perancis dengan fasih.

“Ia berlaku selama lima minit saja.

Seorang saksi berkata, penyerang berkenaan memberitahunya: “Katakan kepada media, kami dari Al-Qaeda di Yaman.” - Agensi/8/1/15




,

Rabu, 7 Januari 2015

Peruntukan RM800 Juta Mangsa Banjir Perlu Diaudit - Lim Kit Siang



[The Malaysian Insider] Terkejut dengan pendedahan Putrajaya yang RM800 juta setakat ini dibelanjakan bagi membantu mangsa banjir, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa perkara tersebut diaudit secara terperinci.

Selain mengelakkan keraguan, katanya, rakyat Kelantan berhak mengetahui ke mana peruntukan bantuan tersebut disalurkan memandangkan negeri itu yang paling teruk terjejas akibat banjir.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Gelang Patah itu mendakwa, hasil turun padang dilakukannya di negeri tersebut, beliau mendapati ia tidak mencerminkan menerima peruntukan besar sepertimana dilaporkan.

"Memandangkan Kelantan negeri yang paling teruk terjejas, sepatutnya sebahagian besar daripada perbelanjaan tersebut, katalah sekitar RM500 hingga RM600 juta, dibelanjakan untuk negeri Kelantan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dilaporkan berkata hampir RM800 juta dibelanjakan kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membantu mangsa banjir di negeri yang terbabit musibah itu baru-baru ini.

Peruntukan berkenaan membabitkan pembekalan makanan, operasi logistik dan pembersihan rumah mangsa.

"Saya melawat Kota Baru sebanyak tiga kali, ke Kuala Krai dua kali, malah pergi ke kawasan 'ground zero' di Manek Urai dan juga Gua Musang.

"Saya langsung tidak merasakan sejumlah RM500 ke RM600 juta dibelanjakan di Kelantan untuk membantu mangsa banjir," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Ahmad mendedahkan jumlah RM800 juta yang dibelanjakan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak secara terperinci.

"Kita tidak boleh terlalu berjimat dalam usaha membantu mangsa banjir, namun kita juga tidak boleh membazir walau satu sen pun. 

"Semua perbelanjaan kerajaan dalam menangani bencana banjir ini mestilah memberi manfaat langsung kepada mangsa dan bukannya usahawan, kroni dan pihak yang cuba membuat untung daripada bencana ini," katanya.

Beliau juga meminta Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan semua murid yang terjejas akibat banjir akan dibekalkan dengan dua set pakaian seragam sekolah, buku teks, buku latihan dan semua keperluan persekolahan yang lain.

"Ia akan menjadi bukti perbelanjaan yang begitu besar benar-benar memberi manfaat kepada mangsa banjir.

"Bukannya satu angka fantasi RM800 juta yang dikatakan akan dibelanjakan untuk mangsa banjir, tetapi mereka tidak mendapat manfaat secara terus," katanya.

Selain itu, beliau berkata tidak bersetuju dengan peraturan mewajibkan pelajar memakai seragam sekolah bulan pertama persekolahan bagi kawasan yang terjejas banjir.

Katanya, pemakaian seragam hanya boleh dilaksanakan sehinggalah setiap pelajar dibekalkan dua set pakaian seragam percuma.

Mengulas hasratnya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai pelan tindakan lima perkara mengatasi bencana banjir, beliau mengakui memahami situasi Najib yang kini dijangkiti E-Coli.

Maka, beliau tidak mendesak agar pertemuan itu dapat dilaksanakan sebelum hari ini, iaitu hari mesyuarat Kabinet mingguan diadakan.

"Saya harap beliau cepat sembuh supaya dapat mempengerusikan mesyuarat Kabinet bagi memastikan menteri dapat membuat keputusan secara kolektif terhadap pelan tindakan lima perkara yang dicadangkan," katanya.

Susulan laporan peruntukan RM800 juta untuk bencana banjir oleh kerajaan, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Malaysia (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed akan memanggil MKN bagi memperincikan jumlah tersebut.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Jazlan berkata jumlah itu besar dan memerlukan ketelusan dalam cara menguruskannnya.

"Isunya sekarang ialah mengenai bajet tambahan ini. Banyak pihak akan mempersoalkan mengapa kerajaan tidak boleh buat bajet yang tepat.

"PAC cuma panggil bagi mengetahui sama ada bajet tambahan ini betul-betul berhemah dan telus," katanya. – 7 Januari, 2015.

,

Mana Dana RM4 Bilion 1MDB di Pulau Cayman? Soal DAP



[The Malaysian Insider] DAP mempersoalkan kelewatan pemulangan semula RM4 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Pulau Cayman seperti yang dijanjikan Putrajaya dan syarikat pelaburan strategik itu tahun lalu.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, kelewatan mendapatkan semula wang bukan hanya menimbulkan persoalan tentang 1MDB tetapi turut menggugat kestabilan sistem wang negara.

"Persoalan timbul kenapa dana RM4 bilion dari Pulau Cayman yang sepatutnya dipulangkan pada November 2014, tidak dihantar kembali bagi membantu mengurangkan beban hutang 1MDB," soalnya merujuk kepada hutang RM40 bilion syarikat itu.

Katanya, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan terlalu cepat menepis kritikan yang mempersoalkan kewujudan wang di Pulau Cayman, apabila beliau dengan yakin memberi jaminan di Parlimen "pelaburan" akan dikembalikan semula kepada 1MDB pada hujung 2014.

"Namun sehingga hari ini, seminggu berlalu pada Januari 2015, tidak ada tanda dana ini akan kembali semula ke Malaysia atau kepada 1MDB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penyata kewangan bagi tahun berakhir Mac 2014 yang difailkan Oktober 2014 menunjukkan jumlah RM4 bilion akan diterima penuh sebelum hujung November tahun lalu.

Bagaimanapun, bulan lalu, Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin membayangkan 1MDB hanya "dijangka dapat menebus semula baki jumlah itu pada bulan akan datang", menurut Pua bertentangan dengan kenyataan dalam laporan kewangan.

"Mungkin dana di Pulau Cayman dijadikan 'pelaburan' yang amat dipersoalkan nilainya, dan jika dilupuskan hari ini akan menyebabkan kerugian besar kepada 1MDB," katanya.

Katanya, 1MDB terlepas dua tarikh akhir bayaran semula hutang RM2 bilion pada November dan Disember tahun lalu, yang merupakan sebahagian penjadualan dan penstrukturan semula hutang yang tidak dapat dibayar pada November 2013.

Mempersoalkan kebisuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai hal ini, Pua berkata tindakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB "memekakkan telinga" selain mengambil pegawai bank terkemuka sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan dua hari lalu ketika syarikat mengalami penilaian strategi tidak akan dapat menyingkirkan masalah besar.

"Kebisuan Najib memusnahkan keyakinan pelaburan dan komuniti kewangan dalam pentadbirannya," katanya.

Beliau memberi amaran kegagalan 1MDB membayar semula pinjaman RM2 bilion akan menyebabkan kedudukan kewangan dua bank terbesar negara, Maybank dan RHB Bank yang menjadi peminjam terbesar kepada syarikat itu, terjejas teruk.

Katanya, lebih buruk, satu kelalaian pinjaman secara automatik mencetuskan kesilapan dalam baki hutang RM40 bilion 1MDB, sekali gus mengakibatkan 'bencana' kepada Putrajaya, keseluruhan sistem kewangan dan pembayar cukai.

Lodin bulan lalu berkata, penghantaran semula dana ke Malaysia akan menyebabkannya terdedah kepada naik pasaran pertukaran wang asing.

Ini berikutan kejatuhan ringgit sejak 10 bulan lalu kepada RM3.54 berbanding dolar Amerika.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengkritik syarikat itu apabila sejumlah wang besar daripada hutang 1MDB dihantar ke Pulau Cayman, satu tindakan yang dipersoalkan banyak pihak termasuk pembangkang.

Dianggarkan sekurang-kurangnya RM18 bilion daripada wang 1MDB diletakkan di Pulau Cayman.

Lodin berkata, bukan sesuatu yang luar biasa bagi syarikat pelaburan seperti 1MDB melaburkan dana di pulau itu, sebagai antara pusat kewangan berdaftar terbesar dunia dan Pihak Berkuasa Kewangan Cayman diiktiraf sebagai salah satu pengatur utama terbesar dunia.

Katanya, pada 2009, 1MDB dan syarikat Arab Saudi menjalin usaha sama membantu kerjasama ekonomi jangka panjang di antara Malaysia dan Arab Saudi.

Dana usahasama ditubuhkan untuk membuat pelaburan dalam projek yang menjana kewangan dan kelebihan strategi kepada dua negara tetapi disebabkan beberapa faktor, kedua-dua pihak memutuskan untuk tidak meneruskannya.

Akibatnya, pelaburan1MDB dalam syarikat itu ditukar kepada instrumen pendapatan tetap dalam bentuk Murahaba, yang pada dasarnya adalah pinjaman, dengan kadar faedah tahunan 8.75%.

Katanya, pinjaman itu sudah dibayar penuh, bagi AS$2.318 bilion dengan keuntungan AS$488 juta, pada 2013.

The Edge Financial Daily tahun lalu melaporkan penyusutan nilai ringgit akan menjejaskan 1MDB, yang mempunyai sebahagian besar daripada jumlah hutang RM42 bilion.

Sebahagiannya yang berjumlah RM22.25 bilion menurut penyata kewangan 1MDB bagi kewangan berakhir 31 Mac 2014 kini berkembangan kira-kira RM25.7 bilion, meningkat sebanyak RM3.96 bilion disebabkan kejatuhan ringgit 6.5% pada 2014. – 7 Januari, 2015.


, ,

Altantuya: Mahkamah Persekutuan Tetapkan 13 Januari Keputusan Rayuan Pendakwa



[Bernama] Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Januari bagi keputusan berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis terhadap pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Ketua Bahagian komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa Mahkamah Persekutuan Mohd Aizuddin Zolkeply mengesahkan tarikh untuk keputusan itu ditetapkan pada 13 Januari.

Keputusan itu akan disampaikan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mendengar rayuan itu selama tiga hari bermula 23 Jun tahun lepas.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Ketika dihubungi, peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri berkata firma guamannya menerima notis daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan semalam, memaklumkan mengenai tarikh berkenaan.

Peguam Kamarul Hisham Kamarudin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar dan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Peguam Cara I (Sektor Litigasi) Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah juga mengesahkan tarikh itu.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 membebaskan Azilah, 38, dan Sirul Azhar, 43, atas pertuduhan membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara jam 10 malam pada 19 Oktober dan 1 pagi, hari berikut pada 2006.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan oleh kedua-dua anggota polis itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah atas pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia itu dan menjatuhi hukuman mati ke atas kedua-dua mereka.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 51, yang dituduh bersuhabat dengan Azilah dan Sirul Azhar, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas (Mahkamah Tinggi) memutuskan bpihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadapnya. Pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasannya. – Bernama, 7 Januari, 2015.


,

Media Thai: Najib Membeli-belah, Main golf


[Malaysia Kini] Laporan akhbar Thailand, The Bangkok Post menyebut bahawa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke ibu negara jiran itu pada hujung minggu lalu adalah “lawatan peribadi” untuk berehat dan beriadah.

Laporan memetik sumber yang dekat dengan rakan sejawat Najib, General Prayut Chan-o-cha yang menyebut bahawa lawatan berkenaan bukan kunjungan rasmi.


Menurut sumber tersebut, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor “pergi membeli-belah, bermain golf dan menginap di hotel Shangri-La” semasa lawatan ke Thailand pada 2 Januari.

Najib bagaimanapun membuat “perbincangan tidak rasmi” dengan Prayut selama 90 minit di kediaman jeneral terbabit.

“Perdana menteri Malaysia terpaksa menulis twit bahawa beliau makan tengahari dengan Jeneral Prayut untuk menyatakan perhargaan kepada Thailad kerana menderma 500 tan beras untuk membantu mangsa banjir Malaysia dan bertukar pandangan mengenai penyelesaian masalah banjir dan pemulihan.


“Ini dilihat sebagai usaha untuk mengelakkan kritikan mengenai kunjungannya. Thailand tidak mendedahkan berita mengenai kunjungannya ini kerana ingin menjaga tertib memandangkan beliau bercuti di sini,” kata sumber tersebut seperti dikutip The Bangkok Post.

Kehadirannya di Thailand bagi tujuan tersebut, dan juga kemunculan Rosmah di negara berkenaan menimbulkan persoalan mengenai penggunaan jet Malaysia - pesawat Airbus A319 dengan tanda panggilan 9M-NAA.

Najib dan anggota keluarganya berlepas ke Hawaii dengan pesawat tersebut pada 20 Disember.

Beliau seterusnya bergegas pulang ke Malaysia apabila timbul kritikan meluas mengenai percutian dan permainan golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ketika tanah air dilanda bencana banjir buruk.

Najib dilaporkan menaiki pesawat komersial dari AS ke Hong Kong dan kemudiannya dijemput dengan sebuah lagi pesawat kerajaan – dan seterusnya mendarat di Kelantan, negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir pada 27 Disember.

Sementara itu, pesawat Airbus A319 yang digunakannya ke AS itu dikesan membuat persinggahan di beberapa lapangan terbang di Los Angeles, Indianapolis, New York, London, Dubai dan Bangkok.

Pesawat itu mendarat di Bangkok pada hari Ahad lalu.

Pejabat Perdana Menteri menjelaskan bahawa pesawat tersebut tidak digunakan oleh keluarga Najib tetapi mengalami masalah teknikal.

PMO bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai persinggahan di bandar-bandar utama tersebut, sehingga tiba di KLIA dari Bangkok.







, ,

Seludup Senjata di dalam Kemaluan


[Harian Metro] New Mexico: Seorang wanita dituduh menyorok pistol dalam kemaluannya untuk diseludup ke dalam sebuah penjara di sini.

Josephine McAllister, 34, dari Albuquerque ditangkap 16 Disember lalu atas beberapa tuduhan, termasuk memiliki kad kredit yang dicuri, menerima barangan curi dan cubaan menghalang tugas polis.

Selepas dibawa ke penjara di Pusat Tahanan Metropolitan Bernalillo Country, seorang tahanan menemui pistol di tandas wanita ketika melakukan kerja pembersihan.

Apabila disoal siasat, Josephine berkata, dia tidak mahu memaklumkan kepada polis mengenai pistol itu kerana tidak mahu dikenakan tuduhan tambahan.

Wanita itu berkata, dia menyembunyikan pistol itu pada pinggangnya tetapi pegawai yakin dia menyorok senjata berkenaan di dalam kemaluannya.

Jurucakap polis Simon Drobik memberitahu stesen televisyen KOAT semalam, empat anggotanya melakukan pemeriksaan sepenuhnya ke atas Josephine ketika menahannya, kecuali pada kemaluannya kerana peraturan jabatan menghalang mereka berbuat demikian.

“Suspek yang dibawa ke penjara berkenaan juga perlu melalui proses pengimbasan tubuh,” katanya.

Seorang pegawai kanan penjara, Kapten Ray Gonzalez berkata, Josephine meminta kebenaran untuk ke tandas sebaik tiba di pusat tahanan itu sebelum kakitangan memeriksanya.

Menurutnya, selepas kejadian, pusat tahanan itu meningkatkan langkah keselamatan, termasuk melakukan imbasan mengesan bahan logam terhadap tahanan sebaik mereka tiba dan menempatkan pengawal di luar tandas.

Rekod menunjukkan Josephine, ibu empat anak, pernah ditahan lebih 12 kali sejak 2003 atas tuduhan mencuri, memiliki dadah dan merompak. - Agensi/7/1/14


,

Remaja Dakwa Dirogol Kekasih Kakak


[Sinar Harian] KAJANG – Gara-gara bertemu kekasih kakak kandungnya, seorang pelajar tingkatan empat berdepan detik hitam apabila dirogol lelaki berkenaan di tangga sebuah pangsapuri di Jalan Anggerik Perdana, dekat sini, November lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa baru mengenali teman lelaki kakaknya itu.

Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa pergi berjumpa dengan suspek di tangga tingkat tujuh pangsapuri berkenaan.

“Mulanya mangsa hanya sekadar berborak-borak dengan suspek, bagaimanapun suspek bertindak di luar jangkaan apabila merogol mangsa.

“Ketika insiden itu berlaku, mangsa menjerit untuk mendapatkan bantuan, namun gagal selepas jeritannya tidak didengari," katanya.

Beliau berkata, mangsa akhirnya membuat laporan polis sebelum suspek ditangkap, Jumaat lalu.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek juga pernah merogol kakak mangsa beberapa kali di tangga berkenaan dan terakhir melakukannya pada 24 Disember lalu.

Suspek kini direman selama tujuh hari bermula Sabtu lalu, bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, seorang pelajar tingkatan tiga turut menjadi mangsa rogol kenalannya yang dikenali melalui aplikasi sosial WeChat dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 10, Cheras, dekat sini, Khamis lalu.

“Pelajar berusia 15 tahun yang baru mengenali lelaki berkenaan dalam tempoh seminggu terpedaya dengan ajakan untuk keluar minum.

“Suspek membawa mangsa pulang ke rumahnya sebelum merogolnya kira-kira jam 12.30 tengah malam. Bagaimanapun suspek yang bekerja di pasar malam ditahan Ahad lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. - Muhammad Afham Ramli/7/1/14


Berkaitan:

Remaja ‘Menggila’ di Tangga

[Harian Metro] Kajang: Usia baru mencecah 16 tahun, namun seorang remaja lelaki yang ketagihan seks dikesan menjadikan kawasan tangga sebuah flat sebagai lokasi bermesra dengan kekasihnya.

Difahamkan pasangan remaja itu melakukan perbuatan terkutuk itu berulang kali di kawasan tangga tingkat tujuh flat di Jalan Anggerik Perdana, di sini, sejak lapan bulan lalu.

Bagaimanapun, remaja lelaki itu bertindak lebih gila apabila turut merogol adik teman wanitanya berusia 16 tahun ketika mereka bertemu di lokasi sama.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku pada November lalu, namun mangsa tidak pernah menceritakan kepada ibu bapanya.

“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang di tepi tangga tingkat tujuh flat berkenaan. Suspek mengajak mangsa berbual-bual sebelum dia mula meraba, seterusnya merogol mangsa,” katanya.

Beliau berkata, mangsa akhirnya menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum satu laporan polis dibuat awal pagi Jumaat lalu.

“Susulan itu, polis menahan suspek pada hari sama dan dia kini direman tujuh hari.

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan koyakan baru dan lama pada alat sulit mangsa,” katanya.



,

Selasa, 6 Januari 2015

Ketahui Punca Sebenar Kematian Akibat Denggi, Mitos Jus Betik dan Sup Ketam


[Mstar] PETALING JAYA: Kebelakangan ini, negara digemparkan dengan peningkatan kes demam denggi sehingga mendorong masyarakat mencuba pelbagai cara dan petua untuk merawat penyakit itu termasuk kaedah tradisional.

Tidak dinafikan, setiap kali ada yang menghidap demam denggi, pasti akan ada yang mengesyorkan pengambilan sup ketam dan jus daun betik sebagai rawatan alternatif bagi membantu meningkatkan platelet dalam darah.

Namun, Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Dr Adeeba Kamarulzaman nyata mempunyai pandangan berbeza, malah beliau menjelaskan punca kematian akibat demam denggi bukan disebabkan platelet darah rendah dan dengan itu masyarakat tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada jus daun betik sebagai kaedah alternatif.

"Kematian pesakit denggi sebenarnya berpunca daripada kebocoran plasma akibat tiada tekanan dalam salur darah sehingga menyebabkan tekanan darah rendah dan tidak sampai ke jantung.

"Itu yang sebenarnya tidak diketahui oleh doktor dan orang ramai. Banyak kematian akibat demam denggi disebabkan berlakunya kebocoran plasma dan bukannya platelet darah yang rendah," katanya kepada mStar Online.




Beliau berkata demikian bagi mengulas pengambilan jus daun betik di kalangan penghidap demam denggi yang dikatakan dapat meningkatkan platelet darah.

Jelasnya, publisiti yang diberikan terhadap jus daun betik sebagai kaedah alternatif untuk meningkatkan platelet darah hanya menutupi punca sebenar kematian akibat demam denggi.

"Fokus lebih diberikan kepada jus daun betik untuk meningkatkan platelet darah yang rendah sedangkan punca kematian sebenar pesakit adalah akibat kebocoran plasma," katanya.


Jus daun betik dikatakan berupaya merawat penyakit demam denggi.


Malah, menurut beliau, kaedah alternatif itu juga akan melengah-lengahkan pesakit untuk mendapatkan rawatan di hospital yang sepatutnya dilakukan dengan segera.

"Sekiranya pesakit mendapatkan rawatan awal di hospital dan diberikan cecair intravena, risiko kematian boleh dielak," katanya.

Dr Adeeba berkata, simptom kebocoran plasma boleh disedari menerusi tanda amaran seperti sakit seluruh badan, loya, muntah, sesak nafas, gusi berdarah dan tidak bermaya.

Katanya, pesakit yang terkena jangkitan tersebut untuk kali kedua berisiko tinggi terkena demam denggi berdarah sehingga boleh membawa maut.

"Secara realitinya, demam denggi berdarah jarang berlaku disebabkan platelet darah yang rendah. Ia disebabkan simptom kejutan denggi (shock) yang bermaksud tekanan darah rendah," katanya.

Beliau berkata, kaedah paling efektif untuk mengelak demam denggi berdarah adalah menyedari tanda amaran, kejutan denggi dan pesakit diberi cecair intravena.

"Badan anda mempunyai keupayaan semula jadi untuk pulih. Platelet darah akan kembali ke paras normal secara semula jadi dalam tempoh tiga hingga empat hari selepas demam beransur baik tanpa pengambilan jus betik, sup ketam dan beberapa rawatan alternatif lain," katanya.

Dr Adeeba berpendapat, walaupun terdapat kajian ke atas jus daun betik yang dikatakan mampu merawat penyakit ini, ia hanya melibatkan sebilangan kecil pesakit dan perubahan platelet darah tidak begitu ketara.

"Kajian terlalu kecil dan saya rasakan masih kekurangan bukti saintifik untuk menyokong jus tersebut berkesan merawat penyakit demam denggi," katanya.

Tegas beliau, pesakit diingatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital dengan segera jika terdapat tanda amaran penyakit ini.

Bagaimanapun, katanya, pengambilan jus daun betik tidak memberi kesan sampingan kepada pesakit.


Menurut Dr Adeeba, terdapat kajian terhadap vaksin yang boleh merawat penyakit tersebut baru-baru ini walaupun ia tidak mampu memulihkan pesakit sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya dapat melegakan penghidap penyakit itu.

"Jika ia boleh mengurangkan komplikasi, ini menunjukkan vaksin tersebut ada keberkesanannya," katanya.

Baru-baru ini, Sanofi Pasteur, syarikat multinasional yang memberi tumpuan kepada penghasilan vaksin mengumumkan vaksin denggi pertama di dunia dalam proses pengeluaran dan akan berada di pasaran pada separuh kedua 2015.

Syarikat tersebut berkata, kajian klinikal peringkat akhir kedua menunjukkan 95.5 peratus perlindungan terhadap demam denggi teruk dan pengurangan risiko kemasukan ke dalam wad sebanyak 80.3 peratus.

Kajian tersebut dijalankan meliputi lebih 31,000 peserta di 10 negara endemik di Amerika Latin dan Asia termasuk Malaysia.

Denggi adalah penyakit endemik di lebih 100 negara, mengancam hampir separuh penduduk dunia dengan seorang pesakit dimasukkan ke hospital akibat penyakit itu setiap minit. -SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM/6/1/15


,

Himpunan Solidariti untuk Kawan-kawan di Harakah


[The Malaysian Insider] Hari ini pimpinan PAS jadi tidak boleh ditegur. Tegur saja terus melenting dan gunakan kuasa apa yang ada untuk hentikan teguran. Saya ingatkan allahyarham Tan Sri Azizan Razak (bekas menteri besar Kedah) saja yang macam itu dulu. Rupa-rupanya kebanyakan ulama yang ada dalam PAS sekarang pun macam itu juga. Maka tersingkirlah Datuk Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid daripada Harakah, dan Ahmad Lutfi Othman pun diminta supaya berhenti.

Mulanya Tarmizi diberhentikan sebagai pengarang Harakah, 1 Oktober 2014. Kemudian di pertengahan Disember Roslan pula diberhentikan, khabarnya kerana dialah editor yang bertanggungjawab menyiarkan 2 tulisan saya yang mengkritik ulama. Dan saya juga diberhentikan daripada menjadi kolumnis ‘Wacana Budaya’ di Harakah.

Terakhir ialah Ahmad Lutfi, ketua pengarang Harakah sendiri, yang sedang bercuti sakit, diminta meletakkan jawatan. Barangkali kerana dia sedang mengalami sakit yang dipercayai oleh mereka akan menyebabkan dia tidak dapat menjalankan tugasnya, atau sebab-sebab lain, tidak dapat dipastikan.

Tetapi khabarnya waktu diminta berhenti itu tidak ada apa-apa alasan diberi, dan hal sakitnya itupun tidak ditimbulkan.

Saya bukannya menghina ulama pun. Gilakah saya hendak menghina ulama yang diperakui Rasulullah sendiri ulama adalah pewaris para nabi? Saya hanya mengkritik segelintir ulama dalam pimpinan atasan PAS yang berkelakuan tidak seperti ulama, malah merosakkan imej mulia ulama.

Beberapa tulisan saya itu bertujuan cuba memperbaiki keadaan. Mereka yang mengikuti tulisan dalam Wacana Budaya tentu tahu bagaimana pandangan saya terhadap golongan tertentu di kalangan mereka yang dikatakan ulama dan pendakwah dalam masyarakat kita. Ramai di antara mereka itu yang bukan ulama sebenarnya. Mereka hanya mengambil kesempatan daripada gelar dan status ulama. Mereka itu sebenarnya sedang memburukkan imej ulama. Ini yang saya kritik.

Adapun berita Lutfi diminta berhenti itu menggemparkan beberapa pihak tertentu. Cikgu Ishak Surin, yang dipertua PAS Kawasan Batu (Kuala Lumpur) misalnya, menjadi begitu marah dan berang kerana sebelum ini Tarmizi, naib YDP PAS kawasannya sendiri pun disingkirkan daripada Harakah.

“Sekarang Ahmad Lutfi Othman pula!” katanya. 

“Bukankah dia sedang bercuti sakit?” Soal Cikgu Ishak kepada saya dan beberapa kawan yang sedang berkumpul di Madrasah Seni (Madrasah Tarbiyah, Kg Banda Dalam) kerana membincangkan persiapan menganjurkan Malam Baca Puisi “Bebas”, pada Jumaat 9 Januari ini.

“Ini satu tindakan zalim,” katanya lagi. “Bagaimanakah sebuah akhbar Islam, yang menjadi suara kepada parti Islam di negara ini, tetapi pihak pentadbirannya tidak berakhlak Islam? Perbuatan zalim ini bukan akhlak Islam. Dulu Tarmizi disuruhnya berhenti dengan serta merta. Tak ada proses nasihat atau amaran dan sebagainya.”

Memang marah betul Cikgu Ishak pada petang itu. “Aku tak boleh diam lagi kali ini,” katanya. Selepas itu khabarnya dia menulis surat kepada pengerusi Harakah, merangkap setiausaha agung parti PAS, Datuk Mustaffa Ali – menyatakan protesnya terhadap tindakan yang dikenakan ke atas tiga wartawan kanan akhbar tersebut.

Saya sebenarnya turut berasa terlibat dalam kemelut itu, kerana jelas Roslan disabitkan dia harus ditamatkan khidmatnya ialah kerana dia meluluskan tulisan saya yang mengkritik ulama itu. Dan saya sangat khuatir apakah Ahmad Lutfi juga diminta berhenti itu disebabkan dua tulisan saya itu?

Sebenarnya kritikan terhadap ulama di dalam PAS itu bermula di sini – dalam The Malaysian Insider ini, dengan tulisan berjudul Kepemimpinan ulama dan salah faham mengenainya, terbit pada 5 Disember 2014. Diikuti dengan “Apabila ulama kehilangan keyakinan diri” dalam Harakah 8 Disember; dan disusuli dengan “Penjelasan Dinsman: Imej ulama tercalar” (judul yang diubah daripada judul asalnya “Imej ulama sedang alami kerosakan besar”).

Saya bukan tidak menjangka yang tulisan itu akan menimbulkan semacam kemarahan di pihak pimpinan tinggi parti tersebut. Dan saya pun bukanlah secara tiba-tiba saja menulis kritikan tersebut. Perkara imej ulama yang tercalar di dalam PAS itu sebenarnya bukan satu perkara baru. Ia sudah lama menjadi buah mulut orang ramai. Sudah diperkatakan di mana-mana. Hanya barangkali ia tidak sampai ke telinga pihak yang berkenaan saja.

Maka saya melihatnya sesuatu yang tidak harus dibiarkan begitu, kerana khuatir ia akan menjadi bertambah buruk. Pihak tertinggi parti mesti tahu apa yang sedang menjadi buah mulut ahli-ahli di peringkat akar umbi. Maka saya memberanikan diri mengambil risiko untuk “berkata benar walaupun pahit”. Saya mulakan dengan wacana yang agak umum, dan memfokus kepada isu lain, “Krisis MB Selangor lebih rumit daripada isu Hudud?” (Harakah 15 September, 2014).

Seminggu kemudian melalui artikel “Apa sebenarnya PAS mahu sekarang?” (22 September, 2014), isu mengenai imej ulama yang merosot itu diperkatakan dengan jelas. Dan pada 17 Oktober saya menyebutnya dengan lebih jelas lagi: “Pemimpin tahu bila masanya dia harus berundur”, tetapi tulisan itu diolah agar sasarannya kelihatan sesuatu yang umum dan tidak ditujukan kepada seseorang pemimpin tertentu. Dan semua itu diterbitkan dalam kolum ‘Wacana Budaya’.

Pemberhentian wartawan Harakah yang dibuat secara sewenang-wenang itu juga mendapat perhatian rakan-rakan dalam Seniman Paksi Rakyat (Paksi). Selama ini Pakatan Rakyat termasuk PAS selalu mengkritik pihak penguasa Barisan Nasional yang dikatakan tidak menghormati hak kebebasan bersuara, menggunakan Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak secara sewenang-wenang dan sebagainya. Tiba-tiba sekarang mereka pula yang bertindak buruk seperti itu.

Maka Paksi yang kebetulan sedang membuat persiapan untuk memulakan program Baca Puisi Bulanan di Madrasah Seni (Jalan Gombak, Kuala Lumpur) pada 9 Januari ini, mendapati waktunya sangat sesuai untuk menunjukkan solidariti kepada rakan-rakan di Harakah tersebut.

Lalu diputuskan, di samping meraikan penyair Chan Yong Sin dengan antologi puisi “Bebas” yang ditulisnya sewaktu dalam tahanan ISA selama 11 tahun itu, majlis itu juga akan meraikan Ahmad Lutfi dan rakan-rakan wartawan Harakah yang dianiaya.

Datanglah beramai-ramai kita menunjukkan semangat solidariti sambil menghantar mesej kepada pimpinan PAS, khasnya pimpinan Harakah, supaya menyemak semula tindakan mereka yang berkenaan, agar ia tidak menambah burukkan lagi imej ulama PAS yang sudah tercemar itu.

Dan pada majlis itu juga Cikgu Ishak berharap agar dapat dibuat kutipan derma untuk mangsa banjir di Kelantan yang mengalami kemusnahan rumah dan harta benda dalam banjir besar yang melanda negara baru-baru ini.

Jadinya, malam 9 Januari menjadi malam tiga dalam satu – pembacaan puisi daripada antologi “Bebas” karya Chan Yong Sin; solidariti untuk Ahmad Lutfi dan kawan-kawan di Harakah; dan derma untuk mangsa banjir di Kelantan. – DINSMAN/6 Januari, 2015.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.



BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH