Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Khamis, 17 Ogos 2017

Kami Akan Kembali Nanti!!!


Kami akan kembali aktif sedikit masa lagi. 

Selamat Membaca!!!!

- Tayadih Maysia

, ,

Isnin, 4 Julai 2016

Shafie Apdal Umum Keluar Umno


Naib presiden Umno yang digantung keahliannya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan keluar daripada parti itu.

Beliau yang juga adalah ahli parlimen Semporna berkata, keputusan itu dibuat berikutan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang menggantung keahliannya pada 24 Jun lalu.

"Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan di Semenanjung untuk membela bangsa dan negara.

"Saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan saya, salah laku saya selama saya memimpin Umno ini," katanya.

Keputusan itu diumumkan di hadapan ribuan penyokongnya di dewan di perkarangan rumahnya di Kampung Bubul Lama, Semporna Sabah, hari ini.

Ini kali pertama beliau kembali ke Semporna sejak digantung keahlian Umno selepas pulang daripada menunaikan ibadat umrah.

"Saya dah fikir panjang, tuan-tuan nak saya letak jawatan. Selama ini saya bertahan, bersabar.

"Jadi saya berhenti serta-merta. Saya sayang Umno, tapi jangan hina saya, jangan zalimi saya dalam Umno," katanya.

Bismillahirrahmanirrahim, saya Mohd Shafie bin Hj Apdal, pada hari ini (4/7/2016), dgn rasminya mengumumkan keluar UMNO serta-merta.
MT juga sebulat suara memutuskan timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada parti.

Berikutan keputusan itu, pada 27 Jun lalu, naib ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Jaujan Sambakong mengumumkan keluar parti bersama tiga ketua sayap dan 300 ketua cawangan.

Julai tahun lalu, Shafie dilucutkan sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.. -Malaysia Kini/4/7/2016





, ,

Husam: PAS Bakal Kalah di Kelantan, Hilang Semua Kerusi Selangor


PETALING JAYA: Datuk Husam Musa berkata PAS “tentu akan jatuh” di Kelantan sementara di Selangor, kesemua 15 kerusi negeri yang disandangnya akan turut hilang.

Bekas naib presiden PAS yang pernah menjawat Exco kanan Kelantan itu berkata keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar juga membuktikan PAS tidak lagi berpeluang menang di kerusi campuran dan “marginal” kawasan majoriti Melayu.

“Di Selangor, kesemua 15 kerusi akan jatuh dan kalau Datuk Iskandar masih mahu jadi wakil rakyat selepas PRU ke 14 beliau perlu berhijrah ke mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH),” katanya merujuk Adun Chempaka dan Exco Selangor mewakili PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, seperti dipetik portal berita Amanah, Malaysia Dateline, hari ini.

Husam, yang dipecat oleh PAS pada April lalu, berkata demikian ketika berucap pada majlis “makan colek” (jamuan selepas berbuka puasa) anjuran Amanah Kelantan, semalam.

Menurutnya, ahli Dewan Undangan Negeri popular PAS seperti Dr Abdul Rani Osman (Meru) akan turut menerima tempias kekalahan pada pilihan raya akan datang.


Husam berkata kekalahan PAS di Kelantan dan Selangor adalah sesuatu yang pasti berlaku berikutan perubahan hala tuju parti itu di bawah Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kepimpinan PAS dilihat mula bertukar arah dan lebih mesra Umno selepas muktamar tahun lalu yang menyaksikan kebangkitan puak konservatif menyokong Hadi.

Susulan itu, PAS memutuskan hubungan dengan DAP, dan tidak menyertai Pakatan Harapan yang menggabungkan PKR, DAP dan Amanah yang diterajui bekas pemimpin parti Islam itu.

Husam turut menafikan beliau mahu menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.

“Tuduhan saya berusaha jatuhkan kerajaan Kelantan tidak benar sama sekali kerana kerajaan ini (Kelantan) tentu akan jatuh hasil pilihan presiden Pas sendiri untuk kembali ke zaman Pas tidak menang dulu,” kata Husam

Katanya, tidak perlu penganalisa profesional untuk menjangkakan PAS kalah di Kelantan.

“Yang menjadi isu sekarang, kerajaan PAS yang akan kalah ini akan diganti oleh siapa,” ujar beliau. -FreeMalaysiaToday/3/7/2016


, , , ,

'Kenapa Haron Din, Hadi tak minta Najib cuti?'



Bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mempertikaikan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa mempunyai 'pendirian celaru' dalam melawan rasuah di negara ini.

Ia berikutan kenyataan Haron yang menggesa supaya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bercuti sehingga siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadapnya selesai.

Beliau berkata, kedua-dua pemimpin itu sepatutnya bersikap lebih 'gentleman' dengan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan perkara sama ekoran dakwaan terlibat dengan skandal 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.

"Kenapa Haron Din nasihat ketua menteri Pulau Pinang sahaja untuk berbuat demikian? Mengapa Haron Din tidak berani nasihat Najib juga untuk berbuat demikian.

"Apa pendirian Haron Din dalam kes skandal kewangan Najib? Mengapa Haron Din dan Hadi Awang diam seribu bahasa?

"Haron Din dan Hadi selaku ulama jangan ambil pendekatan berat sebelah. Jangan jadi gajah depan mata tak nampak, tetapi kuman di seberang laut mereka nampak," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Sehubungan itu, Khairuddin menasihatkan Haron dan Hadi selaku seorang ulama agar tidak mengamalkan sikap pilih kasih dan bercakap perkara yang benar.

"Dalam Islam tak boleh ada unsur pilih kasih. Segalanya mestilah berteraskan kepada kebenaran. Ulama mesti bercakap yang benar. Jangan amalkan sikap pilih kasih," katanya lagi.

Akhbar Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, Haron Din meminta Guan Eng menjadi seorang 'gentleman' dengan mengambil cuti atau meletakkan jawatan sebagai ketua menteri selepas didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah.

Khamis lalu, Guan Eng didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 berkaitan dakwaan pengezonan semula sebidang tanah daripada pertanian kepada kegunaan komersial. -Malaysia Kini/3/7/2016



, ,

Perlukah Lim Guan Eng Letak Jawatan?


Ada dua pertuduhan jenayah terhadap Lim Guan Eng semalam hanyalah serangan dan penganiayaan politik terhadap pemimpin pembangkang daripada DAP, kata Ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng.

Beliau mempersoalkan desakan beberapa pihak yang mahu Ketua Menteri Pulau Pinang itu meletakan jawatan di atas pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam.

"Adakah Guan Eng mampu mempengaruhi siasatan dan pendakwaan terhadapnya?

"Adakah Guan Eng mampu memecat Ketua Pengarah SPRM, atau mana-mana anggota polis dan pendakwaraya?

"Adakah Guan Eng mampu mengubah keterangan dan bahan bukti yang telah berada dalam tangan Peguam Negara?" soalnya dalam satu kenyataan.

Justeru sekiranya jawapan kepada semua soalan ini ialah "ya", ujarnya, maka Guan Eng wajar bercuti sementara kes jenayahnya dibicarakan.

Namun katanya lagi, orang ramai hanya akan menyebut satu nama sahaja yang mempunyai kuasa sedemikian; Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Jadi Lim Lip Eng mempersoalkan kenapa beberapa pemimpin Barisan Nasional(BN) begitu terkinja-kinja mahu menyuruh Guan Eng bercuti?

"Adakah mereka begitu jahil sehingga tidak tahu bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak mempunyai sebarang kawalan mahupun pengaruh ke atas SPRM, pihak polis dan Peguam Negara?

"Kenapa mereka tidak berani pula menyuruh Najib Razak bercuti atau meletakkan jawatan Perdana Menteri ketika draf pertuduhan terhadap Najib Razak muncul yang kemudian diikuti pemecatan Peguam Negara sebelum ini, Tan Sri Abdul Ghani Patail?," soalnya lagi.

Katab beliau hanya ada satu jawapan untuk persoalan di atas - dua pertuduhan jenayah terhadap Lim Guan Eng semalam hanyalah serangan dan penganiayaan politik terhadap pemimpin pembangkang daripada DAP. - Malaysia Dateline/1/7/2016


,

Mazlan Nafi Mahu Muhyiddin Jadi Ketua Pakatan Harapan Ganti Anwar



Ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional Mazlan Aliman menafikan laporan The Star bahawa parti itu bersetuju untuk memilih bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua Pakatan Harapan yang baru.

Menyifatkan laporan tersebut jauh tersasar daripada apa yang diperkatakannya, Mazlan meminta The Star membetulkan laporan tersebut dan jika akhbar berkenaan enggan berbuat demikian beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

“Laporan itu tidak betul sama sekali dan jauh tersasar daripada apa yang saya katakan.

“Saya katakan laporan tersebut jelas berniat jahat dan mahu memporak perandakan Pakatan Harapan,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga naib pengerusi Amanah Johor berkata, beliau didatangi pemberita selepas sidang media parti itu semalam dan diminta mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak yang mahu Muhyiddin menjadi ketua Pakatan Harapan.

“Pemberita itu bawa pandangan itu kepada saya dan saya katakan memang ada pandangan dari pihak luar. 

“Tapi siapa Amanah Johor untuk buat keputusan? Soal memilih ketua terserah kepada Amanah Nasional dan Majlis Presiden Pakatan Harapan. Tidak timbul isu saya katakan kami mahu Muhyiddin jadi ketua.

“Fokus kami mengajak Muhyiddin menyertai Amanah untuk sama-sama memperjuangkan isu-siu integriti dan sabagainya,” jelasnya.

Amanah Johor semalam secara terbuka menawarkan Muhyiddin untuk menyertai parti tersebut.

Dalam satu sidang akhbar di Johor Bahru pagi semalam, Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata, Amanah negeri menyediakan platform kepada Muhyiddin untuk bergerak dan sedia menjelaskan isu berkaitan penyelewengan dalam negara khususnya 1MDB.

Muhyiddin dipecat daripada Umno minggu lalu bersama bekas menteri besar Kedah Datuk Sri Mukhriz Mahathir. 

Muhyiddin bagaimanapun membayangkan beliau akan bergerak bersama parti baru yang menyerupai Umno.- Malaysia Dateline/2/7/2016


,

Kelantan Tentu Jatuh, Isunya Siapa Pengganti -- Husam



"Tuduhan saya berusaha jatuhkan kerajaan Kelantan tidak benar sama sekali kerana kerajaan ini tentu akan jatuh hasil pilihan presiden Pas sendiri untuk kembali ke zaman Pas tidak menang dulu," kata Adun Salor Datuk Husam Musa di majlis makan colek anjuran Amanah Kelantan malam tadi.

Menurut Husam kejatuhan kerajaan Pas Kelantan dan kekalahan kebanyakan kerusi-kerusi Pas seluruh negara tidak dapat dielakkan apabila Pas memilih kembali menyendiri dan membuat blok ke 3 yang terasing dari pentas politik pilihan rakyat.

Keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar katanya menunjukkan parti asal beliau itu akan kembali kalah di semua kerusi-kerusi campuran dan kerusi-kerusi 'marginal' kawasan majoriti Melayu.


Orang ramai tidak melepaskan peluang berdialog dengan Datuk Husam"Di Selangor kesemua 15 kerusi akan jatuh dan kalau Datuk Iskandar masih mahu jadi wakil rakyat selepas PRU ke 14 beliau perlu berhijrah ke mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH).

"Saya adalah pengerusi "Road Map" Pas PRU 13 dan kita memang sasarkan untuk menang 15 kerusi di Selangor dengan memilih kerusi-kerusi campuran supaya rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) waktu itu dapat melonjakkan undi bagi mengalahkan BN.

"Kini tanpa lonjakan sokongan luar Pas kita boleh baca dengan tepat kesemua 15 kerusi itu Pas akan kalah termasuk Dr. Rani dan Dr. Halimah sekalipun," ujar beliau di perkarangan pejabat Amanah Kelantan di Kota Bharu..

Berkaitan Kelantan katanya, dengan mengasingkan diri dari 'mainstream' pakatan pembangkang tidak perlu penganalisa profesional untuk mengatakan Pas tentu kalah dalam PRU akan datang.

"Yang menjadi isu sekarang, kerajaan Pas yang akan kalah ini akan diganti oleh siapa," soal beliau.

Umno katanya telah memasang angan-angan untuk kembali berkuasa di Kelantan.

Info semasa sambil makan colek

"Tapi kena ingat dengan badai yang sedang melanda Umno sekarang, mereka pun tahu situasi telah berbeza dan kubu mereka termasuk di Johor sedang terumbang ambing dan mungkin runtuh," katanya.

Menurut beliau gerakan yang kini dipanggil 3M, iaitu Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz tidak boleh dipandang ringan dan ia boleh bangkit membentuk gegaran besar jika diatur dengan sempurna.

"Sebab itu di Kelantan ini kalau Amanah benar-benar mahu ambil alih, ia tidak pelik dengan syarat buat kerja kuat dan berstrategi dan elak perangai buruk parti lama berkelahi dengan semua orang," katanya. -MalaysaDateline/3/7/2016

https://www.facebook.com/hashim.omar.12/videos/956126837818200/

,

Selasa, 28 Jun 2016

Rasuah Tetap Rasuah


Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad

Rasuah ialah jenayah yang dipandang keji dan kotor oleh semua masyarakat manusia. Ia dianggap lebih kotor daripada mencuri. Sebabnya ialah kerana sementara mencuri dilakukan terhadap orang yang berada, tetapi rasuah menyasar orang miskin dan daif.

Nasib mereka yang miskin ini menjadi lebih buruk kerana terpaksa menyuap rasuah. Masyarakat dan negara yang miskin tidak dapat dimajukan kerana rasuah meningkat kos dan melewatkan keputusan dan pelaksanaan.

Ada pihak yang cuba menghalalkan rasuah dengan mendakwa jika wang yang diterima diguna bukan untuk tujuan sogokan dibuat, maka ia tidak menjadi rasuah. Ia tidak menjadi jenayah sebaliknya ia menjadi halal. Oleh itu terimalah sogokan rasuah kerana ia tidak menjadi jenayah dan ia halal jika tidak laksana tujuan rasuah diberi.

Walaupun wang sogokan tidak diguna untuk tujuannya, tetapi wang atau pemberian rasuah masih menjadi jenayah dan ia tidak boleh dihalalkan. Pegawai tinggi yang menerima RM100 juta rasuah akan dikenakan tindakan sama ada dia tunai atau tidak tunai tujuan rasuah yang diberi kepadanya.

Ada yang berkata rasuah tidak termasuk dalam jenayah hudud. Ia tidak akan dihukum di dunia. Ia hanya akan dihukum di akhirat.

Pendapat ini seolah-olah memperkecilkan hukum akhirat dan menggalakkan amalan rasuah kerana tidak akan dihukum di dunia.

Pendapat seperti inilah yang merosakkan moral masyarakat manusia dan menghalang proses ke arah bertamadun. Masyarakat ini tidak akan dipercayai kerana moralnya rendah.

Dalam PRK baru-baru ini parti pemerintah menghulur duit, beras dan barangan elektrik sebagai cara sogokan untuk mendapat undi.

Penerima pula disuruh bersumpah ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’, supaya mengundi parti yang sogok mereka. Jika mereka tidak undi seperti sumpahan mereka, maka segala pemberian itu adalah haram dimakan atau diguna mereka.

Ramai yang terima yang sumpah mereka apabila ditunaikan maka penerimaan mereka menjadi halal.

Sebenarnya pemberian kepada mereka adalah haram kerana ia sogokan rasuah. Rasuah tetap rasuah dan tidak halal bagi pemberi dan penerima. Tidak melaksana tujuan rasuah tidak akan menghalalkan rasuah. Balasan di dunia mungkin tidak berlaku kerana yang menghulur rasuah adalah juga mereka yang dipertanggungjawab mengawal rasuah. Pihak mereka ini lebih berdosa kerana sengaja tidak melaksanakan tanggungjawab mereka mencegah rasuah, sebaliknya merekalah yang melakukan rasuah.

Ada juga mereka yang berpendapat jika duit rasuah yang diterima diguna untuk kebajikan atau ibadat, maka mereka terlepas daripada membuat kesalahan bahkan mendapat pahala. Pendapat ini datang daripada orang yang ingin menyedapkan hati mereka.

Sebenarnya wang hasil pencurian atau rasuah tetap haram. Kebajikan atau ibadat yang dibuat tidak akan halalkan wang yang haram.

Ramailah yang sedia terima wang untuk buat ibadat haji dan umrah tanpa bertanya dari mana datang wang yang diterima. Kita tidak dipaksa oleh agama untuk buat kerja haji jika kita tidak mampu. Kita tidak dipaksa curi dan samun atau melakukan jenayah rasuah supaya dapat menunaikan ibadat haji.

Tetapi ada pendapat bahawa ibadat ini, walaupun daripada punca kewangan yang tidak halal, maka mereka sudah penuhi rukun kelima ini dan yang menghadiahkan belanja haji, terlepas dosa rasuah.

Agama Islam memberi kelonggaran tentulah kerana tidak hendak membebankan umat Islam sehingga mereka terpaksa berjenayah untuk membiayai pelaksanaan ibadat ini.

Tidak ada dalam Al-Quran atau hadis sahih yang menyuruh orang Islam mengamalkan rasuah atau menyamun atau mencuri supaya dapat buat kebajikan dan ibadat.

Yang menyebabkan adanya orang yang cuba menghalalkan rasuah, matlamat mereka ialah kerana kepentingan duniawi seperti umpamanya politik. Dalam masyarakat yang menghalalkan rasuah, yang berkuasa dan kaya boleh menindas yang miskin. Ini kerana segala urusan pentadbiran akan menanggung kos rasuah. Keselamatan rakyat juga akan terabai kerana sebahagian daripada dana pemerintah akan diselewengkan. Pihak berkuasa akan menipu rakyat sepanjang masa.

Inilah sebabnya mereka yang berhajat menyalahgunakan kuasa kerajaan sanggup menghulur rasuah daripada duit yang didapati secara halal atau tidak halal atau mempergunakan duit kerajaan dengan cara yang salah. Bagi mereka ini rasuah yang dihulurkan dalam pilihan raya adalah satu pelaburan yang akan hasilkan pendapatan tinggi dan kuasa berterusan untuk menerima rasuah lagi.

Ingatlah, wahai pemberi dan penerima rasuah, walaupun terlepas hukum di dunia tetapi di akhirat sogokan rasuah tidak akan menyelamatkan mereka daripada api neraka.

Tun Dr Mahathir Mohamad ialah bekas perdana menteri Malaysia dan tulisan ini diambil daripada blognya chedet.cc.

,

Tun M: Saya Tidak Lagi Bermusuh dengan Anwar



PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak lagi bermusuh dengan bekas anak didik dan seteru ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini sedang menjalani hukuman lima tahun penjara.

“Saya tidak lagi bermusuh dengan Anwar. Itu semua di masa lalu,” kata bekas perdana menteri itu dalam satu temubual dengan Mehdi Hassan, pengacara program UpFront di Al Jazeera.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai Anwar, dan menambah tidak punyai kuasa untuk membebaskan mereka yang sedang dipenjarakan.

Pernah dinamakan sebagai pengganti perdana menteri paling lama di Malaysia, Anwar – pada ketika itu timbalan perdana menteri – dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan seks luar tabii.

Ramai penyokong Anwar hari ini meletakkan tanggungjawab ke atas bahu Dr Mahathir di atas pemenjaraan ketua umum PKR itu.

Bekas wakil rakyat Permatang Pauh itu sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya.

“Dia sekarang ditahan bukan kerana saya, tetapi kerana Najib,” kata Mahathir, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Meskipun negarawan ini mendakwa tidak lagi bermusuh dengan Anwar, pemimpin PKR itu masih berwaspada dengan bekas gurunya.

Pada Mei lalu, Anwar mengutuskan surat amaran kepada kepimpinan partinya supaya berwaspada dengan muslihat Dr Mahathir susulan pelancaran Deklarasi Rakyat, yang menuntut perletakan jawatan Najib dan perlaksanaan reformasi institusi di negara ini. -FreeMalaysiaToday/23/6/2016


, , , , ,

Kafir Harbi: Mufti Akui Sasar DAP, Enggan Minta Maaf



KUALA LUMPUR: Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya yang menyeru memerangi golongan yang digelarnya “kafir harbi” kerana menentang Islam.

“Saya tidak akan meminta maaf dan menarik balik apa yang saya katakan ini. Apa yang saya cakap itu bukan khusus kepada DAP sahaja, kepada semua yang menentang Islam,” kata Abdul Rahman dipetik Bernama semalam.

“Asas yang saya bagi tahu kepada akhbar itu (Utusan Online) dalam bentuk semua, namun kalau mereka kata (tulis) DAP pun tidak salah, sesiapa pun yang menentang Islam jika mereka tulis tidak salah.”

Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan Abdul Rahman mengecam DAP sebagai “kafir harbi” kerana membantah RUU Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016.


RUU itu dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei lalu, dalam usaha yang dilihat membuka jalan bagi kerajaan Kelantan memperkenalkan hukum hudud dalam enakmen Syariah negeri.

DAP dan beberapa parti komponen Barisan Nasional sebelum ini menyuarakan tentangan terhadap sebarang usaha memperkenalkan hudud.

Kenyataan mufti itu mengundang kecaman dari pelbagai pihak, termasuk Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga merupakan pesuruhjaya PAS Pahang.

“Sekarang orang kafir di Malaysia, mereka adalah rakyat. Dia ada hak ke atas negara, ada hak atas harta, ada hak jadi pengundi jadi tentera, maka apabila mereka ada hak kebersamaan dalam negara, automatik mereka bukan kafir harbi,” kata Tuan Ibrahim.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Abdul Rahman menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada parti itu.

Sementara ahli Parlimen DAP Gobind Singh Deo mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan mufti itu.

“Kami tidak anti Islam. Kami ada penyokong, ahli dan wakil rakyat beragama Islam. Kami memegang Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan Islam ialah agama rasmi Malaysia,” kata Gobind. - FreeMalaysiaToday/28/6/2016




,

300 Ketua Cawangan Umno Semporna Keluar Parti



SEMPORNA: Naib Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong hari ini mengumumkan keluar parti.

Turut mengambil tindakan sama ialah tiga ketua sayap iaitu Ketua Pemuda Mohd Aziz Jamman, Ketua Wanita Manis Muka Dara dan Ketua Puteri Zakiah Kalipunya (nafi) dan 300 ketua cawangan bahagian itu.

Keputusan itu dibuat mereka selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian itu di sini yang dipengerusikan Jaujan yang juga Adun Sulabayan.

Pada sidang media, Jaujan berkata keputusan itu dibuat susulan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat lepas menggantung keahlian Naib Presiden Umno yang juga Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Beliau berkata Shafie tidak diberi peluang membela diri dengan diberikan surat tunjuk sebab terlebih dalu sebelum MT membuat keputusan menggantung keahliannya.

Bagaimanapun, Shafie tidak hadir pada mesyuarat itu kerana sedang mengerjakan umrah. Turut tidak hadir Timbalan Ketua Bahagian Datuk Nasir Tun Sakaran.

Umno Bahagian Semporna mempunyai 481 ketua cawangan. -BERNAMA/27/6/2016

Berkaitan:

‘Hanya 150-200 ketua cawangan keluar Umno’

 June 28, 2016

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Nasir Sakaran menyangkal laporan 300 ketua cawangan di bahagian itu keluar parti, sebaliknya sekitar 150 hingga 200 ketua cawangan sahaja yang berbuat demikian.

Nasir dalam satu kenyataan turut menyifatkan ketua-ketua cawangan terbabit bertindak berdasarkan emosi tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Semalam, dilaporkan Naib Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Dr Jaujan Sambakong bersama tiga ketua sayap dan 300 daripada 481 ketua cawangan di bahagian itu mengumumkan keluar parti.

Ia susulan tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung keanggotaan Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Jumaat lalu.

Jaujan dilaporkan sebagai berkata, Shafie tidak diberi peluang membela diri dengan diberikan surat tunjuk sebab terlebih dahulu, sebelum MT membuat keputusan menggantung keanggotaannya.

Nasir turut berkata belum menerima surat daripada Umno memangku jawatan ketua bahagian, susulan penggantungan keahlian Shafie pada minggu lalu.

Beliau berpendapat, keputusan MT Umno menggantung keahlian Shafie berpunca daripada tindakannya yang merugikan Umno Semporna.

Jelasnya, Shafie dijangka pulang daripada mengerjakan umrah pada hari ini atau esok dan sehingga kini Ahli Parlimen Semporna itu belum membuat sebarang kenyataan. - FreeMalaysiaToday/28/6/2016


,

Kenapa Husni Hanadzlah Keluar Kabinet?



Rombakan kabinet yang diumumkan perdana menteri semalam disifatkan “sangat mengejutkan” apabila menteri kewangan kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah tidak mahu lagi menyertai kabinet Datuk Seri Najib Razak.

Anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata ia menimbulkan teka-teki kerana dibuat ketika negara dilanda krisis kewangan dan kontroversi 1MDB yang belum selesai.


“Saya berkeyakinan kedudukan mereka dalam kabinet mempunyai banyak pengetahuan yang tersembunyi berkaitan perkara penting yang membabitkan Najib dalam skandal besar negara sehingga mereka tidak lagi bersedia bersekongkol dengan kejahatan Najib.

“Perletakan jawatan Husni menimbul dan meninggalkan seribu satu persoalan.

"Yang pasti bagi saya ini adalah protes senyap dan undi tidak percaya terhadap Najib,” katanya.

Dalam rombakan kabinet semalam, Najib mengumumkan 'kenaikan pangkat' Datuk Johari Abdul Ghani daripada timbalan menteri kewangan kepada Menteri Kewangan Kedua.

Johari menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang dikatakan meminta untuk berundur atas sebab peribadi.

Dalam kenyataan hari ini, Mahfuz juga berkata berharap Husni “tampil untuk berkata benar untuk negara dan rakyat”.

“Tidak cukup sekadar melepaskan semua jawatan tanpa terus berjuang. Demi Malaysia, Husni perlu bersama rakyat Selamatkan Malaysia,” kata bekas naib presiden PAS itu.

Letak jawatan dalam Umno

Najib semalam berkata beliau tidak memasukkan Husni dalam kabinetnya bagi menghormati permintaannya yang ingin bersara.

Kenyataan susulan daripada bekas setiausaha politiknya menyebut Husni turut meletakkan jawatan sebagai bendahari Umno, timbalan pengerusi Umno Perak serta ketua Umno dan BN bahagian Tambun.

Husni dilantik sebagai menteri kewangan kedua sejak Najib menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri pada 2009.

Semasa memegang jawatan itu, beliau dilantik sebagai jurucakap 1MDB di tengah-tengah kontroversi itu pada 2015.

Beliau pernah dilaporkan berkata, laporan interim peguam negara menunjukkan syarikat pelaburan negara itu tidak melakukan sebarang salah laku.

Beliau juga menyebut AS$1 bilion simpanan di Kepulauan Cayman dalam bentuk “unit”, bukan tunai.

Husni turut menggesa pemotongan peruntukan kepada kementerian-kementerian dengan berkata indeks prestasi utama (KPI) diukur berdasarkan simpanan mereka. -Malaysia Kini/28/6/2016

Berkaitan:

Adakah kenyataan ini benar? Tunggu penjelasan empunya diri.



,

Sabtu, 25 Jun 2016

"Selamat tinggal Umno..." - TS Muhyiddin



Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam Umno, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti.

Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya.

Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah Umno dan negara yang melibatkan perdana menteri.


Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerana kami mengambil langkah berani menegur perdana menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan Umno yang asal.

Saya berasa kecewa kerana Umno yang ada pada hari ini bukan lagi Umno yang sebenar. Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya.

Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.

Berakhirlah sejarah panjang

Mereka yang menguasai Umno boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara.

Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam Umno.

Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana Umno telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya.


Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati Umno. Saya hanya menentang pemimpin Umno yang korup dan menyeleweng.

Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.

Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.

Saya redha dengan ketentuan Allah Taala. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin Umno dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini.

Bangkitlah bangsa Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti supaya kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang rasuah dan tamak haloba.

Semoga tabah, sabar

Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada. Insya-Allah kita akan terus bersama dalam perjuangan suci ini.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin anda boleh menilai yang mana benar dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk.

Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa. Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara.

Saya menganggap pemecatan saya ini adalah satu lagi dugaan Allah Taala terhadap saya dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya.

Saya berdoa semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah dan segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya.

Allah Taala berfirman dalam Surah at-Taghabun ayat 11 yang bermaksud: "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar), dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap- tiap sesuatu."

Sempena bulan Ramadan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada seluruh ahli Umno sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di dalam parti.

Selamat tinggal Umno.

Kepada Allah saya berserah. - TS Muhyiddin Yassin/25/6/2016

Berkaitan:

UMNO PAgoh Teguh Bersama TS Muhyiddin

Umno Pagoh dan pergerakan pemuda bahagian itu berdiri teguh di belakang Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas bekas timbalan perdana menteri itu dipecat dari parti semalam.

Ketua Penerangan Umno Pagoh Hairul Izam Abd Samat bekata mereka juga menolak keputusan majlis tertinggi parti berkenaan memecat Muhyiddin atas pertimbangan empat perkara. 

Dibuat tanpa mengikut prosedur sepatutnya mengikut perlembagaan parti sebaliknya majlis tertinggi dan perlembagaan disalah guna presiden manakala Muhyiddin tidak dipanggil mempertahankan tuduhan ke atasnya 

Muhyiddin dipilih sebagai timbalan presiden dan ketua bahagian oleh ahli Umno di seluruh dunia dan keputusan MT mengkhianati anggota parti. Beliau terpaksa menggunakan pertubuhan bukan kerajaan untuk meneruskan perjuangan selepas dinafikan haknya melaksanakan tugas sebagai timbalan presiden 

Salah laku presiden Umno didakwa Muhyiddin berdasarkan laporan berintegriti daripada agensi kerajaan seperti bekas peguam negara, gabenor Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 

Teguran dibuat Muhyiddin demi kepentingan parti dan bukan kepentingan peribadi dan tidak pernah memburuk-burukkan Umno sebaliknya memastikan parti itu kukuh 

Sementara itu Ketua Pemuda Umno Pagoh Mohd Zaid A Rahman berkata mengutuk tindakan MT memecah Muhyiddin.

"Tindakan dilakukan itu adalah amat tidak berperlembagaan sama sekali," katanya dalam kenyataan berasingan.

Melalui sumber sahih, kata Mohd Zaid Muhyiddin tidak pernah diberi surat tunjuk sebab dan dipanggil untuk membela diri atas tuduhan yang dikenakan kepadanya.


Justeru katanya tindakan MT Umno semalam merupakan kezaliman dan jelas bersifat pembunuhan watak secara terancang.

"Tidak masuk akal jika tindakan begini boleh diterima oleh ahli-ahli marhaen seperti kami yang melihat salah guna kuasa MT sewenang-wenangnya terhadap amanah yang diberi selama ini.


"Kita sedia maklum ciri-ciri kefasikan itu adalah orang yang tidak memegang amanah. Apatah lagi kami dikaitkan secara langsung dgn Muhyiddin sebagai ketua Umno Pagoh.


"Apakah MT menyangka kami akan menerima dengan hati yang lapang atas tindakan yang tidak beretika ini? Jika seseorang timbalan presiden boleh diperlakukan sedemikian rupa apatah lagi ahli marhaen seperti kami ini. Justeru apakah yang generasi muda boleh sandarkan kepada umno kini?" katanya.

Pergerakan itu juga meminta isu nasional yang menjadi keresahan rakyat wajib diselesaikan secara tuntas berlandaskan undang-undang. - Malaysia Kini


,

Jumaat, 24 Jun 2016

Brexit: Rakyat Britain Pilih Keluar daripada EU, David Cameron Letak Jawatan


Rakyat Britain hari ini memutuskan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Menurut AFP yang memetik media negara itu hari ini, pungutan suara sama ada Britain sewajarnya meninggalkan EU adalah amat sengit tetapi 52 peratus undian memihak kepada kem ‘keluar’ berbanding 48 peratus undian yang diterima kem ‘kekal’.

Ini adalah berdasarkan kiraan di 302 daripada 382 kawasan di seluruh Britain.

Keputusan itu pada masa sama menyaksikan mata wang Britain, pound mencapai paras terendah sejak lebih 31 tahun lalu berbanding dolar Amerika Syarikat.

Sementara itu, Reuters melaporkan pasaran kewangan dunia menjunam berikutan keputusan awal pungutan suara yang rakyat Beritain mahu negara mereka meninggalkan EU.

Sterling mengalami kejatuhan sehari yang terbesar dengan kehilangan lebih 10 peratus nilainya berbanding dolar.

Ia mencecah tahap paling rendah sepanjang 31 tahun kerana pasaran bimbang keputusan berkenaan akan menjejaskan pelaburan dalam ekonomi kelima terbesar di dunia itu.

Undi hari ini akan menyaksikan permulaan sekurang-kurangnya dua tahun prosiding perceraian Britain dengan EU.

Ia menimbulkan persoalan berhubung peranan London sebagai pusat kewangan global dan meletakkan tekanan yang hebat ke atas Perdana Menteri, David Cameron untuk meletak jawatan, walaupun beliau berjanji semasa kempen untuk kekal tanpa mengira keputusan pungutan suara. - Malaysia Kini/24/6/2016


, ,

Ahad, 19 Jun 2016

Rasmi: BN Menang di Kuala Kangsar dan Sg Besar



Rasmi: BN menang di Kuala Kangsar juga

9.55pm- Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai pemenang bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Pegawai pengurus Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria berkata Mastura berjaya mendapat 12,653 undi.

Kemenangan Mastura disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di dewan itu, yang juga termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Berikut keputusan rasmi:

Izat Bukhary Ismail Bukhary 54
Dr Najihatussalehah Ahmad 5,684
Mastura Mohd Yazid 12,653
Ahmad Termizi Ramli 4,883
Undi rosak 239
Majoriti 6,969

Rasmi: BN menang di Sg Besar, majoriti melonjak

9.55pm: Sg Besar – Keputusan rasmi:

BN: 16, 800
AMANAH 7,609
PAS: 6,902

Majoriti: 9,191

AMANAH teruk di kawasan Melayu Sg Besar

9.49pm – Sg Besar

Analisis peti undi

Calon AMANAH kalah teruk di kawasan Melayu Sungai Besar dengan sesetengah peti undi, parti itu gagal mendapat lebih daripada 20 undi.

Manakala bagi peti undi di kawasan Melayu, PAS masih boleh menyaingi BN. Beza undi kedua-duanya antara 50 hingga ratusan undi sahaja.

Contohnya, peti undi bagi saluran di Kawasan Melayu Sungai Leman Kampung Darat, AMANAH mendapat 25 undi, BN (275) dan PAS (105).

Manakala peti undi bagi saluran Kawasan Melayu Sek Keb Tok Khalifah pula seperti berikut: AMANAH 7, BN (157) dan PAS (100).

Bagi kawasan Cina, undi pula kelihatan berpecah kepada AMANAH dan BN dengan kebanyakannyaberbeza tidak lebih 50 undi.

Hal ini menunjukkan BN masih boleh bertanding dengan AMANAH dan mengaut hampir separuh undi di kawasan Cina.

Ia juga menunjukkan terdapat undi Cina mula kembali kepada BN.

Contohnya, peti undi saluran bagi pusat daerah mengundi Sekinchan Selatan - AMANAH mendapat sebanyak 150, BN (106) dan PAS (2).

Manakala bagi peti undi saluran di pusat mengundi SMJK Yoke Kuan AMANAH memperolehi 171 undi, BN (154) dan PAS (33).

PAS jauh tertinggal di kawasan Cina Sg Besar

9.30pm: Sg Besar - PAS hilang sebahagian besar sokongan di Sekinchan, kawasan majoriti Cina.

Ia berdasarkan keputusan tidak rasmi di lima kawasan majoriti Cina di kawasan itu - Sekinchan, Sekinchan Selatan, Sekinchan Tempatan Selatan, Sekinchan Tempatan Tengah dan Sekinchan Tempatan.

Data-data itu menunjukkan PAS hanya mendapat 292 undi, jauh di belakang calon AMANAH yang mendapat 3,502 undi. BN mendapat 2,909 undi.

Calon AMANAH: Hebat, lebih baik dari jangkaan

9.10pm: Sungai Besar – Calon AMANAH Azhar Abdul Shukur lega walaupun beliau sekadar menduduki tempat kedua, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini.

“Hebat, lebih baik daripada dijangkakan,” katanya.

Calon BN tiba di pusat penjumlahan undi Sg Besar

9:05pm: Dewan Seri Bernam, Sungai Besar - Calon BN, Budiman Mohd Zohdi tiba di pusat penjumlahan undi di sini.

Turut berada di sana termasuk, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunos.

Terdahulu di pusat operasi PAS di Simpang Lima, Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan ucapan terima kasih kepada jentera PAS sebelum memulakan solat terawih.

Jangan kecewa, PSM faham - Arutchelvan sindir PAS

9.03pm: Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan menyindir kedua-dua PAS dan AMANAH di Facebook.

Sambil menasihatkan mereka supaya tidak kecewa, katanya, “Kami PSM faham. kami pun dulu ada pengalaman kalah kerana tiga penjuru.”

BN secara tidak rasmi telah memenangi kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan majoriti lebih tinggi.

AMANAH mungkin hilang tempat kedua kepada PAS

8:40pm: Pusat Operasi DAP, Kuala Kangsar: Setiausaha DAP Perak Wong Kah Woh berkata, beliau tidak optimistik bahawa AMANAH dapat mengatasi PAS apabila peti undi di kawasan luar bandar Melayu dikira.

Bagaimanapun, katanya, bagi AMANAH yang berusia hanya lapan bulan, parti itu berjaya memberi persaingan yang sengit.

"Prestasinya baik terutama di kawasan bandar. Cabaran paling besar ialah bagaimana untuk mengelak pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Berita penuh di sini.

, ,

Ahad, 12 Jun 2016

[Video] Tun Mahathir Isytihar Sokong Calon HARAPAN




Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan sokongannya kepada Parti Amanah Negara dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.

Ia selepas Azhar menandatangani Deklarasi Rakyat hari ini untuk menyokong gesaan pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sambil menegaskan bahawa beliau bukan lagi ahli mana-mana parti, Dr Mahathir berkata beliau berada di situ sebagai seorang warganegara yang prihatin.

Kerana sebab itu, tambahnya, beliau datang untuk menyokong ahli AMANAH yang menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib.

Beliau menegaskan demikian dalam ucaptamanya di forum anjura DAP mengenai 1MDB dan skandal RM2.6 bilion di Sekincan. - Malaysia Kini/11/6/2016

,

[Video] Tun M: Saya Jelaskan Perihal Najib, Tetapi Hadi Hanya Nampak 'Dedak'


Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa beliau telah menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menerangkan dakwaan salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Saya jelaskan secara peribadi kepada Hadi mengenai salah laku Najib tetapi apa yang dia nampak ialah dedak," kata Mahathir kepada kira-kira 300 hadirin dalam majlis anjuran Pakatan Harapan di Kuala Kangsar, hari ini.

Ketika diminta menjelaskan apa yang dimaksudkan beliau itu semasa sidang media sejurus selepas majlis berkenaan, Mahathir berkata, beliau tidak pasti sama ada Hadi makan dedak atau belum.

"Tetapi untuk mengatakan dia tidak tahu mengenai salah laku Najib adalah mustahil kerana saya telah berikan penjelasan panjang lebar mengenai perkara itu," katanya.

Antaranya ialah pembentukan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan dakwaan penyalah gunaan dana firma pelaburan milik negara itu, kata Mahathir lagi.

"Ia adalah perkara yang saya telah menjelaskan kepada Hadi dan beliau mengakui bahawa terdapat beberapa kebenaran di dalamnya apabila bertemu dengan saya.

"Tetapi akhirnya, kerana dia kini bersendirian dan PAS tidak lagi mempunyai sekutu , sebab itu dia sedang berjuang di sisi Najib," katanya.

Perjuangan semasa PAS, katanya, adalah semata-mata untuk membantu Najib. - Malaysia Kini/12/6/2016


Respons Haji Hadi.

, ,

Khamis, 2 Jun 2016

Gadis Berusia 12 Tahun Dakwa Dirogol 21 Lelaki Tetapi Sebenarnya Rela


SEORANG pelajar perempuan di sebuah sekolah di Kota Semarang, Jawa Tengah, Indonesia mendakwa telah diperkosa secara bergilir-gilir oleh 21 lelaki mengakibatkan mangsa mengalami trauma.

Memetik laporan portal Kompas.com, gadis berusia 12 tahun itu dikatakan tidak tahan diperlakukan sedemikian bertindak memaklumkan kepada ibu bapanya sebelum satu laporan polis dibuat, semalam.

Menurut laporan tersebut, mangsa dirogol oleh 21 lelaki dalam tiga kejadian berasingan.

Kejadian dikatakan berlaku pada 7 Mei apabila mangsa mendakwa dirogol oleh tujuh lelaki sekitar jam 12 tengah hari waktu tempatan di sebuah pondok.

Kemudian pada 12 Mei dimana mangsa mendakwa dirogol oleh dua belas lelaki berlainan, sebelum sekali lagi dirogol oleh dua lelaki pada 14 Mei.

Mangsa turut mendakwa diberikan pil khayal sebelum dirogol secara bergilir-gilir.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati tiada unsur rogol sepertimana didakwa gadis berkenaan, sebaliknya ia berlaku kerana mangsa termakan pujuk rayu suspek.

“Tidak ada seperti itu (rogol). Tidak adak unsur paksaan kerana ia dilakukan atas dasar suka sama suka dengan dipujuk rayu,” kata Ketua Polis Kota Semarang, Kombes Pol Burhanudin seperti dilapor Kompas.com pada Rabu..

Menurut Burhanudin susulan laporan dibuat ibu bapa mangsa, pihaknya telah menahan lapan suspek yang dipercayai terlibat dalam insiden tersebut bagi mendapat keterangan.

Katanya, pihaknya percaya bahawa aksi seks tersebut dilakukan berulang kali selepas mangsa terpedaya dengan janji manis suspek.

“Kalau suspek memujuk dengan menawarkan wang (kepada mangsa) ia masih wajar.

“Hasil pemeriksaan mendapati (mangsa) tidak diberi minuman beralkohol, tetapi dipujuk rayu agar mengikuti keinginan,” tambah Burhanudin.

Kes disiasat dibawah akta perlindungan kanak-kanak kerana bersetubuh dengan remaja bawah umur.- Malaysian Digest/2/6/2016

, , , ,

Pedofil Warga Britain Mengaku Cabul Puluhan Kanak-Kanak Miskin Malaysia


LONDON: Seorang pedofil warga Britain berhadapan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah mencabul dan membuat serangan seks terhadap kanak-kanak semuda 6 bulan, sebahagian daripadanya datang dari keluarga miskin di Malaysia.

Richard Huckle, 30, mengakui mengambil gambar dan video mangsa yang dicabulnya sebelum memuat naik ke laman web.

Pihak penyiasat turut menemui lebih 20,000 imej tidak sopan, lejar menyimpan maklumat mangsa dan serangan serta manual catatannya yang dinamakan "Paedophiles And Poverty: Child Lover Guide".

Maklumat terperinci mengenai perlakuan Huckle muncul pada hari pertama sesi pendengaran untuk menjatuhkan hukuman yang berlangsung di mahkamah di London pada Rabu.

Huckle sebelum ini berhadapan 91 dakwaan termasuk terhadap 23 kanak-kanak berasal dari Kuala Lumpur, dimana dia pernah menjadi guru bahasa Inggeris.

Mangsanya berusia di antara enam bulan sehingga 12 tahun dan kesalahan dilakukan dari 2006 dan 2014.

Menurut pendakwaraya, Brian O'Neill, gambar terbabit sering dikongsi dengan pedofil yang lain.

Huckle ditahan di Lapangan Terbang Gatwick pada Disember 2014 ketika dia pulang dari Malaysia untuk bercuti musim Krismas .

Dia pada awalnya menafikan perbuatannya, namun akhirnya membuat pengakuan.

Hakim Peter Rook berkata beliau mempertimbangkan kemungkinan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana jenayah berat yang dilakukan Huckle.- AFP/Awani/2/6/2016


,

Rabu, 1 Jun 2016

Akta 672 Berkuat Kuasa di 7 Negeri Mulai 1 Jun



KUALA LUMPUR: Selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia tersenarai antara 10 negara terbersih di dunia menjelang 2020, tujuh negeri bakal dijadikan sebagai penanda aras kepada hala tuju itu.

Bermula hari ini penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Johor diwajibkan mengasingkan sisa pepejal di punca, termasuk di kediaman masing-masing atau berhadapan dengan tindakan dikenakan kompaun.

Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebanyak 79 taman perumahan melibatkan 10,724 unit premis di negeri-negeri itu terlibat akan dipantai dalam operasi pengasingan sisa pepejal.

Beliau berkata pemantauan itu dilaksanakan oleh 245 anggota Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang dilantik bagi memastikan pemilik premis mengasingkan sampah mengikut arahan yang ditetapkan.

“Kita harap agar masyarakat tidak memandang remeh pelaksanaan ini kerana tabiat pengurusan sampah yang baik akan menjadi satu tanda aras masyarakat yang bertamadun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Promosi Pemasangan Pelekat Pengasingan Sisa Pepejal, di sini hari ini.

Di PUTRAJAYA, Pegawai Penguatkuasa SWCorp Cawangan Putrajaya, Muhammad Fahmi Hashim berkata sejak penguatkuasaan pengasingan sisa pepejal di punca dilaksanakan secara mandatori mulai September lalu, sebanyak 10 peratus penduduk di sini gagal mengasingkan sisa pepejal dengan betul, iaitu masih terdapat campuran antara barangan kitar semula dengan sisa makanan.

Justeru, katanya, pihaknya akan turun padang dan terus membuat pemeriksaan di kawasan-kawasan perumahan di sini.

Di PERLIS, Pengarah SWCorp negeri, Mohd Zahir Shari berkata pemantauan di 20,339 premis yang diberi perkhidmatan kutipan berjadual melibatkan 225 taman perumahan di negeri itu mendapati pengasingan dilaksanakan secara teratur dan konsisten.

“Melalui program kitar semula yang diadakan itu, ia melibatkan sekolah dan pelbagai premis, lebih 179,000 tan barang kitar semula berjaya dikutip SWCorp Perlis sejak Januari tahun ini,” katanya.


Di KEDAH, Pengarah SWCorp negeri, Fadzilah Hasan berkata 2,737 premis melibatkan 10 taman diperiksa sempena penguatkuasaan akta itu pada hari ini.

Beliau berkata operasi yang melibatkan sembilan daerah itu diadakan bagi memastikan perlaksanaan pengasingan sisa pepejal diamalkan oleh penduduk setempat.

“Pagi ini pemeriksaan telah dijalankan di Taman Cencaru di mana kita dapati ada pemilik rumah yang gagal mengasingkan sisa pepejal di punca dan sisa baki. Notis pemberitahuan kesalahan akan diberikan terlebih dahulu.

“Dalam tempoh tujuh hari pemilik perlu datang memberi kenyataan kepada SWCorp namun sekiranya gagal kompaun pertama berjumlah RM50 akan dikenakan,” katanya.

Di JOHOR, sebanyak 44,270 buah rumah serta premis yang telah mendapat surat peringatan kerana didapati gagal mengasingkan sisa di punca bakal diperiksa sekali lagi apabila aktiviti penguatkuasaan bermula.

Pengarah SWCorp negeri, Asri Amat berkata sejumlah 130 anggotanya di 10 daerah akan terlibat dalam operasi penguatkuasaan, dan di Johor Baharu, penguatkuasaan akan bermula sekitar kawasan perumahan di Taman Amira, Perling dan Taman Bukit Indah esok.

Di PAHANG, Pengarah SWCorp negeri, Datuk Mohd Nor Afandi Abd Aziz berkata hasil semakan dan pemeriksaan yang dilakukan pihaknya di taman perumahan pada hari ini menunjukkan kesedaran pemilik rumah masih rendah untuk berbuat demikian.

Beliau berkata hanya 1,020 daripada 2,877 premis kediaman sahaja yang mematuhi Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di seluruh negeri setakat ini.

“Tetapi hari ini kita tidak keluarkan kompaun lagi yang mana kita cuma beri amaran terlebih dahulu. Namun selepas ini sekiranya masih lagi melihat penduduk belum melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca, kami tiada pilihan kecuali mengenakan kompaun,” katanya.

Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah SWCorp negeri, Zainal Fitri Ahmad berkata tiada kompaun dikeluarkan pada hari pertama pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di punca selepas memeriksa 2,250 buah premis di sembilan lokasi di negeri berkenaan.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, kami mendapati masyarakat dapat menerima pelaksanaan ini dengan baik walaupun ada segelintir yang masih tidak peka dengan pelaksanaan kompaun ini,” katanya.

Di MELAKA, Pengarah SWCorp negeri, Zulkifli Tamby Chik berkata pihaknya memeriksa sebanyak 677 premis di lima lokasi taman perumahan hari ini.

Beliau berkata operasi penguatkuasaan yang dijalankan bermula jam 9 pagi hingga 1.30 petang itu turut mengeluarkan tujuh notis pemberitahuan kesalahan. – BERNAMA/1/6/2016

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH