Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Khutbah Jumaat. Papar semua catatan

, ,

Jumaat, 12 April 2013

Tema Manifesto BN Jadi Bahan Khutbah Hari Ini




[MK] Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menggunakan tajuk khutbah Jumaat yang sama dengan tema manifesto BN yang dilancarkan Datuk Seri Najib Razak pada 6 April lalu, iaitu "Menepati Janji, Membawa Harapan".

Malah kandungan khutbah untuk masjid-masjid di Wilayah Persekutuan itu mempunyai nada hampir sama dengan retorik pilihan raya BN, termasuk penegasan mentaati pemerintah dan bersyukur atas "kebijaksanaan pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawab".

"Percayalah, ketaatan kepada pemerintah negara hari ini yang terbukti sentiasa mempertahankan agama Islam terutamanya dalam isu kalimah Allah dan berjaya membela nasib rakyat sangatlah dituntut," kandungan khutbah itu dipetik.

BN sebelum ini mengkritik keras pendirian Pakatan Rakyat yang lunak terhadap penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu di negeri ini.

Sementara itu, mimbar Jumaat juga turut memuji "kebijaksanaan pemerintah" yang menurutnya melaksanakan tanggungjawab berteraskan prinsip maqasid al-Syariah (tujuan-tujuan syariah).

"Lihat dan pertahankanlah apa yang telah dilaksanakan oleh pemerintah negara hari ini demi menjaga kesucian agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan juga harta. Semuanya berasaskan kepada kepentingan rakyat dan negara.

"Justeru sebagai rakyat yang bijaksana, kita hendaklah bersyukur di atas segala nikmat ini dan menghargai pihak pemerintah dan bandingkanlah keadaan kita dengan umat Islam di negara-negara jiran," menurut khutbah Jakim lagi.

Justeru, mimbar menyimpulkan, menjadi tanggungjawab semua pihak "mempertahankannya" dan tidak dipengaruhi emosi dalam membuat keputusan - gesaan yang dilihat merujuk kepada pengundian 5 Mei ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pada 14 Julai tahun lalu dilaporkan berkata, perjuangan kerajaan persekutuan berteraskan konsep Maqasid Al-Shariah, iaitu memelihara dan memperkasakan Islam, dalam masa yang sama memelihara jiwa serta menghormati hak asasi.

Sebagai menghormati hak asasi rakyat Malaysia, katanya lagi, kerajaan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang dipertikaikan pembangkang dan aktivis NGO sejak sekian lama.

Jakim sebelum ini beberapa kali mengeluarkan khutbah menyentuh isu-isu semasa, yang dilihat senada dengan pendirian BN, seperti dalam isu insiden menghina gambar Najib, isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan khutbah anti-BERSIH.




, , ,

Jumaat, 6 Januari 2012

[PANAS] Khutbah Jumaat FITNAH Perhimpunan 901


Saya petik:
[MK] Umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan hari ini diberi amaran supaya tidak melakukan "kesilapan besar" dengan menghadiri demonstrasi jalanan.

Menurut khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), mereka yang bersekongkol dengan penganjur demonstrasi jalanan melakukan kesalahan besar dan menzalimi umat Islam.

Amaran itu dikeluarkan menjelang perhimpunan yang dirancang oleh penyokong-penyokong ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Kuala Lumpur pada hari keputusan perbicaraan kes liwat membabitkan dirinya dan pembantu peribadinya diumumkan pada 9 Januari ini.

“Kita sedar hari ini sekali lagi pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan perpaduan umat Islam dan keamanan negara di antaranya melalui pembohongan fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun perpaduan samada melalui media massa dan alam siber, melanggari undang-undang negara.

“Mereka juga cuba meruntuhkan keamanan yang dikecapi selama ini dengan mengadakan pelbagai helah dan cara termasuklah mencetuskan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan.

“Mereka menghasut rakyat dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci kepada pemerintah dengan melaungkan slogan tertentu yang digambarkan sebagai gelombang rakyat yang membantah,
” petik khutbah yang dibacakan itu.

Menurut khutbah itu lagi, penganjur perhimpunan itu yang bertopengkan atas dasar menuntut keadilan dan ketulusan sebenarnya mahu mengheret rakyat ke jalanan supaya dapat dijadikan sebagai perisai.

“Tetapi hakikatnya mempunyai agenda tersendiri untuk menghuru-hara negara, melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi berada dalam keamanan.

“Mimbar ingin menegaskan kepada jemaah dan umat Islam sekalian bahawa sesiapa yang terlibat dan bersekongkol dengan golongan ini sebenarnya telah melakukan kesalahan yang besar dan menzalimi umat Islam serta keamanan negara,”
petik khutbah itu lagi.


P/s: MEMALUKAN!

Sebelum anda mempertikaikan perkataan "fitnah" itu, cuba baca betul-betul kandungan khutbah yang dipetik oleh MK di atas! Siapa yang bikin fitnah?



, , ,

Rabu, 25 Ogos 2010

Dr Asri & Ustaz Zaharuddin: Hukum Doa untuk Bukan Islam

Saya petik:

USTAZ ZAHARUDDIN:

[Zaharuddin.net] Ustaz, apakah hukumnya mendoakan orang bukan Islam dengan hidayah atau biar dia bersifat adil, sejahtera, sihat tubuh dan sebagainya. Bolehkah pula doa sebegitu dibuat ketika khutbah? Harap ustaz dapat mengulas secara ilmiah dan tidak terpengaruh dengan mana-mana parti politik. Selain itu, apakah pula hukum kita menjawab bersin seorang kafir dengan sebutan "blessed you". Terima kasih

JAWAPAN

InshaAllah, saya akan mengulas tanpa sebarang prejudis terhadap politik kepartian, walau saya sedar soalan saudara tadi telah disensasikan sebagai isu politik di tanahair.

Namun begitu, sebelum mengulas perlu dinyatakan, ulasan saya adalah hanya berkaitan hukum dan panduan umum tanpa merujuk kepada mana-mana kes dan isu di tanahair disebabkan saya tidak punyai sebarang info jelas berkenaannya.

Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada beberapa keadaan dan isi kandungan doa. Secara ringkasnya adalah seperti berikut :-

a. HUKUM HARAM

Para ulama bersepakat bahawa mendoakan orang bukan Islam dengan KEAMPUNAN ALLAH, MENDAPAT SYURGA, DIMUDAHKAN URUSAN AKHIRATNYA DAN APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN AKHIRAT adalah DIHARAMKAN.

Imam An-Nawawi menyebut :

وأما الصلاة على الكافر، والدعاء له بالمغفرة فحرام بنص القرآن والإجماع

Ertinya : Adapun mendoakan orang kafir (bukan Islam) untuk mendapat keampunan adalah HARAM dari teks Al-Quran dan ijma' ulama ( Al-Majmu')

RINGKASAN DALIL

Terdapat beberapa dalil asas antaranya :-

* Firman Allah :-

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَن يَسْتَغْفِرُواْ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُواْ أُوْلِي قُرْبَى مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

Ertinya : Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik (kafir & bukan Islam), walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu, adalah penghuni neraka Jahanam. (At-Taubat : 113)

* Hadis Nabi :

أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عرض الإسلام على عمه أبي طالب وهو يموت، فأبى ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْهُ . فَنَزَلَتْ : ( مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ ) وَنَزَلَتْ : ( إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ )

Ertinya : Nabi s.a.w mengajak bapa saudaranya Abu Talib kepada Islam, amun dia meninggal sebelum menyahutnya. Maka berkata nabi : "Aku berdoa keampuanan dari Allah untuknya apa-apa yang dia tidak berdoa (semasa hayatnya). Selapas doa nabi itu dibuat, turun ayat di atas dan turun juga ayat yang beerti " sesungguhnya engkau tidak mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau sukai"

Hadis di atas jelas menunjukkan larangan Allah kepada nabi dari berdoa KEAMPUNAN kepada bapa saudaranya yang TIDAK ISLAM. Imam Ib Hajar Al-Haithami Al-Syafie berkata

حرم الدعاء بأخروي لكافر، وكذا من شك في إسلامه، ولو من والديه

Ertina : haram berdoa berkenaan apa-apa urusan berkaitan akhirat untuk orang bukan Islam, demikian bagi mereka yang terdapat syak pada status Islamnya walau mereka itu ibubapanya ( Rujuk Tuhafatul Muhtaj )

b. HUKUM HARUS

Ulama juga sepakat mendoakan orang bukan Islam (kafir) agar mendapat HIDAYAH adalah HARUS DAN DIBENARKAN. Demikian juga lain-lain kebaikan bersifat dunia seperti umur panjang, kesihatan, lebih adil dan sebagainya, doa dalam hal kedunia itu HARUS selagi mana dia bukan merupakan seorang penentang utama Islam.

Imam Al-Bukhari sehingga memasukkan tajuk dalam kitabnya :

بَابُ الدُّعَاءِ لِلْمُشْرِكِينَ بِالْهُدَى لِيَتَأَلَّفَهُمْ

Ertinya : bab berdoa untuk orang kafir musyrik untuk mendapat hidayah agar dijinakkan hati mereka.

RINGKASAN DALIL

Terdapat beberapa dalil utama dalam hal ini, antaranya :-

* Hadis nabi : -

فَقَالَ : إِنَّ دَوْسًا قَدْ عَصَتْ وَأَبَتْ ، فَادْعُ اللَّهَ عَلَيْهِمْ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا وَأْتِ بِهِمْ

Ertinya : Seorang sahabat telah datang kepada Nabi lalu berkata : Sesungguhnya seorang dari Dausan (nama kelaurga) telah derhaka dan enggan (masuk Islam), tolonglah doakan kepada Allah untuknya. Lalu Nabi berdoa : "Ya Allah berikanlah hidayah buat lelaki dari ahli keluarga Dausan itu dan bawakanlah dia kepada kami (Riwayat Al-Bukhari, no 2779 & Muslim)

Doa yang hampir sama juga pernah Nabi lafazkan untuk Ibu Abu Hurairah, ertinya : "Ya Allah berikanlah hidayah untuk Ibu Abu Hurayrah" (dari Riwayat Muslim)

Al-Hafidz Ibn Hajar menyatakan doa nabi itu merupakan satu taqriri dayang jelas berkenaan keharusannya. Ada ketikanya nabi akan mendoakan kehancuran dan laknat buat orang bukan Islam khususnya di ketika kuatnya kejahatan mereka ke atas umat Islam, di kala tenang dan aman, nabi mendoakan pula hidayah buat beberapa dari kalangan mereka. (Fath Al-Bari, 10/604).

* Hadis nabi :-

كَانَ الْيَهُودُ يَتَعَاطَسُونَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُونَ أَنْ يَقُولَ لَهُمْ : يَرْحَمُكُمْ اللَّهُ ، فَيَقُولُ : يَهْدِيكُمُ اللَّهُ ، وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

Ertinya : orang Yahudi sengaja buat-buat bersin di hadapan Nabi serta berharap Nabi akan berkata sebagai balasan : Moga Allah merahmatimu kamu, Namun Nabi hanya menyebut : Semoga Allah memberi hidayah kepadamu dan memperelokkan pemikiranmu ( Riwayat At-Tirimizi& Abu Daud ; sohih menurut Albani)

Doa Nabi untuk mereka mendapat hidayah itu jelas membawa erti keharusan mendoakan hidayah buat mereka. Berdasarkan hadis itu, maka TIDAK HARUS untuk kita menyebut "bless you" kepada orang bukan Islam apabila dia bersin kerana 'bless you' tidak membawa makna yang sama dengan "Moga Allah memberi hidayah buatmu". Justeru, Jika keadaan sesuai (kerana rakan agak rapat & telah ada minat kepada Islam), ucapan selepas mendengar bersin seorang bukan Islam itu boleh ditukar kepada "May Allah guide you" atau apa-apa yang seerti dengannya. Namun jika situasi itu tidak sesuai, eloklah berdiam diri sahaja atau boleh disebut 'get well soon' atau apa-apa ucapan lain bersifat kebaikan dunia.

Syeikh Abu Tib menyatakan tidak boleh kita mendoakan rahmat atau blessing untuk bukan Islam kerana ia lafaz rahmat khas untuk sesama Muslim sahaja. ( ‘Aunu Al-Ma'bud, 13/257)

* Hadis nabi :

Nabi pernah berdoa :

اللهم اعز الإسلام بأحب العمرين

Ertinya : Ya Allah, tinggikanlah Islam melalui salah seorang dari dua Umar ( Umar Al-Khattab atau Amru Hisham iaitu Abu Jahal)

Para ulama juga menyimpulkan keharusan berdoa untuk bukan Islam yang baik dan TIDAK BERCIRI PENENTANG ISLAM agar mendapat bertambah adil, bertambah baik, dipanjangkan umur, tambah anaknya, sihat tubuhnya dan dari jenis manfaat dunia yang tidak melibatkan akhirat serta rahmat dan keampunan.

Sebagaimana nabi pernah meminta Allah melewatkan dan menangguhkan azab ke atas penduduk Taif yang menghalaunya kerana mereka jahil dan tidak mengetahui.

KESIMPULAN

Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada isi kandungan doanya, sama ada doa itu diucapkan di dalam khutbah atau di luar ia tetap sama dari sudut hukum. Ia bergantung kepada kandungan. Jika ia melibatkan doa berkaitan urusan dunia seperti tubuh sihat atau mendapat hidayah, DISEPAKATI ULAMA ATAS KEHARUSANNYA. Namun jika keampunan, rahmat dan urusan akhirat DISEPAKATI HARAM.

TIDAK DIBENARKAN JUGA berdoa untuknya dengan rahmat selepas mereka bersin, sebaliknya ubahlah ucapan menuju erti moga Allah memberi hidayah kepadanya.

Jangan dilupa juga, doa kebaikan untuk orang zalim yang pasti menurut neraca Al-Quran dan Al-hadis, sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam adalah ditegah. Dalam sebuah athar yang kukuh jalan riwayatannya, disebut :-

من دعا لظالم بالبقاء فقد أحب أن يعصى الله

Ertinya : sesiapa yang mendoakan untuk orang zalim, maka dia sessungguhnya menyukai untuk menderhakai Allah. (Al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)

Adapun dalam kes masjid Pulau Pinang, sebelum ingin dipastikan tegolong dalam kategori mana dari pembahagian hukum di atas, apa yang paling penting adalah memastikan sama ada ia benar-benar wujud doa atau tidak, dan jika wujud adakah ia merupakan tindakan individu khatib atau merupakan arahan pihak atasan atau arahan Ketua Menteri itu sendiri. Setelah itu, barulah disemak kandungannya. Jika ia menepati yang diharuskan, TIADA sebarang masalah di sisi Islam. Namun dalam hal ini, disebabkan ia telah bercampur dengan usaha meraih milage politik, hal ini perlu dinilai lebih teliti kerana kemasukan kepentingan politik menambah lagi keraguan kata-kata mereka yang berkata, dari kedua-dua pihak.

Sekian


Dr ASRI:

[MK]...Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan Muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan Muslim yang bermusuh dengan Islam.

Permainan politik

Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).

Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim.

Firman Allah: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" (Surah Hud: 113).

Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik.

Sebab itu 'Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama: "Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil" (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.

Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredaan sesuatu pihak semata-mata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan Muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau perincian...(penerangan Dr Asri ini panjang. Sila ke MK untuk membaca artikel penuh.)

, ,

Ahad, 22 Ogos 2010

Respons dan Wajah Khatib yang Doakan Lim Guan Eng

Saya petik:
[SH] TAIPING – Penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disebut dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang bukan perkara baru.

Perkara itu disahkan khatib, Zakaria Ahmad yang mengakui bukan pertama kali beliau membaca doa tersebut tetapi ianya dilakukan sejak dua tahun yang lalu.

Menurutnya, doa yang disebut hanya menjuruskan supaya Allah memberikan hidayah kepada Guan Eng agar memeluk Islam.

“Tiada sebarang motif dalam khutbah berkenaan. Ramai yang salah faham terhadap isu ini dan mempolitikkannya sehingga menjadi berita hangat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, isu berkenaan tidak patut dipolitikkan dan menyifatkan kontroversi yang timbul sebagai mainan politik semata-mata.

"Saya terbuka dan bersedia menjawab serta menjelaskan perkara sebenar di sebalik isu hangat itu. Bagi meredakan keadaan ini, penjelasan di atas diharap dapat menerangkan perkara sebenar mengenai apa yang berlaku,” katanya.

, , ,

PANAS Telinga UMCO: Tidak Salah Doakan Kesejahteraan Pemimpin Bukan Islam - Dr Asri

Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan isu membaca doa membabitkan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa khutbah sehingga boleh mencetuskan suasana tidak senang di kalangan rakyat.

Sambil menegaskan beliau tidak pasti bentuk doa yang telah dibacakan sebagaimana didakwa oleh Umno Pulau Pinang, bekas mufti Perlis kelahiran Pulau Pinang itu menganggap membacakan kesejahteraan Lim selaku Ketua Menteri atau seabgai ketua kerajaan negeri adalah perkara kecil.

“Jangan mempolitikkan isu ini, saya katakan perkara ini kepada Pakatan dan juga BN, jangan mempolitikkan,” kata beliau.

Asri menambah, parti-parti politik perlu ada semangat “negarawan” tanpa melihat sesuatu isu itu dalam skop yang terbatas atau kerangka politik semata-mata atau kepentingan kelompok tertentu.

“Saya tidak memihak kepada mana-mana pihak... kita (sebenarnya) ada banyak perkara besar untuk dilakukan bagi rakyat negara ini... isu ini (membaca doa kesejahteraan) bukanlah besar sangat pun,” kata beliau yang pulang ke tanah air dari Mekah kelmarin.

“Saya tidak tahu apakah doa yang dibacakan, kita kena melihat pada kandungan doa,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam sambil menjelaskan, doa jatuh dalam empat kategori.

Doa pertama menurut beliau, meminta  seseorang pemimpin diberikan petunjuk atau hidayah manakala yang kedua berharap agar seseorang pemimpin itu bersikap adil atau bersimpati dengan nasib rakyat.

“Doa ini boleh dibacakan ke atas pemimpin sama ada mereka itu Islam atau bukan Islam,” katanya.

PR melihat Umno menggunakan isu itu menyerang kepimpinan negeri diterajui Lim sejak Mac 2008. Isu khutbah dilihat siri terbaru serangan ke atas kerajaan negeri pimpinan PR.

“Dua doa yang lain ialah kita mendoakan kesejahteraan seseorang pemimpin itu walaupun dia berlaku tidak adil, seolah-olah kita bersetuju dengan kezaliman dia, dan satu lagi ialah berdoa memuji kepimpinan, seolah-olah doa penghias kepimpinan)... kedua-dua ini tidak boleh dilakukan,” katanya.

Asri juga membangkitkan persoalan mengapa isu doa dijadikan sebagai satu isu besar sekarang sedangkan ada parti-parti politik yang pernah berdoa agar membawa kemenangan seseorang calon bukan Islam yang diletakkan dalam pilihan raya.

Katanya, jika doa kemenangan dibolehkan ke atas calon bukan Islam, mengapa doa kesejahteraan pemimpin bukan Islam tidak boleh demi menunjukkan hidayah atau petunjuk dan agar berlaku adil kepada rakyat.

“Saya tidak mahu menyebut parti mana yang berbuat demikian, tetapi jangan mempolitikkan isu doa sekarang... pernah ada parti yang membacakan doa agar membawa kemenangan kepada calon mereka yang bukan Islam, mengapa dulu boleh tetapi sekarang tidak boleh, jadi ada doa yang boleh dan ada doa yang tidak boleh... doa untuk kebaikan kita boleh lakukan,” katanya.

Asri juga menasihatkan agar isu khutbah dan doa dilihat dari sudut agama yang akan memberikan penyelesaian adil dan berfakta, bukannya menerusi platform politik yang lebih bersifat emosional.

Ketika ditanya mengenai penggunaan nama Ketua Menteri untuk digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Asri berkata, beliau tidak pasti soal tersebut baru pulang dari luar negara.

“Aspek ini saya belum ada maklumat sebab saya baru pulang dari luar negara,” kata beliau.

Setakat semalam polis sudah pun menerima tiga laporan berhubung dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Laporan Utusan Malaysia semalam memetik Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak yang mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.

Khamis lepas, Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Ketua Menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh  dan Jelutong.

Beliau berkata tindakan menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan perkara tersebut berdasarkan siasatan awal.

“Biar siasatan dijalankan untuk menentukan khatib atau imam masjid mana yang terlibat dan kalau benar tindakan tegas akan diambil,” kata Timbalan Ketua Menteri I Dr Mansor Othman dan Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Kassim dalam satu kenyataan bersama semalam.

“Hanya khatib atau imam yang tak siuman berani menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim Guan Eng. Sekiranya dakwaan ini benar, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas,” kata pemimpin itu.

Dalam kenyataan itu juga, Abdul Malik dan Mansor menambah, dakwaan yang lebih merupakan fitnah terhadap kerajaan negeri adalah sangat serius kerana boleh mencetuskan kemarahan, kebencian dan ketegangan kaum dan agama dan membawa insiden yang tidak diingini.

“Lim Guan Eng, yang tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Islam, pun dianiayai,” kata mereka.

Umno Pulau Pinang mempertahankan pendirian mereka dengan menafikan dakwaan bahawa parti itu sengaja mencipta isu kononnya nama Ketua Menteri digunakan dalam khutbah untuk menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

Ketika menjelaskan kepada The Malaysian Insider, Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman mendakwa perkara itu benar-benar berlaku di beberapa masjid, sejak awal tahun ini.

Beliau menamakan enam masjid yang menurut parti itu telah menggunakan nama sama ada “Ketua Menteri ataupun Lim Guan Eng” dalam khutbah, yang dikesan sejak Februari lalu.

, ,

Inilah Ayat Doa yang Menjadi Kontroversi yang Dimainkan oleh UMCO di Pulau Pinang

Ayat doa yang menjadi kontroversi:


Malas hendak komen. Saya sudah menulis panjang sebelum ini.

, ,

Sabtu, 21 Ogos 2010

BN Adakan MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT untuk P Kamalanathan. UMCO Tolong Komen!


BN bukan mendoakan P Kamalanathan mendapat hidayah lalu menukarkan namanya menjadi "Kamal" tetapi membuat solat hajat dan bacaan Yassin agar dia memenangi PRK Hulu Selangor. Ingat? Bukti, sila lihat gambar di atas. Apa komen UMCO & Co. Saya petik:
[PD] Parti UMNO dilihat semakin "bengong" dan "merapu" sekarang ini. Apa tidaknya, pemimpin mereka sudah mula meracau tak tentu pasal. Tambah-tambah si Zahid Hamidi (foto), bekas Menteri Agama UMNO dulu. Bercakap seolah-olah orang yang pandai agama dan menjaga kesucian agama. Walhal, habuk pun tak ada!. Isu bacaan doa khutbah Jumaat di Pulau Pinang dicanang-canangkan. Kononnya Kerajaan Negeri pimpinan DAP itu menukarkan nama Agong kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa tersebut. Walhal, perkara itu bukannya dibuktikan pun, malah satu laporan polis tidak kedengaran. Tiba-tiba si Zahid cuba menjadi pembela agama dengan menuduh ia berlaku di beberapa buah masjid di negeri itu. Namun, anehnya tidak dinyatakan masjid yang mana satu untuk siasatan lanjut. Hanya main "serkap jarang" dan kemudiannya mengehbohkan kepada media arus perdana untuk tujuan "publisiti murahan". Maka, "media UMNO Utusan Malaysia" pun berbanggalah menyiarkan laman hadapan berita "Nama Guan Eng Ganti Agong" tanpa mahu buat usul periksa apakah kebenaran terhadap cerita itu. Semua ini adalah satu "kerja jahat" untuk memalukan dan menghapuskan sokongan rakyat terutamanya orang Melayu terhadap DAP khas dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang amnya. Namun, mujurlah semua itu hanyalah "khayalan Zahid" semata-mata, sedangkan hakikatnya perkara itu memang tidak berlaku dan tidak masuk dek akal untuk berlaku. Inilah dia hasil didikan "Islam Hadhari" yang dipelopori oleh Zahid Hamidi ketika Menjadi Menteri Agama dulu agaknya. Beliau sanggup berbohong pada bulan Ramadhan, untuk menunjukkan kononnya UMNO prihatin dengan dengan kesucian Islam itu sendiri.

Yassin Dan Solat Hajat Untuk Bukan Islam Boleh?

Walhal, umum mengetahui bahawa puak-puak UMNO ini sebenarnya "syok sendiri" dalam isu-isu agama seperti itu. Mereka hanya menjadi isu agama untuk kepentingan politik semata-mata. Orang lain buat semuanya tidak kena bagi mereka, tetapi kalau UMNO yang buat semuanya "dihalalkan" begitu sahaja oleh mereka. Masih kita ingat tatkala musim kempen pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini. UMNO dengan bangganya menggantung kain rentang di seluruh Hulu Selangor bagi memaklumkan kepada rakyat bagi mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk calon BN iaitu P.Kamalanathan (foto). Bukankah calon BN itu bukan beragama Islam dan terang-terangan dari parti MIC?. Kenapa Zahid Hamidi tidak bising dan menghalalkan pula ianya terjadi di depan mata?. Kenapa tidak mengeluarkan kenyataan media bahawa tindakan melakukan bacaan yassin dan solat hajat terhadap orang kafir adalah salah dan menjatuhkan maruah serta kesucian agama Islam itu sendiri. Kenapa dalam kes Lim Guan Eng yang tidak dapat dibuktikan itu, beliau cuba untuk menjadi pembela agama?. Bukankah ini jelas menunjukkan UMNO menghalalkan apa yang tidak boleh dalam Islam sebaliknya jika dilakukan oleh Parti Pembangkang maka mereka mengharamkannya pula. Apa nak jadi dengan UMNO agaknya?...lanjut di Pahang Daily

, , ,

[Kemas Kini] Nama Lim Guan Eng Bukan "Najis Mughallazah" 2

Dalam The Star, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri, Abdul Malik Kassim menafikan imam menukarkan nama Agong kepada KM Lim Guan Eng semasa membaca doa dalam khutbah kedua Solat Jumaat. Katanya lagi, dakwaan sedemikian berpunca daripada sesetengah AJK masjid yang mahu mensabotaj program agama kerajaan negeri. Anda boleh baca laporan The Star tentang hal ini di sini.

Dalam kiriman "Nama LGE Bukan Najis Mughallazah" ada dipautkan penafian LGE tentang hal ini. Penafian ini membuktikan tiada wujud arahan daripada kerajaan negeri agar nama KM PP itu dimasukkan dalam doa khutbah Solat Jumaat.

Sebaliknya, 2 orang kariah, iaitu Hamir dan Abu Kassim, kedua-duanya dari dua masjid yang berbeza mendakwa khatib jemputan dari Perak, iaitu Zakaria ada menyebut nama LGE dalam doa khutbah kedua. Hal ini ada disiarkan dalam UM seperti yang berikut:
''Rakan-rakan kariah masjid ada menjemput dia (Zakaria) untuk memberi khutbah dan kita tiada halangan.

"Kalau ditanya mengenai isu ini, kita memang akui nama ketua menteri memang ada disebut dalam doa khutbah.

''Nama Yang di-Pertuan Agong tidak disebut langsung tetapi ingin saya tegaskan bahawa pihak kariah sendiri tidak membuat apa-apa arahan atau permintaan supaya nama ketua menteri disebut dalam doa khutbah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Hamir menambah, jawatakuasa kariah mempertahankan penggunaan nama Guan Eng dalam doa khutbah kerana mendakwa ia bertujuan memohon kepada Allah supaya Setiausaha Agung DAP itu diberi petunjuk dan hidayah untuk memeluk Islam.

Ditanya kenapa nama Guan Eng disebut dalam doa berkenaan tetapi tidak nama Yang di-Pertuan Agong, Hamir menjelaskan, beliau sendiri tidak pasti kerana dalam teks doa tertera nama Tuanku Mizan.

"Mungkin dia (Zakaria) terlupa sebab dia pun dari Perak bukan dari sini," ujarnya..

Hamir juga mengakui kejadian itu menyebabkan pihaknya dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Seberang Perai Utara (SPU) untuk memberi penjelasan.

Sementara itu, Abu Kassim yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelutong memberitahu, perkara sama turut berlaku di masjid di kawasannya kira-kira dua hingga tiga bulan lalu.

Menurutnya, khatib ketika itu hanya menyebut nama Guan Eng dalam doanya dan bukan Tuanku Mizan atau Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.
Oklah, katakanlah dakwaan dua kariah itu benar. Khatib tersebut menyebut nama LGE dalam doa khutbah kedua Solat Jumaat seperti yang diberitakan, memohon agar LGE diberikan hidayah untuk menerima Islam. Sila baca semula kata-kata salah seorang kariah yang disiarkan dalam UM di atas. AJK masjid mendakwa doa itu untuk memohon agar LGE menerima hidayah Allah SWT. Dalam hal ini, adakah UMCO tidak mahu orang bukan Islam diberikan hidayah untuk menerima Islam? Si khatib bukan mendoakan agar Allah mengampunkan dosa LGE!

Dalam hal ini, Harakah Daily  ada melaporkan bahawa Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Rosidi Husein menegaskan bahawa tidak menjadi kesalahan sekiranya nama Ketua Menteri dibaca dalam khutbah supaya beliau diberikan taufik dan hidayah oleh Allah SWT memandangkan beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti Islam. Laporan penuh boleh anda baca di sini.

Seperkara lagi, si kariah masjid tadi turut menegaskan bahawa tiada arahan yang diberikan oleh mereka untuk memasukkan nama KM PP dalam doa khutbah kedua Solat Jumaat. Jadi maknanya, dalam hal ini tidak wujud arahan daripada kerajaan negeri atau AJK masjid yang terlibat. Oleh itu, saya beranggapan mungkin kerana begitu kagum akan kewibawaan LGE, si khatib tadi terlupa menyebut nama Agong dalam doanya. Adakah ini suatu kesalahan yang begitu besar sedangkan pihak masjid seluruh negara jarang-jarang gagal mendoakan kesejahteraan sultan dan raja di negara ini sejak hal ini mula diwartakan?  Yang paling penting, bukan setakat dalam doa khutbah kedua Solat Jumaat kita mendoakan kesejahteraan seseorang, malah kita digalakkan mendoakan kesejahteraan seseorang setiap masa.

Sementara itu dalam Mstar, Penasihat Agama kepada PM, Datuk Seri Dr. Abdullah Md Zin mengatakan:
"...khutbah Jumaat adalah satu ibadat yang diwajibkan kepada setiap umat Islam dan ia tidak boleh disamakan dengan sesuatu majlis yang dimana aturcaranya boleh diubahsuai sesuka hati dan tidak berlandaskan hukum.

"Justeru, tidak wajarlah di dalam doa khutbah kedua solat Jumaat dimasukkan doa untuk mereka yang bukan Islam kerana ia tidak pernah dilakukan walaupun di zaman Nabi."
Apabila menyebut hukum, timbul persoalan: batalkah sembahyang Jumaat itu jika menyebut nama KM PP dengan tujuan memohon Allah memberikan hidayah keadaannya? Dia juga menyatakan bahawa tiada perkara seumpama itu berlaku walaupun pada zaman Nabi. Betulkah begitu? Inilah salah satu tingkah laku menyebabkan orang bukan Islam menjauhkan diri daripada agama yang bersifat universal. Semuanya gara-gara politik murahan!

Sebenarnya, isu ini bukanlah isu besar. Namun kerana UMCO tiada isu yang hendak "dimainkan" di akhbar dan di televisyen, maka isu remeh ini dilaungkan berhari-hari dengan harapan orang Melayu yang jahil akan bangkit membantah dan menghukum DAP, PKR, PAS dalam pilihan raya umum akan datang. Bagi yang cepat sangat hendak mencemuh DAP, PKR, dan PAS dalam isu berkaitan dengan institusi raja di negara ini, sila selak sejarah dengan mengelik gambar "Siapa Derhaka kepada Raja" di kolum blog ini. Dalam isu agama, isu "judi bola sepak" dan "hukum hudud" sudah memadai untuk anda menilai sikap sebenar UMCO terhadap agama!


Kemas Kini:
Sudah jelas?
* Hanya Salah Faham - Imam

TASEK GELUGOR 20 Ogos - Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini. 

Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.

Beliau menjelaskan, khatib berkenaan bukannya mendoakan kesejahteraan Guan Eng dunia dan akhirat kerana perkara itu adalah salah.

Ibrahim juga mengakui nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.

''Isu penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat berpunca daripada salah faham di kalangan jemaah sendiri.

''Ramai di kalangan mereka tidak faham mengenai doa yang dibacakan oleh khatib jemputan pada hari berkenaan.

"Ada jemaah yang tak faham bahasa Arab, salah faham tentang maksud doa yang dibacakan itu,' katanya ketika ditemui di masjid tersebut di sini hari ini.

Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang semalam membantah penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong di beberapa masjid, baru-baru ini.

Menurut Ibrahim, pada setiap bulan pihak masjid akan menjemput khatib luar untuk membacakan khutbah di situ.

Katanya, adalah perlu bagi khatib dan jemaah mendoakan pemimpin negara dalam setiap doa yang dibaca mereka.

"Saya amat kesal dengan apa yang berlaku dan kami akan buat siasatan siapa yang menyebarkan berita tak betul ini," ujarnya.

, , ,

Jumaat, 20 Ogos 2010

[Kemas Kini] Nama Lim Guan Eng Bukan "Najis Mughallazah"

Nama pun UMCO, memang itulah kerjanya, mengadu domba. Hari itu kecoh fasal peniaga Melayu dikatakan tidak dibenarkan berniaga di Bazar Ramadan. Siasat...siasat, akhirnya didapati KMA tidak membayar sewa peniaga kepada PDC. Kes tibai duit-provokasi untuk bodek bos (UMCO).

Hari ini akhbar UM melaporkan "Nama Guan Eng Ganti Agong":
Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang membantah penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng (LGE) dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid, baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid sekitar sini, Permatang Pauh dan Jelutong.

Perkembangan itu, tegasnya, amat mengejutkan kerana seolah-olah ada usaha pihak tertentu untuk mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri ini.

“Lazimnya dalam doa kedua khutbah solat Jumaat, ada dibacakan doa untuk ketua negeri atau ketua agama Islam dan umum mengetahui di Pulau Pinang kita merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam.

“Penggunaan nama ketua menteri jelas mengingkari kuasa Yang di-Pertuan Agong seolah-olah ketua menteri pula menjadi ketua agama Islam,”
Pertama-tamanya, betulkah dakwaan ini? Atau dakwaan ini sama sahaja dengan sifatnya dengan dakwaan KMA tentang Bazar Ramadan di Komtar. Dakwaan ini telah dinafikan oleh LGE. Anda boleh baca di sini. Memang lazimnya doa dibaca untuk ketua negeri atau ketua agama Islam. Tidak logik jika nama LGE disebut sedangkan nama yang sepatutnya didahulukan tidak dinyatakan. Jika nama salah satu ketua itu sudah disebut, tidak salah juga mahu mendoakan semoga Ketua Menteri PP memperoleh hidayah. Salahkah orang Islam mendoakan beliau mendapat hidayah dan mengharapkan beliau mentadbirkan negeri dengan baik. Lagipun namanya bukan najis mughallazah sehingga haram "membawa" namanya di dalam masjid!

Satu lagi isu adalah tentang LGE menghadiri majlis pengagihan zakat. Apa masalahnya KM PP itu menghadiri majlis tersebut atas kapasitinya sebagai KM? Kata Zahid: "Kalau pun kerajaan negeri mahu menggambarkan beliau (Guan Eng) sebagai pemimpin yang fleksibel tetapi kita percaya ada agenda tersembunyi untuk menggunakan Islam bagi meraih kepentingan politik,” Dia PERCAYA ada agenda tersembunyi. Itu sahaja. Sebagai KM apa salahnya beliau menghadiri majlis tersebut sebagai KM dan menjalankan tugasnya demi kepentingan semua bangsa dan agama di negeri yang ditadbirkannya.

Cukuplah, tidak perlu ulas panjang-panjang kerana orang tahu isu ini sengaja dimainkan untuk meraih perhatian orang Melayu, tambah-tambahnya mereka yang agak jahil.

Tuntasnya, mereka menyempitkan Islam sampai begitu sekali kerana kepentingan undi dan politik. Islam digambarkan hanya untuk Melayu dan orang Islam sahaja. Orang sebeginilah yang menyebabkan sindrom Islamophobia semakin menular bukan sahaja di Barat malah mula menular di sini. Sikap begini menyebabkan orang bukan Islam tawar hati untuk mendekati agama yang suci ini. Walhal dakwah dan jalan memperkenalkan Islam bukan melalui ceramah semata-mata.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH