Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

▼

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Memaparkan catatan dengan label Pemuda UMNO. Papar semua catatan

, ,

Selasa, 4 Ogos 2015

[Video] Perwakilan Cakap Mengenai Najib, Pemuda Umno Kuala Kedah Beri Penjelasan



PETALING JAYA: Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Kedah, Dr Heazar Ismail berkata, reaksi seorang perwakilan mereka yang berucap menyentuh isu semasa termasuk yang melibatkan perdana menteri dan presiden parti adalah merupakan suara hati di peringkat akar umbi yang tidak wajar disekat atau dihalang. 

Katanya, itu adalah suara akar umbi dan persidangan perwakilan tahunan adalah pentas di mana suara akar umbi didengari dan diberi ruang untuk berucap dan menyentuh isu-isu semasa yang mereka rasa dekat di hati mereka. 

Tambahnya lagi, jika ada perwakilan yang bangun berucap dan menyentuh apa yang dirasakannya perlu termasuk dalam isu yang melibatkan presiden dan pucuk pimpinan parti maka ia adalah hak para perwakilan dan pucuk pimpinan wajar mendengarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi mStar Online berhubung reaksi perwakilan pemuda Umno bahagian berkenaan yang telah berucap meminta penjelasan daripada presiden parti itu berhubung pelbagai isu yang melanda negara. 

Ucapannya itu telah divideokan dan kini menjadi viral di laman sosial.

Video berdurasi lebih dua minit itu dimuat naik sejak Ahad dan banyak dikongsikan di Laman Facebook.

Dalam video berkenaan, perwakilan pemuda Umno itu pada mulanya menyebut mengenai jenaka 'jika pilihan raya diadakan esok' dengan mengaitkan para pemuda parti yang perlu dipertanggungjawabkan memasang poster presiden.

"Katakanlah pilihan raya esok...geng-geng (merujuk kepada perwakilan) ni semua nak pasang poster, sanggupkah depa (mereka) nak pegang poster Datuk Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) nanti, saya rasa tak dak...saya pun tak sanggup...malu," katanya.

Jelas perwakilan itu, masalah Umno bukan perkara baru tetapi bermula sejak 2008 apabila parti itu mula kalah di beberapa negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) dan mencatatkan penurunan jumlah majoriti dalam Parlimen.

Ia berlanjutan sehingga PRU-13, walaupun beberapa negeri yang jatuh kepada pembangkang berjaya ditawan semula.

Menurutnya, masalah yang menyelubungi parti itu semakin bertambah termasuk yang terbaharu isu 1MDB dan rombakan Kabinet.

Persidangan perwakilan itu dirasmikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ghazali Ibrahim. -Mstar/3/8/15

Selasa, 14 Ogos 2012

Anak Yatim Berbuka dengan Bubur Sahaja di Majlis Pemuda UMNO?


Anak yatim berbuka puasa dengan bubur sahaja? Pemimpin Pemuda UMNO berbuka dengan hidangan yang mewah dan menyelerakan?

Cerita berkaitan dengan majlis ini boleh dibaca di laman ini.

Gambar-gambar lain:

Meja Anak Yatim (Sebelum berbuka)

Meja untuk VIP (sebelum berbuka)

Meja Anak Yatim (Nak berbuka)

Meja VIP sewaktu berbuka.
Kredit tertera pada gambar.

P/s: Persoalannya, adakah benar anak yatim hanya dihidangkan bubur dan air mineral? Jika tidak benar, media UMNO perlu menyiarkan gambar anak-anak yatim ini diberi hidangan yang sama seperti dijamah oleh pemimpin UMNO yang lain. Jika benar dakwaan gambar, tidak tahulah nak kata apa!!!



,

Isnin, 19 Disember 2011

[Video-Lawak] Mamat Sebelah Awek Seksi UGUT Mahu Tampar & Ludah Mahasiswa


 Mukadimah tiada, salam pun tiada. Mamat yang ada kaitan dengan Perkasa dan UMCO mengeluarkan kata-kata kasar, tidak ubah seperti orang yang hilang akal dalam sebuah klip video gara-gara bengang dengan tindakan seorang mahasiswa UPSI yang menurunkan bendera Najib di PWTC. Biar apa-apapun yang dilakukan oleh kumpulan mahasiswa itu, beginikah cara pemimpin muda UMCO berhadapan dengan sesuatu situasi? Tiada langsung diplomasi dan budi bahasa ketika mengutarakan kata-kata.

Mamat ini mengaku panglima perang, panglima Melayu. Kalau betul berani dan hebat, pergilah ke Palestine berjuang kerana Allah, mudah-mudahan syahid. Dia menuduh mahasiswa sebagai macai dan kuda DSAI, apa kepentingan yang dapat diperoleh Anwar dan pembangkang dalam isu ini? Hal yang dibantah berkaitan dengan AUKU yang menyekat kebebasan mahasiswa dalam hal tertentu.

Yang paling lawak, dia meludah diri sendiri. Bingai!

Berkaitan:
'Bendera Najib': Siswa enggan mohon maaf


P/s: Salut kepada anak muda yang berani, tetapi bukan berani semborono!

, , ,

Selasa, 18 Oktober 2011

[Video- Wajib Tonton] Ahli Perniagaan Dakwa Pemuda UMCO UGUT, ANCAM, BELASAH kerana Enggan Bayar WANG PERLINDUNGAN!!!!!

Gengster UMCO?

Saya petik:

[FMT] KUALA LUMPUR: Tiga ahli perniagaan mendakwa pekerja mereka diugut, diancam dan dipukul oleh sekumpulan ahli Pemuda Umno kerana enggan membayar wang perlindungan kepada kumpulan pemuda berkenaan.

Ahli perniagaan berkenaan mendakwa membeli sebuah unit bangunan di tingkat bawah sebuah hotel di Jalan Haji Hussein, Chow Kit di sini, Jun lalu.

Mereka mendakwa pekerjanya mula diganggu kumpulan lelaki terbabit Jumaat lalu.

Selain pekerjanya yang cedera didakwa dipukul, cermin lori milik ahli perniagaan itu juga dipecahkan.

Wartawan serta ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang dibawa ke tempat kejadian secara tiba-tiba didatangi seorang Pemuda Umno yang menafikan tindakan itu sambil menyifatkan ia tuduhan palsu.

Pemuda itu yang dikenali sebagai Zulkeflie Mat mengaku beliau adalah ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa dan juga wakil Hal Ehwal Penjaja di Chow Kit.

Nafi bawa konco

Turut kelihatan seorang lelaki yang memakai baju merah dikenali sebagai Jaamat Jantan yang merupakan Ketua Umno cawangan Masjid Pakistan dan juga penjaga kawasan.

Zulkeflie menafikan bahawa beliau membawa konco-konco untuk membuat kacau serta meminta wang perlindungan seperti yang didakwa ahli perniagaan tersebut.

“Saya berjumpa dengan salah seorang rakan kongsi peniaga terbabit. Saya bertindak kerana menerima aduan daripada penjaja lain. Mereka buat ubahsuai adakah mengikut saluran yang betul? Mereka boleh tuduh..tapi saya tegaskan saya menjaga hal-ehwal penjaja-penjaja kecil yang berniaga di tepi-tepi jalan ini,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam sidang media sebelum itu, salah seorang rakan kongsi yang dikenali sebagai Lee Kok Leong, 43, mendapat tahu bahawa seorang pekerjanya warga Bangladesh dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Tidak cukup dipukul, para pekerja mereka diugut agar pihak majikan mereka segera menghentikan kerja pengubahsuaian di bangunan itu.

Menurut Lee, beliau didatangi oleh dua lelaki, iaitu Zulkeflie dan seorang lelaki hanya dikenali sebagai AD.


Minta bayaran RM800

“Mereka datang bertemu kami dengan wajah yang garang dan meminta bayaran sebanyak RM800,” katanya.

Katanya ekoran tindakan kumpulan itu tiga laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat lalu dan semalam.

Seorang lagi rakan kongsi Cheng Chin Heng, 36, kesal dengan polis yang enggan menyiasat walaupun laporan polis sudah dibuat.
“Sehingga sekarang saya mendapati penama dikenali sebagai AD dan Zulkeflie masih berada di kawasan kedai kami. Meraka melarang saya dan pekerja balik ke sana jika tidak kami akan dipukul. Mereka juga membawa masuk barang-barang mereka seolah-olah ia tempat mereka.

“Ekoran saya enggan membayar wang perlindungan kepada dua penama itu, dan saya diberitahu mereka dari Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa, mereka kata tempat itu dijaga oleh Umno,” katanya yang turut ditemani peguam.

Menurut Cheng satu laporan polis akan dibuat hari ini kerana semua peralatan untuk pengubahsuaian turut hilang. Seorang lagi rakan kongsi mereka adalah wanita tetapi namanya enggan didedahkan.










, ,

Khamis, 4 Ogos 2011

Khairy & Ahli PATRIOT, Sila Bantu "Rakan" Anda!

Kredit: Ini yang aku rasa...
Mungkin tertinggal bas selepas cuba menghalang BERSIH 2.0? 



,

Isnin, 11 Julai 2011

[Video] Perarakan "10 Ribu" PATRIOT, Najib Hantar!

Video:



P/s: Najib berkata: “Jangan ragui kekuatan kami. Umno ada tiga juta ahli. Jika kami dapat himpunkan sejuta ahli, ia lebih daripada cukup, kami boleh menawan Kuala Lumpur. Jika kami hendak mencetuskan huru-hara, kami boleh. Tetapi kami mahu mempertahankan undang-undang Malaysia, kami mahukan keamanan.”

“Jangan (menyebabkan) kami memulakan demonstrasi jalanan. Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili (kami).” 

Kah kah kah, yang turun tidak sampai 300, termasuk "mat bangla"
 
Cuba kira berapa Pemuda UMCO yang asli?



, ,

Ahad, 10 Julai 2011

Peserta PATRIOT: Mat Bangla atau Sepupu Sepapat KJ, Reezal, dan Azeez?

Kredit: TT

P/s: DCM bukan mahu memperlekeh mat bangla. Cuma tidak mahu mereka dimanipulasi untuk kepentingan politik dan kelangsungan UMCO.

, , ,

Najib: “Jangan ragui kekuatan kami. Umno ada TIGA JUTA ahli..." Yang Turun Hanya....


“Jangan ragui kekuatan kami. Umno ada tiga juta ahli. Jika kami dapat himpunkan sejuta ahli, ia lebih daripada cukup, kami boleh menawan Kuala Lumpur. Jika kami hendak mencetuskan huru-hara, kami boleh. Tetapi kami mahu mempertahankan undang-undang Malaysia, kami mahukan keamanan,” kata Najib di hadapan 6,000 ahli Umno, badan bukan kerajaan dan pertubuhan silat, sebagai reaksi kepada perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai.

 Yang menariknya, Najib berkata: “Jangan (menyebabkan) kami memulakan demonstrasi jalanan. Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili (kami).” Lanjut baca di sini.

Saya ingat Presiden UMCO ini sedikit insaf dengan sambutan luar biasa protes rakyat semalam, rupa-rupanya dalam gerun dan takut, dia terpaksa menunjuk angkuh di depan ahli UMCO dan ahli persatuan silat.

Selain ahli PERKASA, kita tidak nampak pun ahli silat yang dikepalai Omardin. Batang hidung Omardin pun tidak nampak semalam. Dalam ucapannya tempoh hari (sambutan Persatuan Seni Silat Lincah), Omardin mahu melancarkan perang terhadap BERSIH 2.0 dan menjadi benteng kepada kerajaan!

Realitinya, hanya sekitar 200-300 ahli UMCO yang turun. Itupun banyak orang yang meraguinya. Ada yang mendakwa, ada kalangan peserta PATRIOT semalam bukan ahli UMCO. Ada juga yang mendakwa pesertanya diupah. Lebih menarik, ada orang yang mendakwa peserta PATRIOT bertempiaran lari apabila hujan mula turut di lokasi mereka berkumpul.




Baju percuma?


,

Sabtu, 9 Julai 2011

"10 Ribu" PATRIOT "Gegar" KL!!!








 P/s: Malaysia Kini dan portal berita lain menganggarkan peserta PATRIOT hanya sekitar 300 orang. Apabila mereka baca MK dakwa hanya 300 peserta yang hadir, jurublog pencacai dan media perdana melenting. Tidak mengapalah, saya naikkan jumlahnya 10 ribu. Moga-moga mereka dapat tidur lena apabila melihat angka 10 ribu!!! Seperkara lagi, banyak jurublog persoal, mengapa banyak sangat muka macam diimport dari India atau Bangladesh?

Cuba tengok:

Pemuda UMCO?







Khamis, 30 Jun 2011

Ketua Penerangan Pemuda UMCO Buat Lawak!!!


Saya mula-mula baca "lawak" ini di Warta Maya. Berita yang dipetik daripada Merdeka Review ini sebenarnya memerihalkan Lokman Adam yang membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution. Dia menegaskan mahu menyaman Saifuddin Nasution kerana menuduhnya mahu membakar ibu pejabat PKR dan mencederakan Anwar Ibrahim serta Ambiga Sreenevasan pada malam 27 Jun 2011. Kesemua tuduhan itu dinafikan oleh Lokman Adam. Justeru, dia akan menuntut pampasan sebanyak RM500 ribu dan 99 sen.  

"500 ribu dan 99 sen, 500 ribu kerana menyusahkan saya dan 99 sen sebagai nilai diri Saifuddin sebagai pembohong besar," kata Lokman Adam.
Yang lawaknya, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Reezal Merican Naina Merican yang turut menemani Lokman tidak berpuas hati dengan gelaran "mamak" yang dijerit oleh AMK di situ, dan beliau menuduh AMK "keterlaluan".  

Mengapa mahu berang? Dia sepatutnya bangga! Yang patut berasa berang ialah Melayu UMCO kerana berketuakan dia dan pernah berpresidenkan Che Det.


, , ,

Selasa, 28 Jun 2011

Ugut Pemuda UMCO Ancam Bakar Ibu Pejabat PKR, Siapa yang Mengancam Keselamatan dan Menimbulkan Huru Hara?


Saya petik:
[MK] Sekumpulan Pemuda Umno malam tadi berkumpul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan mengugut membakar bangunan seteru politik mereka itu.

Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Macam mana saya tahu mereka ahli Umno? Pertama, mereka bawa bendera Umno dan mereka memakai baju T mejah yang tertulis Patriot,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

“Saya juga nampak mereka (exco Pemuda Umno Lukman Adam dan bekas Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah) mengetuai kumpulan itu,” katanya.Katanya, beberapa ahli PKR juga sempat merakamkan ucapan berap-api Lukman yang berbaur hasutan.

"Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya,” kata Saifuddin.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip yang juga berada di lokasi ketika kejadian itu berkata Lukman secara terangan mengugut untuk membakar ibu pejabat PKR jika parti itu terus menyertai perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Dia juga mengugut (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan (Pengerusi Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 Datuk) S Ambiga tentang perhimpunan itu," katanya sambil menambah kira-kira 50 ahli AMK memantau kejadian malam semalam itu.

Katanya, berdasarkan maklumat tang diperolehi dari blog pro-Umno, kumpulan Pemuda Umno itu berkumpul di dua lokasi. Pertama di sebuah stesen minyak di Shah Alam dan kedua di tol Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan sebelum menunju ke ibu pejabat PKR.

Rozan membuat laporan polis pada kira-kira jam 11.40 malam selepas kumpulan berkenaan bersurai.

Katanya, beliau juga menyaksikan kira-kira 20 anggota polis yang lengkap bersenjata dalam keadaan bersiap sedia tetapi mereka tidak melakukan sebarang tangkapan.

"Sebab itu kita juga tertanya-tanya,” katanya sambil meminta polis menyiasat kes itu.

Sementara itu, usaha Malaysiakini bagi menghubungi Lukman dan Arman masih belum berjaya.

P/s: Penguatkuasaan undang-undang terpilih.

,

Khamis, 25 Mac 2010

Jika Kenyataan ini Dibuat oleh Ketua Pemuda Pas


Andailah kenyataan ketua pemuda yang disiarkan ini milik Ketua Pemuda PAS:

KJ: Pemuda Umno tidak lagi hunus keris

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, beliau berubah daripada seorang yang dilihat 'radikal' kepada 'liberal' disebabkan oleh tuntutan zaman dan kedudukannya sebagai ketua Pemuda BN.

“(Saya berubah) sebab sekarang saya ketua. Dulu saya ada kebebasan sedikit, jadi saya main ikut rentak rakan yang ada. Datuk Seri Hishammuddin (Hussein) sebagai menteri lebih kepada pandangan nasionalis, demi negara.

“Saya lebih kepada orang muda yang datang daripada masyarakat Melayu. Tetapi sebagai ketua dan nakhoda saya kena jaga kapal Pemuda Umno dan BN,” kata Khairy ketika ditanya sebab 'perubahannya'.

“Dulu saya naib ketua Pemuda Umno, sekarang ini saya pengerusi Pemuda BN. Jadi mestilah saya jaga (beri) pandangan yang boleh diterima semua.”...

Politik...politik...kalaulah kenyataan ini disuarakan oleh Pemuda Pas sudah tentu berkumandang "PAS ikut telunjuk DAP, PAS pengejut, PAS jual bangsa, PAS memalukan bangsa Melayu, Di mana semangat Melayu PAS, PAS gadai maruah orang Islam" Mungkin itu antara slogan dan frasa yang akan berkumandang di akhbar perdana, di blog, di laman forum, dan sebagainya.

Maaflah bukan mahu mengapi-api atau memprovokasi sesiapa, tetapi itu realiti politik di negara ini. "Kau buat tidak boleh, aku buat boleh". Dalam segala hal, itulah prinsip yang dipegang oleh politikus di negara ini. Sama juga halnya, "kau runtuh gerai Melayu tidak boleh, aku runtuh boleh", "kau runtuh rumah orang Melayu tidak boleh, kalau aku runtuhkan boleh". Salah satu situasi untuk membuktikan hal ini ialah kes perobohan gerai tidak berlesen di Pulau Pinang, dan kes meruntuhkan rumah dan kedai di Kampung Denai Pinggiran Kempas. Kempas itu di negeri mana? Siapa yang berkuasa di negeri tersebut?


,

Khamis, 15 Oktober 2009

"DAYUS" TETAPI LANTANG BERSUARA!

Akhirnya, parti yang kunun-kununnya memperjuangkan bangsa Melayu "tunduk" dengan desakan parti komponen yang bernaung di bawah BN. Tiada lagi keris dijulang. Persoalannya, bukankah keris itu lambang parti UMNO?

Yang peliknya apabila upacara perarakan/menjulang keris itu dikaitkan dengan sensitiviti orang bukan Melayu. Walhal perbuatan menjulang keris itu bukanlah bermakna mahu membunuh orang. Perbuatan itu ialah manifestasi terhadap semangat perjuangan (Wah, umpama ahli UMNO pula saya hari ini!). Perjuangan apa? Yang itu boleh diintepretasikan dalam pelbagai macam perkara dan bentuk. Namun dek kerana takut hilang undi pilihan raya, tradisi yang diamalkan itu sanggup ditiadakan dalam perhimpunan kali ini.

Secara mudahnya, parti yang berkobar-kobar semangat perkaumannya ini sudah menjadi "dayus" demi kepentingan politik. Parti yang kunun-kununnya pantang dicabar itu akhirnya terkulai layu atas desakan parti komponen BN. Di mana semangat "Ketuanan Melayu" mereka? Disimpan di rumahkah semangat itu pada perhimpunan UMNO kali ini?

Justeru, KJ perlu memulihkan imej "dayus" parti itu sebelum mengeluarkan kata-kata "Anwar Ibrahim melalaikan masyarakat Malaysia, memanipulasi dan mengulit jiwa mereka dengan kata-kata indah seakan-akan dialah pemimpin yang bersih, tulen, berintegriti, dan acap kali menuduh pemimpin UMNO sebagai rasuah, rakus dan rasis. Siapa sebenarnya Anwar Ibrahim? Pejuang rakyat marhaen? Pejuang agama Islam? Pejuang bangsa Melayu? Pejuang hak asasi yang berjaya dengan helahnya terhadap sebahagian generasi muda yang tidak pernah kenal siapa Anwar yang sebenar, seorang chameleon politik sesumpah yang berubah warna mengikut musim dan ketika melompat dari pohon ke pohon; makhluk pelbagai alam." Apalah guna lancang berkata-kata apabila imej partinya kian tercemar dan maruah parti itu kini dipandang rendah oleh orang lain serta dikaitkan dengan pelbagai macam skandal dan perilaku antimoral.

Adakah "serangan" yang dibuatnya itu adalah semata-mata untuk mengambil hati PM dan penentangnya di dalam UMNO serta mencerahkan karier politiknya yang semakin suram dalam parti tersebut? Lagipun, kita juga boleh mempersoalkan: Siapa sebenarnya Khairy? Pejuang rakyat marhaen? Pejuang agama Islam? Pejuang bangsa Melayu? Pejuang hak asasi manusia...etc?

[MALAYSIA KINI] Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda Umno tahun ini tidak sama seperti persidangan pergerakan itu tahun lalu kerana terdapat perubahan paling jelas iaitu tiadanya acara perarakan keris Panca Warisan.

Malaysiakini mendapati, perubahan tersebut bagaimanapun tidak diumumkan oleh urusetia atau kepimpinan Pemuda sebelum ucapan perasmian daripada ketua Pemuda Khairy Jamaluddin.

Ini bermakna, acara perarakan keris tersebut dan dihunuskan, yang dilakukan oleh Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketika menjadi ketua Pemuda Umno tahun lalu, adalah kali yang terakhir yang dilakukan.

Upacara mengarak dan menghunus keris tersebut yang sebelum ini telah menimbul rasa tidak senang di kalangan masyarakat bukan Melayu, termasuk dari kalangan parti-parti komponen BN sendiri....

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH