Najib: “Jangan ragui kekuatan kami. Umno ada TIGA JUTA ahli..." Yang Turun Hanya....
“Jangan ragui kekuatan kami. Umno ada tiga juta ahli. Jika kami dapat himpunkan sejuta ahli, ia lebih daripada cukup, kami boleh menawan Kuala Lumpur. Jika kami hendak mencetuskan huru-hara, kami boleh. Tetapi kami mahu mempertahankan undang-undang Malaysia, kami mahukan keamanan,” kata Najib di hadapan 6,000 ahli Umno, badan bukan kerajaan dan pertubuhan silat, sebagai reaksi kepada perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai.
Yang menariknya, Najib berkata: “Jangan (menyebabkan) kami memulakan demonstrasi jalanan. Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili (kami).” Lanjut baca di sini.
Yang menariknya, Najib berkata: “Jangan (menyebabkan) kami memulakan demonstrasi jalanan. Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili (kami).” Lanjut baca di sini.
Saya ingat Presiden UMCO ini sedikit insaf dengan sambutan luar biasa protes rakyat semalam, rupa-rupanya dalam gerun dan takut, dia terpaksa menunjuk angkuh di depan ahli UMCO dan ahli persatuan silat.
Selain ahli PERKASA, kita tidak nampak pun ahli silat yang dikepalai Omardin. Batang hidung Omardin pun tidak nampak semalam. Dalam ucapannya tempoh hari (sambutan Persatuan Seni Silat Lincah), Omardin mahu melancarkan perang terhadap BERSIH 2.0 dan menjadi benteng kepada kerajaan!
Realitinya, hanya sekitar 200-300 ahli UMCO yang turun. Itupun banyak orang yang meraguinya. Ada yang mendakwa, ada kalangan peserta PATRIOT semalam bukan ahli UMCO. Ada juga yang mendakwa pesertanya diupah. Lebih menarik, ada orang yang mendakwa peserta PATRIOT bertempiaran lari apabila hujan mula turut di lokasi mereka berkumpul.
Baju percuma?




Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.