Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Sabtu, 23 Mei 2009

MORALITI REMAJA: APAKAH PERBEZAAN ANAK HAJI AHMAD DENGAN ANAK ROBERT ?


Bagaimanakah saya mahu memberikan respons atau pendapat tentang isu "Kelab Tiada Dara" yang saya pautkan di bawah ini? Perasaan bercampur baur selepas selesai membaca berita tersebut. Perasaan marah, benci, terkejut, kecewa, terhina dan sebagainya bercampur aduk.

Marah bukan kerana saya tidak dapat mendampingi remaja-remaja ini, tetapi marah kerana anak-anak "gadis" "Pak Haji Ahmad" ini terlalu pendek akal lalu menganut fahaman "prom night" seperti yang didewa-dewakan oleh anak-anak "Robert" nun jauh di Barat. Saya marah juga kerana kita (kerajaan, NGO, pihak berkuasa, badan-badan agama, masyarakat)tidak dapat menangani masalah ini.

Saya benci bukan sahaja terhadap lelaki-lelaki "bertuah" yang dapat meniduri dan memusnahkan dara anak-anak "Pak Haji Ahmad", namun saya turut berasa benci terhadap sikap "Pak Haji Ahmad" yang tidak mengambil endah perilaku dan moraliti anak-anak "gadis"nya.

Saya rasa terkejut bukan kerana bangga anak-anak "Pak Haji Ahmad" menayangkan tatu Kelab Tiada Dara mereka, tetapi saya terkejut kerana kejahilan anak-anak "Pak Haji Ahmad" mempersendakan hukum agama dengan wewenang.

Saya kecewa sudah tentu bukan kerana tidak berpeluang menjadi lelaki yang memusnahkan dara-dara anak "Pak Haji Ahmad", tetapi kecewa anak-anak "Pak Haji Ahmad" yang beragama Islam menganut fahaman "gadis suci dan tidak melakukan hubungan seks sebagai kolot dan ortodoks".

Saya rasa terhina bukan kerana gagal menyerahkan keterunaan sintetik saya dan berkongsi keindahan dunia bersama-sama dengan anak-anak "Pak Haji Ahmad", tetapi terhina kerana saya yang seagama dengan "Pak Haji Ahmad" terpaksa membaca kisah-kisah anak-anak gadisnya hanyut dalam dunia dan kehidupan seperti itu.

* Perlukah saya berkata: Zina itu haram? Bertatu itu haram?
* Perlukah saya berkata: Pemimpin negara, tolong lakukan sesuatu agar perkara ini tidak berlaku, tatkala pemimpin negara pun terpalit dengan pelbagai skandal dan turut menganut fahaman anak-anak "gadis" Pak Haji Ahmad?
* Perlukah saya berkata: Remaja hari ini bersikap demikian kerana kurangnya didikan agama di rumah dan di sekolah tatkala lebih banyak pelajar perempuan di sekolah sudah mula tidak menutup aurat, bergaul bebas, dan bangga menghisap rokok?
* Perlukah saya berkata: Tegakkan undang-undang syariah Islam tatkala pemimpin negara menolak dan menepis jauh-jauh hukuman yang pada mereka tidak relevan untuk dikuatkuasakan dalam era Islam Hadhari dan Islam Glokal?

JIKA PERLU, SAYA TELAH UTARAKAN APA-APA YANG TERCATAT DI ATAS. JIKA TIDAK PERLU, SEKURANG-KURANGNYA SAYA SUDAH MENYENTUH HAL TERSEBUT. SEMOGA TUHAN MEMBERIKAN HIDAYAH DAN PETUNJUK KEPADA KITA SEMUA. HAL INI DEMIKIAN KERANA KERENDAHAN MORALITI DAN KECACAMARBAAN FAHAMAN DAN ANUTAN ASING YANG SONGSANG DAN MENYESATKAN ITU AKAN MEROSAKKAN AGAMA DAN NEGARA PADA MASA HADAPAN.


"Kelab Tiada Dara

KUALA LUMPUR: Sekali pandang mereka seperti gadis remaja yang dikawal ibu bapa. Namun, sebenarnya golongan terbabit mengamalkan seks bebas dengan gemar bertukar-tukar teman lelaki berdasarkan simbol tatu kekal pada badan.

Tatu terbabit menandakan mereka menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ yang hanya dikenali orang tertentu atau kaki tatu, antaranya lambang cinta retak, kala jengking, bunga ros layu dan kupu-kupu merah
Gadis cetek ilmu agama berkenaan sanggup menahan sakit ketika mencacah tatu semata-mata untuk mendapatkan simbol tiada dara walaupun bayaran dikenakan setinggi RM150.

Trend terkini golongan terbabit itu diakui seorang gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Kamalia atau Kim, 19.

Menurut Kim, minatnya terhadap simbol tatu tiada dara bermula selepas beberapa rakan tampil dengan bangga memperagakan tatu kepadanya.

Dia yang bekerja secara sambilan sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan di sini, mendakwa rakannya termasuk bekas pelajar sekolah yang kerap bertukar-tukar teman lelaki memakai tatu terbabit sebagai lambang pernah melakukan hubungan seks dan kelompok yang tidak percaya kepada konsep ‘suci dan dara’.

“Golongan itu yang mempunyai idea bebas menganggap gadis suci dan tidak melakukan hubungan seks sebagai kolot dan ortodoks.

“Oleh itu, rakan saya mendapat idea memakai tatu di bahu atau belakang pinggang sebagai simbolik kumpulan tiada dara,” katanya.

Dia berkata, bagi golongan gadis yang memiliki tatu itu, mereka kerap mendapat jolokan sebagai golongan ‘barai’ iaitu merujuk kepada gadis hilang dara selepas menjalin hubungan seks bebas dengan teman lelaki.

Bagaimanapun, katanya, hanya sekelompok kecil mengetahui rahsia tatu berkenaan berdasarkan simbolnya.

Kim dipujuk rakan untuk membuat tatu sebagai tanda setia kawan sebelum dibawa ke sebuah kedai tatu milik seorang lelaki warga asing.

“Selepas melihat katalog gambar tatu yang diberikan, saya bersetuju membuat tatu di belakang bahu kanan dengan lambang hati terbelah selain singkatan huruf awal nama bekas teman lelaki yang pernah meniduri saya,” katanya.

Proses membuat tatu hanya mengambil masa sejam sambil rakan memberikannya semangat. Sebaik proses menyakitkan itu selesai, rakannya meraikan kejayaan membuat tatu itu di sebuah pusat hiburan.

Dia kemudian diajak rakan untuk bertemu beberapa teman lelaki di sebuah kafe di Bangsar. Pertemuan singkat itu bertukar kepada acara ‘cari dan padan’ apabila masing-masing memilih pasangan yang bukan hanya boleh dijadikan rakan santai, malah boleh diusung ke bilik tidur.

Kim mendakwa sudah mula terjebak dengan aktiviti seks bebas seawal usia 16 tahun apabila dipujuk teman lelaki pertamanya yang juga anak seorang ahli perniagaan terkenal.

“Cinta seks kami hanya bertahan dua bulan apabila teman lelaki berusia enam tahun lebih tua meninggalkan saya tanpa alasan pun. Saya dipikat pula seorang pelajar kolej sebelum turut berakhir di ranjang selepas hubungan cinta putus beberapa bulan.

“Selepas itu, cinta saya bersilih ganti sebelum bertukar menjadi hubungan seks tanpa membabitkan soal komitmen atau perasaan. Ia tidak lebih hanya untuk suka-suka dan sekali sekala mendapat imbuhan wang atau dibawa membeli-belah lelaki berkenaan,” katanya.

Dia yang berjaya dipujuk wartawan supaya mendedahkan kisah silamnya mendakwa tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku berikutan ibu bapanya sendiri tidak pernah bertanya atau kisah dengan perjalanan hidupnya selepas tamat tingkatan lima.

Sementara itu, penceramah bebas, Ustaz Mohd Ibrahim, berkata Allah s.w.t melaknat umatnya yang bertatu, apatah lagi mengamalkan seks bebas atau zina.

“Perbuatan memiliki tatu jelas ditegah dalam Islam dan jelas dinyatakan dalam hadis Rasulullah,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, orang Islam yang sudah bertaubat dan tidak berupaya membuang tatu boleh menyimpannya asalkan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

“Namun, sebaik-baiknya tatu berkenaan ditutup dengan kain ketika ingin mendirikan solat supaya tidak menimbulkan syak wasangka atau salah faham pada umat Islam lain,” katanya
." Harian Metro

  1. kesian sungguh spesis "anak gadis" dan "Haji Ahmad" ni. Begitulah hidup orang yang tidak kisah dan tak kenal hukum Allah... na'uzubillah

    gravatar Comment by husnurijal @ Sabtu, Mei 23, 2009 11:28:00 PG      
  2. i nak tubuhkan KELAB DARA SEMALAYA".... ada brani nak joint??

    gravatar Comment by MAMA KAY @ Sabtu, Mei 23, 2009 11:51:00 PG      
  3. golongan sebeginilah yang termasuk dalam beberapa kategori umat yang telah rusak akidah... apakah peranan dan tanggungjawab pihak yang diamanahkan untuk 'mengembalikan'
    mereka ke pangkal jalan?...

    gravatar Comment by mddawn @ Ahad, Mei 24, 2009 2:57:00 PG      
  4. ..bro i like ur style...really good

    gravatar Comment by Frankie @ Isnin, Mei 25, 2009 6:07:00 PTG      
  5. salam... perlu ada diagnosis perihal punca utama masalah ini, bukanlah sekadar menunding jari dan menyalahkan mana2 pihak. mudah amat untuk menyalahkan namun sukar untuk tampilkan diri untuk menyelesaikannya.

    sekadar pandangan, punca utama ialah masalah akidah dalam kalangan muslim kerna penekanan selalunya diberikan terhadap paksaan untuk menutup aurat dan melalukan ibadah2 khusus tanpa melakukan pembersihan (thaharah) terhadap akidah. bukankah hadirnya Rasulullah s.a.w. di lembah bakkah adalah membersihkan akidah dahulu, sebelum menerapkan unsur ibadah dan akhlak?

    sama2lah kita berperanan untuk ummah yang kian sakit ini..

    p/s: terima kasih atas posting, moga2 muncul suatu kesedaran dalam kalangan umat islam masa ini..

    gravatar Comment by [KeFaHaMaNku] @ Rabu, Jun 03, 2009 9:38:00 PG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH