Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Sabtu, 30 Mei 2009

Pendatang Haram: Mengapalah Kita Terlalu Baik Hati Sehingga Kepala Dipijak Orang?



Artikel yang saya pautkan di bawah ini asalnya turut menyentuh tentang Chin Peng @ Ong Boon Hua. Namun, saya pautkan tentang pendatang haram sahaja. Mungkin cerita tentang petualang negara ini akan disentuh dengan panjang lebar sedikit masa lagi. Selain pandangan yang diberikan oleh Pak Kadir, saya turut terpanggil untuk menekankan perkara yang menjadi kebimbangan bukan sahaja oleh Pak Kadir, malah orang lain yang dapat "melihat" akan ancaman di balik kemurahan hati kita membuka pintu negara kepada rakyat asing.

Tidak pernah terfikirkah pemimpin negara tentang implikasi melonggarkan syarat kemasukan rakyat CHINA, dan INDIA masuk ke negara ini? Atau membenarkan agensi pekerja asing dengan wewenang membawa masuk pekerja dari INDONESIA, BANGLADESH, VIETNAM, dan sebagainya ke negara ini sehingga ada yang tersadai di bawah jambatan. Tidak kisahlah kemasukan mereka atas apa-apa tujuan sekalipun. Cuba bayangkan jika warga INDONESIA, CHINA, dan INDIA tersebut benar-benar tidak mahu pulang ke negara asal selepas seronok melancong atau selepas tamat pengajian atau selepas tamat tempoh permit kerja, SEKILAS PANDANG mudahkah kita membezakan mereka dengan warganegara sendiri? Jika mudah, tidak mungkin kita mudah mendengar kecacamarbaan perilaku warga asing di negara ini. Ada yang melacur, ada yang membunuh, ada yang merogol, dan bermacam-macam lagi perilaku negatif yang lain.

Dalam hal ini, kita sepatutnya mencontohi kecerdikan negara lain yang tegas dalam menangani masalah pendatang haram dan polisi yang membenarkan kemasukan rakyat asing ke negara mereka. Bukannya kita mahu menghalang kedatangan pelancong asing, tetapi kita tidak mahu negara ini menjadi lubuk kemewahan rakyat asing dan menjadi pusat pendatang haram di rantau ini atas "kepintaran" kita mengatur strategi yang kunun-kununnya dapat menjanakan ekonomi negara namun yang diperoleh sebaliknya. Oleh sebab itu, selain bijak mengatur strategi memenangi pilihan raya, kita mahu pemimpin negara juga bijak mengatur strategi untuk menangani masalah ini.

Dalam hal berkaitan dengan pendatang haram, kita sebenarnya "sudah terhantuk" namun masih belum "tengadah". Kita pernah melakukan kesilapan suatu ketika dahulu, namun kita tidak pernah belajar daripada kesilapan tersebut. Kesilapan yang sama berulang-ulang walaupun negara sudah mencecah 52 tahun merdeka. Kita pernah mendengar laporan akhbar pada tahun 2005 yang lalu bahawa 50 000 ribu rakyat China enggan pulang ke negara asal mereka beberapa tahun yang lalu. Sudah selesaikan masalah tersebut? Sudah ditangkap dan dihantar pulangkah pendatang-pendatang haram tersebut? Itu kisah beberapa tahun yang lalu. Bayangkanlah jumlahnya pada waktu sekarang. Mungkin rakyat asing yang kini bergelar pendatang haram ini sudah beranak pinak dengan penanam halia dan penternak ayam seperti yang disebutkan oleh Pak Kadir? Itu data yang dikesan oleh pihak Imigresen, bagaimana pula dengan rakyat asing yang masuk secara haram?

Bagaimana pula dengan pendatang haram dari Indonesia? Rakyat Indonesia sama ada masuk secara sah atau haram sudah dapat dilihat di mana-mana. Malah, turut kelihatan bekerja di ladang-ladang kelapa sawit nun jauh di ceruk-ceruk kampung di sekitar Kuala kangsar, Perak. Maka tidak hairanlah jika jumlah mereka di sini sudah mencecah jutaan orang. Berkat usaha gigih mereka, ada yang sudah membina banglo di negara kita, dan bukan menjadi suatu yang aneh jika banyak warga Indonesia yang bekerja secara haram di sini sudah membina banglo masing-masing di negara asal. Hal ini pernah diberitahu sendiri oleh pekerja kontrak Indonesia kepada saya.

Ini baru menyentuh tentang pendatang haram...belum lagi menyentuh tentang "kecerdikan" kita menjaga kedaulatan negara sehingga hilang tanah jajahan, iaitu Singapura dan Pulau Batu Putih. Belum lagi bercerita tentang "kepandaian" kita berniaga air dengan Singapura, belum juga menyentuh tentang "kebijakan" kita berdiplomasi sehingga menghantar rombongan ke China menerangkan perkara yang kunun-kununnya berlaku kepada warganya, namun sebenarnya berlaku kepada warga sendiri. Begitu juga delegasi ke India dan sebagainya.

Pautan dari blog Datuk A. Kadir Jasin

"...Berbalik kepada suasana semasa, negara kita sedang dibanjiri pendatang haram (ya, pendatang haram – illegal immigrants) daripada pelbagai benua dan negara.

Kalau pendatang haram, pendatang haramlah. Buat apa kita nak panggil pendatang tanpa izin? Di seluruh dunia, istilahnya adalah pendatang haram atau illegal immigrants bukan pendatang tanpa izin atau immigrants without permission.

Kenapalah kita ini baik dan berbudi sangat sampai orang pijak kepala kita?

Mereka datang dari Indonesia sebagai buruh. Habis permit mereka tidak pulang. Mereka datang dari Negeri China atas Visa Pelajar. Mereka jadi GRO, pelacur dan masuk ke kawasan pedalaman berkahwin dengan penanam halia dan penternak ayam.

Mereka datang dengan permit dari Bangladesh, India dan Pakistan, tetapi mereka jadikan negara kita batu loncatan masuk secara haram ke Australia, Amerika atau Eropah sehingga kita dicap melakukan penyeludupan manusia (human trafficking).

Bayangkan apa akan terjadi kalau kita benarkan “pelancong” dari negara raksasa yang miskin seperti China dan India masuk tanpa visa atau kita longgarkan syarat. Dalam sekelip mata mereka akan membanjiri negara kita yang kecil tetapi sangat baik hati ini.

Bayangkan, Malaysia ada 24 juta penduduk. China ada 1.3 bilion penduduk dan India ada satu 1.13 bilion penduduk. Sepatutnya kita mengetatkan syarat kemasukan pendatang daripada semua destinasi berisiko, termasuk pelancong yang semakin ramai melencong menjadi GRO, pelacur, perempuan simpanan, calon isteri dan pengemis.

Menang betul kerajaan telah membebaskan 27 sektor kecil perkhidmatan daripada syarat Dasar Ekonomi Baru, tetapi ini tidak bermakna kerajaan perlu membuka pintu negara untuk dibanjiri oleh pendatang yang tidak diingini seperti pelajar dan pelancong merangkap GRO dan pelacur.

Baru-baru ini akhbar New Straits Times menyiarkan berita mengenai jenayah bersindiket yang meraih berbilion ringgit setahun hasil pelacuran dan dadah.

Anggota sindiket ini tidak teragak-agak memangsakan kaum sebangsa mereka apatah lagi pelancong dan pelajar dari negara-negara miskin seperti China, India dan Indonesia.

Betul, banyak negara, termasuk negara-negara maju sedang membuka pasaran mereka untuk menarik pelaburan dan pekerja mahir.

Maka kita janganlah terus jadi bodoh dengan menliberalisasikan sektor perkhidmatan kita kemudian membuka pintu masuk negara kita kepada pelancong murah, kepada buruh dari Bagladesh yang diimport oleh sindiket, pengemis, GRO dan pelacur Negeri China dan penjaja jalanan dari Afrika.

Mungkin ada pihak yang cuba mempersendakan saya apabila mereka mengatakan cara terbaik menarik pelancong ialah dengan melonggarkan syarat perjalanan untuk penduduk negara raksasa seperti China dan India.

Saya harap, macam kata ungkapan Orang Putih, “they are pulling my leg” pada saat-saat Perdana Menteri sedang bersiap sedia untuk menjejaki Allahyarham ayahandanya ke Negeri China.

Jangan melawak dengan perkara macam ini. Bukan kita tidak mahu pelajar, pelabur atau pelancong dari Negeri China atau mana-mana negara, tapi kita kena pastikan agar bila kita buka pintu kuala, ikan siakap yang masuk dan bukan sampah sarap.

Ingat rintihan nenek moyang kita – kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kebuluran kerana menyesal dahulu kedapatan, menyesal kemudian tidak berguna
."


  1. Tuan,
    Cina kata :
    Ini celita ka, apa manyak2 tanya ma, manyak sinang. Kalu lu gulayu tarak mahu kelija sapa mau bikin itu bangunan..

    Bagla:
    Kita sini duduk, mau sikit-kerja tapa, sikit dapat duit kasi post sama family sana vilagge.

    Indon:
    Bapak sendiri mahu fikir, orang-orang Melayu di sini ternyata tidak capek kerja berat-berat begini. Kita cari rejeki pak, famili mahu sukses, sedikit rumit tidak apa-apaan.

    Melayu kata:
    Lu semua Pendatang Haram, datang Tanah Melayu. Kacau saja. Hidup kami pun tidak senang. Berambus!

    Depa semua kata:
    Kalau kami tak mai kerja sini, hangpa pun tak boleh hidup. Tak baca buku ekonomi ka? Jangan berlagak la! Dulu hangpa pun pi Singapore cari makan. La ni dah senang sikit eksyen kata kami pendatang haram. Hangpa tu yang tak reti2 lagi.

    Kata kapiltalis:
    Manusia adalah makhluk ekonomi. Tanpa buruh yang cukup maka modal tidak akan bergerak, ertinya ekonomi sakit. Modal dan buruh harus seiring dan jika tidak ada buruh tempatan kita perlu ambil buruh luar jika ekonomi setempat mahu terus bergerak dan terurus. Kami tak akan melabur di negeri yang tidak ada orang.
    Pendatang haram adalah buruh untuk hasilkan produk untuk digunakan oleh tuan-tuan sekalian yang ada duit yang hasilnya dari 'tax' pemodal yang dipusing-pusing sana sini supaya membiak.
    Jawab balik pemikir Melayu Glokal:
    Kami sikit tak faham pun apa yang tuan kata. Kami tak mahu pendatang haram kerana mereka boleh ganggu hidup orang Melayu.
    Orang Melayu bukan bodoh dalam ekonomi tau!

    ooo..begitukah?

    gravatar Comment by Gedung Akal @ Sabtu, Mei 30, 2009 7:36:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH