Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Rabu, 10 November 2010

[Kemas Kini] RON 95 Selamat? Kaji & Siasat Dahulu Sebelum Keluar Kenyataan Ini!



Komen saya berdasarkan maklumat dalam berita "RON 95 Bukan Punca Utama Kenderaan Terbakar"

Sebelum ini, kecoh sama ada di blog atau di laman forum yang mengaitkan RON 95 dengan beberapa kejadian kenderaan yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan. Saya tidak pernah menyiarkan cerita berkaitan dengan dakwaan itu, namun anda boleh menemukan artikel-artikel itu dengan mudah dalam hasil carian di Google.

Hari ini UM melaporkan bahawa minyak RON 95 selamat digunakan. Atas dasar/alasan apa yang mengatakan bahawa minyak itu selamat?

Hujah Ketua Pengarah MIROS ialah "kebakaran boleh terjadi sekiranya berlaku pelanggaran kenderaan dengan kelajuan yang tinggi" dan "kebakaran kenderaan akibat kemalangan yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini tidak boleh dikaitkan dengan minyak petrol RON95 kerana apa juga jenis minyak berpotensi menyebabkan kebakaran".

Malang dan menyedihkan apabila dalam masa yang sama Profesor ini menegaskan "setakat ini tidak dapat disahkan sama ada kebakaran yang berlaku akibat kemalangan adalah disebabkan oleh jenis minyak". Jika itu juga kenyataannya, bagaimana pula berita ini menegaskan bahawa RON 95 itu selamat digunakan sedangkan tiada kajian dibuat untuk mengesahkannya.

Jeling-jeling semula pada tajuk berita, wartawan yang menulis berita ini menggunakan frasa "bukan punca utama" dalam tajuk berita tersebut. Adakah dia cuba memberitahu bahawa RON95 ini adalah sebahagian daripada punca kenderaan terbakar, walaupun bukan faktor utama yang menyebabkan kereta terbakar? 

Saya petik:
[UM] KUALA LUMPUR 9 Nov. - Minyak petrol RON95 selamat digunakan dan bukan punca utama kepada kebakaran kenderaan apabila berlakunya kemalangan.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata, kebakaran boleh terjadi sekiranya berlaku pelanggaran kenderaan dengan kelajuan yang tinggi.

Justeru itu, beliau berkata, kebakaran kenderaan akibat kemalangan yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini tidak boleh dikaitkan dengan minyak petrol RON95 kerana apa juga jenis minyak berpotensi menyebabkan kebakaran.

''Kita tidak boleh katakan minyak RON95 sebagai penyebab berlakunya kebakaran selepas kemalangan kerana ia boleh berlaku dalam pelanggaran kuat sekiranya terdapat bahan bakar, oksigen dan percikan api.

''Fenomena ini mempunyai kebarangkalian tinggi untuk berlaku dalam perlanggaran berkelajuan tinggi,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) supaya pihak kerajaan mengkaji penggunaan minyak petrol RON95 yang dikatakan menyebabkan kebakaran selepas berlakunya kemalangan.

Menurut Ahmad Farhan, setakat ini tidak dapat disahkan sama ada kebakaran yang berlaku akibat kemalangan adalah disebabkan oleh jenis minyak.

Katanya, siasatan terperinci mengenai perkara tersebut perlu dilakukan oleh pihak polis supaya punca kebakaran akibat kemalangan boleh dikenal pasti seterusnya membolehkan sebarang analisis dilakukan.

  1. Ini Prop Kangkung juga ke? Budak berhingus pun tahu bahawa "percikan api" atau "spark" tidak akan menyalakan atau mengakibatkan kebakaran kepada Petrol biasa kecuali nyalaan dari bahan lain seperti bilah mancis atau pemetik api yang telah digeser atau dinyalakan. Tak nak mengaku lagikah bahawa bahan "Booster" yang ditaruh untuk memulihkan kuantiti boleh memudaratkan kepenggunaan bahan bakar tersebut. Berkata benarlah kamu walaupun ianya amat pahit dan berkata benarlah kamu kerana usia kamu pun bukan boleh sampai 100 tahun lagi... tak sampaipun.

    gravatar Comment by Melayu Kena Sokmo @ Rabu, November 10, 2010 11:14:00 PG      
  2. Suruh professor ni tengok MYTHBUSTERS baru cerita apa maksud dia macamana kereta boleh mudah terbakar dengan kelajuan tinggi....
    Banyak tengok cerita Hollywood bukan buat kajian ini lah jadinya...

    gravatar Comment by mahaza @ Rabu, November 10, 2010 12:09:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH