Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Archives

Isnin, 30 Mac 2009

BARISAN NASIONAL lwn PAKATAN RAKYAT: Bukit Gantang dan Bukit Selambau


Dua keping foto menunjukkan suasana penamaan calon di Parlimen Bukit Gantang. Gambar yang tidak akan sesekali tersiar dalam media arus perdana atau dalam blog fahaman Dahulu, Kini, dan Selamanya. Kalau ditakdirkan BN memenangi pilih raya kecil ini, anda nilaikanlah sendiri!

Penyokong PR

Penyokong BN

Lagi puluhan gambar penamaan calon di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau di sini.

Untuk mengetahui maklumat terkini tentang pilihan raya kecil Bukit Gantang & Bukit Selambau dan cerita semasa pilitik di Perak, sila layari blog Perisik-Rakyat & Geng atau PerakExpress.

Sabtu, 28 Mac 2009

BLOG RASMI TG DATO’ NIK AZIZ NIK MAT




"Mukadimah
Selamat datang ke laman blog saya. Disini anda dapat membaca segala pendapat dan buah fikiran dari saya tentang isu-isu politik, semasa dan agama.

Semoga dengan adanya blog ini, kita dapat sama-sama mendapat kebaikan darinya, InsyaAllah."
- TGNA

Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat kini bergelar blogger. Laman blognya boleh dilawati di sini.

Biodata
Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir : 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.
Pengajian : Pondok Tuanguru Hj Abbas, Besut. Universiti Deoband India. Universiti Lahore Pakistan. Universiti Al Azhar. Sarjana Muda bahasa Arab. Sarjana Perundangan Islam.
Jawatan : Menteri Besar Kelantan

,

YANG TEWAS dan YANG BERSALAH antara Pilihan Perwakilan UMNO di PAU ke-59

Barisan Baru Kepimpinan UMNO

Presiden
Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Yasin

Naib Presiden
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Ahli Majlis Tertinggi
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Noh Omar
Datuk Seri Musa Aman
Senator Datuk Azian Osman
Datuk Zainal Abidin Osman
Datuk Mohd Zin Mohamed
Datuk Seri Ismail Sabri
Datuk Lajim Ukin
Datuk Shaziman Abu Mansor
Dr Mohd Puad Zarkashi

…senarai penuh di sini

Ketua Wanita
Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil

Naib Ketua Wanita
Datuk Kamilia Ibrahim

Ketua Pemuda
Khairy Jamaluddin

Naib Ketua Pemuda
Datuk Razali Ibrahim

Ketua Puteri
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Naib Ketua Puteri
Shahanim Mohamad Yusof

Bagi yang memenangi pemilihan pimpinan UMNO kali ini tentulah gembira sakan, malah tidak mustahil ada yang akan menyembelih beberapa ekor lembu untuk diraikan bersama-sama dengan penyokong masing-masing. Penyokong mereka pula tumpang bersorak. Namun, dalam suasana gembira menyambut kemenangan tersebut, ada yang terkejut dan tertanya-tanya akan punca kekalahan dalam persaingan merebut jawatan-jawatan yang dipertandingkan. Salah seorangnya sudah tentulah anak mantan PM, Tun Dr. Mahathir, Datuk Mukhriz yang gagal dalam persaingan jawatan Ketua Pemuda. Beliau yang dikatakan sebagai calon pilihan untuk memenangi jawatan tersebut akhirnya mendapat tempat tercorot di belakang Datuk Seri Khir Toyo.

Ironinya, Mukhriz merupakan antara orang pertama yang meminta secara terbuka PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur. Selepas pilihan raya yang lalu, Mukhriz juga telah mengadakan beberapa siri sidang akhbar meminta PM bertanggungjawab atas kekalahan BN dalam pilihan raya yang lalu. Justeru, beliau juga dianggap antara orang pertama yang menjadi pembuka jalan kepada perletakan jawatan PM, orang mempopularkan slogan “Berani Berubah”, dan lantang mengkritik pentadbiran PM. Pelik bin ajaib apabila perwakilan UMNO memilih orang yang dikaitkan dengan politik wang oleh Lembaga Disiplin UMNO sendiri sebagai pemimpin parti tersebut. Orang yang tewas dalam pilihan raya yang lalu juga menjadi pilihan perwakilan. Tampaknya, hasrat untuk melihat perubahan dalam UMNO kini masih lagi kabur.

Yang menarik perhatian penulis ialah kempen segelintir blogger fahaman Dahulu, Kini, dan Selamanya, iaitu “Wang atau Bangsa”. Kempen yang dijalankan pada saat-saat akhir pemilihan pucuk pimpinan UMNO tampaknya gagal mencapai matlamat yang diharap-harapkan. Kini, selepas tamatnya pemilihan pimpinan UMNO kali ini, timbul pula cerita tentang usaha pihak tertentu dalam UMNO untuk melaporkan kepada pihak berkuasa terhadap pihak yang dikatakan mengamalkan politik wang semasa pemilihan pucuk pimpinan yang lalu. Cerita lanjut di blog fahaman Dahulu, Kini, dan Selamanya: BigDog.

Baca juga luahan kekecewaan Tun Dr. Mahathir di sini berkaitan dengan pemilihan pucuk pimpinan di Perhimpunan Agung UMNO ke-59.

, ,

Rabu, 25 Mac 2009

WHAT SHOULD YOU DO WHEN GET CAUGHT?

RED BOOK

1. POLICE STOPS YOU
1.1 Not in uniform, ask for identification
Say: "Please, show me your Police authority card".

1.2 Police authority card
Red : Suspended Police Officer. He has no authority to do
anything to you. Walk away.

Other colours:
• Blue : Rank of Inspector and above
• Yellow : Below the rank of Inspector
• White : Reserve police
Note his name and ID number

1.3 In uniform
Note his name and ID number on his uniform.

1.4 Police vehicle
Note the number plate of the patrol car or motorcycle.

2. POLICE QUESTION YOU WHEN STOPPED
2.1 Your identification
Only give your name, ID card number and address.

2.2 The police ask other questions
Politely ask "Am I under arrest?"

2.3 When you are under arrest
You are arrested if the police:
• tells you "yes";
• does not allow you to leave/want to take you to the Police Station; or
• handcuffs you if you are not under arrest, you may walk away/refuse to follow
him back to the Police station or anywhere else, if asked.

2.4 When you cannot be arrested
The police cannot arrest you just because you are a potential witness and want to take a statement from you (112 / Witness Statement).

3. QUESTIONING BY POLICE WITHOUT ARREST
3.1 112 Statement
When the police are investigating a case and think you have
information / knowledge about the case, the police may examine
you and take down your answers (112 Statement).

3.2 Informal/Formal Request
Most times, the police make an informal request that you give a 112 Statement. If the place and time is convenient to you, cooperate. If not, tell the police you will do so at a convenient place.

If you refuse to cooperate, the police may issue a formal order in writing, signed by an investigating officer (Police Officer) to ask you to cooperate.

If you disobey a Police Order, you cannot be arrested. However, it is an offence and the police may request the Magistrate to issue a warrant against you to compel you to cooperate.

3.3 Giving a 112 Statement
You have the right to ask a lawyer to accompany you. This is advisable.

In giving a 112 Statement, you may refuse to answer any question /remain silent if the answer is likely to expose you to a criminal offence.
• Bring along a notebook or writing paper with you (Personal Notes).
• Write down every question asked in your Personal Notes.
• Make sure you understand every question asked.
• Take your time and think carefully before writing your answers in your Personal Notes.
• Read your answers to the Police Officer questioning you.
• Keep your Personal Notes for future reference.

3.4 Signing your 112 Statement
Before signing your Statement, read the questions and your answers written by the Police Officer carefully.
• Compare the Statement you are asked to sign with your Personal Notes.
• You have the right to make any corrections/changes to the
Statement before signing.
• Sign your signature immediately below the last sentence of your
Statement.

4. POLICE ARREST YOU
4.1 Ask: "Why am I under arrest?"
An arrest is unlawful if you are not informed of the reason.

4.2 Do not resist an arrest
The Police have the right to use reasonable force to arrest you if you resist.

4.3 Ask: "Which Police station are you taking me to?"

The arresting Police Officer must immediately take you to the nearest Police station and no other place.

4.4 What to do when arrested
You have the right to telephone call to:
1. Your relative or friend; and
2. A lawyer.

You may also call a nearby Legal Aid Centre (LAC). Inform them:
• you have been arrested;
• the time, place and reason of the arrest;
• the Police station you will be taken to.

4.5 What happens after arrest
You may be detained up to 24 hours:
• at the Police station, or
• in a lock-up to "assist" police investigation.

5. YOUR RIGHTS AFTER ARREST & DURING DETENTION
5.1 Right to consult a lawyer
Once you request for the presence of a lawyer, you have a right to consult the lawyer at the Police Station. The Police must accord you reasonable facilities and a reasonable time for you to meet and consult the lawyer. The Police may, however, deny you this
right, if the delay in questioning you may cause the occurrence of another crime or cause danger to others.

5.2 Clothing
You are allowed to have one set of clothing with you in the lock-up.

5.3 Personal belongings
The Police must record and put all your personal belongings in safe custody. Your personal belongings must be returned to you upon your release.

5.4 Welfare
You are allowed to take a bath two times a day. If you are sick, you have the right to receive immediate medical attention. You are to be given proper and adequate food and water during detention.

5.5 How long may the Police detain you
The Police may only detain you up to 24 hours for investigation. The duty of the Police is to complete investigations within 24 hours and to release you as soon as possible. If the Police cannot complete investigations within 24 hours, the Police must bring you before a
Magistrate for a remand order to extend your detention beyond 24 hours (Remand Order).

...download complete pamphlet at: www.malaysianbar.org.my

,

Selasa, 24 Mac 2009

IMAN HAMPIR DIGADAIKAN KERANA AIR DAN KERENAH JIRAN

Bayangkan kerana kerenah jiran dan keputusan bekalan air sebuah keluarga di Kuantan hampir menukar agama mereka. Sebagai umat Islam, penulis berasa sedih dan terkejut kerana umat Islam pada hari ini begitu rapuh imannya sehingga sanggup berbuat demikian. Dugaan yang tidak seberapa itu begitu mudah mencairkan iman di dada. Yang lagi mengejutkan apabila berlaku hal sedemikian, maka ada pula kumpulan tertentu mencuba mengambil kesempatan. Bantuan yang diberikan perlu dibayar dengan harga yang terlalu tinggi, iaitu iman dan takwa.

Bercerita tentang dugaan dan kesengsaraan hidup, banyak umat Islam hari ini mudah lupa akan kesengsaraan saudara seagama mereka pada zaman Rasulullah SAW. Mereka mudah menganggap kesengsaraan yang ditempuhi oleh mereka sudah cukup hebat seolah-olah orang lain tidak pernah mengalami kesengsaraan tersebut. Kita mudah lupa akan nama-nama seperti Bilal bin Rabah, Umar al Khatab, Abu Bakar as Siddiq, Uthman Affan dan sebagainya yang menghadapi pelbagai cabaran sehingga ada antara ancaman tersebut menyebabkan mereka kehilangan anak isteri, saudara mara, rakan taulan, dan nyawa sendiri. Mereka mudah lupa bahawa ada umat Islam yang diseksa, disembelih, ditembak, dan dicincang tetapi tetap teguh iman mereka sehingga ke hujung nyawa. Kita juga mudah lupa akan kesengsaraan umat Islam di Palestine, Iraq, Myanmar, Thailand, Filipina, Indonesia, dan di serata dunia yang teguh dan kukuhnya iman menghadapi dugaan dan ujian yang jauh berganda hebatnya daripada kita di bumi Malaysia ini.

Tanpa perlu menghuraikan atau mengulas isu ini dengan lebih panjang, baca dan telitilah petikan di bawah ini dan jadikanlah sebagai pedoman agar kita tidak tergolong dalam kelompok manusia seperti ini.


Hampir Tukar Agama Kerana Jiran
KUANTAN - Sebuah keluarga miskin di sini hampir nekad menukar agama kerana mendakwa tertekan dengan kerenah jiran dan dibelenggu masalah bekalan air.
Tindakan mereka itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang bergegas menemui keluarga berkenaan semalam sebaik sahaja mengetahui mengenai berita tersebut.

Terdahulu pasangan terlibat, Zakaria Deraman, 42, dan isterinya, Nurhamiza Mat Jusoh, 32, bersama sembilan anak mereka berusia antara enam hingga 14 tahun dikatakan bercadang menemui seorang paderi di sebuah gereja untuk mendapatkan pandangan.

Menceritakan bagaimana mereka boleh bertindak demikian, Nurhamiza mendakwa, segalanya bermula apabila dia sekeluarga tidak tahan menerima tekanan ketika menetap di rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sejak dua tahun lalu.

"Kehadiran kami sekeluarga di sini tidak disenangi oleh jiran-jiran dan kami dilayan seperti pendatang. Petang kelmarin, rumah kami dibaling dengan objek keras sehingga cermin tingkap pecah menyebabkan kami hidup dalam ketakutan," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambah Nurhamiza, bekalan air di rumahnya yang hanya diperoleh dari surau berdekatan juga telah diputuskan oleh pihak tertentu.

Dia mendakwa, anak-anaknya turut ketakutan setiap kali ke surau untuk membuka paip air kerana sering diganggu setiap kali melintasi rumah jiran.

Ditanya kenapa beliau tidak memohon bekalan air terus ke rumah mereka suaminya, Zakaria memberitahu, dia telah beberapa kali meminta kemudahan itu melalui penghulu kampung tetapi sehingga sekarang tidak menerima jawapan.

Dalam pada itu, walaupun terpaksa kais pagi makan pagi sebagai pencari besi buruk, Zakaria mengakui dia masih mampu menyara keluarga dan menyekolahkan empat anaknya.
Pasangan berasal dari Terengganu itu juga mengakui ada menerima bantuan daripada kerajaan termasuk rumah PPRT yang dihuni selepas beberapa tahun tinggal di pondok usang berhampiran sebuah lombong berdekatan.”- KOSMO

Kemas Kini:
Yang berikut ialah susulan berita berkaitan dengan hasrat 11 beranak yang ingin keluar Islam kerana kerenah jiran dan masalah bekalan air. Mengikut keterangan dan pengakuan jiran-jiran keluarga tersebut, lain pula ceritanya. Sila baca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Pasangan Berbohong
KUANTAN: Penduduk di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Jaya Gading, di sini, menolak dakwaan pasangan suami isteri yang mendakwa sering diganggu dan disisihkan masyarakat hingga mereka mahu murtad.

Sebaliknya, mereka mendakwa sering diganggu anak sulung pasangan itu berusia 14 tahun yang didakwa terlalu nakal selain gemar menunjukkan isyarat lucah serta mencuri harta penduduk.

Malah, mereka merakam perbuatan nakal anak sulung mereka menggunakan telefon bimbit sebagai bukti remaja itu sering melemparkan perkataan dan isyarat lucah kepada penduduk.

Penduduk, Selina Yusof, 47, berkata dia kesal kerana pasangan terbabit sanggup berbohong apabila mendakwa sering disisih penduduk sejak menetap di projek perumahan berkenaan.

Menurutnya, pasangan itu hanya mesra selama seminggu selepas dipindahkan ke projek perumahan itu sebelum berubah dan menjadi pengacau rumah tangga orang.

Katanya, dia terkilan apabila pasangan terbabit pernah menuduh anaknya sebagai pelacur sebelum berlaku pertengkaran.

“Saya sudah buat lima aduan di Balai Polis Jaya Gading kerana tidak tahan kerana sering diganggu keluarga terbabit tanpa mengira waktu.

“Malah, saya terkejut apabila membaca akhbar pagi ini (semalam) yang menyiarkan kisah keluarga terbabit mahu murtad kerana mendakwa disisih penduduk.

“Sebagai wakil penduduk, kami tidak pernah memotong saluran paip air yang disambungkan ke rumahnya dari surau berhampiran, malah punca saluran getah itu dipotong anak pasangan itu sendiri,” katanya….”
HARIAN METRO

, , ,

Isnin, 23 Mac 2009

dua AKHBAR, dua NEGARA, dua BAHASA, namun MEMERIHALKAN satu CERITA...

Rencana tentang pembunuhan warga Mongolia, iaitu Altantuya Shariibuu oleh Michael Sheridan dan Matthew Campbell yang diterbitkan dalam TimesOnline.



Layari pautan ini untuk rencana lengkap.

Rencana tentang isu yang sama ditulis oleh Arnaud Dubus (nama yang menjadi bahan jenaka oleh sesetengah blogger) yang diterbitkan dalam Liberation France. Untuk terjemahan rencana dalam bahasa Malaysia layarilah laman sesawang anti-Dahulu, Kini, dan Selamanya atau boleh didapati di sini.


Layari pautan ini untuk rencana penuh (kalau faham bahasa Perancis la).

Tepuk Dada,Tanya Minda!

, ,

Khamis, 19 Mac 2009

DESAKAN MANSUHKAN PPSMI ANTARA 10 RESOLUSI KONGRES KEBUDAYAAN MELAYU II 2009

Kongres Kebudayaan Melayu II (KKM II) yang berlangsung di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur pada 16-17 Mac 2009 merupakan kesinambungan KKM I dan Kongres Kebudayaan Kebangsaan (KKK). Kongres ini dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara, dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Majlis pembukaan kongres ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Shaffie Afdal, manakala ditutup secara rasminya oleh Pengerusi Bernama Dato Seri Annuar Zaini.

Dalam kongres tersebut sebanyak 10 resolusi yang menyentuh pelbagai bidang telah dikemukakan. Resolusi-resolusi tersebut ialah Kebudayaan Nasional; Kenegaraan dan Perlembagaan; Sistem Politik; Sistem Ekonomi; Pendidikan; Bahasa, Kesusasteraan, dan Kesenian; Islam; Perpaduan Bangsa; dan Globalisasi.

Yang menariknya, KKM II turut mendesak agar bahasa Melayu yang juga merupakan bahasa kebangsaan dikembalikan fungsi asalnya sebagai bahasa pengantaraan di sekolah dan universiti. Walaupun tidak dinyatakan secara langsung, resolusi yang dikemukakan turut meminta kerajaan memansuhkan PPSMI dan mengembalikan dasar bahasa dalam pendidikan sebelum perubahan dasar tersebut pada tahun 2003. Yang berikut ialah inti pati Resolusi Pendidikan dan Resolusi Bahasa, Kesusasteraan, dan Kesenian yang menekankan hak dan fungsi bahasa kebangsaan sama ada dalam bidang pendidikan atau dalam bidang lain:

RESOLUSI PENDIDIKAN
a. Sistem pendidikan mestilah berfungsi sebagai wahana membina keutuhan negara, perpaduan bangsa, jati diri bangsa, keilmuan dalam semua lapisan masyarakat, minda dinamis serta progresif, sikap dan nilai patriotik serta nasionalistik dan kemajuan negara di mata dunia;

b. Kerajaan mesti melaksanakan dan mencapai kesaksamaan pendidikan berkualiti melalui perantaraan bahasa kebangsaan tunggal, kemudahan menyeluruh di semua wilayah, meritokrasi yang terpilih daripada semua golongan dan penyampaian khidmat yang penuh azam serta dedikasi oleh semua pihak;

c. Kami mendesak hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah hingga universiti demi perpaduan bangsa, keutuhan negara dan kemajuan seluruh lapisan masyarakat; perlaksanaan dasar pengajaran selain bahasa kebangsaan akan melemahkan maruah bangsa, menjatuhkan martabat negara dan menanam perpecahan antara kaum dan lapisan masyarakat; segala tindakan berkaitan bahasa kebangsaan mestilah selaras peruntukan semua perundangan negara;

d. Pendidikan bahasa kebangsaan mesti diwajibkan kepada semua warganegara sehingga ke tahap fasih, sambil menggalakkan mereka memperoleh kemahiran bahasa kedua dan pelbagai bidang ilmu; semua anggota tadbiran kerajaan dan masyarakat awam terutama anggota dalam perkhidmatan dan pembuatan (penggubalan) undang-undang mesti diwajibkan menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan fasih demi pencapaian keadilan dalam masyarakat;

e. Kerajaan mesti melaksanakan pendidikan seni serta nilai-nilai kebudayaan kebangsaan dan sejarah serta peradaban bangsa sebagai landasan untuk mencapai kekuatan peribadi, keutuhan jati diri serta ketaatsetiaan terhadap negara dan bangsa;

f. Kerajaan mesti meneliti kembali kurikulum pelajaran kebangsaan untuk meneguhkan pendidikan semasa dan antarabangsa serta jati diri melalui peneguhan pendidikan sastera, budaya, dan bahasa.

RESOLUSI BAHASA, KESUSASTERAAN, DAN KESENIAN
a. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang mesti diperoleh dengan sebaiknya oleh semua lapisan masyarakat demi keutuhan dan dan kesatuan bangsa dan negara;

b. Bahasa Kebangsaan telah membuktikan keupayaannya untuk menjadi perantaraan pendidikan dan pencapaian segala bidang keilmuan serta kemahiran setingginya, bagi semua lapisan masyarakat;

c. Permerolehan bahasa-bahasa lain adalah kemahiran tambahan yang wajar bagi meningkatkan keupayaan bangsa, mendalami sumber keilmuan dan meluaskan hubungan di serata dunia antarabangsa;

d. Dasar bahasa dalam pendidikan mestilah dikembalikan kepada dasar yang berkuat kuasa sebelum 2003 sebagai bahasa pengantar di seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah kepada tahap universiti;

e. Kesusasteraan adalah wahana kemanusiaan yang berbudi tinggi demi pembinaan bangsa yang beradab dan berhemah tinggi serta berjiwa besar oleh itu mata pelajaran Kesusasteraan Melayu mestilah dijadikan mata pelajaran teras dan wajib dalam semua lapisan pendidikan Negara.

f. Kesenian adalah pengucapan dan daya cipta mulia dan tinggi bagi setiap individu dan seluruh bangsa demi pemertabatan maruah dan hemah pada tahap antarabangsa, maka pembinaan dan kemajuan seni mestilah selaras dengan landasan kebudayaan kebangsaan serta dari kekayaan sumbernya di seluruh Alam Melayu dan warisan kemanusiaan global.


Selain dua resolusi di atas, KKM II turut menegaskan kembali prinsip-prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan melalui Resolusi Kebudayaan Nasional, iaitu:
i. kebudayaan kebangsaan mesti berasaskan kebudayaan peribumi di rantau Alam Melayu,
ii.unsur-unsur kebudayaan lain boleh disesuaikan dengan kebudayaan kebangsaan,
iii. Islam adalah unsur utama dalam kebudayaan kebangsaan.

Resolusi ini turut menolak segala gagasan dan tafsiran yang berkait dengan “multiculturalism” sebagai kerangka pemikiran dan pembangunan kebudayaan kebangsaan Malaysia yang akan mengancam dan meruntuhkan seluruh sistem kebudayaan bangsa. KKM II menegaskan kerangka dan pembangunan kebudayaan kebangsaan perlulah berteraskan kebudayaan masyarakat peribumi.

Dalam Resolusi Kenegaraan dan Perlembagaan, KKM II turut meminta semua rakyat menghormati institusi raja dan Perlembagaan negara. Dalam hal ini, KKM II menyeru agar Perlembagaan negara tidak dipinda dengan sewenang-wenang. Penegasan hal ini dinyatakan seperti yang berikut:

b. Kami menegaskan bahawa pelbagai perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah merujuk kepada keutuhan kenegaraan Melayu sebagai teras mulia dan sakral bagi perundangan itu. Maka dengan itu, kami mendesak dan menuntut semua rakyat menghormati semua peruntukan dalam semua undang-undang perlembagaan itu tanpa tafsiran terpilih-pilih dan serong terhadap setiap peruntukannya;

c. Kami menghormati prinsip “pemisahan kuasa” dalam Perlembagaan negara dan yakin terhadap fungsi pemerintahan adil yang tersirat di dalam prinsip itu, maka dengan itu kami juga menuntut agar Perlembagaan tidak dipinda sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan kemuliaan raja, kepentingan rakyat dan hak istimewa Melayu/Bumiputera dan serta hak asasi semua rakyat menjadi lemah dan remeh;

d. Keseimbangan kuasa antara kedaulatan serta kemuliaan raja dan rakyat mestilah sentiasa terpelihara melalui adat-istiadat atau konvensi kenegaraan dan pemerintahan demokrasi yang adil dan penuh tanggungjawab dan beradab; kedua-dua pihak ini adalah pengimbang wajar terhadap kemutlakan kuasa masing-masing demi kewujudan seluruh bangsa;



KKM II juga “menuntut segala bentuk peruntukan perundangan yang meremehkan dan menjatuhkan kemuliaan raja sebagai puncak pemerintah negara dan negeri-negeri mestilah dipinda dan ditarik balik”. Hal ini mengingatkan kita terhadap pindaan Perlembagaan yang dibuat pada tahun 1993 ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja Melayu hangat diperkatakan pada ketika itu. Hasil daripada pindaan tersebut, instusi raja telah hilang kekebalannya dan bermula dari situ tercetuslah pelbagai episod yang mencemarkan institusi tersebut. Selain itu, Resolusi Sistem Politik turut meminta “keluhuran Perlembagaan dan dasar-dasar utama negara yakni dasar pendidikan, dasar kebudayaan, Rukunegara dan dasar bahasa kebangsaan dikembalikan sebagai asas tindakan semasa”.

Hakikatnya, resolusi yang telah dimaktubkan oleh kongres ini tidak membawa apa-apa erti tanpa keinginan politik pihak yang mempunyai kuasa untuk melaksanakannya. Resolusi hanya tinggal resolusi tanpa pelaksanaan. Sebagai rakyat yang yakin bahawa bahasa Melayu itu “tak lekang di panas, tak lapuk di hujan” sifatnya, kita berharap agar dasar-dasar yang akan mengganggu gugat perkembangan bahasa itu dapat dihapuskan demi kelangsungan bahasa yang telah bertapak di bumi Nusantara sejak zaman-berzaman. Begitu juga halnya dengan perkara-perkara lain yang dibangkitkan dalam kongres tersebut yang sememangnya perlu dipertahankan demi keharmonian yang telah terjalin sejak sekian lama.

Khamis, 12 Mac 2009

ASAS KEBIMBANGAN PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH” OLEH PENGANUT AGAMA LAIN

Tiba-tiba heboh satu Malaysia apabila pihak akhbar Herald- The Catholic Weekly bertegas ingin menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan akhbar tersebut. Polemik ini telah mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak terutamanya daripada kalangan orang Islam di negara ini. Walau bagaimanapun, keputusan Kabinet baru-baru ini untuk mengekalkan larangan penggunaan kalimah tersebut sedikit banyak melegakan hati dan emosi umat Islam di negara ini. Biarpun kes ini masih lagi dibicarakan di mahkamah, namun kita berharap hakim yang mengadilinya akan mempertimbangkan kes tersebut daripada pelbagai sudut sebelum membuat keputusan. Keputusan yang dibuat juga perlu mengambil kira sensitiviti umat Islam dan suasana harmoni yang telah wujud sejak sekian lama di negara ini. Yang menjadi tanda tanya ialah motif di balik isu penggunaan kalimah “Allah” itu sendiri. Apakah tujuan sebenar akhbar tersebut ingin menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan akhbar mereka? Mengapakah pihak akhbar ini sanggup mencetuskan kebimbangan umat Islam di negara ini apabila bertegas untuk meneruskan penggunaan kalimah “Allah” dalam akhbar tersebut?

Salah satu alasan yang diberikan oleh pihak akhbar tersebut sehingga sanggup mencabar larangan tersebut ke mahkamah ialah perkataan “Allah“ itu merujuk kepada “Tuhan” dalam bahasa Malaysia. Walhal mengikut terjemahan yang sepatutnya perkataan “God” itu diterjemahkan sebagai “Tuhan” dalam bahasa Malaysia dan bukan “Allah” seperti yang ditekankan oleh mereka. Hakikatnya, kalimah “Allah”, “Solat”, “Baitullah”, dan “Kaabah” itu bukanlah perkataan yang berasal daripada bahasa Malaysia tetapi perkataan yang dipinjam/diambil daripada bahasa Arab. Apabila kerajaan menghalang penggunaan kalimah tersebut, timbul suara-suara yang mengatakan tindakan tersebut menghalang penyuburan bahasa Malaysia di negara ini. Timbul juga suara-suara yang mengatakan bahawa tindakan itu sebagai tidak adil dan melanggar hak asasi agama lain. Wajarkah perkara-perkara itu dijadikan sebagai alasan untuk menghalalkan penggunaan kalimah tersebut?

Polemik ini juga telah mencetuskan dua pendapat dalam kalangan umat Islam di negara ini. Ada umat Islam di negara ini yang bersetuju kalimah “Allah” itu dibenarkan penggunaannya oleh penganut agama lain. Ada juga umat Islam yang membantah penggunaan kalimah tersebut oleh penganut agama lain. Bagi pihak yang bersetuju penggunaan kalimah “Allah” oleh agama lain berpendapat bahawa tindakan itu sebagai suatu langkah untuk berdakwah kepada penganut agama lain. Memanglah realitinya, Allah itu menurut agama Islam adalah pencipta dan Tuhan kepada seluruh umat manusia. Bagi mereka lebih baik kita berusaha meningkatkan iman dan menjaga akidah umat Islam daripada berebut penggunaan kalimah “Allah”. Bagi yang membantah penggunaan kalimah tersebut pula berpendapat bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif bagi umat Islam. Mereka bimbang kebenaran penggunaan kalimah tersebut akan mencetuskan kekeliruan terutamanya kepada umat Islam yang cetek ilmu agamanya. Mereka turut berhujah bahawa kalimah “Allah” tidak pernah disebut atau dinyatakan dalam Bible. Mengapakah pula tiba-tiba orang Kristian ingin menggunakan kalimah “Allah” dalam penerbitan mereka?

Bagi penulis, perkara yang dibimbangi ialah penggunaan kalimah “Allah” akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam. Salah satu kekeliruan yang dimaksudkan itu dapat dilihat melalui lirik lagu nyanyian Agnes Monica, penyanyi yang beragama Kristian dari Indonesia. Cuba perhatikan lirik lagu di bawah ini dengan teliti:

Allah Peduli (Agnes Monica)
Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah peduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku mengerti


Penggunaan kalimah “Allah” dalam lirik lagu di atas terang-terang merujuk kepada Tuhan Bapa dalam agama Kristian, bukannya “Allah” seperti yang disembah oleh umat Islam. Bagi yang jahil tentang perihal agama akan mudah terpengaruh oleh lirik lagu tersebut dan beranggapan bahawa “Allah” dalam lirik lagu tersebut adalah sama dengan “Allah” dalam agama Islam. Bayangkan lagu bermesejkan ketuhanan bagi orang Kristian ini meniti di bibir remaja-remaja Islam. Bayangkan juga apabila lebih banyak lagu “nasyid” bagi agama Kristian ini diterbitkan di negara ini dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja. Oleh itu, kebimbangan kalimah “Allah” nanti akan digunakan sebagai senjata untuk memurtadkan lebih banyak umat Islam di negara ini adalah suatu yang berasas.

Kita bimbang apabila timbul hujah/pandangan bahawa Tuhan bagi agama Kristian dan Islam adalah sama, maka tidak salah bagi umat Islam menganut agama Kristian. Sedangkan perbuatan itu boleh menjadikan umat Islam murtad dan boleh dikenakan hukuman yang berat jika enggan bertaubat. Dalam Islam telah termaktub larangan/hukum untuk keluar daripada agama tersebut. Tanpa menyertakan sebarang petikan, hal ini turut ditegaskan oleh beberapa hadis dan ayat-ayat dalam al Quran. Sebagai umat Islam kita mengalu-alukan semua umat manusia menerima Islam sebagai agama yang benar dan menerima Allah sebagai Tuhan yang mencipta alam ini, sebagai Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan yang tidak beranak dan tidak diperanakkan. -DCM

,

AGENDA MEMURTADKAN ORANG ISLAM?

Beberapa hari yang lalu saya mendapat sebuah e-mel yang kandungannya begitu mengejutkan. Menurut penulis e-mel tersebut, kini terdapat usaha untuk menarik orang Islam untuk menganuti agama Kristian melalui pengedaran buku yang telah diselewengkan kandungannya. Perhatikan gambar-gambar di bawah ini. Perkataan yang sepatutnya ditulis dengan nama Nabi Muhammad SAW telah ditukarkan kepada Jesus AS. bayangkan jika penggunaan nama Allah yang sedang hangat diperkatakan dibenarkan penggunaannya oleh agama lain.




,

Sabtu, 7 Mac 2009

PENJELASAN YAB DATO' SERI NIZAR TENTANG ISU BONEKA DAP DAN PEMBERIAN TANAH

Apabila berbicara tentang isu Perak, kebanyakan blogger pro-UMNO akan memperkatakan isu penderhakaan YAB Dato’ Seri Nizar terhadap Sultan Perak, isu ketidaksahan Sidang Bawah Pokok, isu YAB Nizar sebagai “puppet” kepada DAP, dan sebagainya. Justeru, selepas melayari beberapa blog dan laman sesawang yang dikendalikan oleh anak Perak, maka saya menemukan beberapa fakta yang dapat menafikan tohmahan blogger pro-UMNO tentang YAB Nizar sebagai puppet DAP. Hal ini dijelaskan sendiri oleh YAB Nizar seperti yang dikemukakan oleh Mat Saman Kati. Fakta yang dikemukakan di bawah ini turut disiarkan dalam blog Tulang Besi, Tranungkite, dan beberapa blog yang lain. Semoga apa-apa yang dikemukakan dapat dijadikan ikhtibar dan mendedahkan siapa pengkhianat kepada bangsa sendiri.

Assalamualaikum…
Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke, dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.
Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.
Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.

Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.
Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.
Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan sahabat mengenai “gadai tanah” kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.

Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:
1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
2. 5,000 ekar di Bruas
3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor
5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12. Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar. Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya. Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!

Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat “kecerdikan ” pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu.Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).”


SUMBER: PerakEkspress.com (http://bloggersnetworkmalaysia.com/?p=604)

, ,

Rabu, 4 Mac 2009

DAP LEBIH MEMAHAMI ISLAM?

"UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya.

Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah.

BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.

Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka.

Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya. Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa.

Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya.

Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.

MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam.

Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.

Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.

Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya.

Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu. Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar.

Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan.

Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak. DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita.

Permohonan-permohon an untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.

Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang."


Diambil dari blog Ust Misbahul Munir- http://misabah.blogspot.com
SU Politik MB Dato' Seri Ir Haji Nizar Jamaludin

Selasa, 3 Mac 2009

SIDANG DUN PERAK DI BAWAH POKOK- HARI INI DALAM SEJARAH

Dalam sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok di kawasan letak kereta berhampiran bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh, wakil rakyat Pakatan meluluskan usul menyokong Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar serta meluluskan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Sementara itu, Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Ipoh, Ridwan Ibrahim memberitahu peguam Speaker DUN V Sivakumar bahawa mereka tidak boleh mewakilinya dan sepatutnya diwakili oleh penasihat undang-undang negeri.

Di bawah rentetan peristiwa yang berlaku hari ini:

11.20am Barisan peguam Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengadakan sidang media di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Mereka memaklumkan satu permohonan injunksi difailkan jam 8.30 pagi tadi bagi menghalang sebarang persidangan DUN yang tidak sah seperti dirancang Pakatan Rakyat.

Permohonan itu akan didengar jam 2.30 petang ini. Peguam-peguam itu berkata, Speaker harus diwakili oleh penasihat undang-undang negeri Perak.
10.57am: Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin juga menggesa rakyat supaya bertenang dan mematuhi undang-undang.

Beliau meminta mereka tidak mengikut tindak tanduk golongan yang didakwanya menghalangnya dan wakil rakyat Pakatan yang lain daripada memasuki DUN awal pagi ini.
10.53am: Pengerusi DAP Perak dan exco kanan, Datuk Ngeh Koo Ham juga berkata Speaker akan mengambil tindakan menghina dewan terhadap polis dan setiausaha kerajaan negeri.
10.50am: Ngeh berkata, hari ini adalah hari yang paling sedih dan menuju ke arah sebuah negara polis.
10.49am Nizar berkata beliau akan cuba untuk menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan kepada baginda mengenai keputusan sidang tergempar DUN Perak pagi ini.

Katanya, sidang tersebut diadakan mengikut peraturan.

10.46am Nizar memberitahu sidang akhbar bahawa sidang tergempar diadakan di bawah pokok kerana wujud keperluan berbuat demikian setelah mereka dihalang memasuki DUN dan pihaknya telah memenuhi tanggungjawab mereka berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Speaker.

10.35am Di Mahkamah Tinggi Ipoh, Tommy Thomas, peguam yang mewakil Speaker memberitahu sidang akhbar bahawa hakim telah memutuskan bahawa peguam persendirian tidak boleh mewakili Sivakumar.

Berikutan itu, Thomas dan peguam lain telah menarik diri daripada mewakili Speaker. Peguam itu berkata, beliau menunggu arahan daripada Sivakumar mengenai tindakan selanjutnya.

10.30am Sidang tergempar DUN ditangguhkan. Speaker akan mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP sebentar lagi.

10.25am Usul kedua - membubarkan DUN - diluluskan dengan sebulat suara.

10.23am Usul pertama yang dibentangkan sebentar tadi - menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.

10.18am Speaker DUN memulakan bicara dengan meminta semua yang memerhatikan perjalanan sidang itu diam sebagai tanda hormat.

10.15am Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan diadakan juga dekat Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah bangunan tersebut - yang menempatkan dewan itu - ditutup.

Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk Nizar hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi.

Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut. Sidang bersejarah DUN dibuka dengan bacaan doa, sambil diperhatikan kira-kira 300 penyokong.

10.01am Nizar dan para wakil rakyat Pakatan - yang asalnya berdegil ingin meneruskan sidang tergempar seperti dirancang Jumaat lepas - meninggalkan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Mereka bergerak ke tempat letak kereta, kira-kira 50 meter dari pintu masuk tersebut, untuk mesyuarat ringkas. Speaker DUN V Sivakumar turut kelihatan.

Kumpulan kira-kira 200 penyokong Pakatan tidak berganjak.

9.45am Ketua polis daerah Ipoh, Azisman Alias enggan berunding dengan kumpulan wakil-wakil rakyat Pakatan, dengan menyatakan tiada sesiapa dibenarkan masuk.

Polis mengundurkan wakil-wakil rakyat dari pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN. Suasana kelam-kabut.

Lebih kurang 200 orang, kebanyakannya penyokong Pakatan, berkumpul.

9.35am Sekumpulan 30 orang cuba menghalang laluan menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan rombongan wakil rakyatnya ke pintu masuk utama.

Tiada campur tangan polis dan Nizar bersama rombongannya melepasi sekatan tersebut.

9.30am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan wakil-wakil rakyat Pakatan tiba di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan.

9.21am Polis dan sebuah trak FRU menutup pintu utama bangunan sekretariat kerajaan negeri. Wakil rakyat Pakatan dijangka cuba masuk ke dalam bangunan untuk ke DUN melalui pintu tersebut.

9.20am Orang ramai daripada pelbagai kaum yang berhimpun di bangunan sekretariat semakin bertambah dan kini mencecah 100 orang.

9.15am Wakil-wakil rakyat Pakatan, yang sebelum ini berhimpun di sebuah hotel berhampiran, kini dalam perjalanan ke bangunan sekretariat.

9.10am Peguam kedua-dua belah pihak berada di bangunan mahkamah.

9.00am Kira-kira 40 anggota FRU ditempatkan di pintu belakang bangunan sekretariat. Ada antara anggota tersebut bersenjatakan rifel dan pelancar gas pemedih mata.
8.50am Kira-kira 50 orang berhimpun di pintu belakang bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. Tiada sebarang tanda akan berlaku kejadian tidak diingini.

8.30am Polis mengadakan sekatan jalanraya sejak semalam di sepanjang jalan utama menuju ke bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. Kenderaan tidak dibenarkan melaluinya.

Lebih 100 anggota polis berkawal di bangunan sekretariat kerajaan negeri. Ramai wartawan berkumpul di situ untuk membuat liputan.

8.15am Pintu utama bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak di Ipoh ditutup, dan tiada sesiapapun di benarkan masuk ke bangunan itu.

Ramai anggota polis diletakkan berkawal di bangunan berkenaan.

Polis juga menutup jalan belakang ke bangunan berkenaan. Trak-trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trak meriam air kelihatan di situ.

Semalam, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkeflil Abdullah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berhimpun di bangunan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat merancang berhimpun di pintu masuk bangunan sekretariat kerajaan negeri menjelang jam 10 pagi sebelum masuk ke DUN yang terletak di tingkat dua bangunan tersebut untuk mengadakan sidang tergempar.

Sementara itu, saman Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang difailkan terhadap Speaker semalam dijangka didengar jam 9 pagi ini di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Sumber: www.malaysiakini.com

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH