"Kerajaan Perpaduan": YES, "Kerjasama": NO?
Seperti yang dijangka, selepas berakhirnya pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, isu "Kerajaan Perpaduan" timbul semula. Kali ini Tuan Presiden, Datuk Seri Hadi Awang menyatakan keyakinannya bahawa ahli parti tersebut akan menerima idea itu suatu hari nanti. Isu ini pernah hangat diperkatakan sebelum ini seiring dengan isu muzakarah aka muqabalah antara PAS dengan UMNO. Selepas dibidas oleh pelbagai pihak termasuk oleh TG Nik Aziz, kedua-dua isu tersebut "sejuk" seketika sebelum kembali hangat sehari dua ini. Dari jauh kedengaranlah pula sahut-sahutan pemimpin parti PAS dan UMNO yang menyokong idea tersebut.
Ironi aka pelik apabila masih ada perbendaharaan kata "perpaduan" dalam kamus minda segelintir pemimpin PAS selepas tingkah laku biadap UMNO merampas kerajaan yang turut meletakkan pemimpin PAS sebagai pemimpin utama di negeri tersebut. Bagaimana pula dengan luka parah di hati rakyat Kelantan yang selama ini sudah jenuh dianaktirikan oleh kerajaan BN? Bagaimana pula debaran rakyat di negeri-negeri yang di perintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat selepas PRU ke-12 yang lalu? Adakah mereka juga menerima nasib yang sama?
Dalam hal ini, bukan soal menolak "perpaduan" yang dimaksudkan, namun "perpaduan" yang dimaksudkan itu tampaknya hanya indah di sebelah pihak sahaja. Lebih janggal dan menimbulkan tanda tanya ialah "perpaduan" yang dicanang-canangkan itu ketika UMNO kini sedang nazak dan cuba bangkit demi kelangsungan parti tersebut dalam arena politik tanah air. Jika benar UMNO ikhlas untuk "perpaduan", maka sudah lama parti itu dibubarkan kerana jelas PAS yang menjadi parti alternatif kepada orang Melayu lebih jelas hala tujunya untuk kepentingan bangsa dan sudah pastinya untuk agama. Yang dibimbangi ialah "perpaduan" dicanang-canangkan ini hanya digunakan sebagai senjata untuk merapuhkan kekuatan Pakatan Rakyat tatkala rakyat kini cenderung menyokong mereka dan akhirnya menguatkan BN untuk terus berkuasa pada masa akan datang. Atau saya ini sememangnya amat-amat jahil dalam menilai strategi atau "udang di balik mi" yang cuba dilaksanakan oleh Tuan Presiden demi kebaikan PAS dan Pakatan Rakyat pada masa akan datang. Jika benar, saya ternanti-nanti saat tersebut.
Berbalik kepada kenyataan Tuan Presiden baru-baru ini tentang Kerajaan Perpaduan yang cuba direalisasikan olehnya. Dalam laporan media tersebut, beliau menyatakan bahawa: ""It's too early...we have to accept the fact that something that is rejected today may not be rejected forever. The time will come",he told reporters after visiting the exhibition booths at the ongoing PAS general assembly at the Malawati Stadium here today.
Abdul Hadi said the concept and objective of the unity government had yet to be clarified as the details were not made available to members of the media.
"There is so much more that needs to be explained," he said."-Lanjut di sini.
Kenyataan Tuan Presiden itu pula disambut dan disahut senada oleh Nasharuddin Mat Isa dan Mukhriz Mahathir seperti yang dilaporkan oleh media di bawah ini. Nasharuddin dalam kenyataannya menegaskan bahawa "Tidak timbul langsung soal kerjasama dengan Umno tetapi rundingan itu adalah untuk kepentingan negara". Yang menjadi persoalan,"Kerajaan Perpaduan" yang dimaksudkan itu bukankah suatu bentuk "kerjasama". BAGAIMANA boleh terbentuknya "Kerajaan Perpaduan" jika tiada KERJASAMA? Nasharuddin sebelum berlangsungnya pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS ada menegaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO (lanjut di sini). Oleh sebab itu, saya bersetuju benar dengan kenyataan Tuan Presiden bahawa "There is so much more that needs to be explained," kerana orang biasa macam saya memang tidak faham tentang "Kerajaan Perpaduan" ini serta keperluan untuk berbuat demikian dengan UMNO seperti juga saya tidak faham bagaimana terbentuknya kerajaan tersebut tanpa "kerjasama" seperti yang didakwa oleh Nasharuddin Mat Isa.
Nasharuddin menyatakan sokongannya terhadap idea Tuan Presiden itu melalui laporan: "PAS tidak pernah menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak sama ada parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO), kata Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa.
"Apa yang disebut oleh presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), kita tidak pernah menutup pintu rundingan dengan parti politik dan NGO.
Katanya, apabila rundingan tersebut membabitkan, ia tidak bermakna PAS akan mengadakan kerjasama dengan Umno.
Sebaliknya, kata beliau, rundingan itu adalah untuk kepentingan negara.
"Tidak timbul langsung soal kerjasama dengan Umno tetapi rundingan itu adalah untuk kepentingan negara," katanya dalam sidang media di muktamar PAS di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini." Lanjut di sini.
Sahutan senada dan seirama itu pula disambut dengan mesra oleh Mukhriz Mahathir apabila menyatakan bahawa ""Kebelakangan ini kita dilihat tak ubah seperti negara jiran di utara dan selatan kerana kita selalu tuduh menuduh dalam politik serta membangkitkan isu remeh temeh, kelebihan kita tak wujud lagi...ramai pelabur beralih melabur ke Laos dan Vietnam dan negara lain, ini merugikan kita.
"Itu sebabnya kerajaan perpaduan kalau dibincangkan secara ikhlas oleh semua pihak maka ia boleh membantu pertumbuhan ekonomi dan semua orang dapat hidup senang walaupun dalam krisis ekonomi dunia, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis bersama industri Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini yang dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau yakin idea bagi mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno yang dicadangkannya sebelum ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang jika semua pihak memahami hasrat penubuhannya." Lanjut di sini.
Melengkapkan lagi sahutan itu, PM hari ini turut menyentuh tentang kenyataan Tuan Presiden Pas berhubung dengan idea Kerajaan Perpaduan ini dengan menyatakan bahawa, "Saya berterima kasih kepada Presiden PAS Datuk Seri Hadi (Awang) yang telah mengutarakan kerajaan perpaduan. Tetapi saya tidak tahu lagi apa yang dimaksudkan, jadi saya bersikap terbuka dalam hal ini.
"Terpulang kepada pihak Datuk (Seri) Hadi untuk menggambarkan apa yang dimaksudkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Progresif Rakyat (PPP) ke-56 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini." Lanjut di sini.
Sebaliknya, TG Nik Aziz pula tetap menolak sekeras-kerasnya idea itu dan berpegang pada pendiriannya, iaitu PAS tidak sepatutnya mengadakan kerjasama dengan UMNO dan menegaskan bahawa sesiapa yang bercakap untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO seolah-olah menafikan "kekejaman" UMNO terhadap kerajaan PAS di Kelantan selama ini. PKR dan DAP turut mempertikaikan kenyataan Presiden PAS itu dan menganggap isu "Kerajaan Perpaduan" tidak pernah dipersetujui oleh pemimpin Pakatan Rakyat selama ini.
TG Nik Aziz menegaskan bahawa "“There is no need to talk to Umno about all this unity government nonsense, it is rubbish,” he told the 5,000 strong attendees who cheered upon hearing the statement.
“Those who speak of co-operation with Umno are definitely oblivious to its cruelty and we in Kelantan know this,”Lanjut di sini.
Laporan Malaysia Kini turut menggambarkan rasa kurang senang pimpinan pemimpin daripada PKR dan DAP berhubung dengan idea itu. Laporan tersebut menyatakan bahawa " Sehari selepas DAP mempertikaikan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pakatan Rakyat memberi "reaksi positif" terhadap penubuhan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional, PKR - satu lagi rakan PAS dalam Pakatan - pula menafikan perkara itu.
Timbalan Presidennya, Syed Husin Ali berkata Pakatan Rakyat tidak pernah bersetuju dengan kerajaan perpaduan yang membabitkan Umno.
Beliau berkata, setahunya, majlis kepimpinan Pakatan - yang turut dianggotainya - tidak pernah memberi persetujuan terhadap idea tersebut.
Malah, katanya, majlis tersebut tidak pernah membincangkannya secara mendalam, walaupun beberapa bulan lalu, Abdul Hadi ada memberi penjelasan apabila ia dibangkitkan dalam mesyuarat majlis tersebut." Lanjut di sini.
TEPUK DADA, TANYA SELERA!
Agaknya apa masalah orang dalam PAS yang sibuk sangat nak berpadu nak bersatu, nak tidur sebantal dengan umNO, dah banyak sepak terajang dan hinaan umNO terhadap PAS tapi pemimpin PAS (beberapa kerat) yang tak sedar diri masih dilihat macam orang gila talak.
Comment by Tuk Ketuo @ Ahad, Jun 07, 2009 8:45:00 PTGAgaknya ada habuan besar kot atau pun tender tender yang bakal menjadikan kaki gila talak nih kaya raya, tak rugi kalau tak rapat dengan umNO yang memang terang terang takda niat nak jaga agama yang kita sayangi ni.
Jangan la termakan dakyah kononya berdosa sangat kalau tak jalinkan hubungan dengan umNo
suruh umNo tu berubah dulu jaga agama ni macam jaga nyawa diorang baru boleh cakap banyak...
Amaran kepada kaki gila talak dalam PAS kalau tak nak hilang penyokong buat la kerja tak senonoh.Buek lotih den sokong PAS
Aku xfaham isu Kerajaan Perpaduan PAS seperti mana aku xfaham isu Agenda Melayu UMNO..
Comment by Joe Labu @ Isnin, Jun 08, 2009 12:24:00 PGSemua orang cakap pasal benda nie, tapi takat tu je la.. Xde huraian, xde penerangan.. Nak suruh rakyat ikut membabi buta.. Ingat kami ni apa? Xde otak..
Teman-teman, hayatilah bait kata2 ini.
Comment by anirun nami @ Isnin, Jun 08, 2009 2:22:00 PTGTIDAK ADA ANGIN YG MEMIHAK KPD KAPAL YG TIDAK ADA PELABUHAN UNTUK DITUJU. SEBALIKNYA, DUNIA AKAN MENYEDIAKAN JALAN KPD ORG YG MEMPUNYAI TUJUAN DLM HIDUPNYA. TANPA PANDUAN WAHYU, MANUSIA AKAN SIBUK MENCARI. NAMUN, MENCARI SESUATU YG MRK SENDIRI TIDAK PASTI (kerajaan perpaduan????), APAKAH MUNGKIN DITEMUI??
Wahai puak2 ala-NASHA...(nobody's perfect, we really don't know what's inside their heart & intentions. Only GOD knows!! Hopefully, tiada yg menyimpang dr prjuangan asal) juga unt kita semua yg terkadang kala ALPA & LAGHA (tmasuk diri ini)...
Istiqamahlah dgn pegangan terdahulu, menjadikan ISLAM sbg suatu elemen yg paling penting melebihi segala-galanya dlm perjuangan. ISLAM sbg asas & WAY of LIFE. Jgn ambil endah pandangan & ide-ide busuk (barua umNo) yg sentiasa mengintai dan 'take for granted' atas KEALPAAN kita. Jahilah mrk yg tiada SELF-ESTEEM serta HABLUM MINALLAH WA HABLUM MINANNAS, yg sumenya 100% zero.
Ingatlah!! Jgnla sesekali mendabik dada dgn kedudukan & pangkat 'sementara' yg dimiliki. Semuanya adalah harta ALLAH yg dipinjamkan.
Jadikanlah TUAN GURU sbg IMAM yg utama. Ber'taklid'lah dengannya yang terkenal dgn kewarakan dan ketokohannya dlm meperjuangkan ISLAM. Inilah yg baru dikatakan PEJUANG/REFORMIS ISLAM yg jitu dan unggul. Yg mulia TG NAANM yg sentiasa BERISTIQAMAH dgn TALI ALLAH & berjiwa KENTAL dlm menepis anasir-anasir 'bobrok' dan jahat..dr dulu, kini, dan selamanya!
Wallahua'lam. ADIOUS!!