PERPADUAN TG NIK AZIZ DENGAN NASHARUDIN MAT ISA
Foto-BERNAMA
Mursyidul Am PAS, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan yang dilemparkannya terhadap Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berhubung dengan idea Kerajaan Perpaduan.
Nik Aziz:
"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di Pejabat Agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.
Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.
Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.
Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi.”
Nasharudin:
"Hubungan kami baik dan segalanya sudah selesai...itu sahaja, tiada lagi komen."
Walaupun pada zahirnya, isu ini dianggap selesai, namun hakikatnya PAS perlu bertindak segera untuk merapatkan semula hubungan pimpinan dan ahli yang terjejas sebagai akibat isu Kerajaan Perpaduan yang ditimbulkan baru-baru ini. Biarpun di muka terserlah senyuman, namun di dalam hati siapa yang tahu. Semoga isu ini menjadi pengajaran kepada pemimpin PAS agar tidak mudah terpengaruh oleh "gula-gula sintetik" politik tanah air.
Berita Berkaitan:
* Nasha bersemuka Nik Aziz petang ini
Memang dalam hati hanya Allah yang tahu, kalau kita manusia tahu apa di dalam hati, tak payah letak hati di dalam. Letak aje hati di tepi lengan.
Comment by geraugebang @ Selasa, Jun 23, 2009 12:53:00 PTGAssalamu'alaikum,
Comment by Tanpa Nama @ Selasa, Jun 23, 2009 9:37:00 PTGTrm kasih krn menjadikan blog ibnuyaacob.com sbg pautan pilihan. Blog anda telah dipautkan pd blog kami.
-Abd Aziz Atiqullah (admin)