PROF DIRAJA UNGKU AZIZ: LAKSANA PPSMI SUATU "TINDAKAN GILA"
Prof Diraja Ungku Aziz dalam ucapannya dalam kolokium mengenai PPSMI di Shah Alam pagi tadi menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik.
"Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional.
"Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya.
Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu.
"Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila.
"Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.
Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini.
"Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali. Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja.
"Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu. Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya...lanjut di sini.
ACt tak salah nak melaksanakan pembelajaran Sains dan Matematik dlm bahasa Inggeris...cuma kajilah dulu dari segi pelaksanaannya, sesuai atau tidak bagi budak yg baru nak belajar membaca dan mengeja, bru nk kenal nombor, dan bak kata orag baru nak 'mengenal' dunia.
Comment by anirun nami @ Sabtu, Julai 04, 2009 9:47:00 PGBg sy la...pembelajaran ini sesuai unt dlaksanakan dalam kalangan pelajar yang berumur 10 tahun ke atas(maksudnya bermula dr TAHAP 2, pelajar mula mempelajari SAins dan Matematik dalam bahasa Inggeris)
Tapi bak kata KERAJAAn..."bahasa Melayu tidak dapat memajukan diri, bangsa, dan negara"...
dan yg paling penting KERAJAAn la yg MEMUTUSKAN suatu perkara...
jadi...APO NAK DI KATO.....
salam
Comment by FIRDAUS @ Selasa, Julai 14, 2009 1:11:00 PTGmaaf kerana munkin soalan saya ini keluar dari topic.
bagaimana caranya untuk cara berhubung terus dengan Y.Bhg Prof Diraja untuk menjemput memeberi talk di institusi kami.
sehubunggan itu kami berharap jasa baik agar kami boleh mendapatkan no person incharge @ persoanal assistant.
kami dahului dengan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan
terima kasih
Muhamad Firdaus Ab Rahman
salam,
Comment by Unknown @ Selasa, Julai 14, 2009 1:44:00 PTGMaafkan saya Firdaus, saya pun tidak tahu bagaimana menghubungi terus Pak Ungku. Mungkin ada pembaca lain yang dapat membantu.