Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Jumaat, 13 Ogos 2010

Isu Bazar Ramadan Komtar: Guan Eng Timbang Saman Utusan, KMA "Tibai" Sewa Peniaga!?


Kes kutip duit, tidak bayar, provokasi peniaga, laporkan dalam media cetak & elektronik, provokasi kaum tertentu, mengharapkan orang di ceruk-ceruk kampung percaya, mencetuskan kebencian, mengharapkan kebencian itu menjadi alat untuk menawan negeri itu dalam PRU 13. MEMANG JAHAT! Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Lim Guan Eng memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kumpulan Utusan kerana mendakwa menyiarkan berita fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu mahu mengharamkan Bazar Ramadan di Komtar.

Sehubungan itu, Lim telah meminta peguam Karpal Singh mempertimbangkan tindakan saman ke atas Utusan Malaysia.

“Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah miminta peguamnya, Karpal Singh mempertimbangkan sama ada tindakan saman boleh diambil ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita fitnah ke atas Ketua Menteri (kononnya) telah mengharamkan Bazaar Ramadan di Komtar.

“Peguam beliau akan mengkaji laporan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia mulai 7 hingga 11 Ogos 2010, yang menyiarkan berita palsu menyemarakkan sentimen perkauman dengan menyatakan Ketua Menteri menindas peniaga Melayu dengan menghalang bazar ramadan,” kata Setiausaha Akhbar Lim, Cheong Yin Fan dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Bazar Ramadan di Komtar terus dibenarkan, katanya.

Hanya pengelola, Naib Pengerusi Persatuan Perniagaan Komtar (KMA) Mohamad Ghani Abdul Jiman dilarang masukkan gerai kerana tidak bayar sewa kepada Penang Development Corporation (PDC), pengurus Komtar. Mana boleh masukkan gerai tanpa membayar wang sewa?"

Yang lebih teruk lagi ialah pengelola telah pun kutip wang daripada peniaga tetapi tidak serahkan kepada PDC sehingga hari ini,” katanya.

Setiausaha akhbar itu berkata, demi menutup kegagalan KMA bayar wang sewa yang telah pun dikutip daripada peniaga kepada PDC, satu isu perkauman telah dicetuskan bahawa Bazar Ramadan dihalang dan peniaga Melayu ditindas.

Sehingga sekarang tidak ada satu sen pun dibayar kepada PDC.

Kata beliau, ini bukan kali pertama akhbar berkenaan menyiarkan berita “bohong bulat-bulat bahawa Ketua Menteri menindas orang Melayu.”

“Pada mulanya Ketua Menteri tidak ingin membuat saman kerana rasa ini adalah politik benci dan ganas oleh mereka yang anti-Pakatan Rakyat.

“Akan  tetapi kerana ia diulang-ulangi, maka langkah ini terpaksa diambil untuk mendedahkan kepada orang ramai tipu muslihat dan niat jahat Utusan Malaysia,” katanya.

Kata beliau, Ketua Menteri sedia menerima cabaran Ghani dengan tabah hati dan keyakinan serta anggapnya sebagai suatu ujian daripada Tuhan untuk melawan kemungkaran dan fitnah.

“Ini adalah kerana kerajaan negeri yakin rakyat dapat bezakan di antara benar dan salah, hak dan batil, antara maaruf dan mungkar,” katanya lagi.

Kelmarin, Ghani mencabar Lim untuk membuat laporan polis terhadapnya atas kesalahan pelanggaran kepercayaan — dan pertaruhkan jawatan masing-masing.

Ghani berkata beliau mahu polis melakukan siasatan menyeluruh terhadapnya sambil menawarkan diri untuk melepaskan jawatan sebagai naib pengerusi KMA jika terbukti bersalah atas tuduhan itu.

“Tapi jika saya tidak bersalah, saya mahu Lim Guan Eng letak jawatan,” kata Ghani.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH