Kerajaan BN Beri Kroni Subsidi RM40 Bilion Setahun, Subsidi untuk Rakyat Hanya RM1.2 Bilion
Itulah makna sebenar "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Saya petik:
[SK] SHAH ALAM 9 Ogos - Edisi kelima tidak berkala akhbar rasmi KEADILAN bertajuk 'Berita Keadilan' kini berada di pasaran dan diedarkan ke seluruh negara mulai hari ini.
Akhbar ini menyusul selepas empat terbitan tidak berkala oleh Angkatan Muda KEADILAN - Keadilan, Obor Keadilan, Sinar Keadilan dan Utusan Keadilan.
Siri tidak berkala ini bagi mengganti lidah rasmi parti, Suara Keadilan yang digantung permit penerbitannya sejak 30 Jun lalu apabila tempoh sahlakunya tamat.
Sehingga kini Kementerian Dalam Negeri mengambil sikap membisu termasuk Menteri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung sama ada pihak kementerian akan memperbaharuinya atau terus menggantung.
Berita Keadilan memaparkan "Subsidi RM40 Bilion Untuk Kroni" sebagai tajuk utama yang menghiasi dada akhbar tersebut.
Artikel tersebut membawa pendedahan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional memberi subsidi berjumlah RM40 bilion setahun kepada syarikat kroni sementara subsidi kepada rakyat hanya RM1.2 bilion.Turut mendapat ruang di muka depan akhbar itu ialah isu dakwaan penyelewengan dan kepincangan dalam pengurusan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) yang turut mengalami nasib yang sama seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Muka depan juga merujuk kepada kenyataan tokoh veteran Umno dan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyelar sikap pemimpin Umno yang mengamalkan sikap suka menipu, songlap wang rakyat sehingga menjadi teras budaya politik parti itu.
Di muka muka Berita Keadilan pula dipaparkan pendapat beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti mengejut tatkala rakyat berdepan dengan kenaikan harga barangan dan subsidi yang dipotong tanpa dibahaskan di Dewan Rakyat....
Dapatkan "BERITA KEADILAN" untuk laporan penuh tentang cerita kroni serta laporan lain yang tidak mungkin anda baca di akhbar arus perdana!


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.