Skandal Peterporn: Cut Tari "Terlalu Sedih" Apabila Ariel Mengaku Tiada Perasaan Terhadapnya
![]() |
| Foto: ANTARA |
Peguam Cut, Hotman Paris Hutapea memberitahu wartawan bahawa pihak polis telah memainkan video yang yang memaparkan aksi Ariel dengan Cut di hadapan kedua-dua selebriti itu.
Kata Hotman, "Video itu dimainkan dan pihak polis bertanya Ariel 'Adakah lelaki itu adalah kamu atau sebaliknya?' tetapi Ariel enggan mengaku bahawa lelaki itu adalah dirinya. Kata Ariel, 'Lelaki itu bukan saya, saya tidak melakukannya dan saya tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap dia (Cut Tari)".
Pengakuan itu telah meremukkan hati Cut Tari dan menyebabkan selebriti itu menangis kerana kecewa terhadap pengakuan bekas kekasihnya itu.
"Jika Ariel merasakan bahawa dia bukan lelaki dalam video itu dan tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap saya, itu haknya. Tetapi saya sangat sedih dan kecewa. Saya sedih kerana dia masih enggan mengaku bahawa lelaki itu adalah dirinya dan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap saya. Saya wanita yang mempunyai perasaan."
Ditulis semula berdasarkan pautan ini.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.