Polis Britain Habiskan RM1 Juta Sebulan Kerana Lelaki Ini!
Bekas pesalah jenayah seks kanak-kanak, Anthony Knowles, 49, dipantau oleh 20 orang anggota polis dan kos untuk tujuan tersebut mencecah £200,000 atau melebihi RM1 juta sebulan. Knowles dipantau berdasarkan rekod 34 tahun penglibatannya dalam jenayah yang melibatkan penganiayaan seks terhadap remaja dan kanak-kanak.
Lebih membimbangkan pihak berkuasa, asrama yang menjadi tempat tinggal Knowles di daerah Greater Manchester itu berdekatan dengan tiga buah sekolah dan sebuah taman rekreasi.
Mengapa lelaki ini perlu sentiasa diawasi dan dipantau dengan rapi? Menurut laporan akhbar, Knowles yang baru sahaja dibebaskan dari penjara pada 27 Jun lalu merupakan "pesalah berisiko tinggi". Dia sudah beberapa kali keluar masuk penjara kerana kesalahan yang membabitkan serangan seksual terhadap kanak-kanak. Berdasarkan rekod tersebut, polis bimbang Knowles akan melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak lain. Malah, pihak polis turut meletakkan Knowles di bawah Sex Offenders Protection Order sepanjang hayatnya.
Selain dipantau oleh polis, Knowles perlu menjalani ujian alkohol tiga kali sehari dan diletakkan di bawah perintah berkurung dari pukul 11 malam hingga 9 pagi di asrama tempat dia menginap. Keluarga terdekatnya juga meminta polis untuk mengurungnya kerana beranggapan bahawa dia seorang yang "sakit".
Seorang bekas pesalah seks perlu dipantau dengan kos melebihi RM1 juta sebulan, bayangkan jika ada beratus-ratus pesalah yang sama di negara tersebut!
Artikel ini ditulis semula berdasarkan pautan ini.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.