Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

Khamis, 12 Ogos 2010

[Kemas Kini] Isu Harga Barang Naik, Saban Tahun Kita Diperbodohkan Oleh Retorik Menteri


Hari ini UM melaporkan dan memetik kata-kata Menteri yang ditugaskan untuk menjaga kepentingan pengguna di negara ini. Seperti biasa, retorik yang keluar dari mulut Menteri ini tidak banyak bezanya dengan retorik yang disampaikan tahun lalu, tahun sebelum itu, dan tahun-tahun terdahulu. Yang berbeza ialah orang yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan tugas Menteri berkenaan.

Hari ini akhbar lidah UMCO itu memetik kata-kata Menteri ini:

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusannya juga mengingatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan ekoran permintaan tinggi menjelang perayaan nanti.


"Justeru kementerian akan sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan harga barangan tidak dinaikkan sesuka hati termasuk harga ayam yang dikatakan naik ketika ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Tinjauan Utusan Malaysia di pasar-pasar utama di seluruh negara mendapati berlaku kenaikan harga ayam sehingga RM1 sekilogram di beberapa buah negeri seperti di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Adakah dengan mengeluarkan kata-kata ini, peniaga akan gentar sehingga kedua-dua lutut mereka menggeletar lalu ada yang terkencing ketakutan? Adakah peniaga dan penternak ayam akan menginsafi diri mereka apabila Menteri ini menyebut nama PM 1Malaysia dalam retoriknya? Budak-budak pun tidak gentar mendengar kata-kata Menteri ini, apatah lagi penternak dan peniaga ayam. Itu soal ayam.

Bagaimana pula dengan barangan lain yang kosnya ada kena-mengena dengan kenaikan 5 SERANGKAI baru-baru ini. Adakah Menteri yang sama mahu mengeluarkan kenyataan yang sama sedangkan dia tahu kenaikan 5 serangkai itu ada impaknya kepada kos pengeluaran barangan terutamanya produk makanan. Tidak sikit, banyak! Walaupun sebagai pengguna kita wajar mempersoalkan kenaikan harga barang dengan memberi alasan kenaikan harga dahulu sudah cukup untuk menampung kenaikan harga minyak, gas, dan gula baru-baru ini. Namun, jika pengeluar, pemborong, dan peruncit tetap rakus menaikkan harga barang, maka peniaga makanan di bazar Ramadan atau di tempat-tempat lain sudah tentu mahu tidak mahu terpaksa menaikkan harga. Bahana daripada tindakan itu ialah kita, sebagai pengguna.

Ramadan kali ini tidak sama lagi dengan Ramadan yang lalu. Dahulu kuih masih dijual 3 ketul RM1. Hari ini rata-rata (maksudnya bukan semua, tetapi majoriti) peniaga menjual kuih 5 ketul RM2. Begitu juga barangan makanan yang lain yang sudah dinaikkan harga berbanding dengan harga pada tahun-tahun sebelum ini. Harga biskut dan kek raya pun sudah dinaikkan harga. Tahun lalu, 50 biji biskut raya dijual sekitar RM16-RM18, hari ini biskut dengan kuantiti yang sama dijual antara RM20-RM25. Yang menyakitkan hati, sudahlah harga dinaikkan, saiz dan kuantiti kuih/biskut/kek/makanan pula dikurangkan/dikecilkan/ditipiskan/dikuruskan. Memanglah kuasa membeli di tangan kita, namun jika semua peniaga berperangai begitu, mahu tidak mahu kita terpaksa membeli barangan itu. 

Cukuplah, tulis panjang-panjang dengan semangat yang berkobar-kobar bukan pun dibaca oleh Menteri yang berkenaan. Cukuplah sekadar mencetuskan kesedaran kepada pembaca agar kita boleh membuat pilihan yang tepat sewaktu memangkah dalam PRU-13 nanti. Ingat, undi BN=Barang Naik. Memang kita tidak mampu mengekalkan harga barang selama-lamanya. Namun jika ekonomi diurus dengan baik, hasil kekayaan dikongsi secara sama rata dengan masyarakat umum, subsidi diberikan secara betul, maka kita mampu mengurangkan beban masyarakat yang rata-ratanya bergaji kecil dan sederhana.


Kemas Kini (13/8):

Alasan "Bangang":
* Tidak perlu panik kerana kenaikan harga ayam hanya sementara, Rohani
* Kerajaan tidak dapat kawal kenaikan harga bawang putih

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH