Ariel Sharon Laknatullah Dipindahkan ke Rumah Selepas 4 Tahun di ICU
AP melaporkan bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon, 82, dipindahkan ke rumah selepas empat setengah tahun berada dalam keadaan koma berikutan serangan angin ahmar. Perpindahan itu juga berikutan rungutan sesetengah pihak bahawa kos penjagaan Ariel begitu tinggi dan kos itu pula ditanggung oleh pembayar cukai.
Pegawai hospital, Dr Shlomo Noi, memberitahu Radio Israel bahawa bekas pemimpin itu dipindahkan awal hari ini dengan ambulans ke kediaman di ladang biri-biri milik keluarganya di selatan Israel. Jasad bernyawa Sharon ini akan dijaga oleh dua orang anak lelakinya, iaitu Omri dan Gilad.
Sharon ditempatkan di unit rawatan rapi Hospital Tel Hashomer sejak mengalami serangan angin ahmar pada awal 2006. Selepas serangan penyakit itu, tempatnya telah diambil alih oleh Ehud Olmert.
Ariel Sharon laknatullah ini cukup dikenali kerana kekejamannya membunuh penduduk Palestine yang tidak berdosa di Kem Shabra dan Shatila di Lubnan pada tahun 1982. Pembantaian yang tidak berperikemanusiaan itu mengorbankan hampir 3000 nyawa rakyat Palestine. Kisah kejahatan Ariel Sharon laknatullah itu boleh anda baca di sini, di sini, dan di sini.
Lanjut boleh dibaca di sini.



Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.