PEROGOL!
Hanya kerana nikmat beberapa minit, entah-entah seminit pun tak sampai, lelaki ini menghancurkan masa depan seorang pelajar, kariernya, maruah diri & keluarga, dan menjejaskan profesion keguruan yang selama ini dipandang tinggi oleh masyarakat.
Saya petik:
[HM] KOTA KINABALU: "Sepatutnya tugas kamu sebagai guru ialah mendidik, tetapi apa yang kamu lakukan ini menjejaskan profesion perguruan," kata Hakim Duncan Sikidol sebelum menjatuhkan hukuman 36 tahun penjara dan empat sebatan ke atas bekas guru, Adrian Simon, 31, yang didapati bersalah merogol seorang murid warga Singapura.
Adrian didapati bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam, terhadap dua tuduhan merogol murid berusia 11 tahun itu di sekolah berkenaan pada Februari dan Mac lalu.
Bagi tuduhan pertama, guru Matematik dan Sains itu dihukum penjara 18 tahun dan dua sebatan kerana merogol murid berkenaan di stor makmal sekolah antara jam 2.10 hingga 3.30 petang pada Februari lalu.
Bagi tuduhan kedua, Adrian dituduh melakukan perbuatan sama terhadap mangsa di makmal jam 10.25 pagi pada 26 Mac lalu dan dikenakan hukuman penjara 18 tahun serta dua sebatan.
Adrian dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Luke Ressa Balang manakala tertuduh diwakili Hairul Othman dan PJ Perira bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa.
Terdahulu, Hairul memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan terhadap anak guamnya berdasarkan kerjasama diberikan kepada polis selain tiada rekod kesalahan lampau.
Bagaimanapun, permohonan itu dibantah Luke dengan alasan tertuduh tidak seharusnya melakukan jenayah yang menjatuhkan kredibiliti perguruan.
“Sebagai guru, tertuduh bertanggungjawab mendidik murid, bukannya melakukan kesalahan jenayah. Kita harus memikirkan tekanan dihadapi mangsa dan keluarga,” katanya.
Ketika penghakimannya, Duncan mengakui walaupun kekurangan bukti daripada aspek perubatan, keterangan mangsa meyakinkan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman.
“Selepas menimbangkan semua bahan bukti, saya mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan tertuduh didapati bersalah....

Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.