[Kemas Kini] Remaja Perempuan 15 Tahun Dicekup Khayal dan Edar Pil Kuda
Saya petik:
[BH] KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang berhenti sekolah untuk mencari kerja berpendapatan lumayan, akhirnya terkandas apabila dia ditangkap di rumahnya di Kampung Batu Buruk di sini, kelmarin.
Polis yang berjaya menghidu kegiatan gadis itu menjadikan rumahnya pangkalan pengedaran dadah di sekitar kawasan terbabit membuat intipan sejak beberapa minggu lalu sebelum melakukan serbuan pada jam 10.45 pagi kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata ketika serbuan, remaja perempuan itu bersama kakak ipar dan dua rakan lelaki sedang khayal dipercayai akibat mengambil pil kuda (methampetamine) dan ujian air kencing kemudian mendapati mereka positif dadah.
Katanya, polis merampas 67 pil kuda bernilai RM2,400 dalam serbuan di rumah itu.
“Remaja perempuan, kakak iparnya dan dua rakan lelaki berusia 20-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dan memasukkan dadah ke dalam tubuh,” katanya.
Beliau berkata, semua suspek direman seminggu bermula semalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.- Zarina Abdullah
* Gambar sekadar hiasan, tetapi anak siapa? Cun tetapi kurang bermoral!
Kemas Kini (11/11):
* Remaja perempuan, kakak ipar didakwa miliki dadah
[SH] KUALA TERENGGANU – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun bersama kakak iparnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan memiliki dadah jenis Methaphetamine, Ahad lalu.
Selain remaja yang sudah tidak bersekolah dan wanita berusia 20 tahun itu, turut didakwa bersama mereka di mahkamah tersebut ialah dua rakan lelaki masing-masing berumur 20 dan 26 tahun.
Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja itu bersama Nor Haslimawati Harmoniyadi, Mohd Afizan Abd Razak, 26, dan Mohd Amirul Izuan Zainuddin dituduh memiliki dadah jenis Methaphetamine seberat 6.7 gram.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Batu Burok, Jalan Haji Da kira-kira jam 10.45 pagi, Ahad lalu.



Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.