[Kemas Kini] RON 95 Selamat? Kaji & Siasat Dahulu Sebelum Keluar Kenyataan Ini!
Komen saya berdasarkan maklumat dalam berita "RON 95 Bukan Punca Utama Kenderaan Terbakar"
Sebelum ini, kecoh sama ada di blog atau di laman forum yang mengaitkan RON 95 dengan beberapa kejadian kenderaan yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan. Saya tidak pernah menyiarkan cerita berkaitan dengan dakwaan itu, namun anda boleh menemukan artikel-artikel itu dengan mudah dalam hasil carian di Google.
Hari ini UM melaporkan bahawa minyak RON 95 selamat digunakan. Atas dasar/alasan apa yang mengatakan bahawa minyak itu selamat?
Hujah Ketua Pengarah MIROS ialah "kebakaran boleh terjadi sekiranya berlaku pelanggaran kenderaan dengan kelajuan yang tinggi" dan "kebakaran kenderaan akibat kemalangan yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini tidak boleh dikaitkan dengan minyak petrol RON95 kerana apa juga jenis minyak berpotensi menyebabkan kebakaran".
Malang dan menyedihkan apabila dalam masa yang sama Profesor ini menegaskan "setakat ini tidak dapat disahkan sama ada kebakaran yang berlaku akibat kemalangan adalah disebabkan oleh jenis minyak". Jika itu juga kenyataannya, bagaimana pula berita ini menegaskan bahawa RON 95 itu selamat digunakan sedangkan tiada kajian dibuat untuk mengesahkannya.
Jeling-jeling semula pada tajuk berita, wartawan yang menulis berita ini menggunakan frasa "bukan punca utama" dalam tajuk berita tersebut. Adakah dia cuba memberitahu bahawa RON95 ini adalah sebahagian daripada punca kenderaan terbakar, walaupun bukan faktor utama yang menyebabkan kereta terbakar?
Saya petik:
[UM] KUALA LUMPUR 9 Nov. - Minyak petrol RON95 selamat digunakan dan bukan punca utama kepada kebakaran kenderaan apabila berlakunya kemalangan.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata, kebakaran boleh terjadi sekiranya berlaku pelanggaran kenderaan dengan kelajuan yang tinggi.
Justeru itu, beliau berkata, kebakaran kenderaan akibat kemalangan yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini tidak boleh dikaitkan dengan minyak petrol RON95 kerana apa juga jenis minyak berpotensi menyebabkan kebakaran.
''Kita tidak boleh katakan minyak RON95 sebagai penyebab berlakunya kebakaran selepas kemalangan kerana ia boleh berlaku dalam pelanggaran kuat sekiranya terdapat bahan bakar, oksigen dan percikan api.
''Fenomena ini mempunyai kebarangkalian tinggi untuk berlaku dalam perlanggaran berkelajuan tinggi,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) supaya pihak kerajaan mengkaji penggunaan minyak petrol RON95 yang dikatakan menyebabkan kebakaran selepas berlakunya kemalangan.
Menurut Ahmad Farhan, setakat ini tidak dapat disahkan sama ada kebakaran yang berlaku akibat kemalangan adalah disebabkan oleh jenis minyak.
Katanya, siasatan terperinci mengenai perkara tersebut perlu dilakukan oleh pihak polis supaya punca kebakaran akibat kemalangan boleh dikenal pasti seterusnya membolehkan sebarang analisis dilakukan.


Ini Prop Kangkung juga ke? Budak berhingus pun tahu bahawa "percikan api" atau "spark" tidak akan menyalakan atau mengakibatkan kebakaran kepada Petrol biasa kecuali nyalaan dari bahan lain seperti bilah mancis atau pemetik api yang telah digeser atau dinyalakan. Tak nak mengaku lagikah bahawa bahan "Booster" yang ditaruh untuk memulihkan kuantiti boleh memudaratkan kepenggunaan bahan bakar tersebut. Berkata benarlah kamu walaupun ianya amat pahit dan berkata benarlah kamu kerana usia kamu pun bukan boleh sampai 100 tahun lagi... tak sampaipun.
Suruh professor ni tengok MYTHBUSTERS baru cerita apa maksud dia macamana kereta boleh mudah terbakar dengan kelajuan tinggi....
Banyak tengok cerita Hollywood bukan buat kajian ini lah jadinya...