Syarikat Artis Jual Gelang Magnetik Tiada Lesen Akta Jualan Langsung
Teka? Agak-agak artis mana yang jual gelang magnetik tanpa lesen? Saya petik:
[UM] KUALA LUMPUR 10 Nov. - Syarikat jualan langsung yang diasaskan oleh seorang selebriti terkenal tanah air dipercayai beroperasi tanpa lesen Akta Jualan Langsung 1993 seperti diwajibkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Syarikat pembekal gelang dan rantai magnetik kesihatan yang telah beroperasi sejak setahun lalu itu seharusnya memohon dan memiliki lesen tersebut berdasarkan konsep perniagaan berbentuk jualan langsung dijalankan.
Bagaimanapun, semakan Utusan Malaysia dalam laman web kementerian itu tidak menemui nama syarikat dalam senarai 'Syarikat Yang Pernah Memohon Lesen Di Bawah Akta Jualan Langsung 1993' sehingga 2 November lalu.
Sumber kementerian itu memberitahu, pihaknya telah memulakan siasatan dan memantau rapi kegiatan syarikat tersebut berikutan aduan orang ramai.
"Kementerian sedang menyiasat syarikat itu yang didapati menjalankan perniagaan berkonsepkan jualan langsung tetapi tidak memiliki lesen diwajibkan.
"Kami sedang mengumpul kesemua aduan disalurkan oleh orang ramai dan siasatan dilakukan berdasarkan maklumat yang diterima," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
* Gambar sekadar hiasan. Tiada kaitan dengan produk gelang magnetik mana-mana syarikat.


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.