Sebab Mulut Badan Binasa
Gara-gara persaingan politik, jawatan, dan wang ringgit, sebelah pihak memfitnah dan mencaci dan sebelah pihak lagi menanggung malu dan maruah tercalar! Saya petik:
[HM] SHAH ALAM: Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mahharul Ismail dan tiga ahli keluarganya disaman RM10 juta berhubung kenyataan didakwa fitnah yang disiarkan menerusi laman sosial facebook.
Saman itu difailkan Pembantu Ahli Majlis MBPJ, Zalina Jaafar menerusi Tetuan Faizul Nasir & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, jam 10.30 pagi semalam.
Zalina, bekas setiausaha di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Mohd Talha hadir bersama peguamnya, Faizul Mohd Nasir.
Dalam writ saman itu, Zalina, 42, selaku plaintif menamakan Mahharul, Setiausaha Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya Selatan sebagai defendan pertama diikuti dua adik perempuan lelaki itu, Maisarah dan Norsyam serta anak saudara mereka, Wan Ikhwan Wan Azani.
Plaintif mendakwa Mahharul mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di laman sosial miliknya pada 28 September lalu, manakala kenyataan di laman milik defendan Wan Ikhwan dikeluarkan pada 21 September lalu.
Katanya, Mahharul mengetahui bahawa kenyataan dalam laman sosial itu dapat dibaca dan dilihat semua pihak dan lelaki itu memang berniat jahat terhadapnya.
Beliau turut mendakwa Maisarah dan Norsyam dengan niat jahat sudah mengeluarkan kata-kata fitnah yang menyentuh peribadinya secara palsu pada laman sosial milik Wan Ikhwan.
Dakwanya, kenyataan defendan di laman itu bertujuan dan ditafsirkan plaintif sebagai perempuan tidak bermaruah, melakukan hubungan sulit dengan suami orang tanpa ikatan perkahwinan sah dan tidak layak memegang sebarang jawatan dalam politik.
Menurutnya, semua kenyataan itu menyebabkan karakter dan reputasi berkaitan dirinya tercemar.
Oleh itu, dia menuntut ganti rugi RM10 juta, ganti rugi teladan, kos dan faedah pada kadar lapan peratus setahun dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Plaintif juga memohon perintah injunksi bagi menghalang semua defendan daripada terus mengeluarkan kata-kata fitnah yang sama terhadap dirinya.
Sementara itu, Zalina ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia mengambil tindakan saman itu bagi memberi pengajaran kepada masyarakat di luar supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan laman sosial untuk memfitnah orang lain.
“Saya malu akibat kenyataan dalam facebook itu, ibarat saya hidup sebelum ini bagai pelacur,” katanya.- Syah Rul Aswari Abdullah


Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.