Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

,

Jumaat, 12 November 2010

Wow, Anak Najib Terlibat Projek "Melaka Alive"! Patutlah...


Teka. Yang mana Mohd Nizar Mohd Najib? Gambar di atas ada kaitan dengan berita yang disiarkan di bawah ini.
Saya jumpa berita ini pagi tadi, tatkala sedang menikmati kopi pekat di rumah. Sarapan sambil membelek surat khabar lama. Walaupun kurang "enak" kerana berita yang dipaparkan merupakan berita lama, namun, selera saya membaca berubah apabila terpandang akan laporan tentang anak Najib. Dia dilaporkan terlibat dalam sebuah projek untuk mengubah wajah Melaka. Butiran lanjut, sila baca salinan berita di bawah ini.

Berita tersebut disiarkan dalam HM pada 10 November lalu. Ada juga dilaporkan di The Star pada 23 Oktober lalu. Yang menariknya, kedua-dua laporan akhbar itu langsung tidak mengaitkan Nizar dengan bapanya, Najib.

Apabila teringat akan kontroversi Ali Rustam yang dituduh menipu rakyat Malaysia dengan mengumumkan Melaka Maju walhal agensi berkaitan menafikan pernah memberikan pengiktirafan tersebut, maka kita mungkin boleh mengagak sebab Najib senyap sahaja. Projek Melaka Alive yang dilaporkan di bawah ini adalah kesinambungan kepada pengisytiharan Melaka Maju 2010 dan kejayaan negeri itu yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia sejak Julai 2008 seperti diperakui oleh Mohd Nizar dalam berita di bawah ini.

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Pengunjung Bandaraya Melaka Bersejarah bakal melihat wajah baru negeri itu yang diubahsuai menjadi sejarah dalam cahaya menerusi projek ‘Melaka Alive, History In a New Way’, bermula April 2011.

Projek yang menelan belanja RM63 juta itu diwujudkan dalam Bandar Hilir dengan mengetengahkan sejarah penjajahan Melaka, drama percintaan dan misteri sejak awal pembukaan negeri itu hingga zaman penubuhan Malaysia. Presiden Sarner IXL Sdn Bhd, Mohd Nizar Mohd Najib berkata, idea itu adalah kesinambungan kepada pengisytiharan Melaka Maju 2010 dan kejayaan negeri itu yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia sejak Julai 2008.

“Projek ‘Melaka Alive’ menjadi penyumbang kepada industri pelancongan dan mampu menarik lebih ramai pengunjung ke negeri terbabit, malah ia adalah pembaharuan kepada peninggalan sejarah tanpa mengubahsuai aset sedia ada mengikut peraturan yang ditetapkan Unesco,” katanya pada sidang media di sebuah hotel, di sini, baru-baru ini.

Katanya, projek itu dibahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama membabitkan penceritaan Melaka melalui teknik cahaya dan persembahan suara menerusi paparan air di atas kapal Melayu tradisional yang diberi nama Bahtera Merdeka.
“Menerusi skrin automatik air terbesar yang pertama di Asia, pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman cerita sejarah yang dipaparkan termasuk peperangan yang pernah berlaku ketika penjajah masuk ke Melaka.

“Antara ciri lain yang digunakan dalam fasa ini termasuk teknik resolusi tinggi pada paparan air dengan berlatarbelakangkan kelengkapan hologram FX, cahaya dan letupan bunga api disertai soundtrack digital yang kelihatan seperti hidup,” katanya.

Fasa kedua pula memfokuskan baik pulih muzium yang ada untuk menjadikan ia lebih menarik melalui penggunaan teknologi moden supaya pengunjung dapat merasai setiap paparan sejarah yang dipamerkan dalam muzium terbabit termasuk Muzium Maritim dan Muzium Sejarah.

  1. Ini sama saja dgn konsep Light and Sound yg ada di dataran pahlawan melaka tahun 90an dulu. Tak taulah samada masih ada lagi ke benda tu?

    Buat apa hendak dibazirkan sampai 63 juta RM jika cuma perlu diperbaiki mana2 yg rosak dlm sistem Light and Sound tersebut?

    NoNama

    gravatar Comment by Tanpa Nama @ Jumaat, November 12, 2010 2:55:00 PTG      
  2. 63 juta.. erm sama dengan kos ubah suai rumah bapak dia

    gravatar Comment by mr edz @ Jumaat, November 12, 2010 3:55:00 PTG      
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH