Siapa Lahanat yang Edar Video Lucah Fitnah di Masjid?
[KD] SEBERANG PERAI 15 Nov: Umat Islam di Seberang Perai, Pulau Pinang berang dengan tindakan pihak tertentu yang mengedarkan salinan VCD lucah berunsur fitnah yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, di beberapa buah masjid.
Pengerusi masjid Guar Perahu, Abu Bakar Dakilani Abu Hassan berkata, kira-kira 50 salinan pita seks itu ditemui di sekurang-kurangnya di lapan masjid di kawasan itu.
Beliau berkata, ramai jemaah mengambil VCD itu kerana tertipu dengan perkataan ‘Wasiat Tok Guru dan Saksikan’ yang tertera pada VCD kerana menyangkakan ia merujuk kepada amanat Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
“Tetapi mereka terkejut besar apabila memainkan pita itu di rumah dan mendapati bahawa ia adalah video seks yang didakwa melibatkan Anwar (sedang mengadakan hubung seksual) dengan seorang wanita,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Sehubungan itu, kira-kira 100 orang mengadakan perhimpunan membantah tindakan berkenaan di luar masjid Guar Perahu, petang semalam.
Abu Bakar berkata tunjuk perasaan itu adalah untuk menunjukkan bagaimana umat Islam berang dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan video lucah itu di kawasan masjid.
“Kami mahu beri mesej jelas bahawa mereka yang edarkan VCD ini melakukan tindakan yang memalukan serta tidak bermoral,” katanya.
Menurut Abu Bakar, dua lagi pengerusi masjid dari Sugai Lembu dan Kubang Semang juga membuat laporan polis di balai Kubang Semang selepas bantahan itu.
“Kami mahu polis siasat dengan serius dan tangkap mereka yang bertanggungjawab mencemarkan nama baik masjid kita,” katanya lagi.
Pada Mac lalu, video seks fitnah itu disebarkan oleh tiga individu yang dikenali sebagai trio Datuk T yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.
Pimpinan KEADILAN bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya individu dalam video berkenaan adalah Anwar berdasarkan kepada susuk tubuh pelaku terbabit.
Anwar, yang turut berulang-kali menafikan pembabitannya dalam video itu juga telah membuat laporan polis, namun kini disiasat atas dakwaan memberi “maklumat palsu”, satu lagi usaha yang dilihat untuk memenjarakannya.
Woi lahanat, kat dunia bolehlah sorok2, kat akhirat nanti tuhan akan replay siapa yg kerja kutuk ni... semua makhluk dpt tengok lak...
Comment by Tanpa Nama @ Selasa, November 15, 2011 9:11:00 PTGperbuatan mengededar video lucah kat masjid mmg salah... tp kalau kita pkr blk xsalah ke org kapir bagi tazkirah kat org islam kat masjid lps sembahyag maghrib... n lg satu cuba bagi tahu ape hukumnya org kapir wt ponco2 kat masjid cube jawab ckit... jangan nak lakhanat org je pandai... baik d=sangat ke diri kita ni....
Comment by Tanpa Nama @ Rabu, November 16, 2011 9:49:00 PGorg yg biasa buat fitnah merata-rata akan diaibkan di merata-rata jugak...balasan cash dari yg Esa..
Comment by Tanpa Nama @ Sabtu, Januari 28, 2012 11:20:00 PTG