Tiga lelaki yang terdiri daripada seorang warga Arab Saudi dan dua warga Chad dihukum pancung semalam di Jeddah selepas didapati bersalah merogol dan meliwat seorang pembantu rumah perempuan serta dua lelaki.
Tertuduh warga Arab Saudi, Badr Sami Al-Sudani, Ahmad Zain Ishaq dan Muhammad Bashir Hasan masing-masing warga Chad dihukum bunuh selepas didapati bersalah merogol amah dan dua lelaki di sebuah rumah di daerah Al-Mushrefah, utara Jeddah dua tahun lalu, lapor Arab News.
Mengikut penghakiman mahkamah, kumpulan lelaki itu menyerang amah selepas dia menjerit sebaik melihat penceroboh memanjat tembok rumah.
Jenayah itu bertambah berat sebaik dua lelaki keluar dari bilik mereka selepas mendengar jeritan wanita. Penceroboh mengikat dan menyumbat mulut dua lelaki itu sebelum meliwat mereka. Ketiga-tiga lelaki itu memecah masuk rumah pada lewat malam.
Bukan warga Kanada (Canada) la warga Chad (sebuah negara di Afrika).
Comment by Tanpa Nama @ Rabu, November 16, 2011 6:10:00 PTGTanpa Nama,
Comment by Unknown @ Khamis, November 17, 2011 8:32:00 PGTerima kasih!