Hajah Rosmah Merungut Terpaksa Bayar RM1 200 Dandan Rambut
Isteri kepada perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melahirkan kebimbangan tiadanya kawalan bagi caj perkhidmatan di rumah menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.
Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti) berkata, ketika ini, caj perkhidmatan di rumah seperti khidmat tempahan baju, solekan dan pendandan rambut mengenakan harga yang sangat tinggi dan tidak masuk akal.
Kebimbangan itu diluahkan Rosmah ketika dalam program cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bersama Bakti apabila mendakwa terpaksa membayar RM1,200 setiap kali menggunakan khidmat pendandan rambut.
"Sekarang ini bila saya nak warnakan rambut dekat rumah, dia (peniaga) dah caj RM1,200, amboi mahalnya.
"Bila kita tanya dia (peniaga) cakap dekat kedai caj berlainan, yang ini mahal sebab 'home service' (perkhidmatan rumah) ini yang anda (Putrajaya) harus teliti," katanya pada majlis penerangan GST Bakti di Bangunan Sri Hasmah di Petaling Jaya, hari ini.
Program tersebut merupakan anjuran Bakti dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hadir untuk memberi penerangan mengenai GST.
Sementara Ahmad mengatakan Putrajaya akan memberi peruntukan sehingga RM10,000 kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu kerajaan mendidik rakyat mengenai GST.
Menurut Ahmad, dana itu akan disalurkan menerusi Kementerian Kewangan dan NGO berkenaan perlu membuat permohonan sebelum 1 April ini.
"NGO itu perlulah memohon terlebih dahulu kepada kementerian untuk mengadakan sesi-sesi ini dan jika perlu, saya sendiri akan turun padang," katanya.
Menyuarakan lagi kebimbangannya, Rosmah berkata golongan suri rumah sering menjadi mangsa kerana tidak mempunyai pilihan selain menggunakan khidmat mereka.
"Suri rumah khususnya sering menjadi mangsa kepada peniaga tersebut akibat tiada kawalan harga dan panduan ditetapkan kerajaan dalam perkhidmatan di rumah," katanya.
Beliau berkata, meskipun harga minyak kini sudah turun, namun peniaga terbabit enggan menurunkan caj khidmat mereka.
"Apa yang kita (suri rumah) mahu semua kena minta dengan suami, kalau suami yang bagi tidak apa, ini kadang kala ada suami yang kata,’Eh I dah bagi you last week nak lagi?'" katanya.
Rosmah menggesa Putrajaya mempertimbangkan perkara tersebut dengan mencari mekanisme bagi menangani masalah tersebut.
"Jadi saya rasa perkara seperti ini kita (kerajaan) kena pantau sebab mereka (peniaga) akan buat keuntungan dengan berleluasa," katanya.
Tambahnya, peniaga yang mengenakan perkhidmatan di rumah kebiasaannya melaksanakan perniagaan secara persendirian di mana timbul kebimbangan golongan terbabit sudah semestinya akan tidak akan mendaftar bagi GST.
"Tukang jahit dan pendandan rambut mereka ini tidak daftar, kami tak nak mereka (peniaga) naikkan (caj perkhidmatan) lagi.
"Dia (peniaga) memang sekarang sudah naik (caj perkhidmatan) macam ini, 3 bulan harga naik tetapi mereka buat banyak duit, mereka dapat pelanggan tempatan banyak.
"Saya tak nak buat bising nanti orang kata Datuk Seri Najib Razak (suami) tak bising saya pula sibuk, tetapi ini realiti," katanya. – Diyana Ibrahim/ The Malaysian Insider/ 23 Februari, 2015.
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.