Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Isnin, 9 Februari 2015

Hanipa Maidin Dipukul dalam Mesyuarat PAS - Sumber



[The Malaysian Insider] Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin dikatakan 'diserang' beberapa pemimpin PAS selepas beliau mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada mesyuarat parti Islam itu semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Februari, 2015.Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin dipukul dua kali di belakang oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dalam kekecohan yang berlaku semasa mesyuarat parti Islam itu semalam, menurut sumber parti.

Sumber itu memberitahu, sehari selepas kejadian itu, Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang, masih terasa sakit kesan pukulan tangan itu.

Segalanya bermula apabila Hanipa bertanya kepada pengerusi mesyuarat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai tindakan parti terhadap pihak yang berdemonstrasi dan membuat pelbagai tuduhan terhadap Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Sumber mengatakan, selepas Hadi menjawab beliau tidak tahu mengenai kejadian yang berlaku di luar ibu pejabat PAS semalam, Hanipa berkata: "Inilah masalahnya apabila presiden lemah dan tidak menjadi presiden kepada semua."

Kenyataan Hanipa menyebabkan para penyokong presiden termasuk Dr Zuhdi Marzuki, Dr Ridzuan Mohd Nor dan Nasrudin Hassan marah lalu menuntutnya menarik balik dan meminta maaf, kata sumber.

Sumber memberitahu, Zuhdi dikatakan menepuk meja dengan kuat kerana marah kepada Hanipa.

Selepas itulah, Razman dikatakan pergi ke arah Hanipa dan memukul belakangnya sebanyak dua kali, kata sumber.

AJK Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang juga pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat dan ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, kemudiannya dikatakan meminta Zuhdi keluar meninggalkan mesyuarat itu.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya dua pengguna media sosial yang rapat dengan PAS yang menggunakan nama Penarik Beca dan Zulhazmi Shariff, calon Ketua Pemuda PAS dalam muktamar lepas, menulis mengenai kejadian tersebut dalam laman Facebook dan blog mereka.

Semalam, sekumpulan ahli PAS berhimpun di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, menuduh Dr Hatta, yang merupakan pengarah pilihan raya, sebagai dalang usaha menggulingkan Hadi.

Kumpulan diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim itu menuntut Dr Hatta meletak jawatan kerana cuba menggulingkan presiden.

Dengan menaikkan tulisan "Pecat Hatta dan konco-konco" dan "Kami dikhianati Hatta Ramli", mereka berhimpun menyambut ketibaan pimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat semalam. – HASBULLAH AWANG CHIK/9 Februari, 2015.


Kemas Kini:

Respons Hanipa di sini.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH