Tiga Pelajar Islam Dibunuh dengan Kejam
(Dari kiri) Deah Shaddy Barakat, Yusor Mohammad dan Razan Mohammad Abu-Salha. (gambar kecil) Craig Stephen Hicks. |
[Sinar Harian] CAROLINA UTARA - AMERIKA SYARIKAT. Tiga pelajar Islam ditembak di kepala di sebuah apartmen berdekatan dengan sebuah universiti, semalam.
Penyerang, Craig Stephen Hicks, 46 tahun ditahan selepas menyerah diri di balai polis.
Menurut CNN, pelajar dikenali sebagai Deah Shaddy Barakat, 23; Yusor Mohammad, 21; dan Razan Mohammad Abu-Salha, 19 tahun.
Deah merupakan pelajar tahun kedua di Universiti Carolina Utara. Yusor, isteri kepada Deah pula bakal meneruskan pengajian di universiti yang sama.
Adik kepada Yusor, Razan juga belajar di universiti yang sama.
Polis masih menyiasat punca serangan tersebut. 11/2/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.