Mesej Memperingati TGNA di Australia
[Harian Metro] Kuala Lumpur: Komuniti Malaysia di Melbourne, Australia mengambil kesempatan menghantar pesanan memperingati mantan ketua Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat yang terpapar di sebuah papan eletronik di Bourke Street, Melbourne, Australia.
Gambar dua keping pesanan yang memaparkan ‘We Love TGNikAziz’ dan ‘Msians Love TGNikAziz’ tersergam di papan iklan sempena sambutan Hari Kekasih yang dikendalikan syarikat telekomunikasi Telstra dan menjadi viral di laman Facebook sejak kelmarin.
Pesanan berkenaan boleh dihantar oleh rakyat Australia bermula 13 Februari pukul 8.30 pagi sehingga tengah malam 15 Februari akan terpapar di papan elektornik bersaiz 26 meter X 1 meter di bangunan syarikat telekomunikasi itu.
Bagaimanapun pesanan pertama dan kedua yang tersiar pada hari Sabtu itu tidak diketahui siapa penghantarnya.
Seorang pelajar Malaysia yang tidak mahu dikenali ketika dihubungi berkata dia juga menghantar pesanan ‘Melbourne love TGNA’ itu semalam dan terpapar pada jam 3.15 waktu Australia (12.15 waktu Malaysia).
Katanya dia hanya mencuba menghantar selepas melihat pesanan yang dihantar komuniti Malaysia di sana itu diterima untuk disiarkan.
“Saya bersama rakan-rakan bersetuju menghantar pesanan itu sebagai satu simbol memperingati serta menyayangi tokoh berkenaan,” katanya.
Tambah pelajar itu selepas berbincang dengan rakannya, mereka mengambil keputusan untuk menghantar pesanan itu. -16/2/15
Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.