Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Jadi Rakan TM

Follow tayadihmaysia on Twitter

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710
Review http://duniacacamarba2.blogspot.com/ on alexa.com

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Selasa, 3 Jun 2014

Kata JAKIM, Cadbury Bebas BABI dalam Ujian Terbaharu, Siapa Pemegang Saham Cadbury?



[TMI] Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh.

Jamil berkata keputusan tersebut diperoleh hari ini dan disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Makmal tersebut memang khusus untuk menjalankan ujian sedemikian," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata terdapat banyak makmal serupa di Malaysia, tetapi hanya di Petaling Jaya sahaja diiktiraf Jakim.

Menurut Jamil, umat Islam di Malaysia tidak perlu bimbang apabila membeli produk Cadbury dengan perkembangan ujian terbaru tersebut selepas kontroversi DNA haiwan tersebut menimbulkan kontroversi dan kritikan daripada banyak pihak.

Malah, pertubuhan bukan kerajaan dan penganut Muslim di Malaysia juga menggesa supaya memboikot semua produk yang dikeluarkan Cadbury dan pengeluar induknya, Mondelez International Inc.

Perkembangan tersebut juga menimbulkan kebimbangan produk Mondelez akan menerima impak buruk memandangkan produk mereka banyak dijual di Malaysia, Indonesia dan Timur Tengah yang merupakan negara memiliki populasi penduduk Islam terbesar di dunia.

Pengumuman hari ini selepas 10 hari Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kandungan dalam dua produk Cadbury, iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mempunyai DNA babi.

Malah Jakim juga menggantung lesen halal syarikat tersebut.

"Contoh yang dihantar ke makmal kimia adalah produk yang sama, tetapi yang ini diambil terus daripada kilang dan dihantar ke makmal.

Jakim menghantar 11 contoh daripada dua jenis produk tersebut, keputusan ujian diperoleh hari ini seperti dijanjikan dan kesemuanya disahkan tidak memiliki DNA babi.

"Kami putuskan untuk umumkan secepat mungkin bagi meredakan isu kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam," kata Jamil.

Beliau juga berkata hanya Jakim mempunyai kuasa mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu halal.

"Hanya Jakim berkuasa untuk memberi sebarang kenyataan mengenai isu halal," kata beliau.

Susulan tekanan daripada banyak pihak minggu lepas, pihak berkuasa meredakan kemarahan terhadap Cadbury dengan mengatakan ia masih tidak jelas sama ada pencemaran tersebut berpunca daripada syarikat tersebut.

"Orang ramai perlu memahami kita tidak boleh terus mengambil tindakan terhadap Cadbury apabila tidak ada bukti kukuh," kata Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jakim baru-baru ini. - 2/6/14


P/s: Siapa pemegang saham dalam Cadbury? 

Hal ini menjadi persoalan selepas seorang pemimpin PKR mendakwa Felda sebagai antara pemegang saham terbesar dalam Cadbury. Namun, dakwaan itu dinafikan oleh pihak Felda dengan menyatakan bahawa Felda hanya memegang 9.87% saham Cadbury.

Bagi menyokong kenyataan itu, portal Feldavoice turut melampirkan paparan skrin SSM yang menunjukkan pemegang saham Cadbury Confentionery Malaysia Sdn Bhd. Selain Felda, syarikat itu turut disokong oleh Boustead Holding, Trebor Basset Limited dan Cadbury Schweppes Overseas Ltd.

Walaupun bukan sebagai pemegang saham terbesar Cadbury, jelas dipaparkan di bawah Felda adalah antara pemegang saham minoriti dan jika benar produk Cadbury ada unsur babi maka sudah tentu Felda juga ada "saham" dalam hal ini.



Berkaitan:

Pengguna Masih Ragui Cadbury 

[FMT] Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pagi tadi mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi, namun beberapa pengguna Facebook masih lagi meragui status halal produk tersebut.

Mohamad Zairi Yaacob, 25, mempersoalkan sama ada sampel yang diambil terus dari kilang oleh Jakim itu merupakan dari stok sama yang sebelum ini dikatakan mengandungi DNA babi.

“Sampel di ambil dari kilang, adakah telah dirancang lawatan tersebut? Kemungkinan pengusaha sudah menukarkan kandungan coklat. Yang penting di pasaran, sebab itu yang dibeli oleh pengguna.

Lagi satu, coklat yang telah ditarik balik hari tu nak tahu juga statusnya. Adakah dilupuskan atau dikitar semula, atau dipasarkan di negara bukan Islam, atau tetap dipasarkan dalam negara tapi degan label nonhalal/tiada sebarang label?,” komen Mohamad Zairi.

Pegawai ekskutif komunikasi korporat Nurul Izwanie Hashim, 26, pula berkata dia masih meragui status halal produk Cadbury tersebut.

Masih meragukan.

Namun begitu, terdapat juga beberapa pengguna laman sosial itu yang berfikiran berbeza.

Mohd Farwalis Bakri berkata “Tak salah makan babi kalau tak tahu,” manakala Mohd Fadzli Farid pula secara berjenaka berkata “Cadbury sedap, aku tak dapat nafikan,”.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengumumkan produk coklat Cadbury tidak mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh yang disahkan oleh Jakim.

“Makmal tersebut memang khusus untuk menjalankan ujian sedemikian,” Jamil Khir dipetik sebagai berkata dalam laman portal The Malaysian Insider.

Pada 23 Mei lalu, Kementerian Kesihatan mengesan DNA babi atau porsin dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015. -2/6/14




, ,

Ku Li Persoal Pembayaran Pinjaman Tanpa Faedah Bank Rakyat kepada Deepak



[TMI] Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah turut mempersoalkan polisi Bank Rakyat untuk membenarkan peniaga permaidani Deepak Jaikishan membayar pinjaman RM32 jutanya tanpa faedah, mengatakan ianya bukan amalan biasa perbankan.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, peniaga Bumiputera juga tidak mendapat perjanjian istimewa seperti itu apabila membuat pinjaman dengan bank kerajaan, walaupun Putrajaya mempunyai polisi perniagaan pro-Bumiputera.

“Melihat kepada fasiliti kewangan yang diperdebatkan dalam kes ini, saya tidak fikir ianya betul,” kata pemimpin veteran Umno itu yang menjadi menteri kewangan dari 1976 hingga 1984.

Putera Raja Kelantan yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu turut mempersoalkan polisi kerajaan mana diikuti Bank Rakyat apabila memberikan kemudahan kepada pelanggan seperti Deepak.

“Di bawah polisi kerajaan yang mana diikuti bank apabila memberikan fasiliti seperti itu di atas permintaan pelanggan?

“Apakah polisi Bumiputera? Dia bukan Bumiputera,” katanya merujuk kepada laporan Bank Rakyat, bersetuju membenarkan ahli perniagaan kontroversi Deepak untuk menyelesaikan pinjaman RM32 jutanya tanpa sebarang faedah.

Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan kepada The Malaysian Insider minggu lepas Deepak menggunakan pengaruh politiknya untuk menyelesaikan pinjamannya dengan campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

Bank milik kerajaan itu tidak berada di bawah seliaan Bank Negara dan tidak termaktub kepada undang-undang perbankan negara.

Sabbaruddin mengatakan pada mulanya, ahli lembaga pengarah sudah menolak tawaran Deepak untuk menyelesaikan hutang tertunggaknya.

Deepak dikatakan menawarkan penyelesaian mudah bagi menyelesaikan baki pinjamannya dengan tempoh bayaran selama 10 tahun melalui 120 keping cek "post dated".

Sabbaruddin mengatakan selepas keputusan lembaga pengarah bank itu, Hasan tidak gembira dan enggan menandatangani kontraknya sebagai pengerusi bank yang berakhir pada 8 April.

Sabbaruddin juga mendakwa, menteri itu bertemu dengan Deepak tanpa pengetahuan Bank Rakyat pada Januari.

Selepas pendedahan Sabbaruddin, Bank Rakyat dalam satu kenyataan mengatakan elemen faedah tidak timbul dalam mekanisme kewangan Islam.

Bank Rakyat bagaimanapun tidak menafikan tuduhan Sabbaruddin.

Beberapa hari lalu, Hasan memberitahu The Malaysian Insider, semuanya dilakukan mengikut prosedur.

Beliau turut mencabar mana-mana pihak membuktikan dirinya melakukan kesalahan kerana meyakinkan Bank Rakyat untuk memberikan kemudahan pembayaran pinjaman tersebut kepada Deepak.

Sehingga kini, Deepak masih belum memberikan respon kepada dakwaan Sabbaruddin. – 2 Jun, 2014.


,

Sarjan Mejar Polis Dipenjara 15 Tahun, Lapan Sebatan Kerana Rogol Remaja


MAHMAD Bidin (kanan) menutup muka sebaik menyedari kehadiran jurugambar setelah didapati bersalah atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 14 tahun di dalam pejabatnya, lima tahun lalu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. - KOSMO!/IRWAN MAJID
[Bernama] Seorang anggota polis dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Kota Baharu hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang remaja berusia 14 tahun, lima tahun lepas.

Hakim Mohd Yusoff Yunos menjatuhi hukuman itu terhadap Sarjan Mejar Mahmad Abidin, 57, yang juga bekas ketua sebuah balai polis di Kota Baharu, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahmad didakwa merogol remaja itu di Balai Polis Binjai pada 2.30 petang, 15 Oktober 2009.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum menurut Seksyen 376(1) kanun sama yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusof manakala tertuduh diwakili Datuk Sukri Mohamed.

Pada prosiding itu, Mohd Yusoff membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman dengan syarat permohonan rayuan difailkan pada hari sama.

Beliau turut membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh berkuat kuasa sejurus notis rayuan difailkan. – Bernama, 2 Jun, 2014.


, , , ,

Video Kumpulan Pelajar Perempuan Serang Rakan Tersebar


[MStar] PETALING JAYA: Satu lagi video pergaduhan pelajar yang menunjukkan seorang pelajar perempuan dibuli dengan kejam oleh sekumpulan pelajar perempuan lain muncul dan mendapat kritikan di media sosial.

Video berdurasi 1 minit, 17 saat itu dipercayai dirakam melalui telefon bimbit, bermula dengan sekumpulan kira-kira 10 pelajar perempuan sedang lepak berdekatan tangga, mengambil gambar 'selfie' dan menunjukkan isyarat 'peace' di kamera.

Kumpulan itu sebaliknya mula menyerang mangsa yang dilihat berdiri di antara kumpulan tersebut.

Kumpulan pelajar terbabit melakukan serangan dengan mengoyakkan tudung mangsa, mengheret, menendang dan menarik rambut mangsa, sehingga dia bertindak mengangkat tangan untuk melindungi mukanya.

Selepas serangan itu, mangsa menangis ditinggalkan sendirian di atas tangga.

Murid lelaki hanya memerhatikannya dari jauh tetapi tidak terlibat dalam serangan itu.

Video ini juga merakamkan isyarat tangan tidak sopan yang dilakukan oleh pelajar yang membuat rakaman tersebut yang merujuk dirinya sebagai 'pailang' (gangster).

Dia dilihat menggenggam kuat tangan mangsa pada awal rakaman video.

Walaupun kualiti video tersebut kabur, mangsa dilihat mula menangis pada permulaan rakaman, yang menunjukkan bahawa dia mungkin telah terdedah kepada tindakan lisan sebelum dipukul.

Tiada seorang pun daripada pelajar perempuan dalam video itu dilihat memakai lambang sekolah tetapi dipercayai mereka ialah pelajar dari sebuah sekolah di Kota Samarahan, Sarawak.

Menurut polis, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar bulan April 2014. Laporan telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan. -2/6/14

, , ,

Lelaki Tunjuk KEMALUAN Dibelasah hingga Mati, 7 Ditahan



[Bernama] SERDANG: Polis menahan tujuh lelaki berusia lingkungan 20 dan 30 tahun kerana dipercayai membelasah sehingga mati seorang lelaki yang disyaki menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita di Seksyen 17, Shah Alam semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata dalam kejadian 2 pagi itu, mangsa dikatakan berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya kepada wanita berusia 20-an tersebut yang kemudian menjerit meminta tolong.

"Polis masih menyiasat kes ini, namun setakat ini tiada motif lain dikenal pasti selain faktor orang awam naik berang terhadap mangsa," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Serdang di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, di sini hari ini.

"Mangsa dipukul setelah kedua-dua tangannya diikat dan ketika polis sampai di lokasi kejadian, dia sudah tidak sedarkan diri," kata Abdul Samah.

Beliau tidak menolak kemungkinan masih ada lagi individu yang terlibat dalam kes itu.

Hasil siasatan, polis mendapati tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian dan kesemua lelaki yang ditahan itu dipercayai penduduk di kawasan itu.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Klang untuk dibedah siasat, katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - 2/6/14





BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH