Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, , ,

Khamis, 5 November 2009

DILEMA PAS


Menarik. Artikel ini saya salin dan tampal daripada Merdeka Review. Tajuk asalnya ialah "Dilema PAS: Pintu UG Tutup Tak Berkunci". Perhatikan beberapa bahagian artikel ini yang saya merahkan. Mungkin ada pengunjung yang sudah membacanya di laman sesawang asal artikel ini. Namun, bagi yang belum berkesempatan membacanya, sila perhatikan persoalan yang saya petik daripada artikel di bawah ini, kemudian renung-renungkanlah "jawapannya" ketika menelaah artikel tersebut:

*...apa akan berlaku jika Nik Aziz 'tidak ada' lagi nanti?
* ...tidakkah perwakilan PAS berasa hairan mengapa jentera propaganda musuhnya sanggup menyokong sesetengah pemimpin dalam parti dirinya?
* ...mengapa PAS yang berjaya membezakan dirinya daripada UMNO sebelum PRU ke-12, kini gagal berbuat demikian?
* ...pemimpin PR berganding bahu turun ke jalan raya ...water cannon ditembak ke arah pintu ibu pejabat PAS Pusat...penyokong PAS terpaksa berdarah di Bagan Pinang... serangan-serangan ini dilakukan oleh mereka yang menawarkan "Kerajaan Perpaduan" bersama PAS
* ...PAS dijangka tidak menerima Kerajaan Perpaduan...idea ini dilontarkan untuk mewujudkan persepsi bahawa "PAS tidak bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan Melayu-Islam"...mengapa PAS tidak menentang kembali bola tersebut, dengan menuntut agar UMNO mendapat persetujuan parti komponen BN sebelum idea ini ditawarkan?
* ...pengundi yang mengundi PAS, PKR dan DAP pada PRU ke-12 bukanlah pengundi yang membabi buta. Jikalau pemimpin PAS menang atas manifesto yang diedar, atas janji yang ditabur, maka mereka yang membuat sesuatu di luar manifesto dan janjinya itu bakal dikunci pintunya oleh pengundi pada PRU ke-13

Lanjut, sila baca artikel di bawah ini:

[MR] Ketika PKR disindir dengan gelaran bateri 3A (Azizah, Anwar dan Azmin), dibincangkan peranan tiga anak Ibrahim (Anwar, Khalid dan Zaid), PAS yang tidak ketinggalan dengan tiga anak Ali-nya (Hasan, Mustaffa dan Ibrahim) pula dihantui dengan 3U (UMNO, Utusan Malaysia dan Unity Government).

Isu Kerajaan Perpaduan (Unity Government, UG) terus diajukan terhadap PAS melalui media cetak arus perdana, terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian, walaupun Presiden Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa PAS telah menutup pintu rundingannya dengan UMNO.

Misalnya, dalam satu rencana berjudul "Pas sedia korban prinsip perjuangan demi pakatan" (m/s19, Berita Harian, 3 November 2009), diakhiri dengan memetik hujah "seorang pemimpin PAS" yang berbunyi, "Bagi saya, walaupun dikatakan pintu rundingan dengan UMNO sudah tutup, tapi ia masih 'belum dikunci'. Kami tahu, persoalan yang bermain di fikiran pengikut setia Pas hari ini ialah apa akan berlaku jika Nik Aziz 'tidak ada' lagi nanti."

Muktamar Khas Luar Biasa

PAS mungkin keberatan untuk mengangguk kepada cadangan Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mengadakan Muktamar Khas Luar Biasa, setelah melihat pengalaman MCA yang tidak habis-habis bergelut dalam kemelut sehingga hari ini.

Namun demikian, EGM mahupun kemelut MCA hari ini adalah berbeza jika dibandingkan dengan situasi PAS. Kemelut MCA berpunca daripada kekurangan sumber selepas parti itu dibadai tsunami pada 8 Mac 2008. Perselisihan antara pemimpin bukan kerana pertembungan idea, tetapi pertentangan kepentingan. Buktinya, dua pemimpin tertinggi yang saling berbalah itu sanggup berganding setelah menyedari bahawa diri mereka saling memerlukan untuk meneruskan survival politik masing-masing.

Sebaliknya, pergelutan PAS adalah pertembungan antara dua (atau lebih) idea yang menentukan hala tuju parti itu pada masa depan. Persoalan yang terpampang di depan adalah pemilihan antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional untuk dijadikan pakatan politiknya.

Sememangnya, perhitungan kepentingan seperti kuasa (jawatan dalam kerajaan) dan sumber akan diambil kira oleh pucuk pimpinan PAS ketika membuat pilihan, dan ia sesuatu yang wajar dalam politik. Namun, pertimbangan tersebut tidak boleh terbatas sekadar kepada kepentingan jangka pendek, malah juga perlu melihat kepada kepentingan jangka panjang dan idealisme perjuangannya.

Pemimpin PAS terbelenggu
Dan di sinilah terperangkapnya PAS selepas tsunami politik 8 Mac 2008, membuka ruang seluas-luasnya kepada UMNO untuk menangguk di air keruh. Bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi membuat kejutan pada pertengahan Julai 2008, apabila mengesahkan bahawa pertemuan sulit diadakan antara pimpinan peringkat tertinggi UMNO- PAS untuk membincangkan penubuhan kerajaan campuran di Selangor selepas PRU ke-12.

Motif pendedahan ini cukup jelas, apabila Muktamar PAS pada Ogos 2008 menyaksikan bagaimana perwakilan merungut bahawa PAS terpinggir dalam kerajaan negeri yang dikuasai PR. Apa yang dikeluhkan secara tersurat adalah bagaimana PAS tidak dihargai parti komponen PR; namun apa yang dipendamkan secara tersirat adalah bagaimana Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor) terpaksa memberi laluan kepada Khalid Ibrahim (dari PKR) untuk menyandang jawatan Menteri Besar Selangor, kerana keputusan peringkat pusat untuk bersama PKR dan DAP.

Cubaan pertama UMNO gagal memecah-belahkan PR, sekadar berjaya mencetuskan polemik, sebelum Anwar Ibrahim turun ke gelanggang untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Apabila Anwar Ibrahim menumpaskan UMNO dengan majoriti yang lebih besar, maka PAS memilih untuk "bersama harapan ke Putrajaya", daripada "bersama kemungkinan UMNO tenggelam pada 16 September".

Tetapi, cadangan "kerajaan campuran" menjelma semula dalam idea "kerajaan perpaduan" dan sebagainya, setelah harapan Anwar Ibrahim ke Putrajaya berkecai.

Asakan demi asakan...
Tidak dinafikan, UMNO mula terkeluar dari kesuramannya setelah Najib Razak mengambil alih kedudukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM dan Presiden UMNO. Idea Kerajaan Perpaduan terus diasak bertubi-tubi terhadap PAS, sehingga apabila Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkempen di PRK Manek Urai, Kerajaan Perpaduan ditawarkan kepada pihak lawannya!

Malah, lidah parti UMNO, Utusan Malaysia sanggup mengambil pendirian untuk memihak Nasharuddin Mat Isa ketika pemilihan PAS, dengan menyerang sehabis-habisnya calon yang dilabelkan sebagai "Erdogan", misalnya Husam Musa, Khalid Samad dan sebagainya.

Apa yang memelikkan, tidakkah perwakilan PAS berasa hairan mengapa jentera propaganda musuhnya sanggup menyokong sesetengah pemimpin dalam parti dirinya? Tidak pernahkah mereka cuba memahami motif sebenarnya media milik musuh politik berbuat demikian?

Retorik yang disuapkan kepada masyarakat Melayu-Islam saban hari adalah "PAS lebih sanggup korban prinsip perjuangan Islamnya untuk bekerjasama dengan DAP, daripada memantapkan perpaduan umat Melayu-Islam bersama UMNO". Retorik ini senang menusuk hati, sehingga PAS kelihatan gagal menangkisnya dengan hujah yang bernas.

Main mengikut rentak UMNO

Persoalannya, mengapa PAS yang berjaya membezakan dirinya daripada UMNO sebelum PRU ke-12, kini gagal berbuat demikian? PAS kelihatan lebih pasif apabila terpaksa menjawab serangan UMNO yang memperbesarkan perbezaan antara PAS dengan DAP, dengan nama Islam dan Melayu.

PAS, terutamanya sesetengah pemimpin tertinggi gagal melihat kelebihan PR sebagai pakatan politik yang memiliki lebih banyak persamaan dari segi prinsip, berbanding BN. Misalnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan jelas melanggar prinsip "tidak bersalah sehingga dibuktikan". Dengan sebulat suara PR bersetuju untuk memansuhkan ISA, sementara tiada pandangan sehaluan antara parti komponen BN.

Dalam isu keadilan sistem kehakiman, bila ditonjolkan dengan "Lingam Tape", PR sebulat suara menuntut tindakan diambil ke atas mereka yang terlibat; namun tiada pandangan sepakat di kalangan BN. Dalam isu tragedi kematian Teoh Beng Hock, rampasan kuasa kerajaan negeri Perak, malah isu pembunuhan Altantuya, PR memiliki pendirian yang sama.

Lebih menarik, apabila pemimpin PR berganding bahu turun ke jalan raya untuk menuntut kebebasan bersuara, berpersatuan dan berhimpun, water cannon ditembak ke arah pintu ibu pejabat PAS Pusat. Malah, penyokong PAS terpaksa berdarah di Bagan Pinang. Serangan-serangan ini dilakukan oleh mereka yang menawarkan "Kerajaan Perpaduan" bersama PAS.

Motif UMNO cukup jelas, PAS dijangka tidak menerima Kerajaan Perpaduan. Maka idea ini dilontarkan untuk mewujudkan persepsi bahawa "PAS tidak bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan Melayu-Islam". Cuma, mengapa PAS tidak menentang kembali bola tersebut, dengan menuntut agar UMNO mendapat persetujuan parti komponen BN sebelum idea ini ditawarkan?

Kesimpulan

Selagi PAS mengatur langkahnya mengikut rentak UMNO, ia tidak akan terkeluar daripada perangkap ini. PAS sememangnya bebas memilih pakatan politiknya, dengan syarat menanggung risikonya. Situasi PAS jauh berbeza daripada MCA, namun masih boleh mengambil ikhtibar daripada kemelut MCA.

Apa yang paling dahsyat untuk MCA lantaran kemelut ini adalah, hampir kesemua pemimpin parti ini kehilangan kredibiliti dan integriti, aset yang paling bernilai dalam politik. Kuasa dan pangkat bersifat sementara, tetapi pengaruh politik kekal selama-lamanya.

Mustahil pemimpin PAS tidak menyedari segala-gala ini, kerana PAS kekal sebagai parti yang paling mantap di peringkat akar umbi. Kekuatan ini bukan bergantung kepada berapa kerajaan negeri yang dikuasai, bilangan kerusi yang diisi dalam dewan rakyat, tetapi integriti yang terbina sepanjang ini.

Pengundi yang mengundi PAS, PKR dan DAP pada PRU ke-12 bukanlah pengundi yang membabi buta. Jikalau pemimpin PAS menang atas manifesto yang diedar, atas janji yang ditabur, maka mereka yang membuat sesuatu di luar manifesto dan janjinya itu bakal dikunci pintunya oleh pengundi pada PRU ke-13.

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH