Klik "LIKE" Untuk Terima Kemas Kini DCM di Facebook. Klik Butang "LIKE" di Bawah

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Rakan DUNIACACAMARBA

Ikuti DUNIACACAMARBA Melalui e-mel (Masukkan Alamat e-mel)

Jadi Rakan TM

Google+ Badge

BAGASI KIRIMAN POPULAR

Iklan & Tawaran

1. Mari sertai ChurpChurp, berinteraksi bersama-sama dengan taulan sambil menjanakan pendapatan, Percuma! Lanjut sila klik di sini.





Advertlet Hutang DCM RM1710

Advertlet Hutang DCM RM1710

Sponsored Ads

Cerita UG- Kerajaan Perpaduang

Agenda Unity Government (UG). Apa progresnya selepas ketiadaan TGNA?Video lain:1....

Posted by DUNIACACAMARBA on Saturday, October 17, 2015

, ,

Isnin, 16 November 2009

KALAU DAH BENCI..."Anwar Tidak Tahu Fasal Ekonomi"


Kerajaan Selangor sebelum ini seperti yang dipetik dari Malaysia Kini dilaporkan "mengumumkan tokoh besar PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri itu "dengan elaun tetap sebanyak RM1 sebulan".Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata surat lantikan rasmi akan diserahkan kepada bekas menteri kewangan itu selepas jawatankuasa exco bermesyuarat minggu depan. Bercakap dalam sidang media semalam, beliau berkata Anwar akan mengambil peranan penasihat seperti Lee Kuan Yew yang menjadi menteri mentor bagi Singapura."


Hari ini Tun Dr. Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) "Bercakap memang pandai tetapi pasal ekonomi dia tidak tahu." -Malaysia Kini. Kenyataan di Malaysia Kini itu akan berbunyi begini "He is a good speaker but not about economics. If you want to bankrupt Selangor, that's the good advisor." jika dipetik dari The Edge Malaysia.

Untuk mewajarkan kenyataannya itu, Tun menyatakan bahawa "...semasa menjadi menteri kewangan ketika berlaku krisis kewangan, Anwar telah menerima pakai pendekatan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang memburukkan lagi keadaan di negara ini." Sebenarnya isu ini telah bertahun-tahun dicanangkan ke seluruh negara. Baik dalam ceramah pilihan raya, mahupun risalah politik sama ada bercetak ataupun dalam blog dan laman sesawang. Dalam debat antara DSAI dengan Datuk Shabery Chik, DSAI ada menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti yang menafikan tuduhan yang mengatakan beliau menerima pendekatan IMF. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk mendedahkan bukti tersebut...

Ironinya, orang inilah yang disanjung Tun suatu ketika dahulu, orang ini jugalah merupakan bekas TIMBALAN PERDANA MENTERI semasa memegang jawatan dalam kerajaan pimpinan Tun, malah orang ini juga adalah bekas TIMBALAN PRESIDEN UMNO sebelum dipecat daripada jawatannya atas tuduhan salah laku seks yang akhirnya terbukti palsu. Lebih menarik, orang ini jugalah bekas MENTERI KEWANGAN selama 10 tahun dalam Kabinet Tun Dr Mahathir. Adakah Tun mahu mengatakan bahawa DSAI adalah seorang yang cemerlang, gemilang, dan terbilang suatu ketika dahulu, tetapi tidak sekarang? Jika benar dahulu DSAI tidak bagus, namun ironinya mengapakah beliau memegang jawatan Menteri Kewangan selama 10 tahun?

Bukanlah saya mahu mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun berdasarkan sejarah kedua-dua tokoh ini, mungkin inilah contoh terbaik untuk menunjukkan situasi "KALAU DAH BENCI..."

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Leave a comment

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.

Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.

Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.

Terima kasih.

BAGASI KIRIMAN TERKINI

BAGASI KIRIMAN

PERHATIAN

Tulisan dalam blog ini sebahagian besarnya ialah respons/pendapat/ulasan RINGKAS/SPONTAN saya terhadap pelbagai isu dan perkara yang berlaku di serata negara mahupun di luar negara.

Sebahagiannya pula disalin & ditampal (
semoga dengan izin) dari blog, laman sesawang atau laman berita dari dalam dan dari luar negara. Hak cipta berita, artikel & makalah adalah milik laman sesawang atau blog tersebut.

Seboleh-bolehnya, saya cuba mengelak untuk menyiarkan mana-mana makalah/petikan/gambar tanpa restu pemilik asalnya. Jika mana-mana petikan/tulisan/gambar yang disiarkan dalam blog ini kurang disenangi pemilik asalnya, maka maklumkanlah segera kepada saya (di ruangan komen bahan terbabit) agar petikan/tulisan/gambar tersebut dapat dikeluarkan dengan kadar segera.

Untuk makluman, sebarang petikan, makalah, gambar yang dipetik dari laman berita atau dari blog /laman sesawang atau dari sumber internet yang lain tidak semestinya menggambarkan/mewakili pandangan saya dalam sesuatu isu yang berkaitan.

PENAFIAN:
Semua artikel atau berita yang disiar dalam blog ini adalah untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am. Ketepatan maklumat artikel atau berita itu perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan atau penyebaran maklumat palsu atau fitnah.

-tayadihmaysia@yahoo.com







TERIMA KASIH