Kerajaan BN Taja Penerbitan "My Balik Pulau"? Antiklimaks!
Saya petik:
[SH] GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng mendakwa Kerajaan Negeri bawah tampuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum Mac 2008 yang menaja risalah ‘My Balik Pulau’.
Menurutnya, risalah itu ditaja oleh Kerajaan Negeri lama dan juga jabatan Pelancongan Pulau Pinang bawah kepimpinan BN. Ia tiada kaitan langsung dengan Kerajaan Negeri bawah Pakatan Rakyat sekarang.
“Saya dapati kerajaan dulu yang luluskan risalah itu pada tahun 2007 iaitu sebelum PR ambil alih. Saya difahamkan risalah itu diterbitkan pada 2010 selepas dana mencukupi,” katanya.
Guan Eng berkata, apabila isu ini tiada kaitan dengan Kerajaan Negeri PR, sudah jelas terbukti ini adalah tindakan daripada kementerian Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang dulu.
Beliau turut kesal dengan tindakan sesetengah pihak khususnya pro-Kerajaan Pusat dan orang UMNO yang menghebohkan pelbagai fitnah terhadap Kerajaan Negeri PR bahawa ‘Hina Melayu, Lupa Sejarah’.
“Kerajaan Negeri selama ini banyak bersabar dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Mohamad Farid Saad. Namun tindakan beliau kali ini adalah melampau.
:“Disebabkan itu, walaupun isu melibatkan 10 orang bukan Melayu dan hanya seorang Melayu, dia akan tuduh Kerajaan Negeri menganiaya orang Melayu, padahal ia sebenarnya melibatkan isu sosial sahaja,” katanya.
Guan Eng berkata, sehingga hari ini, Farid tidak meminta maaf dan menarik balik kenyataan beliau.
“Oleh itu, Kerajaan Negeri akan bincang perkara ini dalam mesyuarat Exco esok (hari ini) untuk tindakan selanjutnya kerana perkara ini bukan melibatkan imej seorang individu malah ia melibatkan imej sebuah Kerajaan Negeri,” katanya.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan bahawa Muhamad Farid mendakwa risalah tersebut diedarkan oleh pihak tertentu yang berniat untuk mengaburi mata rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti penduduk Melayu.
Berikutan itu, Guan Eng memberi tempoh seminggu kepada beliau untuk menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka atas sikap perkauman dan fitnah yang dilemparkan terhadap Kerajaan Negeri.
P/s: TERPEKIK, TERLOLONG, MERACAU, SASAU sehingga mengacau orang, mengacau-bilaukan keadaan, mensasaukan orang yang mudah terpedaya...rupa-rupanya terbongkar bahawa risalah itu didakwa ditaja oleh Kerajaan BN. Sekarang siapa pula yang menghina Melayu? Bila mahu berdemo di depan rumah Koh Tsu Koon? Antiklimaks!




Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.