Seks Semasa Kehamilan, Bahaya atau Tidak?
Satu kajian mendedahkan wanita hamil boleh menikmati seks tanpa membahayakan bayi yang belum lahir mereka.
Kajian tersebut menyatakan bahawa tidak ada bukti yang mengaitkan hubungan seksual meningkatkan risiko kelahiran pramatang atau komplikasi lain, lapor Daily Mail.
Kajian tersebut menyatakan bahawa tidak ada bukti yang mengaitkan hubungan seksual meningkatkan risiko kelahiran pramatang atau komplikasi lain, lapor Daily Mail.
Penemuan terbaharu itu juga bertentangan dengan pendapat bahawa hubungan seksual dapat mempercepatkan kelahiran kandungan yang sudah lewat daripada jadual kelahiran.
Dalam hal ini, para saintis membuat kesimpulan bahawa hubungan seksual semasa kehamilan adalah sesuatu yang "biasa" dan "normal", melainkan hubungan itu sedikit rumit untuk dilakukan pada minggu-minggu terakhir sebelum wanita bersalin.
Mereka menegaskan sebahagian besar ibu hamil boleh meneruskan hubungan seksual tanpa menghadapi risiko melahirkan bayi lebih awal, pembekuan darah, atau jangkitan kuman pada rahim.
Hanya ibu yang bakal bersalin anak kembar, kembar tiga, atau pernah mengalami kelahiran pramatang yang perlu berhati-hati ketika melakukan hubungan seksual – biarpun begitu hanya terdapat bukti kecil yang menunjukkan bahawa mereka akan berhadapan dengan risiko yang lebih besar.
Para penyelidik di Amerika Syarikat dan di Kanada mengkaji bukti-bukti daripada beberapa kajian yang meneliti risiko yang mungkin timbul daripada hubungan seksual semasa kehamilan. Kajian yang membandingkan 11 000 wanita hamil menunjukkan tiada sebarang perbezaan antara wanita yang aktif melakukan hubungan seksual dengan wanita yang menjauhkan diri daripada aktiviti itu semasa kehamilan.
Seperkara lagi, kajian juga mendapati hubungan seksual tidak meningkatkan risiko terhadap wanita yang pernah mengalami sekurang-kurangnya sekali kelahiran pramatang.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam Canadian Medical Association Journal juga menyimpulkan bahawa sebaik sahaja wanita melahirkan anak, mereka mula melakukan hubungan seksual seperti biasa dalam masa satu atau dua bulan selepas kelahiran.
Dr Clair Jones dari Jabatan Obstetri, di Hospital Mount Sinai, New York berkata, "Seks pada waktu kehamilan adalah normal. Wanita dengan kehamilan berisiko rendah sepatutnya berasa selesa melakukan hubungan seksual mengikut keinginan mereka.”
Dr Clair Jones dari Jabatan Obstetri, di Hospital Mount Sinai, New York berkata, "Seks pada waktu kehamilan adalah normal. Wanita dengan kehamilan berisiko rendah sepatutnya berasa selesa melakukan hubungan seksual mengikut keinginan mereka.”
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. Maaflah blog tidak dapat menyiarkan berita terkini kerana masalah kelembaban perkhidmatan jalur lebar.





Leave a comment
Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!
PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian Duniacacamarba (DCM).
Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.
Terima kasih.